Jika bukan kerana suami Puan Maria iaitu Encik Rahimi mengambil Balqis bekerja dirumahnya sebagai orang gaji, Balqis mungkin tidak akan bertemu semula dengan sahabat lamanya itu yang terpisah sekian lama.
Dendam Puan Maria terhadap Balqis kian membara semenjak peristiwa silamnya sering menghantui. Namun rahsia besar Puan Maria masih lagi berada ditangan Balqis. Oleh kerana bimbang akan rahsia itu dibocorkan oleh Balqis maka Puan Maria bertindak untuk menghancurkan Balqis walau dengan apa cara sekalipun.
Puan Maria begitu sayangkan Encik Rahimi dan ada perkara yang terlalu besar dirahsiakan pula oleh si suami terhadap isterinya ini. Apakah rahsia itu yang dipertahankan oleh Encik Rahimi bersama Balqis? Dan apa pula rahsia yang amat ditakuti oleh Puan Maria dari Balqis? Sekiranya anda berminat maka ikutilah kisah ini...
Nilai kasih sayang, percintaan, kekeluargaan dan persahabatan diserapkan di dalam novel Saksi Rindu Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)