Entri Terkini :

Mesin Jahit Hati - 6

SEMALAM kecoh akan kes kehilangan Mira. Dicari merata-rata tempat tetapi tidak jumpa. Bukan sahaja Pak imam Surau Padang yang turut berada di majlis berkenaan nampak panik, malah orang-orang kampung juga menumpang resah. Belum pernah terjadi kes culik di Kampung Sora ini. Kebiasaan orang kampung yang takutkan hal sedemikian berlaku telah mencadangkan idea yang bukan-bukan. Harus jumpa bomoh katanya. Semua tu mengarut. Pak imam Surau Padang telah menenteramkan keadaan supaya membuat laporan polis dan selepas waktu Isyak pula, bersepakat untuk buat Solat Hajat.
Aku pun hairan, di zaman serba moden begini pun orang masih percayakan benda karut macam ni. Kemungkinan inilah kepercayaan masyarakat pada hari ini. Aku tidak menafikan bahawa aku juga turut bimbang pada ketika itu. Orang yang kalut adalah Fahmi. Fahmi nampak tertekan dan berkali-kali dia soal aku, “Mana Mira? Mana Mira?” Dan aku memang tak tahu. Bujet pula berkerut dahi dan memarahi aku sepuas-puasnya. Aku dipersalahkan kerana cuai.
Tidak cukup dengan itu, Mak Pah turut khuatir dan wajah resah jelas terpancar. Sewaktu dikhabarkan hal itu, Mak Pah hampir pengsan kerana terkejut. Aku terdiam seribu bahasa kerana takut. Sepatutnya mereka juga ambil peduli tentang Mira. Kenapa perlu aku yang mengawal setiap gerak-geri Mira? Tapi… selama ini aku tidak pernah tahu. sebenarnya Mira ada penyakit Iseng. Dan penyakit itu dikesan sejak tiga bulan lalu oleh seorang doktor yang merawat penyakit Mira. Pada mulanya Mak Pah cuba berahsia tetapi dia terpaksa menceritakan keadaan sebenarnya. Budak perempuan sekecil itu didera dengan penyakit sedemikian yang tidak diketahui puncanya. Kadang-kadang dia akan berjalan sendirian seperti ada peneman. Setelah diberitahu oleh Mak Pah, barulah aku faham kenapa mereka begitu bimbangkan Mira.
Mira akhirnya ditemui oleh penduduk kampung di bawah jambatan dalam keadaan terbaring lesu. Jambatan itu berada jauhnya 2km dari majlis perkahwinan itu. Sungguh jauh Mira berjalan. Anehnya tiada siapa yang perasan akan kelibat Mira ketika melangkah pergi dari majlis itu. Barangkali Mira menggunakan laluan belakang rumah Endut dan seterusnya berjalan melalui tebing sungai sehingga ke jambatan itu.
Pada pukul 10 malam Mira ditemui dan ketika itu dia ditemani oleh Mak Pah yang seharian khuatiri akan Mira. Sungguh aku kesal kerana aku yang merupakan sepupunya tidak pernah tahu berkenaan penyakit itu. Tambahan pula Mak Pah tidak pernah menceritakannya. Baru sekarang ia terbongkar.
“Jauh termenung?”
“Eh!” Aku dikejutkan dari lamunan gara-gara disapa oleh kucing miang! Aku terus melarikan wajahku setelah menoleh sekilas. “Awak buat apa dekat sini?” Tanyaku dalam nada kurang senang akan kehadirannya di tepi pantai. Ketenangan yang diraih aku seolah-olah diragut oleh Fahmi si kucing miang.
“Sama seperti awak.” Jawabnya perlahan.
“Saya tak pernah sama dengan awak. Awak dengan saya berbeza. Awak orang bandar dan saya orang kampung. Itu sudah cukup membuatkan kita tak sama.”
“Siapa kata tak sama?”
“Err… nak bantah?”
“Yes, saya argue.”
“Eee!” Aku mengumam geram sambil menggempal tangan sendiri. Asyik nak menang je dia ni. Tak pernah nak mengalah. Tension aku dibuatnya. Sekali aku debik kan baru tau! Tapi… dia mesti lelaki yang kaut. Hurm…
“Esok rombongan saya akan datang meminang awak.”
“Apa?!”
“Mak awak tak beritahu ke?”
“Apa ni? Belum waktunya lagi.”
