KEHIDUPAN aku sebagai seorang lelaki di muka bumi ini memegang amanah dan tanggungjawab yang cukup besar. Bukan mudah mencari sesuatu yang sukar untuk ditemui iaitu hati. Biarpun ia sebenarnya dekat di dalam jiwa namun untuk mengenali seseorang khususnya wanita bukanlah perkara yang mudah dan boleh dibuat main-main.
Bertahun-tahun aku mencari cinta dan ingin meraihnya. Betapa tepu sekeping hati yang kesunyian. Berdebu hingga tidak terbersih. Tercoreng dengan lumrah kehidupan. Terpanah dengan mainan perasaan.
Sekalipun aku tidak dapat melihat sekeping hati itu namun ia sudah pun tertonjol dengan watak dan perwatakan mencerminkan sikap dan sifat. Ya, semuanya dari pandangan mata namun ianya tidak cukup untuk wanita itu dimengerti.
Nama aku Haizad, berumur 32 tahun bekerja sebagai kerani bank. Menetap di Cheras dan berasal dari Johor. Berwajah biasa sahaja namun kini sukar untuk jatuh cinta lagi. Kenapa? Kerana hati aku terkunci buat seketika dan belum terbuka untuk bercinta. Bukan tidak mahu tetapi kerana kekangan kerja yang melampau. Tapi… mana tahu suatu hari nanti akan datang jodohku.
Seorang lelaki yang sentiasa mahu kelihatan kemas dan berketerampilan menarik. Aku akui bahawa aku seorang yang menjadi perhatian kerana sikap ramah dan mesra. Oleh itu aku disenangi oleh kawan-kawan sekerja mahupun kawan-kawan yang telah lama mengenali aku.
Berambut lurus dan berkulit cerah adalah anugerah dari ALLAH. Ketinggian tidaklah seperti orang putih. Ketinggian Melayu biasa sahaja. Buat masa sekarang aku tidak ukur pula ketinggian aku. Kalau ikut ukuran yang lalu dalam sentimeter 172 sahaja. Berat? Ehem-ehem. Sejak akhir-akhir ini aku kuat makan. Hehe…
Walau bagaimanapun aku tetap jejaka idaman Malaya. Wah! Maaf bukan niat untuk meninggi diri tetapi sekadar menghiburkan hati biarpun ia sebenarnya adalah realiti.
Sekarang ini aku tengah bekerja. Sebentar lagi waktu pulang dari kerja akan tiba. Waktu pejabat biasalah. Hari ini kerja setengah hari sahaja. Esok pula hujung minggu. Seronok sungguh. Masa untuk berehat. Otak sudah mulai kusut bagai sarat dengan masalah negara. Sibuk dari Perdana Menteri lagi.
“Zad jom balik,” terus aku menoleh ke arah suara itu.
Syuhada wanita cantik menarik dan sungguh pesona mata memandang. Berkulit cerah dan manis tatkala dia tersenyum. Tahi lalat di bawah bibir buat aku tak tahan. Manis sungguh. Beruntung Syuhada kerana memiliki raut wajah yang cantik. Itu adalah dari pandangan mata aku.
Aku yang buat-buat sibuk itu terus kaku lagut memandang si cantik manis itu yang sedang berdiri di depan aku. Berbaju kurung biru cerah berbunga merah jambu dan bertudung ayu tersenyum mekar tatkala dia merenung aku.
“Apa yang kau pandang?” soalku setelah berasa kurang selesa.
Aku berkira-kira sendiri dan menelaah apa yang bermain di dalam fikirannya. Aku mengerling kemudian mengemas mejaku. Sempat lagi dia menjuih bibirnya. Kenapalah dia tak balik dulu? Kenapa tunggu aku. Erm nanti…
“Tak ada apa-apa, saja,” katanya yang kemudian melarikan pandangan ke sudut meja Kak Yani yang sedang khusyuk menyiapkan laporan. Haha dia memang sibuk. Kasihan.
“Okey macam ni… apa kata kau gerak dulu. Aku ada hal sikit nak kena settlekan. Bukan aku tak nak temankan kau sampai ke kereta kau maklumlah nanti orang lain fikir apa pula,” alasanku yang langsung tak logik.
Syuhada terus berkerut dahi. Aku nampak garis-garis tidak puas hati di dahinya. Mungkin dia sedang menduga sesuatu sebab selalunya aku akan berjalan bersama dia sampai ke parkir. Tidak pula hari ini. Aku rasa dia pasti fikir lain.
“Kau ni kenapa Zad? Selalunya kau tak banyak alasan. Biasa okey je. Ish! Aku kadang-kadang pening dengan kau ni. Bukannya kau tak tahu kes jenayah sekarang ni. Ragut dan bermacam-macam lagi. Kau tak sayang aku ke? Kalau apa-apa terjadi pada aku ke?”
“Kau ni ke situ pula. Jangan fikir yang bukan-bukanlah Syu. Rileks sudah. Aku…”
“Aku apa?” cepat dia memotong ayat aku.
Susah aku nak jawab kenapa? Biarlah dia sendiri yang tahu. Kadangkala bosan juga hari-hari berjalan beriringan dengan dia. Satu pejabat ni sibuk gosip sana sini. Beginilah keadaan pejabat.
Aku diam sahaja tidak menjawab pertanyaan itu. Wajah Syuhada berona merah. Apa yang sebenarnya yang dia harapkan daripada aku? Dia ni pun peliklah!
Bukan niatku untuk mengelak. Hakikatnya aku cuba menyembunyikan perasaan aku sendiri. Percayalah aku tidak berniat jahat. Kalau boleh aku ingin jadi lelaki yang sebaik mungkin. Seperti kata Robbie Williams.
Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain
Dipetik dari lirik lagunya berjudul Better Man.
As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I’m doing all I can
To be a better man
I will grow through this pain
Lord I’m doing all I can
To be a better man
Dipetik dari lirik lagunya berjudul Better Man.
***
BERCAKAP mengenai wanita kucuba mengerti akan lirik lagu yang disampaikan oleh Dato` Siti Nurhaliza di dalam lagunya berjudul Wanita. Satu rangkap yang amat menarik untuk aku mendengarnya.
Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Ingin aku mengerti akan hakikat wanita meskipun sebelum ini aku pernah dikecewakan oleh wanita. Aku yakin tidak semua wanita tiada luhurnya. Apa yang aku fahami wanita itu adalah peneman hidup. Wanita kaum Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk Nabi Adam sebagai peneman.
