Entri Terkini :

Blogger Tips, Tricks and Tutorials

Kita Dan Komputer

Ragam Dan Kehidupan

Muhasabah Diri

Cuit-Cuit

Video

Showing posts with label Sajak/Puisi. Show all posts
Showing posts with label Sajak/Puisi. Show all posts

Ku Takut Dia Bersedih

Dalam rinduku tersebut kisah rindu. Rinduku padamu yang jauh di mata. Mungkin ada rasa terkilan dijiwaku kerana tidak dapat bersua denganmu. Bukan angkara ego tetapi kerana ku malu. Malu dengan kelembutanmu. Malu dengan setiap tutur bicaramu yang terlalu manis dan indah. Dikaulah wanita ciptaan terindah sebagai Hawa peneman Adam. 

Ku tahu akan kesucian itu sangat bernilai maka hatimu bak kristal yang bersinar harus digilap dan sentiasa dijaga. Sungguh ku tidak mahu mengulit kasih dalam akrab cinta bimbang nanti keterlanjuran. Biarlah jarak terus memisahkan kita, namun sekiranya itu jodoh kita maka kita akan berada dalam dakapan halal disisi-Nya bila sudah suratan.



Resah ku menyebut sayang, khuatir aku akan kelemasan. Payah untuk aku ungkapkan cinta bimbang akan ada yang terluka, maka ku mampu diamkan sahaja biarlah iman berkata-kata dari hati yang mendamba cinta, dari hati yang inginkan bahagia. Begitulah ku mahu kau tahu bahawa aku akan menunggu tibanya waktu untuk kita bersama di mahligai redha, di kayangan kesyukuran, di dataran rumput menghijau tanda kebesaran Ilahi sebegitu untuk cinta kita pada-Nya.

Jika kau milikku maka kita akan bersama saat ijab dan kabul sah di sisi agama. Di situlah akan aku buktikan bahawa dikaulah wanita yang benar-benar terpelihara dari noda. Kerana ku terlalu sanjungi kamu sebagai peneman setia hidupnya kaum Adam sepertiku. Dikau Hawa serikandi cinta, mohon sekelumit bahagia biarpun berjauhan berlimpah air mata tetapi rindu tetap ada. Jangan bersedih esok masih ada dan sekiranya bukan untuk kita maka redhalah akan ketentuan-Nya. Pasti ada bahagia dalam derita.

[sayangi wanita - miqael arshad]


Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Terbelah Pusara Rindu

Cinta yang berlalu
bagai dedaun yang berguguran
kasih yang pergi,
umpama pungguk merundui bulan
tiada budi yang terindah
melainkan kucupan sayang
tiada senyuman melainkan
bahagia padam tatkala derita
semuanya aku tepis,
tepis dan tepis berbekal jati
ternyata bayangan itu
membunuh cita-citaku
lakaran itu,
mematikan jiwaku
sentuhan itu
membuat aku termanggu

Sayang...
andai jiwa ini kosong,
isikanlah dengan noktah rindu

sayang...
sekiranya dapat bertemu,
izinkan aku tatapi setiap kasih itu
rasakan, sentuhan, belaian,
adalah darimu yang ku mahu

Seandainya hari ini
adalah hari kemenanganmu
maka aku mampu tersenyum
jikalau aku menangis
pasti kekecewaan membelenggu aku

Ya,
aku sedar dan cukup sedar
betapa kamu sudah bahagia
sudah terbelah pusara rindu
di antara kau dan aku
setelah kau setia tinggalkan
segalanya yang pernah kita simpulkan
yang pernah kita lalui bersama
yang pernah kita halusi gembira
dengan tinta di warkah senja

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Jika kau ingin tahu

Jika kau ingin tahu
aku bukanlah yang terbaik untukmu
jika kau ingin tahu
aku takkan pernah meninggalkanmu

dan 

jika kau ingin tahu
aku tidak sanggup kehilanganmu

Tapi sayangnya
aku bukanlah untukmu
aku bukan penunggu setia
aku juga bukanlah orang berharta
dan aku tidak berparas rupa

Tapi sayangnya
jika aku terlihat seperti itu
pasti aku akan melupakanmu
dikejar mereka yang merindu
hanyut kerana mahukan sesuatu
tercari tempat termpiasnya nafsu

dan 

malangnya aku tidak mahu begitu
maka izinkan aku berlalu
mencari hala tujuku
sebenar-benarnya yang ku mahu
hanya menuju Tuhan yang Satu
itulah jika kau ingin tahu
mengapa aku memilih
malu daripada dirimu....

