Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 33)



Rasa celaka betul dengan tinduk-tanduk yang tak berasas tu. Shafika tunduk dan diam je main lukis-lukis atas tanah. Haris datang dekat dipegang bahu Shafika. Sakit hati mengenangkan apa yang dah berlaku. Boleh sakit mental ni. Selama ni pun Shafika dah cukup tertekan.
Don`t touch me!” Amboih merajuk sakan nampaknya.
“Marahkan aku ke?” Haris gigih nak pujuk. Siapa tak sayang bini oih?
Tangan Haris masih diletakkan pada bahu Shafika sehingga memaksa wanita itu menepis tangan suami sendiri. Ah! Suami kunun! Suami kaki pukul!
“Kau kan tak suka aku.” Shafika dah berusaha sebaik mungkin untuk tambat hati Haris tapi lelaki tu macam tak ada perasaan langsung.
Shafika bangun nak lari dari situ. Pergi duduk dekat tempat lain. Malas la nak duduk sebelah Haris tu. Mulut dah la jahat lepas tu kalau cakap memang ikut sedap rasa je. Siapa tak terasa? Cuma orang gila je yang suka ketawa macam Haris tu.
“Dengar la apa aku nak cakap dulu ni.”
“Nak cakap apa lagi? Zamry dah cakap semua dah sebelum kau tembak kepala dia. Kau nak buktikan yang kau ni baik? Macam tu?” Shafika silang tangan sambil matanya melihat bangunan yang nampak kecil dari atas bukit tu.
Realiti yang sangat pahit ditelan. Tapi Haris juga tahu ada sesuatu yang Shafika sembunyikan daripadanya. Dia masih mahu mendapat jawapan. Kenapa Shafika sering elak daripada disentuh?
“Kau tak suci lagi kan?”
Shafika menjegil biji mata dan menoleh laju. Dia renung tajam ke dalam mata Haris yang dah berdiri di hadapannya.
“Betul kan?”
‘Pang!’ laju tangan Shafika menampar muka Haris. Haris tersengih. Walaupun tertoleh namun senyuman tetap terlakar. Langsung tak hairan dengan tamparan wanita seperti Shafika. Lagipun dia tahu Shafika dah sayang gila-gila padanya.
“Cukup ke? Sepak la lagi.” Haris membuat tawaran.
Shafika merengus geram. Kalau ada pedang ingin aje dipancung kepala Haris tu sampai putus. Argh! Biadap. Memang keturunan biadap! Dia gangster! Suamiku gangster! Shafika seolah-olah susah nak telan hakikat tu.
Tubuh Shafika segera didakap. Ya! Aku takkan lepaskan kau. Kalau terpaksa beromen dekat sini pun aku sanggup untuk buktikan syak wasangka aku ni. Nekad Haris. Shafika meronta.
“Lepas ar!”
“Aku suka kau mengerang sakit macam ni.”
“Lepas la gila!”
“Fika, aku memang dah lama gila Fika... aku nak kau buktikan yang kau masih suci.” Haris mendesak.
Shafika terdesak melakukan sesuatu. Kakinya segera diangkat lalu dihentak ke kaki Haris dengan kasut keras! Menjerit Haris kerana sakit. Haris mahu tubuh Shafika sekarang jugak! Tapi Shafika enggan.
Shafika lari turun bukit Haris kejar melalui jalan pintas dan melompat betul-betul berdiri di hadapan Shafika. Terkejut Shafika tapi masih cuba nak tampar Haris. Lengan Shafika cepat digenggam.
“Sakit la.”
“Oh sakit... hati aku lagi sakit Fika. Kenapa susah sangat kau nak bagi? Mungkin kau dah tak suci lagi.”
“Haris!” Shafika sentap tangannya. Haris bagi peluang Shafika berucap.
“Aku lebih rela terjun gaung daripada kau terus sakit hati.” Eh? Apa aku cakap ni? Shafika serba salah. Hatinya tak mampu menipu bahawa dia benar-benar cintakan Haris. Walau sejahat mana pun Haris, tetap suaminya.
“Aku cintakan kau dari apa yang kau miliki sekarang. Bukan masa silam kau. Boleh kau faham tak? Apa yang kau takutkan sangat? Kau memang dah bagi dekat orang lain kan? Ya aku tahu kau sengaja nak sakitkan hati aku. Sekarang kau boleh terjun gaung tu sebab kau tak sayangkan aku lagi.” Haris renung tajam.
Shafika terdiam. Tanpa sedar air matanya mengalir. Dia cuba tahan tapi apa boleh buat, perasaan seorang perempuan mudah terguris. Dia cuba kuatkan semangat namun hati yang dikeraskan itu rupa-rupanya tetap lembut bagaikan sutera.
Laju Haris peluk Shafika. Dagunya melekat dekat ubun kepala Shafika dalam memujuk gadis itu. Sebagai seorang suami dia sudah lama menghidu ketiadaan kesucian itu tetapi apa yang Shafika takutkan sangat? Apa yang Shafika risaukan? Haris masih mampu terima tetapi jangan ulang. Jangan kembali ke masa silam. Jangan toleh, jangan ingat dan jangan fikir.
“Syhhh...” Haris memujuk. Shafika membalas dakapan itu. Dia sayangkan Haris. Dia dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni. Dia hanya ada Haris je walaupun Haris orang yang bertanggungjawab membunuh ayahnya sendiri. Haris lakukan semua itu bersebab namun jika difikirkan semula, Shafika seolah-olah telah masuk ke dalam mulut harimau. Memang dasar Man Tiger!

