Tidak pernah aku merasakan sebegini hebatnya kasih sayang si dia buatku. Entahlah kadang-kadang tu aku rasa takut berhadapan dengan sebuah kehilangan. Ia berkait rapat dengan cinta hati. Oh, tanpa rela hati ini terbiar sepi kini tidak lagi. Tanganku diusap manja oleh si dia dan aku menatap matanya. Aku miliknya dan dia milikku. Barangkali hanya tubuh tidak hati. Aku harap hatinya benar-benar mencintaiku...
"Abang... terima kasih sudi menerima saya dalam hidup abang." Tuturku setelah menghabiskan sepinggan nasi berlauk ikan kerapu tiga rasa. Sedap sungguh makan bersama orang yang kita cinta. Orang yang memang membuatkan hidup kita diisi dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Aizat memandang aku dengan matanya yang layu. Barangkali mengantuk kerana terlalu kenyang.
"Erkkk!!!" Sendawanya tak ingat. "Alhamdulillah." Ucapnya. Dan tanganku dilepaskan.
"Abang dengar tak apa yang saya cakap tu?" Aku tengok Aizat buat derk aje. Macam tak ada perasaan. Siap gosok-gosok perut lagi.
Jarang-jarang sekali makan dekat luar seronok jugak. Kalau selalu nanti nampak pulak aku ni dikatakan tak pandai masak. Kalau boleh aku nak masak masakan sesedap ini. Sesedap apa yang dimakan Aizat lalu sendawa kekenyangan itu.
Jarang-jarang sekali makan dekat luar seronok jugak. Kalau selalu nanti nampak pulak aku ni dikatakan tak pandai masak. Kalau boleh aku nak masak masakan sesedap ini. Sesedap apa yang dimakan Aizat lalu sendawa kekenyangan itu.
"Dengar... Abang nak ke tandas kejap." Katanya. "Ein tunggu sini tau, jangan ke mana-mana." Pesannya lalu bangun dari kerusi.
Itulah Aizat lelaki gendut yang mencintai aku. Ya, aku taburkan kasih sayangkan pada lelaki itu kerana hatiku telah sedia parah terhadap lelaki-lelaki tampan yang tegar mempermainkan hati dan perasaanku. Yang rakus meleburkan kesetiaanku.
Bertemankan malam yang indah, bermandikan embun di bawah hamparan langit gelap namun terhias taburan bintang-bintang bergemerlapan di langit itu, kau jadi bahagia. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti tentang perasaanku ketika ini.
Telefon bimbit Aizat berbunyi. Dia tertinggal telefon. Aku terlihat nama yang tertera. Nak jawab ke tak nak ni eh? Kalau aku jawab kan... huh! tak apa la biarkan aje. Yang pasti dekat situ tertera nama 'Kaseh' siapa Kaseh?
Perasaan ingin tahu menular. Aku lekas tekan butang hijau. "Hello."
"Hello... Ejat, eh?"
"Siapa ni?"
"Kaseh, siapa ni? Awak siapa?"
Aku terdengar suara perempuan dihujung talian itu. Kaseh! itu suara perempuan dan empunya nama itu adalah perempuan. Adakah Kaseh itu nama? Atau Kaseh itu hanya panggilan sahaja? Tak mungkin Aizat curang? Aku dengan Aizat sudah dua bulan bercinta. Dan... Embun Cintaku mekar di sini juga.
"Ein." Namaku dipanggil. Sepantas mungkin aku letakkan telefon itu di meja. "Buat apa dengan telefon abang tu?"
"Abang.... siapa Kaseh?" Lidahku laju melucur pertanyaan. Aizat diam. Dia ambil telefonnya dan masukkan ke dalam kocek. "Jawab la bang." Dia diam lagi.
Dia melangkah. Aku bangun dari duduk. Jiwa aku mula kacau seperti ribut sedang melarat tangguh lalu di restoran itu. Aku kejar langkahnya.
