Pada waktu pagi ni mengantuk gila rasanya. Menghadap komputer pun mata layu semacam. Kalau aku berdengkurkan nanti bikin kacau. Dah namanya kerja, aku kena buat jugak tapi tetap banyak termenung daripada buat kerja. Huh!
Ini bukan novel, dan ini juga bukan coretan cerpen tapi ini coretan kisah aku pagi-pagi berblog. Bukan nak gigih berblog tapi sekadar meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Sebenarnya otak aku dah mula tepu susah nak fikir benda-benda logik. Asyik berangan sahaja. Kadang-kadang boleh terbayangkan yang aku ni adalah Goku. Fuh! kadang-kadang pulak bayangkan akulah Power Ranggers. Gila ke apa aku ni?
Memang minda kita boleh bayang macam-macam termasuklah benda-benda pelik. Haa... takutnya... tapi siang-siang ni apa yang hendak ditakutkan? Takut pada bayang-bayang sendiri kut, tapi aku tak perlu rasa takut. Apa yang aku rasa sekarang adalah mengantuk. Tidur tak cukup je.
Buat pembaca blog aku yang rajin tu, aku rindu kamu. Tiba-tiba aje aku rasa macam jarang update blog. Memang, seminggu lebih kut bercuti rehat otak. Pergi jalan-jalan dekat Johor. Kira dah fresh balik otak ini daripada ketat semacam sebelumnya. Uiks!
Wah! Sekarang ni pulak tiba-tiba rasa kurang, fikir punya fikir patutlah rasa sunyi, rupa-rupanya mp3 player tak pasang. heee.... Pagi ku kembali ceria layan lagu Bondan Prakoso And Fade To Black - Narkoba (tiba-tiba aje kan layan lagu) done. PEACE!
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)