(C) Miqael Arshad
29/11/2011
10:58 PM

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Sepertinya Aku Turut Menangis


Tatkala mata melihatnya 
ia seperti semalam masih berlari
semalam gebos diri sendiri 
kerana melewar ke sana ke mari
dan yakini aku akan semalam 
bahawa kau akan tepati janji
pertahankanlah hak diriku seadanya 
biarpun di hujung jari
bahkan sama seperti mereka 
melaungkan kebebasan sejati

Jantungku ditusuk oleh naunganmu, 
hatiku sempit dikurunganmu
bahkan tangan dan kaki bisa kau ikat 
dengan tali hempedu
sekali kau senyum, 
ia seolah racun yang mengalir rakus
ia juga seperti tombak 
yang bakal kau tusuk sampai mati
sehingga kering darah dihisap, 
sehingga akal disimpul resah
kau terus membedil 
memberi rasa takut di hati mereka
dan aku dalam sejuta 
akan mati bersama mereka

Sepertinya aku turut menangis
sepertinya aku tidak akan berhenti
kerana penamatnya belum tiba lagi
selagi dianggap hamba abdi
selagi kau belum menginsafi

Sepertinya aku turut menangis
menghargai perjuangan harmoni
dari mereka yang sebelum ini
setelah bahagia bersatu hati
demi legasi makna demokrasi


(C) Miqael Arshad
26/12/2011

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Api Cinta Dihujani Kebencian

Puisi : Api Cinta Dihujani Kebencian



Aku terbang jauh, 
jauh dari nukilan hatiku yang sepi dan pilu
terbang sehingga lesu jadinya 
maka mendarat hiba di dahan rapuh

Aku melihat kiri dan kananku, 
tiada sesiapa yang menghulurkan setitis kasih sayang
tiada siapa yang ingin membelai 
atau mengusap lembut sayap cintaku yang keletihan...

Kesedaran diriku hanya pungguk merindu bulan
kisahku terbang malam kelam mata memandang
melihat cahaya dalam kesamaran terus ketiduran
bawalah aku ke langit hitam bersama cinta
di langit malam ku lihat bintang berkelipan
namun ku tetap rindukan bulan...

Oh, hujan kebencian telah membasahi sayapku
lalu terpadam juga api cintamu terhadapku
setelah kau membenci maka aku sepi kaku
kebisuanku jelas, lidahku juga jelas kelu
dan ku biarkan dikau menghilang setiba siang
esok hari ku tunggu lagi biar terlihat dari jauh
dirimu yang kupuja meskipun hilang kasih manja...

(C) Pengemis Cinta Di Ufuk Timur

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Hidup Kerana Puji, Mati Kerana Janji



Ikatlah hatimu dan hatinya dengan kasih sayang
bukanlah mainan perasaan di pentas opera keduniaan
tiada seindah kalimah Bismillah terluah di bibir
dibandingkan dengan dosa sebesar zarah tercatat juga
begitulah hari ini bukan hidup untuk selamanya...