Aizat sembunyikan sesuatu. Aku mesti tahu. Aku tak mahu terluka lagi setelah segala harapan aku lebarkan. Segala cita-cita telah aku terbangkan dalam angan-angan ingin kecap bahagia dengan Aizat lelaki berkulit cerah itu bermata coklat sama sepertiku warna matanya itu.
"Cakap bang."
Aizat masih membisu.
Di dalam kereta juga sama. Dia tidak menjawab. Memandu dalam kebisuan. Lidahnya kelu begitu juga aku menyekat bicara dibaham gelora. Dalam perjalanan pulang, hatiku resah.
Keretanya berhenti dan melangkah turun mendapatkan bangku. Di sebuah taman dia menghela nafas. Aku sedia mengekori langkahnya. Malam semakin pekat, sepekat hatiku yang diburu gelisah. Abang.... tolonglah bang... merayu-rayu hatiku. Tetap aku sabar tidak mahu terburu-buru. Tidak manu memberi Aizat tekanan. Tapi cara Aizat buat aku terseksa!
Aku wanita punya rasa. Rasa cemburu kerana aku cinta. Cinta pada Aizat yang menawan hatiku dengan celotehnya tetapi sekarang semua itu bakal lenyap. Aku tak mahu terpisah dengannya. Aku bahagia berada disampingnya.
"Ein jangan marah abang boleh tak?"
"Bila masa saya marah?"
"Cara Ein tu..."
"Tak bang, saya cuma nak tahu je bang, takkan tu pun salah. Saya berhak tahu."
Aku duduk sebelah Aizat. Aku tebarkan pandangan mataku pada taman yang diterangi lampu neon. Masih ada umat manusia berjalan-jalan di situ. Aku dan Aizat turut berada di situ tetapi lokasiku ditempat yang terang. Bukan duduk di kawasan yang gelap kerana aku juga tahu tentang nilai harga diri walaupun antara aku dan dia tidak haram. Ya aku sedar, sebenarnya aku tidak harus berada di situ tetapi jiwaku semakin lama semakin keruh selagi Aizat tidak menerangkan segalanya.
"Kaseh janda abang."
"Janda?"
"Ya."
Jantung aku berdetak laju. Jadi dia bohongi aku? Eh? Bohong ke ni?
"Abang!"
"Tapi Ein tak pernah tanya pun waktu kita mula-mula kenal dulu." Katanya sambil mendongak memandang langit hitam.
Jari jemariku menari bersentuhan dengan jari sebelah lagi. Kenapa aku harus tanya? Jika aku benar ikhlas mencintainya tak mungkin aku perlu serius.
Aku bangun dari situ. Duduknya tak selesa.
"Kenapa abang tak terus terang dari dulu lagi bang yang abang ni duda."
"Kenapa kalau abang duda? Awak takkan sayang abang ke dan takkan hidupp dengan abang?" Aizat tenung aku dalam-dalam. Renungannya itu membuatkan hatiku cair.
"Bukan macam tu bang, cuma..." Nafasku terasa sesak. Oksigen macam dah habis.
"Cuma apa? dalam facebook tu boleh tanya macam-macam la Ein. Kalau abang cakap benda betul pun orang takkan percaya."
"Tapi Ein bukan macam tu."
"Rata-rata. Abang dah terlalu kecewa sangat. Kalau Ein nak tahu, penceraian abang dengan Kaseh tu pun disebabkan facebook. Makan minum dan pakai abang dia tak ambil peduli. Sibuk dengan haram jadah tu je." Marah betul bunyinya.
Terkejut jugak aku dengar. Gara-gara facebook mereka berpisah. Takkan alasan tu je kut? Aku terfikir.
"Abang..." Panggil ku lembut.
