Impian untuk menjadi seorang artis terkenal akan menjahanamkan aku kelak. Tapi memang aku ni jenis suka berangan nak jadi artis. Nama aku Hanita. Aku gadis kasar. Kasar di luar lembut di dalam. Aku punya pakej lengkap. Suara? Memang orang kata bak buluh perindu. Wajah? perh! aku sempoi! apa barang ber-make-up bagai ni? Membazir wang saku aku aje beli alat-alat make up bagai. Rohit jemu tengok aku tak melawa. Rohit? siapa dia? Dia nanti tahulah...
Aku ni nama aje nak jadi artis. Sekolah pun setakat SPM aje. Cukup-cukup makan. Boleh ke nak jadi artis? Nak jadi penyanyilah kononya. Mana tidaknya aku tengok rata-rata semua orang sibuk nak jadi artis. Aku pun jugalah. Ada sesetengah tu mak dan ayahnya bangga anak jadi penyanyi.
Okey! aku malas nak sebut hal mak dan ayah kerana aku anak yatim piatu tak ada mak dan ayah. Abang dan kakak aku dah pulaukan aku. Aku dibuang keluar. Chait!! apa kes kena buang? Memang beb kena buanglah sebab kena fitnah dek gambar yang bukan-bukan. Gambar kata aku lesbian! apa kejadah? Aku dah ada teman lelaki buat apa aku nak suka sejenis?
Memang! Aku akan ceritakan sedikit kisah kenapa aku kena buang oleh adik beradik aku.
"Han... sini sekejap," Tina memanggil aku.
Profile Tina,
perempuan yang manis
bertudung litup dan canitk
lemah lembut dan bersopan santun
suka ambil hati.
Aku rapat dengan dia bila dia berpindah ke kampung aku. Kira dia budak baru kampung akulah masa tu. Kes ni berlaku kira-kira dua tahun lalu. Oh aku lupa nak beritahu umur aku. Aku dah berumur 25 tahun sekarang. Muda lagi... belum andartu. Rock!!! korang tolaklah berapa umur aku masa kes tu? ambik kalkulator cepat!
Aku pergi dekat Tina. Aku tanya dia. Dia menguntumkan senyuman sahaja. Hairan jugaklah aku tengok dia tu gembira sahaja. Ingin jugak aku tahu apa sebabnya.
Aku mula rapat dengan dia masa kes aku jatuh skuter. Malang sungguh nasib aku. Semua ni lembu Pakcik Mahmud punya pasal. Tak ada tempat lain nak melintas, di hadapan aku juga mereka main kejar-kejar lagi. Sabar sajalah aku. Masa tu cedera sikit aje, Tina tolong balutkan. Masa itulah dia kenalkan dirinya yang kebetulan nak pergi kedai runcit beli Ridsect banyak nyamuk katanya di rumah. Tapi mujurlah di kampung aku ni tak ada kes denggi, tu mungkin nyamuk yang ikut pindah sekali kut dengan keluarga mereka?
Tina masuk panggil-panggil macam ada perkara penting sahaja hendak disampaikan pada aku. Aku wajib tahu. Memang kena tahu.
Tina terserempak dengan aku di tengah perjalanan maka dengan itu dia panggil aku. Gaya nampak penting aje hal yang ingin diberitahu. Tapi kalau main-main aku kurang suka kerana mood aku ni kurang elok. Aku sebenarnya kelam kabut lepas kena marah dengan Kak Madhiah. Kakak tiri aku tu memang garang gila. Geram sungguh.
Aku berpatah semula dengan skuter aku ni untuk menghampiri Tina yang berada di hadapan halaman rumahnya tang tidak jauh dari bahu jalan. Senyuman tak lekang di bibir.
"Ada apa? Aku dah lambat ni nak ke kedai beli susu... akak aku bising tu susu dah habis," kata aku memberikan alasan sekiranya Tina lengah-lengahkan waktu.
"Kau nak jadi artis kan? Ada uji bakat di Alor Star, kau cubalah masuk... mana tau rezeki kau," katanya memberitahu aku berkenaan cita-cita aku tu.
"Jauh tu, aku nak duduk mana sana nanti?" aku terkejutlah. Memang kau nak jadi artis tapi jaran terlalu jauh. Kenapa tak adakah uji bakat di negeri aku sahaja? Geram pulak dengan pihak penganjur.
