Entri Terkini :

Blogger Tips, Tricks and Tutorials

Kita Dan Komputer

Ragam Dan Kehidupan

Muhasabah Diri

Cuit-Cuit

Video

Showing posts with label Novelis. Show all posts
Showing posts with label Novelis. Show all posts

Novelis : Umie Nadzimah Bercita-cita Tinggi



Seorang suri rumah juga seorang pengurus di syarikat pemakanan ini begitu minat menulis. Beliau menjadikan penulisan ini sebagai mendium untuk berkongsi rasa dengan pembaca. Selain itu juga beliau berkongsi pengalaman suka dan duka.

Umie Nadzimah, nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan ini kerana setekat ini beliau telah menghasilkan 3 buah novel yang kini berada di pasaran. Novel terkini beliau adalah Kerana Terpaksa Aku Relakan yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati pembaca. Beliau merupakan penulis kelahiran Taiping, Perak begitu minat menulis semenjak remaja lagi dan  kini usahanya semakin ketara.

Novel pertama beliau adalah, Pilihan Mama (Kaki Novel)  kedua Aku Terima Nikahnya (Karyaseni) dan yang ketiga Kerana Terpaksa Aku Relakan (Karyaseni). Dapatkan di pasaran hari ini bagi mengetahui ketiga-tiga kisah yang menarik di dalamnnya.


Siapa sangka, seorang ibu kepada seorang anak dan juga seorang isteri yang begitu minat menulis telah membawanya ke satu hamparan cita-cita yang tinggi. Menurut beliau, menulis adalah jiwanya.. "Suatu hari nanti saya nak buat novel yang betul-betul memberi signifikan pada masyarakat, satu atau dua buah mungkin." dan katanya lagi, "Maksud saya, novel yang penuh ilmu pengetahuan dan beri impak hebat untuk sesuatu aspek. Yang perlu buat kajian terperinci dulu."

Selain itu beliau juga sedang mengumpul bahan-bahan untuk menghasilkan buku ilmiah bagi bidang yang diceburinya iaitu industri pemakanan. Umie Nadzimah juga membuat perancangan untuk menghasilkan buku resipi kerana bidang masakan turut diminatinya. Cuma buat masa sekarang beliau lebih tumpukan kepada novel fiksyen bagi mengukuhkan namanya di pesada dunia penulisan ini.

Apabila ditanya mengenai pengalaman, beliau berkata, "Pengalaman hidup? Terlalu banyak. Ada suka, ada duka, tapi yang pahit-pahit tu saya sudah padamkan dari ingatan, saya tidak suka hidup sedih-sedih. Saya lebih suka hidup gembira," katanya sambil gelak kecil.

Ada kalanya ketika menulis, ada di antara penulis mengalami writer block iaitu halangan ketika menulis. Bagi Umie Nadzimah, ketika situasi ini berlaku, beliau akan membaca novel-novel penulis lain dan untuk mendapatkan idea atau ilham, beliau suka menonton movie, mendengar lagu atau memerhatikan keadaan sekeliling dan selain itu suka mendengar kisah atau pengalaman hidup orang lain. Begitulah cara beliau mendapatkan idea untuk terus menulis.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Novelis : Zura Asyfar Tidak Lupa Kawan

Lama betul sahabat aku ni menyepikan diri dengan aku gara-gara sibuk dengan menghasilkan novel seterusnya selepas Sebenarnya, Saya Isteri Dia! meletup-letup di pasaran. Sungguhpun begitu, kehadiran wanita yang aktif menulis ke kedai aku begitu menggembirakan hatiku sendiri. Terima kasih buat Zura Asyfar (Penulis KaryaSeni) yang sudi menjenguk khabar dan dalam masa yang sama meminta aku untuk melihat kondisi laptopnya yang buat hal. Malangnya aku tidak berjaya kerana diriku tiba-tiba busy. Huk alos~ apa boleh buat, kan? Harap Zura Asyfar tidak berkecil hati dengan layanan yang tidak memuaskan. hu hu hu...

