“AWALNYA kau bangun Lin?” Pertanyaan Aleysa tak diendahkan. Aleysa berkerut dahi memandang Linda yang sedang melakukan sesuatu di dapur itu.
“Memasak ke? Rajin pula kau memasak? Selama ni kau tak nak memasak tapi pagi ni pelik je aku tengok erm ada apa-apa ke?” Soal Aleysa lagi sambil memerhatikan Linda sibuk menyediakan resepi seperti yang tercatat dalam buku panduan memasak.
Linda tekun memasak dan cuba mengikut apa yang tertulis dalam menu itu. Linda cuba belajar dan belajar lagi tunduk egois tak nak memasak pada sebelum ini. Alyesa tetap kehairanan.
“Nak tumis bawang kena tunggu minyak tu panas dulu.” Aleysa menegur.
“Aku tahulah.” Balas Linda.
“Amboi macam marah. Kes semalam ye?”
“Leysa... kau tak nampak ke aku tengah memasak ni. Kau janganlah membebel pulak. Mari tolong aku masak kita buat sarapan.” Ujar Linda ingin memasak nasi goreng.
“Eh... kau sarapan makan nasi goreng ye? Sebelum ni kau makan roti. Dah tak on diet ke Lin? Tak takut gemuk?” Aleysa tahu sebelum ini Linda tak makan nasi pada waktu pagi melainkan tengah hari. Jaga badan yang langsing bagaikan peragawati. Kulit yang putih gebu dijaga dengan baik. Mereka berdua berkulit cerah.
“Kalau macam tu kau tolong masakan, boleh?” Linda menyerahkan tugas itu kepada Aleysa dengan tiba-tiba. Ada-ada sahaja Linda ni. Tadi bukan main lagi berlagak nak masak sendiri tetapi tumis bawang minya belum mendidih lagi. Macam mana nak buat kerja dapur. Tengok tu, habis hancur ayam dipotong Linda. Sudah tak seperti ayam.
Aleysa mengikut sahaja asalkan mereka berdamai dan tidak bermasam muka. Dia tahu Linda tidak akan berkecil hati lama-lama terhadapnya. Masalah kecil sahaja iaitu Aleysa meminta Linda supaya jangan memanjangkan permusuhan dengan Hasryzal, hanya itu sahaja namun sukar untuk Linda memaafkan Hasryzal. Kenapa susah sangat? Linda terlalu emosi agaknya.
“Cik nak order nasi goreng apa ni?”
“Amboi macam pelayan restoran pula cara kau tanya.” Balas Linda tersengih-sengih dan Aleysa pula tersenyum manis.
“So macam mana perasaan kau sekarang dengan Ryzal?”
“Kau sebut lagi nama dia. Aku baru je nak okey kau pulak buat hal. Janganlah kau sebut nama lelaki kening tebal tu depan aku. Aku nak termuntah tau tak?” Linda membebel sambil membasuh tangannya. “Aduh! Tangan bau kunyit!” Linda tak berpuas hati setelah mengaul kunyit yang tiada kena mengena. Tapi katanya nak masa nasi goreng kunyit? Pelik juga buku resepi tu. Dari mana didapati oleh Linda agaknya?
Perasaan Linda terus mundur tatkala nama lelaki tu disebut-sebut Aleysa. Waktu begini memang tidak sesuai namun alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
“Kau ada apa-apa dengan dia ke sebelum ni?”
“Lin?”
“Aku ada perasan waktu dia kejar kau dulu. Nampaknya kau dah lama mengenali dia. Betul kan?” Linda memulakan sesi menyiasat hati dan perasaan Aleysa.
Berkerut dahi Aleysa setelah dihujani pertanyaan Linda yang berupa telahan pasti. Aleysa pula kalut tidak tahu apa yang ingin diceritakan.
“Kau tolong ambilkan sayur tu.” Aleysa berdalih untuk mengelak.
“Aku yakin sekali yang kau memang kenal dia. Apa hubungan kau dengan dia sebelum ni? Sampai hati kau tak cerita dekat aku. Dia kekasih kau ke?” Soal Linda lagi sambil menghulurkan sayur mentah kepada Aleysa.