Aku yakin akan hakikat itu dan ALLAH yang Maha Esa telah menetapkan jodohku. Aku perlu berusaha untuk mendapatkannya. Seandainya aku kaku sahaja mana mungkin jodoh akan datang kepadaku.
Keistimewaan seorang wanita harus aku pelajari. Harus aku fahami kerana cinta halal bagi kaum lelaki adalah mengahwinan perempuan yang dicintai secara sah mengikut hukum syarak.
***
MALAM minggu malam pesta. Wah! Tapi tak layanlah pesta-pesta yang melalaikan. Duduk rumah sahaja lagi bagus. Tapi hari ini ada sikit kelainan. Tidak seperti biasa. Hari ini aku balik tanpa teman. Balik kerja melangkah ke parkir kereta sendiri.
Syuhada mesti bengang dengan aku atau dia terasa hati dengan aku mungkin. Ini yang aku jadi tak sedap hati ni. Rasa di dalam hati aku ni bagai sarat dengan serba salah. Aduhai… Kebiasaan yang sudah menyimpang dari landasan. Sudah pasti nampak lain.
Aku terbaring sahaja di tilam sambil merenung ke siling. Aku nampak siling tu dan macam skrin televisyen dengan pelbagai gambaran dari minda terpancar ke situ. Bermacam-macam siaran silih berganti. Siap ada permainan video game lagi.
Dan yang paling tak best bila telinga aku menangkap bunyi telefon yang pernah aku terima. Perasaan aku terus jadi gundah gulana.
“Kamu ni bila nak bawa balik menantu? Mak nak timang cucu ni. Umur kau dah lanjut Zad. Lelaki kalau kahwin lambat-lambat susah nak dapat jodoh. Bujang terlajak kau nanti. Kadir kawan sekolah kau dulu dah kahwin pun. Anak dia dah boleh buka team futsal lagi. Kamu bila lagi?” kata mak aku.
Mak aku bandingkan aku dengan Kadir pulak. Lelaki tu lain sebab sudah sampai seru. Mak aku ni pun satu cakap tak logik langsung. Ada ke team futsal. Baik cakap team hoki ke, bola sepak ke. Baru nampak ramai. Paling tidak pun buka team sorak. Ah! Tiada masa untuk aku melawak sekarang ni.
“Mak nak timang cucu? Kak Zana dak Kak Maria tu dah ada anak. Mak tak puas lagi ya timang cucu mak tu? Mak nak cucu ramai-ramai nak buat apa mak? Buat pening kepala mak sahaja dengar mereka bertempik macam tarzan,” aku lagilah tak logik sengaja berdalih dengan menyebut nama-nama kakak aku. Mereka dah berkahwin dan punya anak.
Mak aku dengan jodoh. Dia nak aku kahwin cepat. Dia tak kira dengan sesiapa pun aku nak kahwin tapi kalau boleh cari yang baik-baik. Baik-baik? Di Kuala Lumpur ni masih ada ke? Ops! Tak baik aku tuduh perempuan semua tak baik di bandar ni. Kena saman aku nanti.
Bertahun sudah ku menunggu diri mu
akhirnya kau menjadi milik ku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerana kau ku cintai selalu…
Belum sempat lagu tu habis aku terus menekan butang hijau di telefon bimbitku yang telah mengejutkan lamunan aku sebenar tadi. Telefon itu aku capai di atas rak. Pelik sungguh dengan lagu aku ni. Macam tunggu seseorang sahaja. Hehe… Biasalah aku memang jatuh hati tapi tak tahu jatuh di mana hati aku tu sampai sekarang belum jumpa umpama hilang dalam bayangan.
Aku terus bangun dan melangkah ke ruang tamu. Menapak pelahan-lahan sambil telefon itu ku tekap di telinga. Suara perempuan yang sungguh merdu kedengaran bertanyakan khabarku.
“Kenapa dengan sikap kau hari ni Zad? Lain sungguh?” tiba-tiba Syuhada bertanya tentang kes siang tadi.
“Aku macam biasa je Syu. Tak ada apa pun yangberubah. Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Aku seronok berkawan dengan kau,”
“Habis tu kenapa kau boleh biarkan aku berjalan sendiri? Aku tak kira, esok aku nak jumpa kau di Sungei Wang jalan Bukit Bintang. Kau temankan aku shopping. Aku tak nak kau beri alasan,” aduhai dia buat aku macam suami dia pula main paksa-paksa.
Aku siapa nak temankan dia membeli belah. Macam tak ada perasaan pula bila aku kacau daun.
“Apa barang shopping di sana? Bukan best pun. Kau pergilah ke Sunway Piramid ke. Esok hujung minggu bolehlah kau lepak di sana sorang-sorang,” Apa kena ni? Aku berkata begitu pula. Siap bagi cadangan lagi.
“Kau jangan cakap banyaklah. Kau nak jumpa ke tak nak?”
“Aku ada hal esok. Aku nak hadiri kenduri kahwin,” otak aku ligat memberi alasan yang tiada logikal. Siaplah aku kena bidas lepas ni.
Aku mendengar Syuhada mendengus di hujung talian.
“Siapa yang buat kenduri kahwin esok? Biasa orang buat musim cuti sekolah. Hari-hari sibuk pula si kahwin tu nak jalankan majlis. Kau sengaja bagi alasan ni. Okey fine. Terima kasih banyak-banyak,” Syuhada terus merajuk dan mematikan telefon.
Aku terus memicit dahi aku sendiri. Pening dengan sikap Syuhada. Dia pelik dengan aku dan aku lagi pelik dengan sikap dia. Malam yang sungguh haru biru jadinya.
***
APAKAH tindakan aku itu betul? Aku menyembunyikan rasa hati dari pengetahuan wanita? Sungguh aku menyakiti hati orang lain. Berdosa pula rasanya.
Aku berharap perkara itu tidak akan melukakan hatinya. Tetapi aku rasa itu sudah pasti. Mengapa aku perlu mengharapkan sedemikian? Dia perempuan sudah tentu mudah terasa. Hmmm.. kenapa susah sangat aku nak faham perasaan perempuan?
Rasa ingin marah pada diri sendiri. Aku tahan sahaja. Menyesal pun ada kenapa kaum Hawa yang wujud di mataku seperti tiada makna? Hakikatnya kaum Hawa itu adalah ciptaan yang cukup sempurna di mata.
Di sofa hitam aku baringkan tubuh merenung apa yang bakal terjadi. Menelaah setiap inci ruang minda mencari di mana khilafnya. Aku tidak mahu hati Syuhada membengkak dengan sikap aku. Aku tidak mahu dia menghidu sesuatu.