Sukar benar baik menjadi sifat
sukar benar ilmu mengangkat munajat
yakin benar rakan impikan akrab
ingat benar membawa berkat

Namun,
sering dilupa watak jiwa
sering dilupa warna mata
sering dilupa walang tiba
sering dilupa wahyu Esa
pada Rasul dan Nabi kita
dianggap dusta oleh mereka

yang buta
yang gila
yang manja
yang telanjangi diri sendiri

yang alpa
yang leka
yang suka
yang membohongi diri sendiri

Bahagia? Kaya? Aduhai sekejap sahaja
miskin hina? Cacat rupa? Bersyukurlah
Dia Maha Mengetahui dan Dia Maha Adil

Tiada satu pun yang berbeza di mata-Nya
melainkan tahap iman dan taqwa...
segalanya ada pembalasan dari-Nya...
yakinlah jangan banggakan dirimu
di atas dunia fana tiada berkekalan...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Sepi Itu Indah Namun Lukanya Parah

Puisi :  
Sepi itu indah namun lukanya parah

Betapa indahnya bulan memancar terang di malam ini
sinarnya menyuluh kegelapan hati yang suram dan sunyi
meskipun sebak di dadaku bergulir senak dan sepi
aku tetap gagahi jua setiap kali aku melangkah kaki
mencari erti sebenar kepatuhan naluri serta budi
maka aku terpaksa pergi semoga kita bertemu lagi...

sayang...
lihatlah aku dicoreng luka, terporeng pula wajah duka
beginilah hidupku sering kali disakat dengan rasa kecewa
bahkan tidak pernah sekalipun bahagia bertahan lama
hadir seketika dan ia akan lenyap buat selamanya...

sayang...
tahukah kalian makna kasih yang diberi?
tahukah kalian betapa hancurnya hati ini?
pastikan kalian tahu, aku tetap akan mati
matiku dalam rasa sedih lagi dan lagi...

sayangku...
bernanah telingaku mendengar makian itu
robek dinding hatiku cacian hidup berliku
maka aku merangkak diterajang begitu
disepak, ditunjal kepala ini tersungkum pilu
akhirnya aku terbungkam lantas jiwaku layu...

oh sayangku...
maafkanlah khilaf selama mana kau kenali aku
aku insan yang lemah yang nyawanya cuma satu
saat matiku dalam pilu, ku harap kalian tetap di situ
di bahtera cinta mengharungi gelora itu...
gelora fitnah yang tidak pernah berlalu...

sayang.... kini aku tiada di sini
doakan aku menemui bahagia hidup ini
walaupun bukan sekarang mungkin nanti
kalian masih dan tetap di dalam hati....


p/s : kepada peminat-peminatku (perasan konon ramai peminat, hehehe...) maafkan aku ya kerana aku telah deactive akaun FB aku tu dan aku ucapkan tahniah pada mereka yang telah berjaya menyakiti hatiku dengan tinta-tinta kebencian. Aku tidak bermaksud untuk meninggalkan kalian di group itu. Tapi tidak mengapa ada kawan baik aku tolong jaga. Berilah kerjasama padanya ya. Dan aku sebenarnya terlalu letih berhadapan dengan sikap manusia yang mencela dan mencemuh aku. Nampaknya penulis picisan sepertiku tidak dialu-alukan untuk bersama dengan mereka. Aku tidak layak untuk beriringan dengan mereka. Tidak mengapalah biarlah aku beralah sahaja. Buat peminat-peminatku, aku masih ada di sini, Insya-Allah aku akan temani kalian. Fan Page aku juga aku serahkan pada kawan baik aku untuk uruskannya. Dia adalah Gurlz... dia baik dengan aku dan selalu dengar masalah aku. Biarlah aku rahsiakan namanya dan biar aku dan dia sahaja tahu apa sebenarnya yang berlaku. Akhir kata terima kasih kerana menyokong aku selama ni. Anda di takdir aku muncul lagi maka kalian tidak akan mengenali aku... jika hati kalian denganku maka kalian akan melihat aku dan aku sentiasa merindui kalian kerana kalian berada di hatiku... Assalamualaikum... muah muah muah...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Punyalah Bengang!!

Bila orang sudah tidak suka

Seruling berbunyi telinga dituli
hati membengkak dari ego diri
manusia kini sungguh susah hati
melihat teman di situ maju lagi...

Baik selalu hina, keji sering dipuji
buruk dibenci, cantik mula menyeri
tomahan rasa julang harga budi
hakikatnya sombong dan bangga lagi
senang dan mudah menggores hati
bagaimana merawat luka ini?