Apabila ditanya apa perkembangan tergini, sudah tentu jawapannya, "Sibuk menyiapkan manuskrip seterusnya." Ya, sekarang beliau sedang berusaha untuk menyiapkan manuskrip penuh novel keduanya yang bakal menemui anda tidak lama lagi. Jadi, kepada peminatnya harap sabar menunggu.

Duta Produk! ha ha ha, Zura Asyfar sudi menerima buah tangan dariku. 
(Bila laa penulis ni nak bagi gift kat aku pulak ya? Dah lama tunggu ni... ahaks~~~) 
Walaupun dia kini sibuk namun tidak pernah dia lupa bagaimana semua ini bermula. ^___^

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Novelis : Hasrudi Jawawi lancar novel indie

Nama Hasrudi Jawawi kini tidak asing lagi dalam dunia penulisan kreatif. Karyanya yang berjudul Cucur Bawang Kopi O terbitan Buku Prima terus mendapat sambutan hangat dan menjadikan karya tersebut adalah yang terbaik beliau hasilkan dan Insya-Allah beliau akan terus menghasilkan karya-kaya yang lebih bermutu.

"Saya tak kisah walau apa pun kritikan yang saya terima. Saya akan ambil apa yang baik dan saya akan memperbaiki apa yang lemah." katanya. Terharu mendengar cerita bagaimana beliau mula-mula menulis dahulu. Sesungguhnya penulisan ini terlalu mencabar dan dia sentiasa berkongsi kepada kita bagaimana cara untuk menulis.

Kini beliau melancarkan novel indie berjudul Gol! & LipGloss diterbitkan oleh beliau sendiri dengan label penerbitan Pink Various Enterprise.


Untuk cetakan pertama bagi novel tersebut begitu menggalakan biarpun cetakannya adalah terhad kini berliau maju setapak lagi untuk cetakan seterusnya untuk cetakan kedua dengan gaya dan reka bentuk kulit yang baru.


Bagi mereka yang hendak mendapatkan buku ini sila buat tempahan secepat mungkin kerana ia adalah TERHAD. Siapa cepat dia dapat. Semoga Hasrudi Jawawi terus sukses. Amin.

p/s : untuk ke laman blog beliau sila klik [DI SINI] untuk maklumat selanjutnya.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Penulis : Reeani Annur mantapkan gaya penulisan


Sememangnya wanita dan novel memang tidak dapat dipisahkan kerana kehalusan jiwa mereka dapat diluahkan dalam penulisan kreatif mereka yang tersendiri untuk menyampaikan apa yang berlegar dalam ruang minda. Bagi seorang penulis indie yang dimaksudkan adalah Reeani Annur yang kini mengasah bakatnya dalam penulisan novel sejak di bangku sekolah lagi. Menulis memang menjadi minatnya. 

Reeani Annur kini bergiat aktif dalam penulisan dan dalam masa yang sama menumpukan juga perhatian pada kariernya agar tidak tercicir. Beliau berasal dari Kuala Terengganu menanam hasrat agar tumbuhnya benih cita untuk menjadi seorang novelis suatu hari nanti.

Bagi pembaca yang ingin tahu gaya penulisan beliau boleh singgah ke laman blognya. [KLIK DI SINI]. Anda mungkin akan menjadi salah seorang peminat setianya kerana penulisannya mampu memikat hati anda. Atau anda boleh terus memberikan sokongan padu padanya yang kini sedang mengetengahkan bakatnya di dalam laman penulisan2u. Di sini.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Novelis : Liyana Zahim terus cemerlang

Pada tarikh 27 Jun 2012 novelis yang sedang mencipta namanya dalam bidang penulisan kreatif iaitu Liyana Zahim telah ditemuramah oleh pihak Sinar Harian untuk berkongsi cerita dengan peminatnya. MAOB pula selalu main poke poke sahaja di facebook. Bersembang belum lagi kerana masing-masing sibuk. Jadi tidak banyak yang MAOB dapat perkatakan tentang beliau yang comel itu.