Keluhan berat aku lepaskan. Aku menghela nafas sedalam yang boleh bagi mengosongkan ruang minda itu. Tidak mahu bersarang dan mencakar pemikiran. Takut nanti kusut pula jadinya.
Di kala ini aku berkira-kira adalah mahu menjilat ludah aku kerana menolak pelawaannya. Menolak keinginannya mahu aku menemaninya membeli belah.
***
NAH! Aku terpujuk akhirnya dan aku temankan dia juga. Ya ALLAH Si Syuhada ni beli barang banyak. Dia nak buat apa dengan segala pakaian yang dibeli ini? Dan yang paling penting pakaian bayi. Ish! Syuhada ni dah ada anak ke? Tak pernah pun dia beritahu aku dia sudah kahwin.
“Pegang ni,” pintanya.
Satu barang lagi dia bagi aku pegang. Tidak cukup tangan aku dibuatnya. Syuhada… cukup-cukuplah tu, kaki aku dah lenguh ni, aku merayu dalam hati.
“Tak habis lagi ke?” tanyaku sambil mengekori langkahnya.
“Sekejaplah kau ni tak sabar-sabarlah. Masih banyak lagi barang yang nak aku beli ni,” katanya bersungguh-sungguh.
Aku angkat kening melihat dia kelam kabut sahaja mencari barang-barang bayi dan kanak-kanak. Siap permainan kanak-kanak pun dia beli juga. Aku berasa pelik sungguh. Hati aku berteka-teki.
“Syu… mana teman lelaki kau?”
Tiba-tiba terpacul pertanyaan yang aku sendiri tak menduga. Aduhai laju sungguh lidah aku menyusun kata.
Syuhada serta-merta kaku dan merenung tajam ke arah aku. Dahinya berkerut. Matanya membulat besar.
“Oh! Jadi kau mengelak sebab kau sangka aku dah ada teman lelaki ke?”
“Mengelak? Bila masa pula aku mengelak?”
“Aku tahu kau nampak lelaki hantar aku balik hari tu kan? Dan kau pura-pura buat tak ada apa-apa,” katanya.
Memang aku ada nampak lelaki yang hantar dia ke tempat kerja tempoh hari. Dan semenjak hari itu aku rasa lain. Entahlah perasaan aku ni bukan-bukan juga. Tapi aku tak nak fikir sangat. Siang malam juga aku berteka-teki. Adakah lelaki yang berkereta Myvi oren itu adalah kekasih hatinya?
“Apa ni Syu?”
“Eleh! Kau mengaku sajalah yang kau cemburu,”
“Cemburu? Haha,” aku gelak tak ingat dunia sampai terlepas barang-barang yang ada di tangan aku ni.
Syuhada suka cakap main-main. Aku cium pipi kau kan. Ops! Haram bukan muhrim aku. Syuhada menjuih bibirnya. Kemudian mencebik melihat barang-barang itu terlepas. Aku diam dan kelam kabut mengambilnya semula.
Aku membisu seribu bahasa selepas meminta kemaafan. Susah sungguh mengenai perkara yang membabitkan soal hati.
***
“Syu…” panggil aku lembut.
Syuhada buat tak layan aku. Dari pagi tadi dia mulut dia bermuncung panjang sedepa. Apa sudah jadi? Perkara semalam menjadi penyebab agaknya sampai mengganggu konsentrasi aku bekerja.
“Syu…” aku panggil lagi dari jarak yang tidak beberapa jauh dari meja aku.
Dia masih buat tak layan. Konon-konon sibuk.
Aku terus bangun dan melangkah ke arah mejanya. Aku duduk depan dia. Aku tenung wajahnya yang manis bak gula itu. Dia mengerling kemudian meneruskan kerja-kerja menaip.
“Apa kena ni Syu? Dari semalam kau angin dengan aku. Lepas tu senyap macam ni. Tak pelik ke?”
Lambat-lambat dia mahu menoleh semula ke arah aku. Dia mengetap kuat bibirnya. Lantas dia berkata.
“Sekarang waktu bekerja bukan untuk bincangkan masalah peribadi,” katanya dengan marah.
Terkedu aku jadinya. Inilah kali pertama Syuhada tegas dengan aku. Rasa terkilan juga timbul dari relung hatiku. Dinding hati ini seakan dirobek dengan kata-kata setegas itu. Uiks! Aku sensitif rupanya.
***
LELAKI itu datang lagi menjemput Syuhada pulang. Kenapa pula lelaki tu datang ambil? Kereta Syuhada mana? Suami dia ke atau kekasih? Hari ni perasaan aku berombak. Sungguh sarat dengan teka-teki. Ini tak boleh jadi. Aku kena ekori.
Cepat-cepat aku meluru ke arah kereta aku dan terus mengekori mereka. Cemburukah aku? Tak mungkin. Wanita itu mungkin sudah punya kekasih tidak mengapa aku redha tapi kenapa sikap dia begitu dengan aku?
‘Syuhada… aku sebenarnya ingin meluahkan rasa suka pada kau tapi kau kawan aku. Mana mungkin aku dapat mencintai kau. Adakah kau sudah milik orang lain? Hari yang lalu itu aku benar-benar cemburu kerana kau dengan orang lain. Walaupun cara kau dan sikap kau tak berubah pada aku tapi kes hari tu memang aku jadi lain… ya.. lain sangat,’ hati aku berkata-kata sendiri.
Orang kata kalau hati berbicara maka perkara itu adalah benar. Cuma bagaimana caranya untuk aku meluahkan. Tidak ku pasti.
Agak jauh juga aku ekori mereka. Perasaan ingin tahu telah mengheret langkahku hingga ke sini. Setelah dihambat dengan perasaan itu aku nekad memerhatikan mereka. Dan tidak berapa lama kemudian aku lihat kereta mereka masuk ke satu kawasan. Mereka parkir kereta di rumah yang agak besar saiznya.
Aku memerhatikan mereka dari jarak jauh. Di dalam hati aku berharap dia tidak perasaan akan kewujudan aku.
Belum sempat Syuhada masuk ke dalam rumah bersama lelaki yang dalam lingkungan 30an itu, tiba-tiba ramai anak-anak kecil meluru ke arah Syuhada. Ada yang mencium tangannya dan ada yang mencium pipinya tatkala Syuhada membongkokkan badannya.
‘Ramainya anak-anak dia? Anak ke adik? Keliru aku!’ masih kekal tertanya-tanya sendiri.
Mulut aku terlopong seluas-luasnya dari dalam perut kereta ku ini. Mata ini lagut memandang mereka. Apakah? Ah tak mungkin!