Bicaralah kiasan apa pun sudah dibenci
ucaplah rangkap puitis akan terbiar sepi
manusia... ingin merasa tinggi dan tinggi
ingin dilihat bagai tuan ibu pertiwi
pabila diusik kita akan dimarahi
kala diam termangu dibodohi
itulah sifat manusia ini...

Dungu! marah benar dia
sombong! kata hatinya
bagaimana dilihat? patung boneka?
bila orang sudah tidak suka
Bicaralah kiasan apa pun sudah dibenci
ucaplah rangkap puitis akan terbiar sepi

Bila orang sudah tidak suka
yang cantik ditinggal-tinggal
yang keji dipuja-puja
konon ada permata
di balik serpihan kaca
konon wujudnya cinta
di balik hangit noda.....

Terasa bagai nyanyi lagu Screen - Tak Suka Tak Apa, lebih kuranglah tapi ini lagi macam ampes! inilah aku nak habaq korang realiti hidup dalam berkawan. Korang jangan main berkawan aje beb silap-silap kawan korang hentam korang dalam senyap-senyap. Depan pijak gajah tak mati beb! belakang pijak semut, semut boleh mati! inikan kita yang dipijak. Kita yang kerdil di matanya. mata peduli. Fulamakkk gilababs sungguh.

Kalau mulut korang jahat serupa aku pasti tak ada kawan okey... mereka suka kawan dengan mulut yang macam bau taman. Bunga Ros merah ke... atau bau Fabreze yang tak perlu jemur lagi... suka benor beb! hah! satu cerita tak akan kisah sudah banyak kali ludah sampai hati pun basah, basah asmara gundah... wohoooo~~ nak cakap apa lepaskan saja. Haa... ala-ala lagu gitu.

Orang macam ni korang campak dalam mangkuk jamban~ habis citer! aku sebelum macam tu la kemudian flussssshhhhhhhhshshshshsh... senang! very-very easy... beb, aku habaq hang, kawan untuk mengawan memang berapi datang, tapi kawan kau susah~~~ macam &&&$##@@ haaa... tapis sikit... nak maki macam tu aje nanti cakap aku melezer pulakkkk.. huhu :P

~Say "Ada Aku Kesah"
lalalalalala :P

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Puisi : Sedikit Waktu Lagi

Ini nukilan dari hati aku sendiri yang aku luahkan melalui bait-bait aksara yang muncul di benakku ini... aku mintak maaf banyak-banyak andai ada yang terasa hati dalam setiap apa yang aku luahkan. Kalau aku berpuisi inilah sahaja yang mampu aku ucapkan. Terus terang aku katakan aku tidak pandai berpuitis tapi ia lahir dari hati. Tak nak cakap banyak-banyak nanti korang bosan. Ini adalah salah satu puisi aku yang ramai kawan-kawan suka di facebook jadi aku siarkan di blog aku untuk tatapan umum... fahamilah dari hati kalian andai kalian berada di dalam situasi ini...

Terima kasih pada kawan-kawan yang 'like' puisi ni...


Sedikit Waktu Lagi

Yakinlah akan cintaku untukmu
selamilah jiwa ragaku terhadapmu
sesaat itu memang cukup bagimu
namun padaku ia lelah tertunggu

Biarpun sang ombak bergelora
tetapi bahtera kejal sahaja
kerana sauhnya kekal teruja
terbenam ke dasar jiwa...

Hadirlah wahai angin laut
menyapa layar sama raut
agar kau terus terpaut
agenda cinta nan lagut....

Sesaat cukup bagimu...
lama juga aku menunggu
mana hadirmu?
datanglah sayangku
bantulah aku
berbahtera berlalu
meredah laut berliku
biar sama-sama rindu....

Sedikit waktu lagi
masa akan berhenti
maka cinta ini akan pergi
terbiar aku mati
tatkala ia sekadar mimpi
tidak bisa ku gengam bahagia ini
akhirnya sampai sini
hanya tinggal memori....

p/s : belajarlah untuk memahami maka yang menanti tidak akan terus menanti dan yang menaruh harapan akan berfikir lagi dan lagi....