“Apa kata kau pergi bersiap dulu. Nanti kita dah nak pergi kerja.” Suruh Aleysa.
Aleysa tidak akan terlepas lagi. Linda sudah dapat menghidu segalanya tentang Aleysa. Cukuplah Aleysa berahsia dengan Linda lagi. Tidak perlu lagi dia menyorok semua ini tapi adakah dia perlu mempercayai Linda?
“Okey, aku tahu kau nak mengelak tapi aku nak kau masak sedap-sedap ya... aku nak kau berikan dekat bos kau. Kau katakan padanya bahawa aku yang masak. Okey? Walaupun aku tahu masakan kau memang sedap Lysa...”
“Kau nak suruh aku menipu ke? Please Lin, kenapa kau sendiri tak masak. Kalau aku tahu nasi goreng ni untuk dia aku takkan tolong masakan tau.”
Linda terus berkerut dahi. Kerana apa Aleysa menolak pula? Nasi goreng sudah pun berada di dalam kuali. Hanya perlu menunggu digoreng sampai masak sahaja.
Dasar tak reti masak, marah Aleysa dalam hati. Tak cukup dengan itu Aleysa tarik muka. Sungguh tidak berpuas hati kerana dia akan berhadapan dengan Encik Zamarul semata-mata untuk menghulurkan nasi goreng itu yang akan ditapau sekejap lagi. Bukan setkat itu sahaja, dia akan dipertemukan dengan ahli keluarga Encik Zamarul pula. Aleysa tidak mahu namun terpaksa.
“Kau suka dekat dia, kau sendirilah yang hantar. Lagipun aku tahu kau memang gilakan bos aku tu kan. Dah... aku tak nak jadi mangsa keadaan lagi.” Aleysa menolak tapi dia perlu fikirkan semula apa akan berlaku sekiranya dia akan bertemu dengan ahli keluarga Encik Zamarul pula nanti?
“Leysa... kalau kau tak tolong aku siapa lagi. Dia suka perempuan yang pandai masak.” Ujar Linda dengan penuh harapan.
“Kalau kau tahu dia suka perempuan pandai masak, kenapa kau tak register masuk kelas memasak saja?”
“Percubaan kali ni pun dah rosakkan kuku aku yang cantik ni, inikan pula nak join kelas memasak... please...”
“Masih nak ego.”
“Mestilah, aku mesti memeprtahankan egois aku dari terus terbiar macam tu aje. Kalau kita tak ego nanti orang lelaki pijak kepala. Aku malas nak bagi muka dekat kaum lelaki ni... Kau pun sama Aleysa.” Luah Linda dengan penuh emosi bersama riak wajah yang menggambarkan rasa rimas. Tangannya pula bersilang rapat ke bahagian dada bersama bibir terjuih.
Aleysa terasa diperli pula. Bagaimana Linda menghidu dirinya juga egois? Barangkali benar. Mereka berdua memang egois. Masing-masing nampak sikap masing-masing. Diri sendiri sukar dinilai tapi dari sudut pandangan orang lain mungkin ya.
***
“SELAMAT pagi bos...”
“Selamat pagi...”
“Ada orang kirimkan something ni.”
“Apa dia?” Encik Zamarul bertanya setelah Aleysa mengatur langkah.
Setibanya di hadapan bosnya itu dia terus menghulurkan tupperware berisi nasi goreng kepada Encik Zamarul.
“Apa ni?”
“Bos tengoklah sendiri.” Ujar Aleysa yang saat ini berada di dalam pejabat Encik Zamarul yang nampak segak dengan kacamata baru.
Dengan perlahan-lahan Encik Zamarul membuka penutup bekas itu. Telihat nasi goreng di dalamnya. Bau nasi goreng itu sungguh menyelerakan biarpun ia agak dingin kerana perjalanan dari rumah ke tempat kerja agak mengambil masa.
“Awak bagi untuk saya ke?” Encik Zamarul buat-buat tanya. Sudah pasti buah hati pengarang jantung baru yang disangkakannya buatkan nasi goreng itu. Adakah hati Encik Zamarul dimiliki lagi oleh insan kedua?
