Pasangan suami isteri, Datuk Zulhasri dan Datin Azizah mahu bermenantukan seorang perempuan, ini adalah kerana Mukriz merupakan satu-satu anak lelaki tunggal mereka yang masih belum berumah tangga. Dua orang kakaknya serta seorang adik perempuannya sudah lama mendirikan rumah tangga kecuali dia seorang sahaja.
Pasangan itu mahu menjodohkan Mukriz dengan pilihan hati mereka sendiri iaitu Dania anak kepada Datuk Risham tanpa rela Mukriz kerana dia tidak mencintai gadis itu. Dalam masa yang sama, Suraya merupakan seorang setiausaha syarikat pelaburan terbesar di ibu kota itu begitu meminati Mukriz. Dalam diam dia mencintai jejaka tampan itu. Namun cintanya tidak berbalas kerana Mukriz hanya cintakan kerjayanya sahaja dan tidak langsung terdetik di relung hatinya untuk punyai teman wanita apatah lagi untuk beristeri.
Kehendak hati papa dan mamanya sukar untuk dituruti tetapi tidak pula dia tergamak untuk mencarik-carik perasaan mereka berdua yang mahu bermenantukan Dania. Ini adalah demi hubungan koperat sekali gus hubungan persahabatan antara Datuk Zulhasri dengan Datuk Risham dapat dirapatkan lagi dengan adanya ikatan perkahwinan anak-anak mereka iaitu Mukriz bersama Dania.
Apabila dirinya sering didesak, timbul pula rasa tertekan yang berkalung di sekeping hati itu. Jiwanya menjadi keruh secara tiba-tiba. Pada suatu hari dia terlibat dengan kemalangan jalanraya. Akhirnya dia menyedari bahawa dirinya sudah berada di hospital setelah didapati koma selama tiga hari.
Seorang lelaki telah menyelamatkan nyawanya dengan cepat menghantar Mukriz ke hospital. Mukriz berhutang nyawa terhadap lelaki itu. Lama kelamaan satu perasaan yang cukup aneh mula timbul di dalam dirinya setelah dirinya selalu diambil berat oleh lelaki tersebut.
Di saat itu juga dirinya berada dalam dilema yang bingung memikirkan nalurinya sendiri dan begitu sukar untuk memilih pasangan hidup. Sama ada bersama dengan lelaki itu secara rahsia atau pun bersama Dania pilihan papa dan mamanya. Adakah Mukriz akan memilih lelaki itu dan adakah percintaan terlarang itu akan terjalin? Siapakah pula lelaki itu yang sepertinya mahu memiliki Mukriz dan tidak mahu melepaskannya lagi.
Apa yang akan berlaku seterusnya dalam perjalanan hidup Mukriz sebagai seorang pengurus syarikat pelaburan Wisma Wasadi itu? Semuanya akan terungkap dalam ENovel bersiri DILEMA.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)