Entri Terkini :

Novelis : Cara Ebriza Aminnudin Menulis Novel Remaja


Bagaimana hendak menghasilkan sebuah Novel Remaja. Okay, apa yang saya nak paparkan ini adalah dari pengalaman sendiri dan bukannya dari mana-mana buku mahupun mana-mana kursus. Cara saya mungkin berbeza dari cara mereka yang pernah memberi ceramah. Saya cuma hendak berkongsi dengan mereka yang bertanyakan pada saya.

Menghasilkan novel remaja ni berbeza perspektifnya daripada novel dewasa kerana ada beberapa guideline  (garis panduan) yang perlu dituruti.

1. Tema : berkaitan dengan dunia remaja. Cinta - bolehkah unsur ini dimasukkan ke dalam novel remaja? 

JAWAPAN : Boleh. Tapi bukan cinta antara pakwe dan makwe, berpegangan tangan. No,no,no ... Tidak boleh ya. Kalau nak secret admire itu adalah perkara normal. Cinta dialam remaja lebih kepada minat mereka pada sesuatu contohnya sukan, masakan,diy dan sebagainya. Selain itu, tema pada identiti diri juga diutamakan. Sebagai contoh di dalam Miss Blur terbitan Buku prima, saya mengutarakan tema identiti diri bagi remaja bernama Norhaza yang bergelut dengannya.

2. Gaya Bahasa : Jangan kesusateraan sangat sebab remaja tidak akan menggemarinya. Tapi jangan pula straight forward sangat, nanti hilang keindahan bahasanya. Sedang-sedang saja. Kalau nak masukkan elemen sastera boleh tapi make sure yang ringkas-ringkas sahaja dan jangan sampai membebankan fikiran remaja. Dunia remaja penuh dangan humor, kenakalan dan sebagainya. Anda kena sesuaikan dialog-dialog dan ayat-ayat ikut pada keselesaan remaja yang boleh menerima karya anda.

Pengajaran : Amat penting dalam menghasilkan karya anda. Walau senakal dan sejahat mana pun remaja itu, akhirnya pasti dia akan sedar bahawa apa yang dilakukannya mengikut jiwa mudanya bukanlah sesuatu yang baik. Jangan hidangkan remaja dengan karya yang kosong sebaliknya isikanlah jiwa mereka dengan pengajaran yang boleh diambil iktibar walaupun persembahan anda nanti hanyalah santai dan mampu mengusik perasaan remaja itu. Contohnya dalam Miss Blur saya, tanyalah pada para pembacanya, apakah pengajaran yang mereka dapat dri novel tersebut. Anda akan dapat jawapannya.

3 unsur ini memang penting dalam karya anda untuk remaja mahupun kanak-kanak kerana penulis genre ini juga bersifat memupuk minda dan identiti remaja kita. Penulis genre ini mempunyai tanggungjawab yang berat.

Muka surat : setiap penerbit mempunyai guide line yang tersendiri. Anda kena lawat laman web mereka untuk mengetahui guide line pada novel remaja masing-masing. Penerbit-penerbit yang menerbitkan novel remaja / kanak-kanak ialah Buku Prima, Fajar Pakeer, PTS dan Karnadya (antara pernerbit yang popular). Pilihlah yang mana satu kegemaran anda untuk menghantar karya remaja anda.

Dialog : dialog yang akan dipersembahkan dalam novel remaja anda haruslah bersesuaian dengan jiwa mereka. Kalau boleh cuba banyakkan berbual dengan mereka dan anda akan tahu bagaimana hendak mempersembahkan karya anda.

Subjek : haa, ini amat penting. Subjek anda di dalam sekolah kena up to date kerana bagi penulis zaman 70's, 80's mungkin subjek kita berbeza dengan pelajar masa kini so anda kena up to date. Anda diwajibkan membeli buku-buku rujukan dalam tingkatan yang berkaitan jika anda tidak mahu ketinggalan. Saya juga banyak bergaul dengan remaja dan dari situ saya tahu subjek-subjek mereka. Terima kasih pada adik-adik Kak Ebriza yang telah menyadurkan maklumat-maklumat penting untuk my teen novel.

Jika anda ingin mencipta suasana humor atau tempat lepak mrk yang terkini, anda harus membuat penyelidikan kerana minat remaja akan tempat-tempat lepak kini mungkin tidak sama dengan kita dahulu. Zaman sekarang zaman Facebook, zaman Twitter, anda harus sesuaikan semua pembaharuan ini dan juga cara pembelajaran mereka adalah cara alaf baru. Contoh: Miss Blur : saya menjadikan Facebook sebagai medium untuk sesi pembelajaran selain grup study.

Pendek kata apa saja pembaharuan mesti up to date dengan jiwa remaja masa kini. Jangan kita menjadi penulis remaja yang ketinggalan. Kalau boleh berkongsi idea dengan editor lagi bagus kerana mereka akan guidekan anda dlm proses penghasilan novel. Tidak salah meminta pendapat editor kerana mereka lebih arif daripada anda sendiri. jadikan editor genre ini sebagai rakan baik anda. Jangan malu untuk bertanya kerana malu bertanya maka akan sesatlah jalan.

Tajuk : harus catchy krn remaja tidak akan suka dengan tajuk jiwang-jiwang ni. Mereka lebih tertarik dengan tajuk yang sempoi dan catchy. Contohnya tetap saya mengambil Miss Blur dan Selamba sebagai panduan anda. Tajuknya jangan terlalu panjang. Cukup 1 atau 2 patah perkataan.

Cerita anda haruslah menarik. Jika boleh buat merrka ketawa, lakukannya. Kerana jiwa remaja adalah jiwa yang happy. So kena sesuaikan. Suasana sedih boleh tapi jangan keterlaluan.

Untuk mereka yg pernah bertanyakan saya tentang hal ini, semoga mendapat panduan daripada pengalaman saya sendiri. Selamat mengarang, semoga karya anda diminati ramai remaja. INSYA ALLAH.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.