“Mak awak dah setuju.”
“Ish!” Aku terus melangkah melarikan diri. Aku tak setuju. Mana boleh ibuku senang-senang berubah fikiran. Aku masih ada tiga hari lagi untuk membuat keputusan tapi kenapa ibu aku potong jalan?
“Saya tetap akan pinang awak!” Dia menjerit dari jauh. Langkah aku terhenti lantas menoleh semula ke arahnya.
“Lebih baik awak pinang itik Mak Jenab!” Balas aku selamba.
“Awaklah itik tu!” Argh! Dia anggap aku itik? Mana boleh jadi macam ni.
“Kucing miang!”  Balas aku.
“Ya! Kucing akan buru itik. Boleh?”
“Boleh jalanlah.” Aku terus menyambung langkah daripada mempedulikan Fahmi yang dah kritikal tu. Bosan betul-betul aku bosan. Hari ini tidak seronok langsung.
“Aya! Tunggu!” Tiba-tiab dia panggil aku pula. Boo layan! Aku tak ada masa nak layan spesis lelaki macam tu. Lelaki yang tak tahu malu dan lelaki yang cukup perasan. Aku terus mendapatkan basikal aku dan segera untuk beredar. Terkejut aku dengan tindakan kurang asam!
Jantung aku berdetak laju dan aku merengus geram dan benci sungguh dekat lelaki yang sedang berdiri di di hadapan aku. Aku bercekak pinggang lalu merenung tajam ke arah Fahmi. Laju juga dia kejar aku dah terpacak di hadapan aku sekarang ni.
“Kau!”
“Apa?”
“Apasal kau rantai basikal aku dekat tiang letrik ni hah?” Aku sudah mula berlagak kasar. Dah tak ada lagi berawak-awak dengan dia ni. Orang macam dia ni patut diajar. Aku dah tuding-tuding jari di hadapan muka dia dan hampir-hampir tercucuk lubang hidung dia tu. Dia ni tinggi sangat sampai terjungak aku memlihatnya.
“Eh, apa ni main tuduh-tuduh? Saya fikir awak sengaja merantaikan basikal awak dekat tiang letrik ni. Awak pun pernah kata yang awak selalu risaukan basikal awak hilang.” Dia menafikannya.
“Cukup setakat kunci rim sahaja. Ini dah sampai rantai besar macam ni apa cerita?  Aku yakin ni semua kerja kau yang dengki dengan aku.”
“Amboi kasar bunyinya.”
“Memang aku kasar. Aku perempuan yang nampak lembut di luar tapi kasar di dalam.” Bila aku dah bersikap macam ni aku harap dia akan terus membenci aku dan membatalkan niatnya nak bertunang dengan aku. Ya Allah tolonglah aku…
“Ye ke?” Fahmi menjuih bibir. Eee! Geram pula aku tengok wajah dia tu rasa nak tumbuk je seperti bantal. Boleh aje kut? Tapi… kalau dia ni jenis lelaki yang suka balas dendam bagaimana? Aku tertanya-tanya dalam diri sendiri.
“Ye! Betapa ramai perempuan dekat dalam kampung ni kenapa saya yang awak pilih? Awak fikir awak ni putera raja mencari permaisuri terpilih ke? Saya tak akan kahwin dengan awak.”
See… awak sendiri tak tetap dalam tutur bicara. Sekejap aku sekejap saya. Memanglah saya ni bukan putera raja tapi saya putera idaman awak. Saya layak untuk awak kerana saya akan bahagia awak dan akan saya taburkan benih kasih sayang ke laman hati awak. Mungkin ia memakan masa namun lambat laun pun awak pasti akan jatuh cinta.”
“Kucing perasan! Sudahlah. Simpan aje kata-kata awak tu.” Marah aku padanya yang tak pernah berhenti menyakiti hati aku.
“Okey… saya balik dulu nak buat persiapan apa yang patut untuk esok.”
“Tak ada esok untuk awak!”
“Ada.” Jawabnya kemudian bersiul-siul dan melangkah meninggalkan aku.
“Ni siapa nak tolong buka ni?” Aku menunjukkan basikal yang dirantai kemas tu.
“Buka sendiri.”
Mudah-mudah dia mempermainkan aku.
“Tapi awak yang kunci.”
