Entri Terkini :

Blogger Tips, Tricks and Tutorials

Kita Dan Komputer

Ragam Dan Kehidupan

Muhasabah Diri

Cuit-Cuit

Video

Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

mimpi berganti rindu

Dalam resahku sekian waktu mendabik rindu
harap jiwa yang satu akan terus di situ
walau tanpa relamu, dia tetap akan pergi
harap kasih dan sayang telah diberi
menjadi putaran waktu yang asli
kerana rebah tidak selamanya
kerana bangkit adalah setia
biarkanlah taburan janji terkubur
izinkan rindu berubah cinta
dalam warna hujan yang kelabu...


kalau pun janji tiada, harap kasih mekar
sungguhpun tiada mimpi, tetap ada kasih
kenangkan memori yang lalu menjadi warisan semangat
kerana jiwamu sekeras kerikil bakal hancur
yang dahulu tangis sendu, kini senyum tawa
setelah hilang berganti, dalam rindumu bermimpi...
sahabat yang tak kau kenali, tampil memanggil....
itulah ketentuan ILAHI...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Serapuh kasih hilang di awan

Madahku rindu pada suara teman
hilang punca mencari kawan
dijadikan tauladan zaman berzaman
agar langkah ini tiada halangan

Sungguh pun perjuangan ini belum selesai
tembok itu telah musnah tanah pula tergadai
namun jiwa tetap kukuh semangat disemai
agar bisa merampas kembali kasih serunai
yang bertiup memanggil damai
yang berdendang dalam ramai
yang setia cinta melambai
biarpun hasrat belum tertunai...

Awan itu kelabu, berarak di angin lalu
di situ aku terpaku, dibakar api rindu...

12:55AM
09/08/2012

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Belaian Ibu Asyik Bak Bayu Merindu

ibu... waktu kecilku telah berlalu
waktu yang dahulu mencerminkan kenakalanku
ketika itu memori kasih bertaut rindu
sesungguhnya cinta setia padamu ibu...

ibu...sesalanku mengusung perit
kerana aku tidak mendidik diri sendiri
biarpun kau ajarkan aku bacaan surah
tetap aku agungkan muzik serakah

ibu... akukah anakmu?
ibu... akukah pelitamu di sana?
ibu... layakkah aku digelar anakmu?
ibu... ruginya kau mendapat aku...

Di mana jalanku pulang wahai Tuhan?
saat dimandikan jasadnya bukanlah aku
saat dikafankan dirinya juga bukan aku...
Ya Allah... akukah anak yang soleh?

Kau ajarkan aku bersyukur
aku melenting menongkat langit
kau berlembut, aku keras menutur
kau meluntur aku parah meluncur

ibu... mana ayah? Ayah juga bersama ibu...
ayah... jaga ibu ayah... tangisan tiada erti untukku
ibu dan ayah pergi berlalu tinggalkan aku terngadah pilu
waktu adamu aku melangkah laju
dipanggil aku, buatku tuli
dimanja aku, merusuh lali

akhirnya aku pilih maksiat
aku pilih sendiri kelukaan
kini mana keampunanmu ibu?

Pesan ibu, Tuhan Maha Mengadili
mana Tuhan? Tidak ku lihat.
Pesan ayah, jadilah anak yang soleh.
mana kenikmatan itu dan ini terhalang

Bawalah ibu ke Syurga nak...
bermimpilah aku bayangan ibu
aku terseksa diduniawi tanpa ibu dan ayah
aku dihukum tanpa pancaindera
merakus dijalanan berenjin kudrat
balasan Ilahi buatku anak durhaka
dasar aku anak tidak berguna

Ibu... ampun aku ibu... kasihmu ku rindu...
Ayah... maafkan aku ayah...teguran mu ku harapkan
lupalah aku semua itu tiada... aku tiada kudrat untuk bangkit
tiada berkaki melangkah ke pusaramu...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Aku Bukan Korea

Lihat di sana, semuanya ikut
lihat di sini, semuanya ditinggalkan
lihat ke dalam diri, siapa kita?
Mengeluh...

Maaf... utusan rindukan pada madah pada cinta ini
hanya dalam dakapan rasa yang diulit keindahan
maaf daku sekali lagi, kerana mimpi kita tidak serupa
kerana lautan sedalam itu mungkin tak terduga
kerana kita penuh nilai
kerana kita penuh tradisi
kerana kita penuh perjuangan
usah terhapus dek air mata dusta
usah diawangan dek hayalan emosi

Maafkanlah aku, aku bukan Korea namun
melayani kisah air mata itu tidak mengapa
tetapi diikut caranya menyelami serakah membelot panji
itulah kegagalan kita

Aku bukan Korea berkaca di matamu
aku juga bukan Korea dialek bicaramu
aku juga bukan Korea anak wayang di dadamu
aku bukan Korea di dalam mindamu...
aku adalah Melayu membawa adat
Aku adalah Islam mahu menjaga perjuangan...