Buku pertama beliau adalah bertajuk Rindu Tercipta masih berada di pasaran dan buat peminat beliau, sekarang ni sedang menghasilkan karya ke empat. Selain itu, antara karya-karyanya yang berada dipasaran adalah ;

Sekebun Bunga Cinta
Curi-curi Suka

Ini merupakan karya terbaru beliau bersama Alaf 21

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Novelis : Rating Zura Asyfar Kian Meningkat


Siapa sangka novelis baru KaryaSeni kini mendapat tempat di hati pembaca khususnya peminat-peminta tega penerbitan tersebut. Beliau mendapat sokongan hari demi hari. Peningkatan beliau dalam dunia penulisan tidak dapat disangkal lagi setelah karya pertama beliau Sebenarnya Saya Isteri Dia mendapat permintaan yang tinggi daripada pembaca.

Kesungguhan beliau membuahkan hasil dan nama beliau kini disebut-sebut oleh banyak penulis lain. Bukunya yang tebal tidak menjadi masalah bagi pembeli mendapatkan novel sulung beliau. Zura Asyfar mendapat rating yang baik di dalam carian google. Banyak traffic yang MAOB terima ingin mencari info berkenaan beliau. Ia satu perkembangan yang baik.

Kini, beliau memiliki ramai followers blognya. MAOB mendoakan kejayaan beliau dalam bidang penulisan ini. MAOB kenal beliau pun secara tidak sengaja di dalam facebook dan bersama berlumba-lumba dalam penulisan. Nasib beliau lebih baik dan beruntung kerana Allah memberikan dia banyak sumber ilham dan mampu memenuhi citarasa pembaca. Tahniah dan syabas diucapkan kepada setiap usaha beliau.

P/s : tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu? Cuma Hang Tuah je MAOB tak tahu ia kisah betul ke atau mitos semata-mata :)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Novelis : Sentuhan manja Kak Su dalam Gadisku, Wan Adnin

Novelis Noor Suraya kali ini tampil dengan karya terbarunya yang begitu meriah dan sangat mengujakan. Sebuah karya terbitan Adiwarna bawah label Jemari Seni Sdn Bhd akan menemui anda di pasaran pada Julai 2012 ini. Anda juga mungkin berkesempatan mendapatkannya pada pesta buku di Selangor ini nanti.

RM 20

(BLURB)

cinta itu kurniaan Allah
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya

Wan Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Neneknya itu wanita aristokrat yang hidup dalam zaman yang salah. Dia mahu tentukan pasangan hidup Adnin. Dia mahu Adnin mendapat suami yang sedarjat. Satu per satu pinangan orang Wan Suhaidah tolak sehinggalah hadirnya Ahmad Akhtar...

“Tapi kalau Tok Bonda kau tu panjang umur sampai seratus tahun, macam mana? Cuba kira berapa lama kau kena ‘kelola’ dia di sini. Kira umur kau sudah berapa waktu tu?”
“Haniiii!”
“59!!!” Cepat sahaja Zie mengira. Mentang-mentanglah emaknya itu ada kedai runcit kampung.
Adnin ambil bantal dan memukul mesra Hani, kemudian Zie.
Jahat!
“Adnin! Kau ingat Akhtar nak kahwin dengan kau yang sudah nenek-nenek waktu tu! 59, Adnin, 59! Ingat tu,” sambung Hani. Sementara itu Zie pula membuat gema mengulang usikan Hani: ‘59, Adnin, 59! Ingat tu’.
Sheri dan Zila sudah ketawa. Tidak tahan.
“Yalah, kalau dah betul Akhtar tu cinta kat kau separuh mati pun, padan patutlah... takkan sampai tua kerepot pun dia masih setia nak tunggu!” tambah Zie menambah benzin.
Sampainya hati mereka kata macam tu dekat Tok Bonda. Kawan-kawannya itu tak pernah berhenti ‘membasuh otak’nya supaya ‘menderhaka’.

Jadi apa yang Adnin pilih? Ikut rasa Tok Bondanya, atau ikut kata hati! Tapi kata peribahasa lama pula, ikut rasa... binasa, ikut hati... mati!

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Novelis : Shahriah Abdullah Sangat Gembira

Novelis Buku Prima Shahriah Abdullah tersenyum gembira. Semua itu adalah mengenai karya terbarunya berjudul Kerana Sebiji Epal yang berjaya membuatkan dia mengulum senyuman manis.