***
PERTANYAAN wujud. Persoalan tanpa jawapan.
1) Dia beli barang-barang budak.
2) Dia ke rumah itu.
3) Lelaki itu seperti akrab dengannya.
Perkara yang paling mendebarkan aku adalah yang ketiga. Soal lelaki itu. Siapa lelaki itu pada Syuhada? Sudah banyak kali aku nampak dia dengan lelaki itu. Aku mesti mengetahuinya. Aku perlu bertanya dan berterus terang. Adakah aku mampu? Aduhai kenapalah susah sangat aku hendak berdepan dengan Syuhada bagi meluahkan isi hati aku?
Syuhada wanita yang begitu indah di mataku. Aku sanjung sikap ambil beratnya padaku selama ini. Bertambah sayang di hati. Kian membukit rasa itu. Ingin sahaja aku hadiahkan padanya ketulusan hatiku. Tulus mencintainya.
Hmmm… Wanita memang sukar untuk difahami.
***
“SEMALAM kau balik ke mana?” aku bertanya Syuhada setelah aku sengaja menghenyakkan punggung di hadapannya. Kala ini Syuhada sedang makan tengah hari di restoran yang berdekatan. Tinggal aku belum lagi mengambil hidangan.
“Bukan masalah kau Zad,”
Erk! Makan hati aku bila dia jawab begitu.
“Kenapa kau tiba-tiba berubah? Dengan tiba-tiba kau jadi begini. Kau macam tak suka aku dan mahu menghindari aku. Kita kerja sama-sama bukannya lain cawangan pun. Apa kau nak aku tukar kerja lain ke Su,”
“Terpulang… aku tak suruh dan aku tak paksa. Aku atau kau yang sebenarnya berubah? Pertanyaan tu lebih naik kau tujukan untuk diri kau sahaja Zad. Bukan aku,” jawab Syuhada. Kala ini dia seperti sudah hilang selera makan dan ditolak sahaja pinggan nasi kemudian menyedut jus epalnya.
Dia merenung aku dalam-dalam. Aku nampak matanya bersinar. Dia cuba sembunyikan sesuatu dari aku. Diriku ingin tahu apa yang sebenarnya.
Aku sedikit terasa hati dengan jawapannya itu. Aku sungguh terkilan. Mahu terjun longkang sahaja. Boleh jadi gila nampaknya. Tak tahukah dia bahawa aku senang dengan dia? Selama ini aku bersemangat bekerja kerana adanya. Aku ada kerana kau ada Syuhada.
“Begitu mudah kau berkata Syu. Aku cuma mahukan kepastian. Apakah puncanya? Tolong jelaskan pada aku, Syu,” jenuh aku merayu untuk meraih jawapan. Aku harap dia terpujuk.
“Zad, kenapa kau lambat?”
“Lambat?”
Aku bertanya. Lantas dia terus membuka tas tangannya dan mengeluarkan kertas yang nampak tidak kemas dan renyuk sahaja. Dia menghulurkan padaku. Lantas aku mencapainya dan membaca isi kandungannya.
Tulisnya seperti tulisan tangan aku. Kertas ni pula seperti aku kenal. Ya Ampun! Corengan aku! Habislah! Syuhada sudah… aduhai!
“Ini…”
“Ya Zad, itu kertas yang kau renyukkan dan buang ke dalam bakul sampah. Kak Yani berikan pada aku semalam. Kalau dia tak berikan sampai sekarang aku tak tahu perasaan kau terhadap aku. Tapi…”
Pipi aku mungkin sudah berona merah menahan malu. Kertas itu menjawab segala-galanya. Rupa-rupanya Syuhada sudah tahu akan perasaan hatiku ini. Cuma.. aku tak tahu kenapa dia bertapi dan dia cakap lambat. Kenapa?
“Terima kasih Syu sebab kau sudi faham perasaan aku. Apa yang kau bertapi-tapi? Aku tak kisah lagi Syu... aku sebenarnya dah tahu yang kau…”
Aku tak dapat nak sudahkan ayat aku kerana yang pastinya Kak Yani ada memberitahu aku sesuatu. Jadi untuk kepastian aku harus mencari kebenarannya.
Ekspresi wajah Syuhada berubah. Dia tunduk. Aku susah hendak mengerti akan perasaannya tatkala dia memikirkan sesuatu. Telahan aku tidak tepat sekiranya aku bermain dengan kata. Sukarnya aku mendapatkan kepastian seandainyaa keadaan ini berterusan.
“Syu…” aku memanggilnya. Keriuhan di dalam restoran ini seakan sepi sahaja. Umpama wujud hanya antara aku dan dia.
Apa yang aku takutkan adalah rasa cintaku padanya akan lenyap buat selama-lamanya apabila kebenaran terungkap jua. Hati aku mudah goyang sekiranya ia adalah perkara yang pasti. Bukannya aku tidak tetap pendirian cuma sekelumit sahaja yang berbaki rasa suka.
Berbekalkan anjung budi mewarnai hari menatap wajah sang puteri di hati sekadar angan-angan sahaja. Kala ini aku juga membisu. Ingin meluahkan rasa dari lidah ku sendiri tidak terucap. Sekeping kertas sudah pun dibaca olehnya tanpaku menduganya.
Fiona ini melingkari jiwa seperti piano dengan gemeresik lagunya mencuit halwa telinga. Inilah sastera hatiku menyanyikan irama syahdu. Seorang lelaki yang sukar sekali untuk mengerti akan apa yang wanita inginkan. Wanita memang penuh dengan rahsia.
“Katakanlah pada aku Syu, siapa lelaki itu di hati kau. Siapakah mereka yang kau kunjungi bersama dengan lelaki itu semalam?” akhirnya tutur kataku terucap jua.
Lirik manis dari matanya hilang. Yang tinggalkan hanya rasa hiba. Aku tidak tahu apa di dalam relung hatinya. Aku juga tidak dapat meraih rasa puas hati. Bagi aku perkara ini amat memeritkan.
“Dia mahu mengahwini aku Zad. Benar Zad memang aku mengiakan semuanya tatkala aku menunggu kau meluahkan namun tidak pernah kau ucap sayang pada aku. Awal-awal lagi aku menaruh perasaan pada kau. Kenapa kau tidak berterus terang? Susah sangat ke lelaki untuk bersikap terus terang?” Syuhada meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Aku tertunduk diam membisu. Kalau benar dia mahu berkahwin dengan si lelaki itu apa aku boleh buat. Aku hanya mampu berputih mata. Aku juga suka padamu Syuhada… bisikku di dalam hati.