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Luhur

Kulafazkan cinta
dari kalung hati lara
jauh membawa jiwa
hilang di hujung kata

Warnai hidupmu saban
dengan tinta kerinduan
agar semuanya aman
setiaku bertahan

Jeritan batinku sayang
dengarlah sebenar tenang
akan dipastikan terang
segala jalan yang gelap

Andai kita sama berdiri
sanggup bara digenggami
mendorong sampai kini
bahagia tiba dinanti

Sayang....

Jangan dibawa pergi
luhurmu dalam sepi
tidak sanggup kucari
jikalau hanya mimpi

Sayang....

Pertahankanlah cinta
hingga ke hujung nyawa
simpulkan kenangan kita
semoga kekal berdua

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Dihalus Cinta

Tombol pintu hati dipulas keras
hingga tersentak jalur rasa
menghancurkan potret dihalus cinta
dari sekeping warkah bicara
melenyapkan nilai kesetiaan
meragut kejujuran
singgah ke dunia khayalan

Lesu sang wajah lidah kelu membisu
tergiang-ngiang di angkasa minda
merobek impian nan indah
punah dan terus terbakar hangus
dipancar terik mentari
menjadi abu berterbangan

Jangan kasari lembut sutera hati
usah dibenamkan tawa riang ini
biarkanlah kekal di tamu duniawi
menyemai kasih kerantung sifat
agar dipilih penuh bermaruah
matipun tidak terngadah
senyum juga beroleh aman

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Menggalas Sepi

Ligat ingatan ini terarah 
pada tiap lirik wajahmu
degupan jantungku bagaikan terhenti
tatkala segalanya menjelma kini
rinduku dipasung hiba
tika kenangan bermain di mata
saat malam tiba

Sukarnya untukku menelaah 
di resah benang hati
mengenang apa yang telah terjadi
tatkala mencari indahnya mimpi
melangkah di alam realiti
umpama menanti rasa mati

Biarpun pedih ingin diubati
meskipun langkah diteruskan lagi
namun tidak gah dijulang tinggi
hebatnya kasih yang kau beri
betapa jernih terbiar rugi
mustahil sebening empun pagi
setelah aku kau tinggal pergi

Aku sendiri
menggalas sepi

lesu
jenuh
membisu

Aku mahu berdiri
ingin mencari pengganti
masih adakah yang sudi?
aku terus di sini
mengharap cinta sejati
di hujung warna pelangi...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Paling Tidak

Aku ingin bicara tentang manisnya rindu
aku ingin katakan indahnya rindu
dan aku ingin khabarkan akan hebatnya rindu

Paling tidak kita rindulah pada kedamaian
agar segalanya tenang dan aman

Paling tidak rindulah pada keikhlasan
biar bertih-bertih sifat diujar dengan kebenaran

Paling tidak rindulah untuk mendengar ayat suci
bagi mereka yang tidak tahu mengaji

Paling tidak rindulah pada laungan azan
untuk mereka yang lupa bersembahyang

Halakan rindumu pada ILAHI
rindukan juga pada nabi
kerana semuanya akan kembali

Pada siapa lagi tuju rindu ini?
Kepada akhirat atau pun duniawi?

Renungilah diri tanya pada iman nurani
akan tujuan hidup dan menapak di bumi
menikmati anugerah yang diberi
kerana itulah kita patut mensyukuri...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Terjemah Hati

Dia terjemahkan hatinya di kala senja
Dia senyum sahaja kerana mendambarkan bahagia
Dia mengetap lembut bibir ingin bermesra
dan dia cuba ketawa namun tiada suara

Dia berlari anak bermain di laman
raut wajahnya terpancar ketenangan
detak nadi si anak ini penuh kesempurnaan
tiada beda dengan hidupnya insan

Dia menguntum senyum menggambarkan keindahan
biarpun kicauan burung bernyanyi jauh dari pendengaran
namun kekal tabah menjalani kehidupan
kerana dia tahu hidup di dunia tiada berkekalan