Gadis cantik dek pandangan mata turun ke lubuk hati. Barangkali Encik Zamarul sudah terkena penangan gedik kawan Aleysa ni agaknya. Senyum sampai ke telinga tapi boleh buat selamba. Boleh tahan miang. Bagaimana pula tanggapan Aleysa apabila mengetahui bahawa kawannya itu dalam diam sudah mengadakan hubungan sulit? Adakah ini sulit setelah nasi dikirimkan? Oh tidak, ini pasti keadaan yang lebih menyulitkan bakal melanda.
“Bukan sayalah bos. Saya kan dah beritahu ada orang kirimkan.” Beritahu Aleysa yang terpaksa mengawal perasaan meluat terhadap Encik Zamarul biarpun dia tidak jadi berhenti kerja kerana terpujuk dengan Encik Zamarul. Bila Encik Zamarul menerangkan hal sebenarnya barulah dia faham. Bukannya Encik Zamarul ada hati terhadapnya hanya mengajak jumpa ahli keluarga sahaja. Cuma Aleysa masih tertanya-tanya untuk apa?
“Siapa?” Soal Encik Zamarul bersungguh ingin tahu. Walhal sengaja berbasa-basi. Eleh, macamlah Aleysa tak boleh agak. Cakaplah seribu kali ‘I tak miang,’ semua lelaki sama sahaja, itulah tanggapan Aleysa yang tidak mudah mempercayai kaum lelaki spesis Encik Zamarul ni. Tapi Aleysa tetap rasa gerun kerana dia diajak jumpa dengan anak Encik Zamarul. Boring jadinya bila berhadapan dengan keluarga Encik Zamarul. Mesti ada apa-apa ni namun Aleysa masih tertanya-tanya.
“Kawan saya,” Aleysa mengukir senyuman plastik. “Linda.” Sambungnya lagi. Encik Zamarul terangguk-angguk perlahan sambil memuncungkan mulutnya.
“Oh Linda...” Katanya meleret sambil mencubit sedikit nasi di dalam bekas itu lantas disuapkan ke mulut selepas membaca Bismillah. Nasi itu dikunyah perlahan. “Humm sedapnya... pandai sungguh dia masak ya, boleh buat bini ni.” Desis Encik Zamarul.
“Apa dia bos?” Aleysa terus bertanya tetapi bosnya itu hanya senyum sumbing. Ada hati juga bos aku ni pada Linda! Geram Aleysa walaupun masih setia menguntumkan senyuman pahit.
“Leysa... malam ni awak jadi kan ke rumah saya?” Encik Zamrul sengaja ingatkan Alyesa sambil meletakkan bekas nasi itu ke atas meja. Aleysa tergamam kerana dikejutkan dengan hal itu. Kalaulah dia dapat mengelak sudah pasti dia tidak mahu menghadiri majlis makan malam itu sekali lagi selepas kegagalan pada hari sebelumnya. Aleysa masih berkira-kira, dia tak nak pergi. Dia benci lelaki miang. Kalau ayahnya miang anaknya pasti miang, duga Aleysa berat.
Cepat benar hukuman dijatuhkan sebelum bersua wajah bertentang mata. Mudahnya tanggapan negatif dilemparkan. Jangan ada keliru. Jangan ada sangsi namun Aleysa tetap begitu. Kesangsian dalam mengenali hati budi masih berkudis. Mungkinkah akan sembuh biarpun dirawat dan dibalut selama seribu tahun?
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Aleysa kerap kali diburu resah tatkala berhadapan dengan Encik Zamarul, bimbang sungguh jika ada helah lain pula namun Aleysa perlu memberi ruang pada bosnya untuk membuktikan kejujuran. Malam ini dia diminta hadir ke rumah untuk sesi perkenalan. Encik Zamarul menjemput makan malam bersama dan Aleysa terpaksa bersetuju namun semua ini terpulang pada Linda pula. Hanya Linda dapat membantunya nanti. Harap-harap semuanya berjalan lancar.