Entri Terkini :

Cerpen : Jodoh ÷ Cinta

DIA di hadapanku, nak tegur tak berani, nak berkenalan lagilah tak berani. Melihat wajahnya itu... jantungku berdetak kencang sekali seperti langit mahu runtuh. Sebelum ini aku jadi rindu dan rindu itu semakin menebal. Sehari tidak melihatnya bagai setahun tidak bertemu. Adakah ini cinta atau hanya perasaan suka? Kata orang mula-mula suka dan lama-lama akan jadi cinta, betul ke? Pernah dirinya masuk ke dalam alam fantasi mimpiku... dalam lenaku ada wajahnya. Oh sukarnya untukku melupakan dirinya untuk sedetik. Bagaimana untukku melahirkan perasaan suka itu? Perlukah aku memberanikan diri mendekatinya dan bertanya, "Hai... apa khabar? Boleh saya duduk?" aduhai susahnya untuk berkata-kata.

Macam mana ni? Adakah aku harus melambaikan tangan padanya dan dia akan hadir bertanya, "Ya saya, ada apa?" Apa pula yang patut aku jawab? "Tak ada apa-apa, saja je." Dan kalau dia balas, "Kenapa panggil-panggil orang ni?" Perlukkah aku menjawabnya '"Saja je." Payah tu kerana benda sama je.

***************************************

Rindu pada awak.

Awak... tolong berikan saya sekelumit kasih... biar rasa sepi saya hilang. Awak... berikan saya seukir senyum manismu itu biar resah di dalam jiwa ini bertukar bahagia, boleh kan awak?

Bila awak tak ada, saya tertunggu-tunggu. "Mana dia ni tak datang hari ni? Busy ke?" Saya cuba mencari jawapannnya dengan bertanya pada kawan awak. "Kawan awak yang bermata bundar tu tak datang ke hari ni?" Saya nak tahu jawapan tu dan saya harap jawapan yang positif. Nak saya minta nombor telofon awak pun tak berani, bagaimana? Hendak bercakap dengan awak pun tiba-tiba lidah jadi kelu. Saya nak je mintak nombor telefon awak dekat kawan awak tu tapi entahlah saya jadi gugup dan gementar tak tentu arah.

Awak... I stalk your profile at Facebook masa tu bertambah rindu. Tapi sampai sekarang saya belum add as friend dekat situ. Saya nak klik tapi saya takut awak tak approve. Berzaman pulak saya tunggu. Tapi itulah, saya ni selalu negative thinking... agaknya bilakah kita akan bersama melayari bahtera cinta di dunia kita sendiri?

Baca sambungan seterusnya kisah ini -=> [KLIK DI SINI]

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.