Perlahan-lahan aku memandang Syuhada semula. Entah kenapa aku lihat tubir matanya bersinar dengan manik-manik lut sinar.
“Syu… adakah kau terima lamarannya?”
Syuhada diam.
Kebisuannya membuatkan jantungku berdebar-debar bagaikan gempa bumi mahu melanda. Hujan di dalam hatiku tidak terkira lagi banyak gugurnya. Rintik-rintik hujan itu kian lebat. Menangis hatiku seandainya mendengar ucapan dia menerima. Janganlah dia menerimanya. Aku berharap sangat.
Tanpa sengaja aku bertindak melulu. Terus sahaja aku memegang tangannya. Kali ini aku tidak pedulikan semua itu. Aku mahukan dia. Aku pasti dia juga mahukan aku tapi kenapa aku masih tidak mengerti tentang hatinya yang sudah lama sukakan aku?
Kini baru aku faham kenapa dia cakap lambat. Syuhada berkata-kata lagi dan dia mengatakan lelaki itu adalah jodoh dari orang tuanya. Beginilah nasib diriku yang malang.
Syuhada menarik perlahan tangannya tidak mahu tangannya dipegang. Ya aku minta maaf kerana terlanjur perbuatan. Aku mencintainya.
***
BERSAJAK bersyair dan melagukan kata-kata sendiri pada sekeping kertas meluahkan rasa kecewa yang teramat dalam. Rasa mahu sahaja berhenti kerja di situ. TUHAN bantulah aku. Berikanlah kesempatan buatku untuk mengerti akan semua ini.
“Syu sudah lama sukakan kau Zad, tapi dia tak mampu meluahkan pada kau kerana dia memang pemalu untuk menyatakan apa yang tersimpan di lubuk hatinya. Perempuan memang begini Zad. Sesuatu perasaan yang wujud dalam jiwa agak sukar sekali diluahkan. Percayalah kalau ada jodoh kau dengan dia, akak percaya tak akan ke mana. Takkan lari gunung dikejar Zad,” ujar Kak Yani padaku selepas aku menceritakan bahawa Syuhada akan menjadi milik orang lain. Kak Yani sudah berkeluarga sudah pasti asam garam kehidupan ini dia yang rasa dulu.
Aku termenung di ruang dapur sendirian setelah meneguk sedikit air. Malam ini suram aku rasakan. Tinggal sendiri amat membosankan. Rumah sewa ini hanya aku seorang sahaja. Ingat nak cari rakan serumah. Bila berkongsi bil boleh murah sikit. Tapi tak apalah. Mungkin lain kali.
Berat sahaja nafas ini. Sarat dengan debaran yang memuncak. Tidak mahu kehilangan tidak bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan. Akibatnya aku juga yang merana. Syuhada kata aku lambat. Syuhada juga kata dia akan dijodohkan oleh pilihan orang tuanya. Aku siapa? Aku hanya insan biasa. Mungkin orang tuannya menyekat.
Satu benda yang membuatkan aku sayang dengan dia. Dia beli barang-barang anak-anak kecil itu rupa-rupanya disedekahkan pada anak-anak yatim. Mulia sungguh hati wanita ini. Sedikit demi sedikit aku mengerti tentang keluhuran budinya.
Apa yang aku tidak berkenan adalah dia dengan lelaki itu. Hmmm…
Gelora di jiwa memanah sekeping hati bagaikan kristal terus berkecai bersepahan di lantai minda. Berserabut jadinya membakar liang-liang rasa hingga merentungkan semangat.
Nampaknya hati aku terbuka juga bercinta kerana cemburu itu ada. Rasa cemburu bertandang akhirnya. Inikah cinta? Ya! Aku pasti ini cinta. Aku mencintai Syuhada. Benar-benar mencintainya. Berkali-kali aku keliru. Kini aku yakin sama sekali aku benar-benar jatuh cinta.
Aku terus bangun meninggalkan ruang dapur dan menapak dengan tergesa-gesa mencapai telefon bimbitku lantas menghubungi Syuhada. Sehari tidak ku dengar suaranya seakan hidup ini sunyi.
Aku terus melabuhkan punggung di sofa sambil menekan butang hijau. Kali ini talian tidak dijawab olehnya tapi perempuan lain yang jawab. Aku gelisah. Aku hubungi sekali lagi dan nampaknya masih sama. Perempuan itu masih juga menjawab katanya minta tinggalkan pesanan suara. Perempuan operator perkhidmatan.
‘Takkanlah dia sudah tidur? Waktu masih awal lagi. Baru pukul sembilan malam. Ish! Pelik ah, adakah dia tidak sudi menjawab panggilan aku?’ aku sekadar menduga.
Aku mengeluh hampa dan tidak berapa lama selepas itu, aku menerima satu pesanan ringkas. Aku buka peti pesanan itu dan aku baca pesanan yang datangnya dari seseorang.
‘Jangan lupa wish birthday Syuhada,’
Pesanan dari Kak Yani.
Hari jadi Syuhada? Kenapa aku tak ingat? Esok hari lahir dia? Aduh! Parah macam ni. Aku mesti meraikannya. Kenapa aku langsung tidak ambil kisah pada benda-benda remah begini? Bagi aku remah mungkin bagi perempuan ia adalah perkara yang berharga. Kenapalah aku susah sangat nak mengerti dia sedangkan Kak Yani berkali-kali menjadi mentor aku untuk mengenali hati perempuan.
Berlari aku mengambil kunci kereta dan terus menghidupkan enjin kereta Perodua Viva aku tu setelah pintu rumah ku kunci kemas. Aku menuju ke kedai bunga. Harap-harap kedai itu masih buka lagi. Aku mahu belikan hadiah untuk dia dan letak di depan pintu rumahnya.
Itu sahaja yang mampu aku lakukan memandangkan dia akan menjadi milik orang lain. Bukan aku mahu berputus asa tapi aku sekadar mencuba sahaja.
***
AKU terdengar suara orang menangis. Tersedu-sedu tangisannya. Aku berasa kelam dan gelap sahaja. Eh! Mata aku terpejam rupanya. Beratnya mata ini mahu dibuka. Aku merasakan aku diperbaringan. Aku tidur di hotel ke? Seingat aku malam tadi aku ke kedai beli bunga. Bermimpi ke aku?
Badan aku rasa lesu dan tidak bermaya. Pelik sungguh. Kebas semuanya. Halwa telingaku menangkap satu bunyi. ‘Tit.. tit… tit…’ berdetik begitu.
Kelopak mataku yang berat itu aku buka perlahan-lahan. Nafasku terasa berat sekali.