Ternyata jalan kita berbeza, cara kita juga tidak sama
aku menghormati usahamu tetapi usah kau cerca cara pemikiranku
usah kau sinis pada penyampaianku setelah aku membiarkan lalu ucapanmu
maafkanlah aku kerana aku bukan hero Korea yang kau agungkan...

(C) Jumaat 11:05am
18052012
:)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Sebutir Pasir Cinta

Melangkah sepi di tepian pantai
tunduk hiba manatap senja
meraung hati tatkala rindu
menangis sendu tidak bertemu

Mengulitkan sayang pada dedaunan kering
reput jua diterjah masa menjadi usang
biarpun kasih, biarpun puja, pergi tetap pergi
walaupun tersisih, walaupun masih cinta tetap cinta
namun pergi tetap pergi...

Lontaran wibawa semangat kian perlahan
bergelombang menjadi ombak yang sepi
bergelora kala teriakan hati perit dan pedih
pergi tetap pergi... tidak sanggup dikenang lagi

Sungguh... rindu itu kekal begini
benar... cinta itu umpama sebutir pasir
digengam lucut, dilempar lenyap
ditiup golek, dipijak tenggelam
sayu hati mengenangkan semalam
pilu jiwa masih terpasung tekad
kau pergi tetap pergi...
itulah namanya hakikat...

(C) 10:23 am.
jumaat 18052012

***

Puisi ini menceritakan seorang yang telah kehilangan kekasih hatinya. Dia membawa diri namun diterjah memori lampau. Segala apa yang dilakukannya, ingatan tetap pada si dia. Cuba dilenyapkan tetapi ternyata payah. 

Mengulitkan sayang pada dedaunan kering
reput jua diterjah masa menjadi usang

Cinta yang terbina dahulu begitu kukuh tetapi hilang dan sepi apabila si dia sudah kembali, kalau dingatkan lagipun si dia tidak akan kembali. Dia tahu akan hakikat itu tetapi masih dalam keadaan yang terkejut serta hampa. Masih belajar menerima erti sebuah ketiadaan.

digengam lucut, dilempar lenyap
ditiup golek, dipijak tenggelam

Cinta dalam keadaan serba salah akan membuatkan hati tidak tenang. Dia seolah-olah tidak tahu  arah hendak mengadu sedangkan dia patut tahu bahawa suara alam adalah hak Pencipta walau apa keadaan bentuk sekalipun.

Sebenarnya kehilangan adalah satu keperitan. Namun tetap tersirat hikmah. Menerima ketiadaa adalah satu cabaran untuk terus hidup. Belajar menerima hakikat dan belajar menerima sesuatu perubahan demi memperbaiki kesilapan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Meruntun Hati Bila Cinta Di Facebook Dan Telefon

Video puisi terkini from me...


Dalam hati ini tercatat namamu yang tidak bisa aku padamkan
walaupun luka di jiwaku sukar terhakis oleh dakapan rindu
namun akan aku leburkan dengan kesetiaan terhadapmu
agar kau dan aku juga bisa bernafas dalam kedamaian

Sungguhpun ribut datang membadai dan meragut janji-janji itu
pasti akan aku harungi bersama kejujuran dan ketulusan
melewati sekeping hati yang rapuh mencintaimu
kerana kita tidak pernah bertemu

Sayang...
inilah takdir cinta kita di bumi terpisah jauh
sementara kita melihat langit yang sama
diterangi mentari yang serupa dan
dipeluk oleh malam yang gelita


Tatkala itu hati kita meronta-ronta untuk bertentang mata
tapi takut pula kita akan kecewa

Biarlah sayang, 
biarkan ombak duka itu terus setia menghempas pantai
aku akan tetap di sini menanti hadirnya keajaiban
memujuk hatiku yang pilu

Sekali ini jangan undur lagi usah kau bawa diri
tinggalkan panggilan itu sunyi
kerana aku akan sendiri setelah kau menyepi

Tolonglah sayang, 
sesungguhnya aku gerun dipukul rindu
dadaku ini sesak memikirkanmu
nafasku bakal terhenti tanpa suaramu
jantungku mati tidak bertemu kamu

Izinkanlah aku mencintaimu
walau mungkin sekejap waktu...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Jika kau ingin tahu

