Entri Terkini :

Novelis : Rating Zura Asyfar Kian Meningkat


Siapa sangka novelis baru KaryaSeni kini mendapat tempat di hati pembaca khususnya peminat-peminta tega penerbitan tersebut. Beliau mendapat sokongan hari demi hari. Peningkatan beliau dalam dunia penulisan tidak dapat disangkal lagi setelah karya pertama beliau Sebenarnya Saya Isteri Dia mendapat permintaan yang tinggi daripada pembaca.

Kesungguhan beliau membuahkan hasil dan nama beliau kini disebut-sebut oleh banyak penulis lain. Bukunya yang tebal tidak menjadi masalah bagi pembeli mendapatkan novel sulung beliau. Zura Asyfar mendapat rating yang baik di dalam carian google. Banyak traffic yang MAOB terima ingin mencari info berkenaan beliau. Ia satu perkembangan yang baik.

Kini, beliau memiliki ramai followers blognya. MAOB mendoakan kejayaan beliau dalam bidang penulisan ini. MAOB kenal beliau pun secara tidak sengaja di dalam facebook dan bersama berlumba-lumba dalam penulisan. Nasib beliau lebih baik dan beruntung kerana Allah memberikan dia banyak sumber ilham dan mampu memenuhi citarasa pembaca. Tahniah dan syabas diucapkan kepada setiap usaha beliau.

P/s : tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu? Cuma Hang Tuah je MAOB tak tahu ia kisah betul ke atau mitos semata-mata :)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.