"Itu kau jangan risau, aku ada kawan dekat sana," katanya.
Ramai betul kawan dia. Hidup bersosial memang ramai dapat kawan. Lainlah aku ni asyik-asyik lepak dalam kebun aje macam tak ada tempat lain aku nak kena buat. Bosan pulak rasanya.
"Ya ke? habis macam mana? Aku takut jugak pergi jauh-jauh ni," aku melahirkan kebimbangan memandangkan aku pasti tidak akan dibenarkan oleh kakak tiri aku tu.
"Apa yang kau takutkan? Kak Madhiah kau?" Tina menduga pasti.
Aku tengok muka Tina sahaja dia seperti yakin sekali aku boleh pergi. Mesti ada sesuatu yang berlegar dalam otak dia tu? Otak aku memang langsung tidak dapat berfungsi dengan baik bagi mereka alasan.
Lambat-lambat aku mengangguk. Memang ya dan tepat sekali. Bukan senang untuk berhadapan dengan Kak Madhiah dan memberitahu tujuan aku keluar daru rumah untuk seketika. Aku pasti kena ganyang.
"Kau jangan risau, menda mudah sahaja. Kau jangan fikir ia susah. Kak Madhiah kau tu mesti kasi kau pergi walaupun tanpa rela asalkan kau ikut apa yang aku cadangkan. Terbaik punya," kata Tina dengan begitu sopan santun dan wajah ayu-ayu gitu.
Aku berkerut dahi. Apa sahajalah idea dia ni untuk aku pergi ke uji bakat tu. Tina memang banyak tolong aku. Aku memang terhutang budi dengannya. Belanja ais kacang pun pakai duit dia. Tapi dia yang selalu nak belanja aku. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, kalau okey biar musuh cari kita lepas tu baru kita lawan balik? Boleh?
Tapi ini bukan kisah lawak untuk korang ketawakan. Ini kisah aku dan ia ada kena mengena dengan apa yang berlaku dalam hidup aku. Aku mahukan korang jadikan ia iktibar. Ecewah macam kisah benar pulak kan? Kalau masuk tv best jugak ni? Aku kan nak jadi artis.... Kalau boleh artis popular sebaris dengan pelakon-pelakon terkenal seperti Aaron Aziz. Eh?! dia lelaki... seperti Erra Fazira, Fasha Sanda, Karena Kapoor (tiba-tiba Hindustan Heyy) dan mereka-mereka yang telah memenangi anugerah.
Tapi... aku bukan nak berlakon kan? Aku nak jadi penyanyi, orang kata bila sudah tidak laku jadi penyanyi baru boleh berlakon seperti kebanyakan artis-artis lakukan? Bagi aku, mungkin aku akan menyanyi kut sebab aku kurang berminat dalam bidang lakonan, sekadar cakap bolehlah kan? Aku pernah dengar juga komen-komen pelakon yang kurang berminat, mereka kata amat memenatkan berada di lokasi. jadual tidak menentu, kadang-kadang shooting tengah malam sampai ke pagi. Uiks! kasihan juga kan? Memang itu jalan mereka pilih.
"Han! apa yang kau menungkan tu ?"
"Eh?!"
"Beranganlah tu... jangan kau risau, impian kau pasti menjadi kenyataan," Tina membakar semangat aku yang berkobar-kobar ini.
"Nanti kau cerita dekat aku ya bagaimana caranya. Sekarang ni aku kena pergi kedai dulu, jikalau lambat nanti bising pulak kakak aku tu,"
"Yelah, nanti kau datang rumah aku ya?" pesna Tina.
"Okey,"
***
"Apa?! Kau nak ke Alor Star? Kau nak buat apa pergi sana?"
Aku berdebar-debar ni. Kak Madhiah tak tahu tujuan aku. Adakah aku patut berterus terang? Sukarnya untuk aku berkata-kata tadi.
"Bukannya lama, tiga hari aje pun,"
Aku menjawab tatkala Kak Madhiah aku mencerlung aku. Dia bercekak pinggang. Cara dia pandang aku memang nak telan aku. Dia memang tidak suka kalau aku berhasrat untuk keluar dari kampung ni walaupun sekejap.