“Doktor… pesakit dah sedarkan diri,” tiba-tiba ada suara perempuan memanggil doktor.
Pandangan aku sungguh tidak terang. Kelabu asap sahaja. Hendak angkat kepala pun tidak larat. Oh! Aku berada di hospital rupanya. Lama-lama pandang itu kian jelas. Aku terlihat wajah insan yang aku cintai, Syuhada ada di sisi bersama Kak Yani.
Luka yang aku alami tidak terasa sakit. Mungkin kesan ubat masih bersisa hingga mengebaskan segala urat dan nadiku. Ya ALLAH! Aku kemalangan. Aku tidak sedar bila aku kemalangan. Aku cuba ingat kembali.
Aku terkejut lagi. Malam tadi aku keluar beli bunga dan tiba-tiba ada satu kenderaan besar saiznya merempuh aku. Dia masuk ke laluan kenderaanku. Hanya itu sahaja yang aku ingat.
“Alhamdulillah kau dah sedar Zad,” ucap Syuhada yang menyeka air matanya. Kenapa pula dia tangisi keadaan aku. Inikan sudah takdir hidupku.
“Selamat hari jadi Syuhada,” aku sempat mengucapkannya. Kemudian dengan berat aku melemparkan pandangan ke arah Kak Yani yang sedang sebak. Aku hairan kenapa mereka begitu sebak sekali.
Syuhada yang mendengar ucapan aku terus mengalirkan air mata. Ingin aku menyeka air mata itu. Tapi terasa sangat berat sekali.
“Zad… hari lahir Su sudah seminggu berlalu,” ujar Kak Yani.
Ah! Seminggu? Biar betul?
“Sudah seminggu awak koma Zad,” kata Syuhada. Wah! Dia berawak-awak dengan aku. Sukanya aku dengar.
Mesti romantik bila bersaya-saya dan berawak-awak. Aku pun ingin juga berucap begitu membahasakan diriku.
“Kenapa awak menangis?” tanyaku yang terbaring kaku. Hanya lidah sahaja mampu berkata-kata di kala ini.
Tidak mampu rasanya aku melihat air mata itu terus mengalir di pipi Syuhada. Sedaya upaya aku mengerahkan tenaga untuk menyeka air matanya dengan tanganku. Syuhada kekal di sisi. Di birai katil.
Akhirnya aku dapat juga menggerakkan tanganku lalu menghala ke wajahnya. Ya Allah!!! Mana tangaku? Aku sebak aku sedih. Dari siku hingga ke pergelangan tanganku hilang.
Aku sendiri sebak lantas aku menangis. Air mataku ini tidak dapat ku seka lagi dengan tangan kananku. Syuhada menekup wajahnya. Entah apa yang dia fikirkan. Kak Yani pula mengalihkan pandangannya ke lain arah. Masing-masing menangis.
Lelaki seperti aku terbaring dengan kehilangan satu pancaindera yang paling bermakna. Namun aku akan lebih rasa terkilan seandainya aku kehilangan Syuhada. Biarlah aku kehilangan tangan asalkan aku tidak kehilangan Syuhada. Namun adalah Syuhada akan menerima keadaan diriku.
“Syu… saya cintakan awak…” itu sahaja aku mampu luahkan.
***
PENGERTIAN hidupku adalah dengan kesyukuran. Kebesaran ALLAH adalah perkara yang paling agung. Dia menguji ku dengan keadaan ini. Dia memberikan aku semangat baru. Semangat untuk terus hidup. Alhamdulillah aku diberikan kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini.
Kini enam bulan sudah berlalu. Hari ini adalah hari bahagia buatku. Syuhada rela hidup denganku. Mahu menjaga aku. Inilah satu keajaiban ke atas diriku.
“Syu rela hidup semati dengan abang… andai ini adalah takdir, Syu terima jodoh dan lamaran ini,” katanya untukku.
Hatiku bersorak girang. Syuhada gadis cantik mencintai aku akhirnya.
Penamat ceritaku belum lagi tiba. Aku akhirnya bersatu dengan Syuhada. Dia rela bersuamikan aku. Tidak peduli akan cakap orang lain. Dia ingin bersuamikan orang cacat seperti ku. Aku redha. Tidak dapat aku gambarkan perasaan ini betapa sukarnya hidup tanpa tangan.
“Kini Syu faham selama ini abang mengerti tentang hati dan perasaan Syu. Biar apa pun tanggapan orang lain mahupun keluarga Syu sendiri, hati ini milikmu seorang. Cinta Syu bukan pada luaran tapi cinta lahir dari dalam,” ucap Syuhada.
“Bagaimana dengan kekasih hati Syu itu? Kenapa Syu tinggalkan dia? Dia jauh lebih sempurna berbanding abang,”
“Abang tak akan faham. Syu dengan dia tak ada-apa. Syu anggap dia sebagai kawan sahaja. Keluarga Syu dah terima keadaan ni. Dia juga terima dengan hati terbuka,”
“Kenapa Syu tak fikirkan perasaan dia?”
“Perasaan abang lagi penting buat Syu,” balasnya.
Terkedu seketika. Nampaknya dia benar-benar sayangkan aku. Tidak ku sangka dan tidak ku duga betapa hebat cintanya buatku. Katanya untuk meraih kebahagiaan perlu ada pengorbanan. Syuhada penuh dengan keindahan. Sarat dengan kematangan. Aku cinta dia. Indahkah cinta bersamanya? Insya-ALLAH kerana aku mendambarkan cinta itu.
Kala ini aku dan dia berada di McDonalds sedang menikmati hidangan. Paling romantik Syuhada menyuapkan aku makanan itu. Pelik bukan? Perempuan menyuapkan makanan buatku. Aku kini tergolong di kalangan insan istimewa yang pelukan perhatian dan bantuan. Selama ini aku lakukan sendiri. Kini tidak lagi.
Keluarga aku bersedih dengan keadaan aku. Berkali-kali mereka memujuk aku supaya pulang ke kampung. Aku tidak mahu. Aku tidak dapat memandu lagi. Kalau hendak ke mana-mana aku hanya naik teksi sahaja.
TUHAN itu Maha Adil. Dengan kelemahan ini bertukar pada kekuatan. Aku menggunakan kebolehan aku dalam melukis. Ya, memang aku selama ini menggunakan tangan kiri. Hilangnya tangan kananku itu tidak mematahkan semangatku ini. Syuhada menjadi pendorong buatku. Biarpun aku tidak lagi bekerja sebagai kerani bank namun aku masih ada peluang dalam seni.