Jika kau ingin tahu
aku bukanlah yang terbaik untukmu
jika kau ingin tahu
aku takkan pernah meninggalkanmu

dan 

jika kau ingin tahu
aku tidak sanggup kehilanganmu

Tapi sayangnya
aku bukanlah untukmu
aku bukan penunggu setia
aku juga bukanlah orang berharta
dan aku tidak berparas rupa

Tapi sayangnya
jika aku terlihat seperti itu
pasti aku akan melupakanmu
dikejar mereka yang merindu
hanyut kerana mahukan sesuatu
tercari tempat termpiasnya nafsu

dan 

malangnya aku tidak mahu begitu
maka izinkan aku berlalu
mencari hala tujuku
sebenar-benarnya yang ku mahu
hanya menuju Tuhan yang Satu
itulah jika kau ingin tahu
mengapa aku memilih
malu daripada dirimu....

(C) Miqael Arshad
29/11/2011
10:58 PM

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Sepertinya Aku Turut Menangis


Tatkala mata melihatnya 
ia seperti semalam masih berlari
semalam gebos diri sendiri 
kerana melewar ke sana ke mari
dan yakini aku akan semalam 
bahawa kau akan tepati janji
pertahankanlah hak diriku seadanya 
biarpun di hujung jari
bahkan sama seperti mereka 
melaungkan kebebasan sejati

Jantungku ditusuk oleh naunganmu, 
hatiku sempit dikurunganmu
bahkan tangan dan kaki bisa kau ikat 
dengan tali hempedu
sekali kau senyum, 
ia seolah racun yang mengalir rakus
ia juga seperti tombak 
yang bakal kau tusuk sampai mati
sehingga kering darah dihisap, 
sehingga akal disimpul resah
kau terus membedil 
memberi rasa takut di hati mereka
dan aku dalam sejuta 
akan mati bersama mereka

Sepertinya aku turut menangis
sepertinya aku tidak akan berhenti
kerana penamatnya belum tiba lagi
selagi dianggap hamba abdi
selagi kau belum menginsafi

Sepertinya aku turut menangis
menghargai perjuangan harmoni
dari mereka yang sebelum ini
setelah bahagia bersatu hati
demi legasi makna demokrasi


(C) Miqael Arshad
26/12/2011

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Tiada Cinta Itu Bermimpi

Dikau puteri sanjungan hati bahkan lebih di atas medan pertempuran jiwa maka diriku terabadi dalam sentuhan pada ambang kematian setelah dikau katakan punya yang lain. Benarkah itu sayang? Betulkah itu namanya cinta? Ku tahu dikau menyepi kerana masih dalam janji semalam. Masih ingin berdiam dan masih ingin bermain silang kata. Tidak ku percaya pada janji-janji mu lagi. Tidak akan ku berlari mengejar pelangi yang jalurnya sementara yang perginya selepas sinar terang menyuluh alam.


Pergilah... pergilah padanya kerana di hati ini semakin menghilang cintaku padamu kerana itu juga yang dikau mahu, kerana dikau pula tidak mampu bersabar menanti hadirku membina mahligai kasih untukmu yang bahan caturannya adalah daripada ketulusan dan ksetiaan tapi dikau tegar meleraikan kesucian ikatan. Pergilah sayang... tinggalkan daku selamanya dan usahlah dikenang lagi sejarah semalam.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Api Cinta Dihujani Kebencian

Puisi : Api Cinta Dihujani Kebencian



Aku terbang jauh, 
jauh dari nukilan hatiku yang sepi dan pilu
terbang sehingga lesu jadinya 
maka mendarat hiba di dahan rapuh

Aku melihat kiri dan kananku, 
tiada sesiapa yang menghulurkan setitis kasih sayang
tiada siapa yang ingin membelai 
atau mengusap lembut sayap cintaku yang keletihan...

Kesedaran diriku hanya pungguk merindu bulan
kisahku terbang malam kelam mata memandang
melihat cahaya dalam kesamaran terus ketiduran
bawalah aku ke langit hitam bersama cinta
di langit malam ku lihat bintang berkelipan
namun ku tetap rindukan bulan...

Oh, hujan kebencian telah membasahi sayapku
lalu terpadam juga api cintamu terhadapku
setelah kau membenci maka aku sepi kaku
kebisuanku jelas, lidahku juga jelas kelu
dan ku biarkan dikau menghilang setiba siang
esok hari ku tunggu lagi biar terlihat dari jauh
dirimu yang kupuja meskipun hilang kasih manja...

(C) Pengemis Cinta Di Ufuk Timur

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Artikel Pilihan






Informasi

Cerpen

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng

Novel : Mesin Jahit Hati

Takdir Atau Pilihan

Nukilan

Al-kisah Penulis Kita

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.