"Mana boleh! habis tu siapa nak uruskan kebun tu nanti kalau kau tak ada? Kau jangan nak buat pasal nak bercuti. Kau ingat sikit, kebun tu aje hasil titik peluh kita nak makan anak beranak," Kak Madhiah hanya tau ungkit sahaja. Bosan jugak. Tak ada benda lain. Aku pun boleh cari kerja lain. Aku bukan suka pun duduk dekat kebun tu. Aku buat kerja seperti tidak ikhlas aje selama ni.
Kenapa susah sangat mereka ni nak faham? Aku tak suka kerja tu! banyak lagi kerja aku boleh buat. Aku boleh menyanyi! salah ke aku nak jadi artis?! Tapi kakak ipar dan suaminya tu memang tak tahu aku nak jadi artis.
"Diah... biarlah dia nak jumpa kawan dia di sana, lagi pun kawan dia tu sakit. Apa salahnya dia pergi melawat?"
"Abang mana tahu kawan dia sakit? Sejak bila dia ada kawan di sana tu?" Kak Madhiah mencurigai aku. Aku telah menipu abang ipar aku, suami kepada Kak Madhiah.
"Dia dah beritahu abang tadi di kebun. Janganlah awak risau, abang kan ada. Lagipun bukannya lama pun Tasya ke sana," Abang Zaidi menyokong aku. Aku sayang dia. Hakikatnya Abang Zaidi kena tipu dengan aku. Aku terpaksa.
"Ingat Hanita, akak tak nak dengar kau buat benda yang bukan-bukan. Akak dah cukup malu dengan diri kau sekarang ni. Kasar macam lelaki lepas tu pakaian pula menyerupai lelaki. Kenapalah arwah bapak tak didik kau dengan betul?" kata-kata Kak Madhiah menyakitkan hati aku. Aku yang duduk di situ tertunduk. Terasa geram kerana melibatkan arwah ayah aku. Itu ayah aku bukan ayah dia. Omar adalah ayah kandung aku. Bukan ayah kandung dia. Kenapa suka-suka hati mengata dia?
Aku mengumpul kekuatan untuk melawan tetapi rasanya aku perlu bersabar. Biarlah masa penentu segala. Hmmm diri aku macam ni, bukan aku buat kerja tak senonoh pun. Pemikiran dan tanggapan negatif macam nilah selalu sangat wujud. Aku hairan bendar dengan orang-orang yang berfikiran sempit seperti ini. Aku tidak pernah ganggu orang lain.
***
Aku fikir aku akan pergi sendiri ke Alor Star. Tina temankan aku sekali. Dia berikan sokongan pada aku. Bertuah dapat kawan seperti Tina ni. Ramai lelaki berkenan dengan dia tapi dia menolak cinta lelaki. Tina takut bercinta kerana takut dikecewakan lagi. dia sudah putus dengan Hawis kerana lelaki itu telah menduakan cinta Tina. Sejak dari itu Tina tidak percayakan mana-mana lelaki lagi.
"Han, kenalkan ni kawan aku, nama dia Jack," Tina kenalkan seseorang pada aku.
'Jack? dia seperti aku kasar. Aku yakin dia juga perempuan seperti aku. Kenapa? Rupa-rupanya Tina mempunyai ramai kenalan seperti aku.
"Hai, aku Han," kata aku.
"Hai..." balasnya.
Kami berjabak tangan dan dia menjemput aku dan Tina masuk ke dalam rumahnya. Jack itu senyum meleret sahaja seperti fikirkan sesuatu. Biarlah dia. Aku dapat menumpang rumah dia pun dah kira okey. Biar siapapun kawan Tina aku tidak kisah.
Aku duduk di kerusi setelah dipelawa. Aku memerhatikan sekeliling rumahnya. Mewah. Luar nampak biasa di dalam macam-macam ada.
Jack ke dapur. Mungkin buat air. Aku sempat berbisik pada Tina.
"Kawan kau kerja apa Tina?" aku bertanya kerana ingin tahu.
"Nantilah aku cerita," pulak! Tina membuatkan aku rasa tidak sabar.
