Entri Terkini :

Novelis : Zura Asyfar - Sebenarnya, Saya Isteri Dia


Penerbit KaryaSeni bakal melahirkan lagi seorang penulis yang berbakat besar. Beliau yang dimaksudkan adalah wanita yang sinonim dengan panggilan Sis di kalangan kenalan beliau di Facebook, Zura Asyfar yang tidak asing lagi pada mereka yang mengikuti karyanya yang bertajuk Sebenarnya, Saya Isteri Dia di Penulisan2u.

Menurut Zura Asyfar "Saya mula menulis cerita ini awal bulan Ogos tahun 2011 dan dijangka terbit pada bulan Mac 2012 ini," katanya dan tambah beliau lagi, "Manuskrip cerita ini berjaya disiapkan dengan bertungkus lumus dan diterima oleh pihak KaryaSeni untuk diterbitkan." Ujar beliau dengan rasa gembira.

 

Karya sulung beliau ini bakal meletup di pasaran memandangkan jumlah rating bacaan yang tinggi di Penulisan2u iaitu sebuah laman yang mengetengahkan bakat-bakat penulis baru. Menurut beliau lagi, "Saya menulis mengikut rentak pembaca, apa pembaca suka baca jadi saya tulis," Katanya pada MAOB. "Tulis pun ikut suka je, tak sangka pula reader suka cerita ni," Ujar beliau lanjut.

Ternyata usaha beliau selama ini menemui kejayaan sehingga penulisan dan gaya yang dipersembahkan mampu menarik minat pembaca. Seorang penulis yang cekal dan tabah walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sewaktu menyiapkan manuskrip cerita ini. Difahamkan laptop milik beliau mengalami masalah dan menyebabkan penulisannya tertangguh beberapa ketika namun akhirnya kerosakan itu berjaya dibaiki dan menyambung semula cerita tersebut.

Kepada peminat beliau, difahamkan juga Zura Asyfar penulis anak kelahiran Terengganu akan berada di pejabat KaryaSeni pada 17 Mac ini dan anda bolehlah berjumpa dengan penulis buku tersebut untuk membelinya secara terus serta mendapatkan tandatangan beliau. MAOB juga mendapat tahu bahawa buku tersebut memiliki 900 lebih muka surat. Ia terlalu tebal dan yang pastinya ia menjamin kepuasan anda untuk membacanya. Dan MAOB yakin, pasti ramai di antara pembaca di luar sana tidak sabar untuk mendapatkannya di pasaran. Insya-Allah.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.