Entri Terkini :

Novel Versi Ebook.

Salam sejahtera. Hope semua happy always. Hee... hamba tatau nak cakap omputeh, yang tu aje hamba tau. oh ya... hamba sihat. ngeee~ Hamba tengok perkembangan ebook semakin baik dan perniagaan ini berpontensi kerana ia cukup mudah. Hamba pun cuba jugalah nak jual ebook tuk anda yang setia membaca novel. Dah lama peram novel sendiri. Kalau berkesempatan hamba nak jual dalam bentuk ebook.

Walau bagaimanapun hamba nak tengok permintaan juga. Kalau ada yang berminat dan menyokong usaha hamba ni nanti hamba akan beritahu bagaimana untuk mendapatkan ebook. Biasa orang beli ebook guna transfer bank aje. Dunia moden kan, pakai ebanking pun boleh.

Insya-Allah, jika berpeluang, ebook pertama ini akan dijual pada mereka yang berminat. Secangkir Madu Merah mengisahkan perkahwinan tanpa cinta dan akhirnya cinta pula namun sudah tiada maknanya lagi kerana sering buruk sangka. Bila cinta sudah dikhianati, bila rindu terbuang sepi, tatkala perasaan sayang seakan mati maka hidup ini bagaikan sebuah mimpi ngeri yang sukar untuk dijalani apatah lagi untuk memiliki sekeping hati yang suci.

Dan di bawah ini pula adalah E-novel terawal saya berjudul Takdir Atau Pilihan. Pada rakan-rakan yang belum membacanya sila [KLIK DI SINI] untuk mengetahui sinopsis ceritanya. Saya sediakan 30 bab bacaan awal di sini sebelum ia diterbitkan dalam bentuk e-book sahaja nanti, Insya-Allah.



Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.