Entri Terkini :

Blogger Tips, Tricks and Tutorials

Kita Dan Komputer

Ragam Dan Kehidupan

Muhasabah Diri

Cuit-Cuit

Video

Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Cik Pontianak & Abang Drakula Novel Terbaru Zahirah Ramsa

Anak kelahiran Dungun ini tidak menoleh ke belakang lagi. Walau apa pun tanggapan orang, beliau terus mengorak langkah demi melahirkan buku-buku baru dan idea-idea baru. Beliau gemar mencari kelainan dalam setiap karyanya. Zahirah Ramsa satu nama baru dalam penerbitan buku indie dan self publish yang tidak berputus asa.

Baru-baru ini PRE-ORDER atau tempahan awal telah menerima tempias buruk gara-gara ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencemarkan industri penerbitan buku. Disebabkan hal sedemikian maka ramai pembaca atau pembeli mula takut untuk membayar pesanan awal tersebut. Namun, tidak semua penulis melakukan hal buruk itu. Yang jujur dan ikhlas dalam berkarya akan terus menjaga nama baik dan reputasinya. Lalu para pengikut akan memberikan kepercayaan 100%. Ruang dan peluang harus diberikan agar dapat memastikan kelangsungan keluaran setiap buku-buku baru.

"Pada pendapat saya, tidak adil rasanya semua penulis dilabelkan penipu. Setiap penulis ada nilai intergeritinya, hanya segelintir sahaja yang hilang moral dan bertindak menipu pembaca dan pembeli." Katanya.

Untuk order novel ini, sila hubungi penerbitnya TAIKO SENI

Selepas KERANA PEREMPUAN ITU, kini Zahirah Ramsa membuka pula tempahan awal karya terbarunya iaitu CIK PONTIANAK DAN ABANG DRAKULA yang dijangka akan diterbitkan selepas Aidilfitri ini.


"Alhamdulillah... setakat ini pembaca saya memberikan 100% kepercayaan kepada saya dan saya tidak akan sesekali mempersia-siakannya. Saya mahu berada lama dalam industri ini dan berbagi ilmu selagi diri ini diperlukan serta diterima baik. Insya-Allah." Tambahnya lagi.

Senarai karya beliau setakat ini.

ABANG PAILANG KE?
DATANG TANPA CINTA
BUKAN NIAT HATI

Beliau tidak mahu berpura-pura dalam berkarya. Apa yang dizahirkan itu adalah dari lubuk hatinya dan ia banyak berkisarkan realiti yang memberikan pengajaran dan intipati kehidupan. Selain daripada itu, teguran membina daripada pembaca amat dititikberatkan beliau bagi memastikan setiap buku yang dikeluarkan mempunyai mesej dan ada penambahbaikkan.

Kepada anda yang ingin mengikuti perkembangan penulis ini, maka anda boleh terus ke akaun Facebook Zahirah Ramsa. -  Sumber SD

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Cerpen 500 PP untuk anda


Salam. Sekian lama menyepi dan hari ini tiba-tiba muncul dalam blog. Tenggelam timbul sahaja. Walau bagaimanapun, kali ini Miqael Arshad muncul dalam antologi cerpen bersama Comichat. Dapatkan ia nanti k yang akan dilancarkan Jun 2014 ini. Nanti upcate balik la tarikhnya. Lupa pulak. he he he...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Puasa Itu Indah

Assalamualaikum...

Indahnya berpuasa. Aku mahu mengucapkan selamat berpuasa kepada kau orang. Bila tiba waktu berpuasa, inilah hari yang aku nanti-nantikan kerana Ramadhan adalah bulan yang sungguh luar biasa. Kalau dibandingkan dengan bulan yang lain, perut selalu meragam tetapi pada bulan Ramadhan, Subhanallah... kagumnya hamba-Mu ini Ya Allah... Aku begitu kerdil. Aku tidak perlu sombong. Aku tidak perlu bongkak kerana KAU adil dalam memberi kasih sayang. Aku tidak perlu ego kerana KAU Maha Kaya lebih segala-galanya. Apa yang berada di langit, apa yang berada di bumi ini adalah kepunyaan Engkau.

Aku adalah penumpang yang dijadikan oleh KAU untuk diajar bersyukur tentang nikmat kurniaan dari-Mu Tuhan. Sesungguhnya RAMADHAN ini penuh barakah. Hulurkan redha-Mu pada aku yang ketandusan IMAN. Tebalkanlah taqwaku. Inilah harapanku bahkan harapan semua umat Islam.