Sekali sekala Syuhada akan bawa aku ke mana sahaja mahunya. Termasuk menonton wayang. Gadis cantik itu tidak malu mempunyai teman lelaki cacat sepertiku. Kami telah pun merancang untuk mendirikan mahligai indah bersama.
“Abang ada sesuatu untuk sayang…” Aku ingin memberikan kejutan yang istimewa untuknya.
Syuhada mengerling manja. Tersenyum mekar bersama raut wajah yang jelita. Bibir merah bak delima merekah menguntum kemanisan bagai madu. Cair aku dibuatnya.
“Apa dia bang?” dia bertanya.
Aku dan dia sudah mula sayang-sayang. Gatal juga aku ni. Hehe…
“Tangan kiri abang ni tak bersihlah. Sisa burger lagi. Boleh sayang bangun dan ambilkan dalam poket seluar abang ni?” Aku tahu sukar untuk dia lakukan.
“Ish abang ni…” dia seperti malu-malu.
“Tak payahlah… nanti abang hulurkan. Sekejap ya abang cuci tangan dulu,” kataku.
Aku bangun dan terus menuju ke singki. Ada di antara pelanggan lain memandang aku tanpa tangan. Pelik sangat ke? Ingat aku ni makhluk asing ke? Hmmm…
Hati aku sedikit kecewa dengan keadaan ini namun aku tabahkan hati. Aku mesti kuat. Zad! Kau kuat Zad! Aku memberi keyakinan pada diriku sendiri.
Usai itu aku kembali lagi ke meja itu. Meja di sudut aku dan Syuhada makan. Aku melabuhkan punggung. Tatkala itu aku memalsukan senyuman tatkala hati masih gundah memandang kiri dan kanan kerana tidak senang dengan sikap orang yang seakan melihat aku bagai pesalah besar.
“Pedulikan orang bang, ini tentang kita. Bukan mereka tahu perasaan kita pun. Just ignore about that,” pesan Syuhada.
Aku meraba-raba poket ku sendiri dan aku capai sebuah kotak kecil lalu diletakkan di atas meja.
“Apa ni?” tanya Syuhada.
“Bukalah,” suruhku.
Syuhada mengambil kota merah hati itu yang berbentuk love lalu membukanya. Garis-garis bahagia terpancar di raut wajahnya. Senyuman yang penuh makna.
“Untuk Syu?”
Aku mengangguk.
“Berikan abang cincin tu…” Aku memintanya semula.
“Dah bagi tapi minta balik,” rungutnya berkerut dahi lalu menghulurkan sebentuk cincin yang sudah dikeluarkan dari dalam kotak itu.
Aku mengambilnya.
“Hulurkan jari manismu sayang,” aku menyuruhnya semula. Lantas dengan rajuk yang masih di hati, Syuhada menghulurkan jari jemarinya. Terhunus sudah jari manisnya di depan aku.
“Hulur betul-betul, abang nak sarung cincin ni buat Syuhada sebagai tanda percintaan kita,” kataku dengan nada yang romantik. Begitu ke?
Syuhada mengetap lembut bibirnya. Aku pula tersenyum lebar.
Perlahan-lahan aku sarungkan cincin tersebut di jari manisnya.
“Abang tak mampu belikan cincin yang mahal untuk sayang,”
“Harga cinta abang lagi bernilai dari harga sebentuk cincin ini bang..” balasnya yang membuatkan aku terus terharu.
Aku mempamerkan riak wajah yang sungguh bahagia. Ya, aku bahagia kerana ALLAH menghadirkan aku seorang perempuan yang ingin aku mengerti. Terima kasih Ya ALLAH.
Dalam waktu yang sama aku terus mencapai gulungan kertas di sisi aku lalu aku berikan padanya.
“Syu… buka ni…” suruhku lagi.
Syuhada mengambilnya dari tangan aku. Lantas kertas itu dibuka. Kertas lukisan.
“Wah! Cantiknya abang… pandai abang lukis wajah Syu,” pujinya.
Itu sahaja yang dapat aku berikan untuknya. Inilah cintaku padanya kerana wanita ingin dimengerti. Ingin sahaja aku tanya lagi kenapa dia suka dan cintakan aku tapi aku yakin jawapannya pasti sama lagi iaitu ‘hati ini digerakkan oleh ALLAH untuk mencintai abang,’
Sampai sekarang aku tidak tahu kenapa. Perempuan memang penuh dengan rahsia dan penuh pula dengan kelembutan. Hal ini sahaja yang aku belum mengerti. Tentang yang lain Alhamdulillah. Setakat ini sedikit sebanyak aku memahami wanita.
Kasih sayang, cinta dan perhatian sudah memadai bagi wanita seperti Syuhada. Aku berdoa pada Tuhan agar dikukuhkan cinta kami. Cinta yang terjalin atas dasar sayang yang ikhlas. Aku tahu Syuhada ikhlas mencintai aku.
***
“APA lagi yang Zad nak tahu fasal perempuan? Syuhada tu kan isteri Zad.. Erm dah boleh memahaminya tak?” gumam Kak Yani.
Aku mengangguk faham apa yang aku mengerti sahaja. Kala ini Kak Yani sekeluarga bertandang ke rumah. Hehe… Kak Yani masih jadi mentor aku kerana aku lembap juga untuk mengerti.
Maafkan aku kerana terlupa satu perkara. Aku dan Syuhada sudah mendirikan rumah tangga empat bulan lepas. Maaf sebab tidak bercerita mengenainya dan tidak pula menghantar kad jemputan bukan? Perkahwinan aku dengan dia buat ala kadar sahaja ambil syarat.
Sempat lagi aku berbisik tanya pada Kak Yani mengenai sesuatu sebab tu Kak Yani balas begitu.
“Perempuan kalau muntah-muntah apa maknanya Kak Yani?” aku berbisik sahaja.
“Kau ni lembablah Zad!”
Aku cepat-cepat meletakkan jari telunjuk tangan kiri di bibirku sendiri sebagai isyarat supaya Kak Yani jangan cakap kuat-kuat tatkala Syuhada sedang buat air di dapur. Suami Kak Yani sudah ketawa mengekek. Amboi gelakkan aku nampaknya.
“Itu tandanya Syu hamil,” katanya lagi.
“Hamil!” terperanjat aku dibuatnya.
Kali ini giliran Kak Yani pula meletakkan jari telunjuk di bibir. Tertukar pula.
“Masa ni kau kena ambil hati dia. Mungkin Syu hamil tu. Kalau kau kurang yakin cuba kau bawa jumpa doktor. Tanya doktor. Dapat pengesahan yang tepat,” cadang Kak Yani.