"Syukur Alhamdulillah.. KERANA SEBIJI EPAL masih kekal di antara TOP TEN BUKU PRIMA." Katanya.

Menurut beliau lagi, karya tersebut adalah karya ke-8 beliau dalam dunia penulisan ini. Selain itu karya lain beliau adalah Untukmu Yuna, Kau Tercipta Untukku dan beberapa buah lagi karya popular beliau yang hangat di pasaran.


Top Ten Buku Prima:

1. Kala Cinta Menggoda - Noorfadzillah
2. Miss Pisau Cukur - Siti Nur Dhuha
3.Bicara Sebuah Diari - Zaifuzaman Ahmad
4. Kerana Sebiji Epal - Shahriah Abdullah
5. Di Hujung Ranting 2 - Indah Hairani
6. Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
7. Sepatu Milik Kasanova - Zara Amani
8. Cinta Awek & Pakwe - Hasrudi Jawawi
9. Bisik-Bisik Gelora - Fauziah Ashari
10. Cinta Kau & Aku - Siti Rosmizah

Beliau juga memiliki banyak blog dan setiap blog berbeza-beza tujuannya. Jika ingin berkongsi resipi masakan maka blog untuk perkara tersebut diterjah. Untuk penulisan pula maka blog penulisan pula diterjah kerana baginya ia sangat mudah.

"Bila dah banyak blog pening kepala nak handle, tapi kemas bila nak rujuk. Hobi untuk hobi, masak khas untuk masak, penulisan untuk penulisan dan bercuti khas cuti panjang." Beritahunya pada MAOB.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Novelis : Amer Mukhlis bakal bergelar novelis

Cerita tentang penulis lelaki yang dikenali sebagai Amer Mukhlis yang berasal daripada Taiping, Perak ini bakal menerpa nama di dalam industri penulisan novel kreatif tanah air. Bertambah meriah medan penulisan ini dengan kehadiran penulis-penulis lelaki bersaing secara sihat untuk memenangi hati pembaca.

Amer Mukhlis yang kini menetap di Shah Alam berasa begitu gembira setelah penantiannya selama ini membuahkan hasil kerana pihak Buku Prima sedia meletakkan nama beliau di pasaran pada Julai 2012 ini. Pada pembaca yang ingin mengetahui info penulis muda ini sila ke blog beliau [Amer Muhklis]


Doa Cinta Hersalina bakal anda miliki!

Tahniah buat Amer Muhklis semoga terus sukses dalam dunia penulisan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Novelis : Nuril Bahanudin - Tahu hakikat bertudung

Cerita tentang tudung bagaikan sebuah fenomena berfesyen padahal bagi penganut Agama Islam, tudung itu adalah tuntutan dan ia adalah kewajipan. Nuril Bahanudin menyatakan pandangannya, 

"Sebenarnya sekarang ramai wanita yang mengenakan tudung kerana tuntutan FESYEN bukannya kerana tuntutan ISLAM. Islam menyuruh wanita menyembunyikan auratnya daripada pandangan lelaki bukan MUHRIM. Tapi sekarang tengok ramai yang bertudung tapi nampak leherlah, nampak telinga separuhlah, nampak jambul rambutlah... Nampaknya fesyen telah berjaya membuatkan wanita menjadi BUTA HUKUM..." katanya di dalam laman facebook miliknya. Ia adalah pendapat peribadi beliau.


Nuril Bahanudin yang popular dengan karya Kurela Cinta ini Bertamu terbitan Kaki Novel sangat perihatin terhadap gaya pemakaian tudung maka beliau melahirkan rasa kesal di atas sesetangah pihak khususnya wanita yang beragama Islam yang bertudung semata-mata kerana fesyen bukannya kerana tuntutan.



Dapatkan novel beliau di pasaran.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

Artikel Pilihan






Informasi

Cerpen

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng

Novel : Mesin Jahit Hati

Takdir Atau Pilihan

Nukilan

Al-kisah Penulis Kita

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.