***

Satu nama yang tidak asing dalam hidup Haris, iaitu Bakar. Dia tunggu lama dekat McDonalds semata-mata nak menyambar tubuh itu dengan mata pedang benci. Haris dah cuba usir rasa benci tu tapi masih laju menusuk hati. Tak tahu nak cakap apa lagi kalau dibiarkan pun nanti melarat. Nak tak nak dia kena uruskan juga.
Bakar tidak jauh dari jarak 100 meter melangkah keluar dari McDonalds. Di tepi Bakar tu ada seorang gadis. Gadis comel bernama Wanie. Mengumam geram Haris melihat mereka bermesra. Ia bukan kes cemburu tetapi kes dendam.
Haris tahu dia berhutang budi pada Wanie kerana usahanya membantu selamatkan Shafika hari tu. Tapi kini hidup Haris tak aman. Dia hidup dalam buruan.
Tangan Haris ditarik seseorang ketika hendak mendekati Bakar. Haris gumam geram tengok orang yang sibuk-sibuk tarik dan menganggu tumpuannya.
“Kau kenapa Man!” Anang muncul di situ. Semenjak Geng Naga dah tumpas, hanya tinggal mereka saki baki terakhir Geng Tiger. Tiada siapa sangka mereka selama ini berkerja di dalam kumpulan Geng Tiger. Tapi ketuanya siapa? Haris kena selidik dari Bakar. Bakar satu-satunya orang yang pernah belok!
Kata-kata terakhir Bro Kay hari tu menyedarkan Haris satu perkara. Gunting dalam lipatan! Ya itu adalah kata-kata petunjuk. Siapa gunting dalam lipatan tu?
“Anang, lu jangan ganggu gua. Gua nak tahu siapa king dalam Geng Tiger.”
“Lu jangan buat kacau Man. Lu jangan desak Bakar. Dia tak nak libatkan diri lagi. Orang kau patut tanya adalah Ayob!”
“Ayob? Tapi dia dah mampus.”
“Tapi dia tinggalkan sesuatu.” Anang tunjukkan satu bukti.
“Pedang?”
“Yang digunakan perempuan nama Ayu tu, anak Yusdy. Kau pun tahu ada hal yang terjadi di antara Baharudin yang kau bunuh tu. Kena settle hal tu dulu. Berapa banyak kumpulan sekarang ni. Kau tahu patut sesuatu Man, Geng Kapak budak-budak tomboy cari king Geng Tiger. Automatik Man, kau sebenarnya king kumpulan ni.”
Tergamam Haris ucapan tu. Haris tarik tangan Anang sembunyikan diri kerana sebentar tadi kereta dipandu Bakar lalu kawasan tu. Mereka berada dekat dengan tong sampah. Kucing merempat duduk kucar sampah cari makan.
“Celaka! Siapa bos? Aku bukan bos!”
“Kau lupa ingatan Man. Betul kata si babi tu kau sengaja disabotaj. Bro Kay tu memang rakan seperjuangan kau.”
Haris memang tak ingat apa-apa. Yang dia tahu dia sedar memang cedera tapi ketika cedera masa latihan bukan agenda utama untuk dia mengenali dirinya tetapi siapa ketuanya. Dia nak tahu siapa ketua! Ketua! Bentak hatinya.
Semua ni sial! Aku tak sejahat tu. Aku bukan jahat! Aku bukan gangster! Haris menafikan sesudah Anang tunjukkan pedang.
“Kita ke kampung tu. Aku nak tahu kes rumah terbakar tu dan Bakar boleh hidup lagi. Aku masih ingat lagi pakcik tu kata ada bayi yang diberikan padanya untuk dijaga. Aku nak tahu siapa bayi tu!” Tubuh Anang digoncang-goncangkan oleh Haris yang dirasuk perasaa ingin tahu.
“Tentang Jack? Jack dah mampus aku sumpit dia la. Dah la tak ada apa yang kau patut tahu lagi. Semua tu tak penting.” Anang melangkah. Haris kejar.
“Anang!” Haris terus menyambar tubuh Anang menolak sampai ke tepi dinding lorong tu. Sebuah kereta meluru laju. Sial! Kereta siapa tu.
Anang terkejut. Langsung tak perasan. Sedar-sedar je tubuh rasa sakti dek tolakan Haris tadi. Haris? Mana Haris? Anang nampak Haris tertiarap. Cepat-cepat dia bangun dapatkan Haris yang koma. Kepala Haris terhantuk kuat pada dinding lorong tu.
Lelaki berambut kerinting itu yakin kereta tadi memang sengaja nak langgar mereka. Celaka! Haris terpelanting tadi akibat pelanggaran itu. Darah mengalir keluar. Anang dah cemas lalu ditanggalkan baju untuk membalut luka itu.
“Haris! Bangun!” Anang meriba Haris.