“Okey, memang saya pun. Ni kuncinya… kalau awak nak kunci ni awak kena ikut saya.” Balasnya sambil mempamerkan kunci mangga yang dikeluarkan dari poket seluar membelakangkan aku. Dia tak menoleh pada aku tapi sekadar tunjuk sahaja.
“Saya balik jalan kaki je!” Jawab aku geram.
“Dekat depan sana ada beberapa ekor kerbau lepak dekat jalan. Tadi saya ada nampak masa nak ke sini. Awak terpaksa lalu jalan yang jauh kalau nak balik. Saya tahu awak takut pada kerbau.” Dia memberitahu aku tentang hal itu.
“Kalau ada buaya sekalipun saya tak takut la!” Aku menafikannya. Macam mana dia tahu aku takut dekat kerbau. Eee tanduk kerbau yang panjang tu kalau kejar kau memang tak cukup tanah aku lari. Tambah lagi bila kerbau yang ada anak. Geramlah aku dekat kerbau. Pasti kerbau tu Pak Mat yang punya. Pak Mat memang suka bela kerbau tanpa kandang. Kerbau dibiarkan tanpa kandang sememangnya mengundang bahaya. Pernah suatu hari tu kerbau Pak Mat kejar Bujet sampai Bujet terpaksa panjat pokok kelapa. Nasib baik kerbau yang naik minyak tu tidak reti panjat pokok. Sekiranya keajaiban berlaku dan tiba-tiba kerbau tu panjat pokok, mahu tersohor alkisah itu. Semenjak peristiwa Bujet mengacah hendak tangkap anak kerbau Pak Mat, ibu kerbau naik minyak. Masa tu pula aku tengah kayuh basikal dari jalan tak berturap dekat sawah padi. Aku baru balik jumpa Ecah. Rumah Ecah tu dekat dengan sawah padi di tali air. Bujet memang nakal sangat.



“BERHENTI!” Aku mengarahkan Fahmi supaya berhentikan aku dekat warung ibuku. Aku tak nak dia hantar aku betul-betul di hadapan warung itu. Malas nak banyak soal dengan ibu pula nanti.
“Depan sana sikit la.”
“Tak payah.” Aku mahu dia berhenti dekat situ juga.
“Baiklah.” Dia tersenyum.
“Eh apa ni?!” Dia tekan pedal minyak dan memecut laju. Aku berkerut dahi. Tersandar rapat aku pada tempat duduk itu. Dia ni dah naik gila agaknya. Berhabuk dekat belakang saat aku menoleh. Kereta dia pick-up memang berkuasa kuda tapi yang tak sedapnya dia menakut-nakutkan aku. Ramai orang di dalam warung ibu aku pandang semacam. Aku takut mereka fikir yang bukan-bukan sahaja.
“Kita ke rumah mak cik saya.”
“Awak dah setuju nak hantar saya balik kan?”
“Siapa kata?”
“Eee!”
“Nak marah?”
“Awak ni kenapa?”
“Saya punya sukalah nak bawa awak ke rumah makcik saya.”
“Bekas mak cik awak!” Aku membetulkan keadaan sebenar supaya dia tidak menganggap Mak Pah itu adalah makciknya lagi.  Pakcik Nizam dah lama pergi. Tapi kenapa aku mempersoalkan tentang itu di dalam kepala aku sendiri? Ternyata aku tandus memikirkan perkara yang wajar.
“Sampai hati awak cakap macam tu…hurm…” Ucap Fahmi lalu memperlahankan kenderaannya seraya mengeluh.  Tiba-tiba aku serba salah. Sudah rasa pasti itu menyerang jiwa ini. Aku kejam membahaskan sesuatu yang dikelar dengan perkara yang sudah berlalu.
Mengapa sukar lidahku memohon maaf pada lelaki itu? Sesungguhnya aku mengerti bahawa Fahmi menyayangi silaturahim itu. Walaupun terpisah jasad namun ikatan kekeluargaan tetap terasa wujud. Aku harus membuat dia membenci aku. Jelas sekali aku mesti bertindak begitu dan aku perlu menjadi seseorang yang tidak berperasaan.
Fahmi membisu, begitu juga aku. Tiada sepatah pun kata-kata yang terpacul keluar selepas itu melainkan keluhan demi keluhan dilepaskannya mempamerkan bahawa dia sedang berkecil hati. Barangkali itulah yang dirasakan agaknya.
Sikap biadab, sombong, riak dan takbur perlu aku pelajari agar aku terus dibenci. Ya! Benar sekali itulah propaganda diriku sekarang. Semua ini dilakukan agar aku tidak dikahwini oleh lelaki bandar itu. Berharap sangat aku terlepas kali ini. Ibuku tidak perlu memaksa dan terus memaksa aku kahwin.
“Awak…”
“Saya nak keluar!!!” Bentak aku kerana aku tidak mahu berdua-duaan di dalam kereta setelah Fahmi berhenti di bahu jalan.
“Awak tak akan berjaya menghalang saya daripada berkahwin dengan awak.” Ucap Fahmi bersungguh-sungguh lalu dia menekan salah satu butang yang terdapat dekat dashboard keretanya lantas aku membuka pintu.
“Jangan harap!” Balas aku setelah benar-benar aku berada di luar keretanya. Tanpa segan silu aku terus menutup pintu keretanya dengan kuat tunjuk perasaan. Aku terlihat dia terperanjat dengan tindakan aku tu. Lalu dia keluar daripada kereta.
“Kenapa tutup pintu kereta kuat-kuat? Kalau tercabut pintu tu nanti awak nak ganti?” Marahnya.
“Awak kan anak orang kaya. Beli je pintu baru…” Sindir aku padanya sambil beriak wajah ego.
Dia datang dekat aku.
“Wei perempuan. Walau macam mana pun kau akan jadi isteri aku.”
“For what?”
“Baiklah. Baiklah!” Dia menggarukan kepala laju-laju. Nampak gelisah sahaja. Seperti ada sesuatu yang disembunyikannya.
“Apa dia?”
“Awak kena tolong saya.”
“Tolong?”
“Adoi…”
“Apa adoi-adoi ni? Saya nak cepat. Saya nak balik rumah saya.”
“Kita kahwin.”
“Tak nak.”
“Kahwin.”
“Tak nak.” Balas aku menjuih bibir.
“Awak kena tolong saya.” Katanya. Tahu pun takut. Aku dapat rasakan lelaki ni bukan cintakan aku pun. Baru je kenal terus nak kahwin dengan aku. Bukan ke itu pelik namanya. Soal dia anak orang kaya tu memang aku tak ambil peduli langsung. “Jadi isteri saya buat sementara waktu.”
“No choice. Saya tak suka mempermainkan perkahwinan. Ia satu tindakan yang sangat tak bertamadun. Kenapa? Nak kahwin kontrak?” Ucap aku sambil ketawa. Betul-betul gila lelaki bandar ni. Nak ikut trend sekarang la tu. Trend kahwin kontrak.
“Macam mana awak tahu?”
“Kalau dari awal-awal awak cakap kan senang.”
“Jadi awak setuju?” Fahmi beria-ia benar. Aku tak sangka lelaki ni memilih perempuan kampung macam aku ni untuk jadi isteri dia. Sekali sekala buat jahat pun okey juga ni. Tapi aku tak akan kahwin dengan dia. Aku tak akan serahkan hati aku pada dia. Hurm…
“Tidak sesekali saya bersetuju. Tapi dengan satu syarat.”
Wajah Fahmi berubah. Dia menanti syarat yang ingin aku letakkan.
“Sebelum tu, awak kena beritahu saya kenapa awak perlu berkahwin dengan saya?”
“Err…”
“Cakaplah.” Aku nampak Fahmi teragak-agak nak menceritakan hal sebenar.
“Kerana saya tak nak dikahwinkan dengan perempuan Mak Salleh.”
“Erk!” Terkedu aku mendengarnya. “Apa salahnya dengan Mak Salleh? Perempuan juga tu.” Sambung aku.
“Kalau saya cerita dekat awak pun sudah pasti awak tak faham.” Beritahu Fahmi berkerut dahi.
“Belum cerita dah kata macam tu.” Tingkah aku terhadapnya.
“Erm…”
“Siapa nama perempuan tu.”
“Susan.” Beritahu Fahmi.
“Orang mana?”
“Scotland, tapi dia dilahirkan di Malaysia.”
“Religon?”
“Not Muslim.”
“Hmmm…” Memang 100% aku pelik dengan lelaki bernama Fahmi ni. Kira gadis tu warganegara Malaysia la. Mungkin Scotland tu tempat asal orang tua Susan sahaja. Datang ke Malaysia semata-mata untuk melahirkan Susan aje kut. Tergelak aku memikirkan hal itu. Kelakar pula aku membuat spekulasi sendiri. Memang tak masuk akal langsung.
“Kenapa awak gelak? Perkara ni melucukan ke? Atau saya sedang buat lawak antarabangsa?”
“Saya rasa otak awak ni dah masuk air. Lagi satu, awak ingat saya nak sangat ke berurusan dengan awak? Batalkan sahaja niat awak untuk kahwin dengan saya kerana saya akan memilih Bujet sebagai calon suami saya.” Eh! Apa aku cakap ni? Aku pandang wajah Fahmi dengan seribu penyesalan di atas keterlanjuran kata-kata aku sebentar tadi.
Fahmi tercengang mendengar ucapan aku. Dengan ini yakinlah aku bahawa kata-kata aku itu mengundang padah pada diriku sendiri. Kenapa lidah aku laju sangat sebut nama Bujet? Apa kaitan Bujet dalam hidup aku kali ni? Aduhai merempatlah jiwa aku nanti di jalanan yang kosong.
“Kenapa dia?” Hah! Dia Tanya tapi tangan dia macam nak capai tangan aku. Cepat-cepat aku alihkan.
“Nak pengang nampak?” Cepat aku membalas kerana tak puas hati. “Haram!” Kataku padanya supaya dia mengerti. Dia fikir aku ni gadis kebanyakkan ke? Aku gadis terpilih tidak mudah mengalah. Jika berlaku perkara sumbang, perempuan juga yang disalahkan. Gaya Fahmi itu penggoda lara! Jangan harap dia dapat sentuh aku. Nekda aku sendiri.
“Tak boleh ke?” Selamba jawabnya seolah-olah tidak tahu abad.
“Awak tak sekolah ke?”
“Dah tamat.” Dia tersengih dan aku yakin dia menyembunyikan perasaan cemburunya. Eleh! Dia sakit hati la tu. Biarlah terasa pun tak apa. Janji, aku tak akan kahwin dengan dia. Lupakan ajelah soal kontrak tu. Dia fikir perkahwinan macam tu akan membawa bahagia? Bergaduh bagai nak rak kemudian jatuh hati? Pengalaman yang diraih aku dalam bacaan novel. Begitulah yang terjadi. Tolonglah, lebih baik kau cari perempuan lain aje, bisikku dalam hati.
“Malas la saya nak layan kucing miang macam awak ni.”
“Saya bukan kucing. Saya orang dan saya seorang lelaki yang nak kahwin dengan awak. Awak mesti bantu saya.” Laju dia memegang tangan aku dan memaksa.
“Wei gila! Aku jerit kan?!” Aku memberikan dia amaran. Dia sudah keterlaluan dan biadap.
“Jeritlah, saya tak kisah pun. Saya nak bawa awak masuk dalam kereta dan sayaakan  apa-apakan awak. Kemudian kita kahwin. Macam mana? Atau kita berdua-duaan di tempat sunyi, dapat kahwin free... bila kena tangkap basah, okey tak?” Dia dah buat aku marah. Ucapan dia tu macam orang tak berpendidikan. Nama je anak orang kaya tapi otak letak dekat kepala lutut.
“Awak ugut saya? Saya akan buat laporan polis! Biar awak kena saman.”
“Apalah sangat tentang saman tu.” Dia ada duit senanglah cakap. Yang merana aku! Dia ni tak boleh aku biarkan.
‘Pang!’ aku bagi sebijik dekat pipi dia. Ambik kau!!!
Dia gosok pipinya selepas tangan aku dilepaskan. Kemudian dia pandang aku lain macam je. Matanya menjadi layu meskipun bola matanya sekarang kemerahan. Aku mengetap bibir penuh rasa serba salah kerana menamparnya sebentar tadi. Tapi… itulah selayaknya habuan yang dia mesti dapat gara-gara bertindak tidak senonoh itu. Kata-katanya pula amat menyakitkan hati.
“Terima kasih kerana awak telah menyedarkan saya.” Katanya perlahan dan terus melangkah untuk masuk ke dalam perut kereta. Beberapa detik, enjin keretanya menderu dan berlalu meninggalkan aku dengan sejuta kekesalan. Hurm… mengeluh aku dalam hati mengenangkan sikap lelaki itu. Ada kalanya dia begitu menjengkelkan dan ada ketikanya membuatkan sanubariku goyang.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.