Entri Terkini :

Sinopsis : Takdir Atau Pilihan

Serba ringkas sinopsis tentang perjalanan enovel Takdir Atau Pilihan. (Islamik Novel)


Memaparkan sebuah kisah lelaki lembut yang teraniaya. Dia mendambarkan kasih ILAHI membaluti tubuhnya tatkala dirinya kadangkala keliru dengan diri sendiri. Seorang sahabat yang akrab dengannya telah pergi jauh tinggalkan dirinya di desa. Ketika itulah dirinya semakin dibuli oleh kenakalan budak-budak lain.

Kisah ini mahu membuktikan bahawa ALLAH itu Maha Adil, Dia Maha Penyayang di atas setiap makhluk yang diciptakan-Nya. Manusia tidak layak menjatuhkan hukum melainkan-Nya.

Sikap sabar dalam dirinya tidak mematahkan semangatnya untuk terus hidup. Dia yakin dengan kebesaran ALLAH. Dirinya tahu ALLAH menyayanginya. Adam Mursyid adalah lelaki lembut itu. Anak muda yang menempuh duri ranjau. Didera dan dihalau pergi dari rumah oleh ibu sendiri hanya disebabkan satu fitnah.

Dia seorang lelaki lembut yang yatim ayah. Sangat dibenci oleh kawan-kawan. Kematian ayahnya pula telah menyebabkan dirinya tidak mendapat kasih sayang sepatutnya. Kepercayaan ibunya terhadap Adam mula tipis kerana termakan fitnah itu.

Apakah bentuk fitnah yang direncanakan itu? Siapa yang menjadi dalang di sebalik semua ini hingga Adam hidup terseksa sepanjang hayat?

Ikuti kisah Takdir Atau Pilihan sebuah kisah realiti kehidupan dalam persahabatan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.