SELAMAT BERPUASA. Berpuasa kerana ALLAH bukan kerana orang lain atau pun untuk sesuatu daripada orang lain tahu.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

BERITA : Bot Terbalik di Dungun, Dua Nelayan Dikhuatiri Lemas


DUNGUN: Seorang nelayan terselamat manakala dua lagi rakannya dikhuatiri lemas apabila bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik di perairan Pantai Sura Hujung, dekat sini Selasa. (11/06/2013)
Kejadian pukul 4.45 petang itu menyebabkan dua nelayan berkenaan, Mohd Saifuddin Shafie, 18, dan Halim Urus, 22, hilang manakala Mohd Mazli Mohamad, 30 berjaya diselamatkan.
Ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan dan ketika meluncur 300 meter menghampiri darat, bot yang dikemudi Halim dikatakan membuat pusingan mengelak selepas terlihat ombak kecil di hadapan.
Berikutan itu, bot yang dinaiki mereka dikatakan berpusing sebelum terbalik menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak ke dalam laut.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata seorang daripada nelayan itu iaitu Mohd Mazli diselamatkan oleh penduduk tempatan yang berada di tepi pantai dan melihat kejadian itu.
Beliau berkata Mohd Mazli yang lemas dan tidak bermaya kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun.
"Sehingga pukul 8 malam tadi, gerakan mencari dua lagi nelayan itu masih diteruskan melibatkan anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung," katanya kepada pemberita di sini.
Dahlan berkata ketiga-tiga nelayan itu yang berasal dari Kampung Sura Hujung keluar menangkap ikan sejak pagi.
Sementara itu, Hamidi Urus, 19, ketika ditemui di hospital berkata ketika kejadian beliau berada di tepi pantai menunggu kepulangan abangnya, Halim.
"Masa itu saya melihat bot yang dinaiki abang berpusing saya nampak dengan jelas mereka semua tercampak ke laut," katanya.
Hamidi berkata dia hanya berjaya menyelamatkan Mohd Hazli manakala abangnya dan seorang rakan lain hilang. -BERNAMA
Info Terkini :
Mangsa Halim Urus telah ditemui oleh anggato pencari seawal pukul 1 pagi tadi dan dikejarkan ke hospital kerana mangsa didapati masih hidup. Tetapi tidak lama selepas itu, Halim Urus menghembuskan nafas terakhirnya. Hal ini dimaklum oleh ibunya dikenali sebagai Zubaidah yang masih sayu mengenangkan insiden terbabit. Seorang lagi mangsa belum ditemui.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Dia datang...

Salam. Seronok dapat luangkan masa lapangkan dada setelah dikatakan macam katak dalam gelas. Mana tidaknya, nama sahaja aku orang Terengganu, tempat-tempat yang menarik yang terdapat di tempat sendiri pun boleh tak tahu. Jangan marah naa... aku bukan kaki bersosial sangat. Jadi, oleh yang demikian aku seolah-olah tidak ambil tahu. hiks!

Walau bagaimanapun, setelah diberikan carutan berupa semangat, aku beranikan diri membina lembaran baru bersama rakan sedia ada dan rakan-rakan baru. Wah! rupanay negeriku cantik. Aku cuba buat seseorang itu selesa setelah bertandang ke sini. Orang Dari Penang. ODP yang begitu berani datang ke sini drive sendiri semata-mata nak kenal Terengganu. Bertuahnya aku rasa orang sudi datang kat tempat aku makan keropok lekor, ais kacang dan lepak muah muah muah di pantai Kampung Sura Hujung. Pengorbanan yang dilakukan beliau begitu berharga.

Hai ODP. Terima kasih kerana sudi datang dan bawa aku melawat di tempat sendiri. he he he, serius aku sendiri tak tahu jalan di tempat sendiri. Best gak dapat gi jalan-jalan di Muzium Losong yang terletak di Terengganu tu. Lepas tu pergi Masjid Kristal. Trip yang tak bagus kerana aku bukanlah pemandu pelancong yang bertauliah. huhu...


06-04-2013 : Muzium Losong, Terengganu. Sepatutnya kamera tidak dibenarkan masuk ke dalam muzium ini tetapi oleh kerana kawan aku tu memiliki telefon bimbit yang canggih, ambil jugalah. ha ha ha. Terima kasih buat Faez kerana tegar melanggar peraturan :-)



Di Teluk Bidara - Dungun



Masjid Kristal

Sekian sahajalah paparan untuk kali ini. Bila dah rajin berjalan-jalan nanti, bolehlah aku post lagi. Ini pun orang yang tolong bawa aku ke sana dan ke mari. nak harapkan diri sendiri sampai tua la duduk terperap sahaja macam kain buruk. Peace !~

p/s : Buat ODP, jangan lupa kembali lagi ke Terengganu, ya. TQ

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

GEMPAR : Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Pernah Terungkai!