Aku terus terdiam. Fikiran aku berehat seketika dari memikirkan benda-benda ni. Kadang-kadang otak kita akan rasa letih bekerja 24jam. Sebab itulah ada masa tidur, tapi dalam tidur pun boleh mengingau, bagaimana? Boleh lagi aku bermimpi sedang bernyanyi atas pentas lalu peminat-peminat baling bunga dekat aku. Lepas tu ada pula peminat-peminat lelaki bagi flying kiss dekat aku.... mahu tidak cair aku rasa.
Tidak lama selepas itu Jack muncul membawa dua gelas minuman. Kali ini dia berwajah biasa sahaja. Senyumannya tidak meleret seperti tadi. Kira okeylah tetamu hadir lalu dia sediakan minuman. Boleh hilangkan haus ni.
"Jemput minum," pelawa Jack pada aku dan Tina.
Aku mencapai gelas yang dihulurkan. Aku meminum jus oren itu sedikit dan meletakkannya semula di atas meja. Aku memandang Jack dan Jack memandang aku. Kemudian aku pandang Tina pula sambil senyum-senyum sendiri. Miring ke aku ni?
Tidak lama selepas itu. Kepala aku berdenyut-denyut. Pening semacam sahaja. Aku tengok wajah Tina sudah berbayang-bayang dan Jack pun sama. Pandangan aku mul kabur dengan perlahan-lahan.
Itu sahaja yang aku ingat kerana kepala aku begitu pening. Sekitar aku tiba-tiba perpusing-pusing kemudian menjadi gelap begitu sahaja.
***
Aku tidak pernah tahu apa yang terjadi selepas itu. Selepas aku di rumah Jack. Tapi aku berasa yang ganjil. Badan aku ketika bangkit dari sedar itu berasa sangat letih. Kata Tina aku pengsan. Aku menerima alasan itu. Mungkin aku keletihan agaknya.
Aku berasa haus. Aku ke dapur. Aku terlihat Jack di situ. Aku tercari-cari kelibat Tina. Dia tiada di situ.
"Jack, mana Tina?"
"Dia keluar, nanti dia balik. Kau dah bersiap nak pergi uji bakat tu ke? Kita bertolak awal sikit maklumlah ramai orang nak jadi artis. Nanti kau beratur lama pula," kata Jack.
Aku berangan serta merta. Kalaulah aku berjaya dalam ujibakat itu aku berasa sangat bertuah. Aku ingin tunjukkan bakat aku yang terpendam yang selama ini aku bernyanyi di kebun sendirian. Tidak lupa juga di dalam tandas turut bernyanyi-nyanyi. Begitu gila impian ini.
Beberapa jam kemudian.
Aku tiba di lokasi. Dan aku terperanjat. Mana? Mana tempat uji bakat tu?
"Jack?" aku memandang Jack kemudian aku menoleh pula pada Tina.
Masing-masing berjongket bahu bermakna tidak tahu.
Hurm... akhirnya aku mendapat tahu dari seseorang selepas bertanya. Katanya ujibakat dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Mengapa begini? Aku berasa kecewa datang dari jauh Jerantut, Pahang begini pulak jadinya. Hampa sungguh..
***
Tina tidak mahu pulang dulu. Aku pulang sendiri dengan bas. Kata Tina dia ada urusan lain lagi di situ. Aku pulang sendiri akhirnya.
Duduk di dalam bas sendiri memang terlalu bosan. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan kerana kecewa sangat. Ingin jadi artis tidak kesampaian. Mungkin lain kali agaknya. Tidak mengapalah.
Setelah sekian lama di dalam bas barulah tiba di daerah aku. Aku meminta Rohit mengambil aku. ketika itu dia hanya kawan aku. Belum lagi bergelar insan istimewa. Rohit datang menjemput aku. Aku pun teruk juga langsung tidak beritahu Rohit tujuan aku. Aku senyap-senyap dan mungkin inilah dugaan orang yang menipu.
"Maafkan aku Rohit..."
"Aku faham..." kata Rohit.
Aku dengan dia minum di sebuah kedai. Aku masih dihambat dengan rasa kecewa.
Beberapa hari kemudian....
"Pergi kau!! pergi kau dari sini!! perempuan tak guna! memalukan! aku tidak mahu orang terkutuk seperti kau berada di dalam rumah ini. Aku sudah menjangkakan kau menipu aku! tengok?!!!" Kak Madiah mencampak beberapa foto kepada aku.
Aku terperanjat! foto ?? arghhh!!!!