Wah! Berbunga hati aku mendengar ucapan itu. Isteriku hamil. Bahagia sungguh. Amboi Syuhada merahsiakannya dari aku. Hehe.. abang sayang awak, Syu.
Aku terpaku sambil menguntum senyum puas. Anak-anak Kak Yani sibuk bermain di laman ruman. Maklumlah hujung minggu begini sepatutnya ibu bapanya bawa mereka ke tempat yang seronok. Datang ke rumah aku tiada apa yang dapat mereka seronok. Layan buaian sahajalah jawabnya.
“Ingat Zad, wanita ni perlukan perhatian yang cukup. Kalau tak jangan harap akak setia dengan Abang Zamil seorang ni. Tapi nasib baik Abang Zamil ni pandai ambil hati akak,” ujar Kak Yani sambil cubit peha suaminya. Sengaja berseloroh nampaknya.
Menyeringai Abang Zamil setelah dicubit manja oleh Kak Yani. Saja buat-buat sakitlah tu. Sesekali aku menoleh ke bahu kiriku. Sedih pula kerana… dahlah malas nak ulang benda sama. Kalau aku meratapi kesedihan itu tiada gunanya.
Soal isteriku yang hamil amat membahagiakan aku. Sungguh bagaikan bersinar sahaja dari dalam hati.
Mulai detik itu aku mendapat kepastian setelah dibawa ke pemeriksaan doktor. Benar isteriku hamil. Bangganya aku akan jadi ayah. Syuhada akan jadi ibu. Hamil dua bulan kata doktor perempuan.
Beginilah kisahku. Aku menunggu tibanya detik itu. Masa berlalu pantas. Ketika ini aku lagut membayangkan wajah-wajah si kecil yang bakal aku timang nanti. Hehe… aku melukis wajah anak aku. Adakah seperti wajah ayahnya? Atau ibunya? Yang penting ini adalah anugerah ILAHI.
***
“Perempuan ni tak boleh kasi dia naik angin masa tengah mengandung. Tak elok untuk bayi dalam kandungan,” pesan Kak Yani lagi.
Bagus betul ada mentor seperti Kak Yani tanpa mengenakan bayaran dia bagi tips-tips hidup berkeluarga.
“Lagi bagus kalau kamu beli buku tentang wanita. Hiks” lawaknya Kak Yati.
“Seperti majalah keluarga ke atau majalah wanita? Kalau majalah wanita nanti tak pasal-pasal pulak Syuhada ingat saya ni mata keranjang,”
“Sebab itu kamu kena mengerti, perempuan penuh dengan rasa cemburu. Kalau sudah sayang setiap inci dia jaga. Ingat tu…” tegas Kak Yani lagi.
Kak Yani datang ke studio tempat aku bekerja. Sempat lagi dia bagi informasi pada aku. Ewah!
***
ENAM BULAN KEMUDIAN…
“Eh sayang…! Jangan buat kerja berat-berat… biar abang tolong,” ucap aku sambil mengheret baldi berisi air. Hendak ku angkat mana boleh. Tidak cukup tangan.
“Ala abang ni.. itu tak boleh ini tak boleh habis Syu nak buat kerja apa?” Syuhada merungut.
“Syu buat kerja yang ringan-ringan je. Baldi berisi air ni nak bawa pergi mana?” tanyaku.
“Nak siram pokok bunga,” katanya. Aduhai!
“Nak buat apa siram pokok bunga ambil air dari dalam. Paip kat depan tu kan ada,”
Tiba-tiba hidung aku ditarik manja. Aduhai isteriku nakal. Sempat lagi dia menjeling. Makin lawa. Aku pula menggosok perut isteriku.
“Assalamualaikum anakku… ibu nak siram pokok bunga bawa baldi air nak oihh.. kasihan tau…” sengaja berseloroh.
Syuhada tarik muka. Merajuk pula apabila aku bergurau. Tidak lama selepas itu dia menoleh lagi.
“Abang ni lupa ke.. paip kat depan tu kan bocor. Macam mana nak siram? Bunga tu ibarat hati, Kalau hati tidak disiram dengan kasih sayang maka akan layu jadinya,” Erk! Syuhada berkias. Tapi jangan bimbang. Aku dah baca majalah wanita. Hehe… senang sahaja nak balas.
“Abang hadir dengan lima jari untuk membantu. Menggunakan kudrat yang ada untuk isteriku yang tersayang. Jangan risau jangan khuatir, abang kan mengerti kamu… pasal paip bocor kat depan tu memang abang lupa, nanti abang minta tolong jiran sebelah tolong repair. Dah.. pergi duduk sana ya sayang…” aku memuncungkan mulut ke arah sofa. Biar isteriku berehat sahaja.
Oh! Dalam majalah wanita tu kata kena iringi langkah isteri untuk mengekalkan keharmonian. Wah! Nampaknya aku mesti iringi isteriku dengan penuh kasih sayang.
Hidup aku bertambah bahagia dengan cahaya mata yang bakal hadir mewarnai hari-hariku dengan Syuhada.
***
TIBA saat yang dinanti itu, Sungguh berdebar rasa hati. Isteri kesayangku telah selamat melahirkan zuriat kami. Aku tersenyum mekar bila diberitahu oleh doktor aku mendapat anak kembar. Begitu tepat naluriku berkata bahawa aku akan mendapat anak kembar setelah rasa itu aku curahkan dalam bentuk lukisan beberapa bulan sebelum tu.
Kini aku hidup satu keluarga. Ada isteri, ada anak dan ada kebahagiaan. Memang wanita ingin dimengerti. Dia perlukan kasih dan cinta dari seorang lelaki. Aku belajar menghargainya kerana dia ikhlas mencintai aku.
Ikhlas aku mencintaimu dan terima kasih kerana mencintai aku. Sayangku utuh buatmu sayang. Hari-hari yang berlalu jauh ku tinggalkan. Kecacatan ini bukanlah penghalang untuk meraih kebahagiaan. Sesungguhnya kau wanita hadir bagai mimpi laksana embun pagi dan bagaikan mentari yang menyinari hidupku. Anak kita penyeri rumah tangga kita. Nur Iman Suraya dan Nur Iman Najwa anugerah yang tidak terhingga. Aku mesti bekerja kuat untuk memastikan segala-galanya cukup.
Wahai puteri-puteriku, ayah ingin melihat anak-anak ayah membesar sebagai seorang wanita solehah sebagaimana ibumu yang taat dan setia mencintai ayah.
Inilah harapanku.
~Tamat~