***

Tubuh itu terbaring atas sofa. Darah sudah kering tapi Haris belum sedar. Shafika telah dihubungi  Anang dan dalam perjalanan pulang ke tempat persembunyian. Sungguh terdesak hidup bersama suami bagaikan pelarian. Shafika tidak mahu tertangkap dan dibicarakan maka kesanggupan menemani Haris mengundang pelbagai risiko.
Shafika dan Haris terpaksa menyewa di sebuah taman. Terpaksa merahsiakan identiti mereka. Tapi sebelum tiba ke rumah Shafika berhenti dahulu ke stesen minyak kerana minyak kereta hampir kering, Kalau tak diisis dibuatnya mati tengah jalan macam mana? Terpaksa juga berhenti walaupun hatinya tak tenang sekarang ni.
Fikirannya masih fikirkan Haris. Risau dan takut kehilangan lelaki tu. Shafika belum bersedia untuk kehilangan Haris dan dia tak nak Haris lenyap dari hidupnya yang kini sudah jauh berubah. Ketika turun dari kereta meminta agar minyak di isi penuh ke tangki. Usai itu dia menghulurkan kredit card kepada tukang pam tu.
Dalam masa yang sama mata dia melilau sekeliling memerhatikan keadaan yang panas terik tu. Tanpa didiga, tidak!!! Hati Shafika teriak.

Dikehendaki, Man Tiger.
Hubungi IPD berdekatan.

Kenapa Haris? Kenapa patut dia yang terus menerus diburu polis? Apa salah dia? Lutut Shafika dah mula lemah. Hati isteri mana tak hancur kalau suaminya hidup seperti haiwan liar yang sedang diburu?
Pada Shafika, cukuplah Haris di dalam penjara selama 5 tahun. Jangan ditambah lagi seksa suami aku tu. Dia tak bersalah. Kuat hati Shafika memohon pada yang Esa agar diselamatkan Haris.
Dia cuba meluahkan pada Wanie tapi pesan Haris sebelum ni jangan terlalu banyak bicara dengan Wanie. Haris mungkin lebih tahu berbanding dirinya. Taat adalah tugas penting bagi isteri. Aku kena pegang ketaatan ni.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.