Cuba anda perhatikan gambar budak perempuan yang duduk ditengah - tengah , dan cuba anda renung matanya dan pasti anda akan melihat sesuatu yang misteri tidak dapat dijawab oleh mana - mana manusia didunia ini.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Pecah : Filem Adaptasi Novel Fixi Ke Pawagam Jun 2013


Fenomena adaptasi novel sama ada dalam betuk telefilem, drama rantaian atau filem masih lagi belum surut bahangnya. Tidak lama lagi akan masuk ke layar perak adalah sebuah filem adaptasi novel terbitan Fixi. Filem yang mengekalkan judul yang sama dengan novelnya, iaitu Pecah dijangka bakal mencipta fenomena apatah lagi khalayak yang mengikuti novel-novel terbitan di bawah label Fixi ini sedia maklum dengan kelainan jalan ceritanya. Pecah dibintangi oleh pelakon berbakat dan popular seperti Izreen Azminda, Fizz Fairuz, Tony Eusoff, Soffi Jikan, da Ako Mustapha. Novel tulisan Khairul Nizam Bakeri ini dijangka akan ditayangkan mulai 13 Jun 2013. Poster filem ini juga tampak agak menarik!


P/s : Minat dengan cerita genre macam ni, tidak mahu lepaskan peluang rasanya untuk menonton filem ini nanti. Semestinya ia memberikan kelainan. Apa-apa pun, novelnya memang the best!

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

[Ulasan] : Ngeri - Novel Fixi

Salam bahagia. Buat pertama kalinya aku beli sendiri buku Fixi ini. Sebelum ini aku cuma pinjam sahaja tetapi ia tidak sepuas dengan beli sendiri. Ternyata ia sangat berbaloi dan membuatkan aku ketagih mahu membacanya lagi. Terima kasih buat Fixi kerana buku ini yang diterbitkan telah membuatkan jantung aku berdebar-debar ketika membacanya. Ini adalah ulasan pertama aku dalam blog ni mengenai buku Fixi ini.


Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis. 

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka. 

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?

***

NGERI adalah hasil karya Gina Yap Lai Yoong yang digarap dengan baik. Kisah dalam buku ini membawa kita ke satu dunia di mana ia sebuah alam pelajar dengan pensyarahnya. Situasi yang digambarkan begitu jelas sehingga terbayang-bayang di dalam minda betapa ngeri di setiap pembunuhan itu. Ia berlaku setelah skrip-skrip mereka ditolak. Ia diterjemahkan dengan bahasa yang menggetarkan jantung.

Kisah Ngeri ini membuatkan aku tertanya-tanya, bagaimana kalau ia adalah benar-benar terjadi? Pembunuhan sekejam itu hanya dilakukan bersahaja dan santai tetapi memerlukan ketelitian. Bagaimana pula sekiranya ia diadaptasikan ke dalam bentuk filem? Sudah tentu ia sangat menarik. Sukar untuk dibayangkan betapa ia sebuah kisah yang penuh debaran.

Penjenayah bersiri di dalam Ngeri merupakan satu episod pembunuhan yang dilakukan dengan cara yang menggerunkan seperti anak penjual burger dibekukan di dalam peti sejuk, mat rempit juga dibunuh ala Pinochio, mayat dikerat-kerat dan diletakkan di merata-rata tempat untuk dijadikan sebagai pencarian harta karun. Pembunuhan terakhir adalah profesor mereka sendiri menjadi mangsa.

Memang ada debaran dan bagi peminat cerita misteri, novel ini sarat dengan tanda tanya sehingga membawa kita untuk mengetahui kesudahannya. Ia satu teka-teki yang mesti dijawab. Pembunuhan terancang ini dilakukan penuh misteri. Silakan membaca buku ini untuk mengetahui siapakah pembunuh sebenar yang begitu bijak mengatur gerak?

P/s : Rasa nak berkenalan dengan Gina ni... nak beritahu dia ada satu struktur ayat yang sangat menggerunkan kala aku membacanya iaitu di muka surat 205, baris ke 12. he he he... (Jangan marah)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Tanda-tanda Orang Lelaki Merajuk

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada juga ciri-ciri di bawah ini terdapat pada diriku. Orang lelaki kalau merajuk dia boleh jadi complicated kerana dia tak akan tunjuk secara terang-terang. Kalau kaum wanita tak alert, tulah sebabnya boleh jadi pergaduhan. dan, tak perlu pujuk pun, lama-lama dia akan cool down sendiri : 


Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.


Buat Tak Tahu

Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.


Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “Awak makan la dulu, saya kenyang lagi la... lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi.” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )


Masam Muka

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)


Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram; ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.


Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam

Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain.


Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!


Matikan Telefon Bimbit

Satu lagi tabiat lelaki, dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat…


Hisap rokok

Macam tak pernah dapat rokok setahun…

sumber: informasi.my

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

10 Cara Memantapkan Air Mani Lelaki

AIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma. Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya: 


1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.

2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.

5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.

6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.

7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.

8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.

9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma. Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.

10. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani. Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.

Sumber : HM

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Artikel Pilihan






Informasi

Cerpen

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng

Novel : Mesin Jahit Hati

Takdir Atau Pilihan

Nukilan

Al-kisah Penulis Kita

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.