Marah? geram? serabut? sakit hati? semua rasa ada kan lepas baca apa yang aku posting? Okey fine inilah namanya blog aku... apa kata korang buat blog dan menulis luahkan plak apa yang korang rasa lepas tu tunggu dan tunggu apa yang berlaku. So? adilkan? ish ish ish,(hehehe) inilah cara aku menulis.. aku menulis mewakili hati aku yang dug dag dug dag sepanjang masa. So aku habaq sekali lagi. Kita nak berkawan bukan nak lawan kan? susah sangat ke nak berbuat baik tatkala kita berblog ni? benda cenggini pun nak kecoh ilek beb, blog is blog dan realiti is realiti, but.. bila aku cakap mcm ni org tanya aku ni sape? aku beritahulah kan lepas ni jangan tanya lagi...
Nama aku : Miqael Arshad, nak panggil Mike? Chad? Miq? semua boleh tapi jangan panggil aku 'barua' alergik dowh, teringat kat Beruk Mak Yeh kat sebelah kampung aku lak yang pakai gincu bagai jalan telanjang bulat. huhu...
Umur : 14 Tahun (jangan tanya lagi kenapa umur aku sentiasa muda begini dari tahun ke tahun)
Status : aku belum berkahwin tapi bergelar duda (yang ni pun jangan tanya gak kenapa?)
Asal? : Aku orang pantai Timur... dan nama Fb aku tu Pengemis Cinta Di Ufuk Timur... korang yang belum add aku sebagai rakan boleh je add.. hanya mereka yang sudi aje beb...
Pendidikan : SRP pun tak lepas wei.... (Orang malas macam aku mana boleh pandai, sekolah pun ponteng aje memanjang)
Apa lagi nak tahu?
Apa yang aku suka? : Aku suka menulis, membaca novel, artikel dan suka bersajak jugala.. semua ni baru bermula selepas aku mengalami mimpi aneh, rumah aku beratap kulit novel, dinding surat khabar, perabot dan apa segala macam tu adalah dari buku. (kejizzz semuanya DUSTA) ekekeke.
Wei! perlu ke korang tahu sape aku? Aku bukan artis maa.. meh sini aku ketuk kepala korang tu... aku penulis yang tak berapa nak hebat dowh... hengat aku dah berjaya ke dalam penulisan ni? kalau berjaya pun dengan sokongan korang berikan... itu aje beb... aku malas nak merapu panjang2 neh jenuh korang baca apa yang aku sampaikan neh... aku nak gitau ini novel yang aku hasilkan dan sedikit luahan daripada aku... wei ilek wei aku cani wei x de niat pepe pun saje nyakat korang.. ahaks... gurau2...

Ni adalah E-novel aku yang pertama di blog ni Dilema yang ni cover versi kedua, cover versi pertama tu aku simpan aje ler... ahaks. Aku dah hampir siapkannya 80% dah siap. Aku berusaha siapkan sampai 100%. Majoriti pembaca novel ni adalah lelaki so aku bangga ar sebab ada gak lelaki yang sudi baca cerita ni... [SINOPSIS] dan korang boleh baca karya ni dalam versi edit. Tapi jalan cerita memang aku tak ubah tapi ada something yang sangat-sangat berbeza. Aku tambahkan elemen suspen tuk korang. Tu pun klu menjadilah dan bahasanya lain... hope korang suka juga ar... korang baca di sini
[Karya Dilema Versi kedua]



E-Novel Seram ganas kot... hiks yang ni tergendala gak beb.. aku peram gak.. aku kena siapkan sedikit demi sedikit kerana ketandusan idea. Cerita ni sebenarnya dah lama siap tapi aku ubaisuai semula. Banyak yang tak kena dengan cerita ni terutama sekali dari segi LOGIKAL dia. Ya ampun memang agak berbelit2 sebab aku aje yg faham org yang baca pening. AKu dah bagi testimoni cerita kat kawan aku dia kata banyak yang tak kena... so aku kena ubah balik.. hiks...



__________________
Aku promote karya aku sendiri beb dan di sini aku pun nak ucap TERIMA KASIH pada korang yang sudi promote karya aku ni kat kekawan korang tu... aku ni tak bagus dalam penulisan tapi aku mencuba beb.. aku pun nak tau gak penerimaan pembaca yang lain tentang karya aku ni... Aku sadar beb aku banyak kelemahan jadi sebab tu ar aku wujudkan blog ni nak bercerita dan berkongsi dengan korang semua. Pada yang tak suka aku its okey je sebab itu hak induvidu, aku mana leh paksa2 orang neh.. bukan prinsip hidup aku.... kalau mereka sudi nak kawan dgn aku dan kenal aku dgn lebih rapat agi add je fb aku tu... no hal punya bro, der, kak, adik, abang, makcik pakcik... semua ar.. aku wish SELAMAT MAJU JAYA... majulah penulisan untuk kita semua.. :) lagi satu... kesalahan ejaan memang aku tak pernah elok.. selalu terlepas pandang so sorry okey.. aku sebenarnya rabun... hiks :P Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)