Aku bagaikan tidak percaya! Foto itu! Dari mana? Siapa perempuan itu? Apa ni? Benar-benar mengejutkan aku. Tersentak dan bagai luruh jantung aku. Foto yang tidak sepatutnya wujud.
Abang Zaidi menggeleng sahaja. Aku tahu dia sedang mengucap panjang. Dia kecewa dengan aku. Dia juga marahkan aku melihat dari raut wajahnya. Ya Allah... mengapa begini? Apa dosa aku Ya Allah sehingga aku diuji begini?
"Berambus kau dari sini!!!" Kak Madiah benar-benar marah.
'Tina...' aku menangkap nama itu.
Aku merasakan bahawa aku telah terperangkap. Aku yakin Tina telah memperbodohkan aku. Tina? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku Tina? Apa salah aku?
Luahan yang tidak mampu aku ungkapan dengan kata-kata.
***
Begitulah cerita yang berlaku ke atas diri aku. Hanya pada Rohit tempat aku mengadu. Hari ini sebenarnya adalah hari persandingan aku dengan dia. Aku mendoakan agar kebenaran akan terbukti.
"Abang menerima cintamu bukan kerana apa yang berlaku tetapi kerana kejujuran dan ketulusan hatimu. Biarlah kekecewaan yang lalu itu terubat dengan bahagia cinta kita berdua. Hanita berubah begini pun sudah cukup baik. Perubahan awak telah membuatkan hidup ini sebenarnya terlalu indah," itulah ucapan Rohit pada aku sebelum ini.
Sekejap lagi pernikahan akan berlangsung. Aku berwalikan hakim. Aku tiada sesiapa lagi. Betapa peritnya hidup aku sebelum ini dicemuh. Sehingga ke hari ini pun masih sama. Rohitlah kekuatan aku. Seorang lelaki yang tulus menyayangi aku.
Usai pernikahan itu, maka sahlah aku bergelar isteri. Isteri kepada Rohit anak penghulu kampung. Pada mulanya percintaan antara aku dan dia ditentang hebat.
Bagaimana dengan Tina? Tina telah pergi. Kebenaran sudah pun terbukti. Tina hadir menyatakan kebenaran. Dan dia mati mengejut dilanggar van sehari selepas dia meminta maaf padaku. Hanya Allah yang Maha Kuasa dapat mengampunkan dosa-dosanya.
Jelas, komplot terbina. Kak Madhiah sengaja merancang hal itu bersama Tina. Tina telah menjelaskan segalanya. Tapi kenapa Tina terbuka hati menyuarakan kebenaran ini? Kata Tina selama ini dia hidup dalam rasa serba salah. Dia tidak senang dengan rasa itu. Paling menyedihkan, Tina... Tina beritahu aku dia terkena jangkitan HIV positif. Aku memang terkejut mendengarnya. Mungkin itulah balasan Tuhan untuknya di dunia ini.
Berkenaan Kak Madhiah pula, memang benar dia tidak suka aku dan kalau tidak sukakan sekalipun janganlah aniaya aku begini bagaikan tidak berperasaan. Tuhan telah membalas perbuatan Kak Madhiah. Dia diserang strok. Abang Zaidi yang menjaganya. Sesekali aku melawatnya. Dia tidak boleh berkata-kata.
Sampai sini sahaja cerita aku. Aku mesti siapkan makan malam untuk suami tercinta yang bakal balik kerja nanti. Aku bahagia kini menjadi wanita yang solehah di sisi suami dan aku bersyukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan aku ketenangan. Sesungguhnya hanya pada Dia tempat hamba-Mu yang hina ini untuk mengadu dan Dia juga Maha menerima taubat bagi mereka yang menyesali.
Biarlah aku tidak menjadi artis di hadapan orang lain kerana ia sudah cukup menyeksakan hidupku dengan lahirnya pengalaman bagaikan mimpi ngeri itu. Cukuplah aku kini menjadi artis di mata suami... he he he...
~Tamat~
Sebarang kekurangan pada cerita ini harap dimaafkan. Sekadar imaginasi penulis sahaja. Jika ada pendapat sila taip ON IDEA dan hantarkan ke 11234 sekarang! :P
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih
'LIKE' dan
'SHARE' Entri Di Sini :)
KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL