Entri Terkini :

Blogger Tips, Tricks and Tutorials

Kita Dan Komputer

Ragam Dan Kehidupan

Muhasabah Diri

Cuit-Cuit

Video

Showing posts with label ragam dan kehidupan. Show all posts
Showing posts with label ragam dan kehidupan. Show all posts

Mama, bangunlah...


"Mama, bangunlah. Adik nak jalan ngan mama. Mama jangan tinggalkan adik'... Mungkin itulah kata anak gajah ini jika dia boleh berkata-kata. Inilah tangisan anak tok gajah.... Ya Allah, sedihnya bila melihat gambar ini. Jelas kelihatan airmata keluar dimata anak gajah itu apabila cuba membangunkan ibunya yang sudah tidak lagi bernyawa... Haiwan pun Allah bagi perasaan kasih sayang, inikan pula kita manusia yang punyai akal fikiran untuk berfikir. Sedih koi rase...

Keterangan gambar : menyayat hati apabila seekor anak gajah berusia tiga bulan yang masih menyusu dilihat mengusap kepala ibunya yang mati selepas dipercayai terminum racun bersama sembilan gajah lain yang bergelimpangan di hutan simpan gunung raya, kira-kira 130 kilometer dari tawau, sabah, semalam.

Sumber

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Huh! - Baju BOOBIES Khas Untuk WEIRDOS

Baju ni sesuai sangat bagi orang yang terkena kejutan budaya berfashion... 
sekali imbas dah macam alien da... ahaks!



Sumber : DailyMail

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri


Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun.

KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

“SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih),ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ‘sebiji’ (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Diapandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.

# Cerita di atas ni telah lama disiarkan oleh Harian Metro, sekadar ingin berkongsi. Cerita yang membuktikan tiada apa yang mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah oleh-NYA dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tidak baik.

sumber: harian metro

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Kereta JPJ Kena Bakar



Video
Untuk info selajutnya -> MalaysiaKini

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Kejamnya Israel


Mangsa yang tidak berdosa adalah kanak-kanak. Nyawa mereka melayang begitu sahaja. Manakah khabar gembira? Mungkin di akhirat sana syurga buat mereka yang syahid. Kehancuran israel terlentak di tangan umat Islam sendiri.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Rosyam Nor adalah contoh artis yang rosak akhlak



Nampaknya selain daripada kehambaran ASK2012, satu lagi topik hangat yang dibincangkan oleh pengguna Internet Malaysia ialah berkenaan lawak yang telah dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi salah seorang penyampai anugerah. Rosyam Noor telah berganding bahu dengan Erra Fazira dan membawakan watak Captain Hook.

Lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor seolah-olah menyindir TV Al Hijrah. Namun segelintir pihak menyatakan yang Rosyam Noor tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor.
Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh
Biasanya penyampai anugerah akan diberikan skrip untuk dibaca ketika berada di atas pentas. Adakah kata-kata Rosyam Noor ini juga berdasarkan skrip ataupun terkeluar secara spontan?



p/s : Serius! Bosan gila dengar cerita artis macam ni, kalau boleh... hapuslah kejahilan, sila dalami Islam, sayangi Islam... bukan nak kutuk atau mengata tetapi inilah hakikatnya. Akidah Islam boleh dirosakkan oleh orang Islam sendiri. Sepatutnya makin tua dekatkanlah diri tu dengan Islam tetapi makin bikin jurang. Ini satu kebiadaban yang sukar dimaafkan namun, dia sepatutnya sedar, sebagai seorang artis yang beragama Islam dia perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik. Tapi... apa berlaku amat mendukacitakan.

' Rosyam Nor adalah contoh artis yang rosak akhlak.'

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Bayi Dikelar


Fuh! Bayi di atas dikatakan telah dikelar oleh ibunya sendiri berusia 16 tahun. Sadisnya dilihat keadaan ini berterusan dan sentiasa berlaku. MAOB pun tak tahu dimana lokasinya hanya berpaksikan sumber facebook sahaja.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Si dia lalu tepi-tepi je


p/s : huhuhu... perut tengah kenyang tu... acu lapar, agak-agak kena ngap tak?

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Kereta MyVi TERBANG


huh! dahsyat laa...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Aku Ada, Kau Ada?

Hanya Di Malaysia

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Artikel Pilihan






Informasi

Cerpen

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng

Novel : Mesin Jahit Hati

Takdir Atau Pilihan

Nukilan

Al-kisah Penulis Kita

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.