Tiap lirik jelingan manjanya memberi kepastian
bahawa kelahirannya bukan dasar pemintaan
wujudnya dia kerana takdir dari Tuhan
melaksanakan tugas sebagai makhluk ciptaan

Kelembutan dan keluhuran memekur diri
lalu dicalitkan dengan makna kesyukuran abadi
lalu dia bertemu pula pada onak dan duri
namun tidak akan berganjak lagi
setelah teguh percaya di hati

Hamparan sejadah menjadi pujian
tatkala hati dahagakan kasih sayang
perlukan semangat dan perhatian
hanya doa sahaja yang mampu dikirimkan

Rukuk dan sujudnya tidak bersua kelesuan
hanya yang ada sekeping hati takutkan Tuhan
begitulah hidupnya di satu persinggahan
di rumah anak yatim menjadi teduhan
maka tinggallah dia si pekak dalam kebisuan

11.00 malam
26-12-2010
Pantai Teluk Lipat, Dungun Terengganu.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Edisi Sajak/Puisi : KWID

~Kerana Wanita Ingin Dimengerti~

Hangatnya cinta sewaktu bersama
kemanisan rindu dendam dilayarkan
hanya kisah berdua terukir indah mesra
tersemat di relung hati menggapai kejora

Walaupun cukup sedar diri
dalam realiti hidup ini
namun tetap mencintai
Inilah kasih inilah sayang
tersembah di lembah mimpi
meskipun digenggam bara api

Kerana wanita ingin dimengerti
lelaki haruslah menyayangi
biar sang ombak tenang seketika
memipih tanpa gelora

Kerana wanita ingin dimengerti
belailah dengan kelembutan bicara
bertegang leher membazir suasana
berterusan aman pasti menyapa bahagia

Kerana wanita ingin dimengerti
dia adalah wanita peneman sejati
cinta halal cinta abadi cinta suci
bagai kasihnya Hawa pada Adam
seperti juga cinta Adam terhadap Hawa.

25/12/2010
12:25 tengah hari.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Hadirlah Rindu


Langkah layu menggulung sendu
berdekad menanti hadirnya rindu
membawa khabar cinta buatmu
namun pejal mencari arah itu

Siulan bahagia terdengar lagi
semakin lama kesayupan pergi
biar pedih membakar diri
utuh berjemur di bawah mentari

Aku gagahi mahu mengerti
aku berdiri demi hidup ini
sanggupkah kau sehidup semati?
bersama dengan corengan mimpi?

Aduh sakit tidak terperi
andainya kau tidak sudi
layakkah aku dicintai?
Oleh dirimu wahai bidadari?

Oh rinduku di sini berduri
aku masih kaku lagi
luka di hati sudah pasti
walau hingga akhir nanti...

23/12/2010
5.30 Petang

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Aku Tak Reti Bersajak (Edisi Sempoi)

Aku tak tahu apa itu sajak?
Aku tak reti dan memang tak arif.
Aku dengar, aku baca dan aku hayati
Itu sahaja yang aku tahu.
Tapi aku tak tahu apa itu sebenarnya sajak,
Aku hanya tahu sajak itu indah.
Sajak itu susunan kata-kata
Harmoni sentiasa.

Aku masih tak tahu apa itu sajak?
Aku ingat kedai pajak gadai,
Rupa-rupanya sajak itu bicara hati.

Aku dengar lagi dan aku menghayatinya berulang kali.
Sekarang sajak itu betul-betul istimewa
Warisan budaya dan bangsa.
Mencerminkan indahnya bahasa
Menerangkan maksud yang berbisa
Menceritakan sesuatu yang amat bermakna.

Kini aku tahu sajak itu adalah warisan
Seperti kata dalam lagu Warisan nyanyian Sudirman.
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang dengan sendiri
Demi cinta ini…

Apabila memikirkan nasib sajak dan puisi
Aku seperti hiba dalam tangisan.
Kenapa?
Kerana aku takut anak muda sepertiku akan melupakannya.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Artikel Pilihan






Informasi

Cerpen

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng

Novel : Mesin Jahit Hati

Takdir Atau Pilihan

Nukilan

Al-kisah Penulis Kita

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.