"Abang pun tak suka Ein berfacebook lagi kalau betul Ein cintakan abang. Abang ada maruah jugak Ein, takkan abang nak jadi dayus biarkan Kaseh tu duk papar gambar dedah sana dedah sini... abang ni suami dia. Segalanya abang tanggung. Awak pun kena jadi isteri abang yang baik Ein. Kita baru je bernikah. Cinta kita bukan cinta terpaksa Ein. Percayalah cakap abang. Walaupun perkahwinan kita ni sekadar biasa tapi cukuplah dengan apa yang kita hadapi sekarang ni."
Kata-kata Aizat buat aku berfikir panjang. Ada benarnya jugak apa yang suamiku katakan. Dia sanggup tinggalkan segala-galanya untuk hidup bersamaku. Dia sanggup bersama aku menjual pisang goreng. Aku dengan dia tinggalkan segala-gala kemewahan. Ya aku sanggup demi cintaku walaupun ayahku memarahiku setelah menolak pinangan anak kawan baiknya sendiri. Aku mahu mencari cintaku sendiri walaupun sering dikecewakan.
"Abang tak pernah cerita pun."
"Abang cerita la ni."
Aku terdiam. Aizat duduk semula dibangku. Aku mendengarnya...
Dulu... Aizat mula bercerita.
***
Cerita Aizat melakar pelangi cinta bersama Kaseh.
Dulu sewaktu cinta Aizat mula mekar bersama wanita bernama Kaseh, hatinya menyimpan sejuta impian mahu mengejar bahagia. Kaseh adalah perempuan yang cantik, menawan dan tertutup. Mencintai Kaseh adalah satu permulaan ke arah keharmonian. Tidak pernah Aizat berhadapa dengan mana-mana gadis selembut Kaseh. Kaseh cukup sempurna di mata Aizat. Namun segalanya berubah setelah gadis menjadi istrinya. Kaseh mula lupa diri. Kaseh hidup dalam kemewahan hasil pencarian Aizat selama ini,
Daripada seorang yang sopan menjadi liar padahal Kaseh isterinya. Dikurniakan seorang cahaya mata difikirkan mampu menambat kedua-dua belah pihak namun ternyata kelahiran anaknya itu membuatkan Kaseh menjadi teruk! Kemodenan memusnahkan Kaseh. Seorang gadis desa berubah perwatakan. Puncany ahanya satu, kejutan budaya. Berkenalan tanpa batas. Apa yang membuatkan Aizat berkecil hati, Kaseh sanggup berjumpa dengan lelaki lain. Apabila Aizat dapat tahu, Aizat marah. Tapi sedikitpun Kaseh tidak hiraukan.
"Makan fb, tidur fb la awak ni!"
"Apa saya kisah. Abang tu mana ada masa layan saya. Sibuk dengan kerja 24 jam. Saya dekat rumah ni, awak tak ambil tahu pun."
"Saya kan kerja. Semua ni saya lakukan untuk keluarga kita jugak."
"Saya nak kerja abang tak kasi." Kaseh membantah.
"Duit saya cukup untuk tanggung awak la."
"Saya nak duit saya sendiri. Saya nak rasa hasil titik peluh saya jugak."
"Kerja apa kau nak buat hah?" Aizat dah mula naik angin. "Kau SPM pun tak lepas. Mujur aku ni kutip kau tau tak. Kalau tak dah lama kau dan keluarga kau merempat!" Bentak Aizat mengungkit kisah di mana asal usul Kaseh, Aizat buat begitu supaya Kaseh sedar. Namun, ternyata kata-kata Aizat itu tidak diambil positif.
"Jadi kau nak ungkit la ye? Siapa yang tergila-gila kan aku kalau bukan kau?"
"Sebab aku tak sangka kau jadi macam ni."
Keadaan rumah mewah itu bertukar corak. Pertelingkahan semakin runcing. Kaseh dengan caranya, Aizat dengan caranya. Barulah Aizat sedar bahawa kekayaan tidak menjaminkan kebahagiaan. Niatnya ingin membantu tetapi lain jadinya.
Itulah cerita tetang Aizat bersama Kaseh...
***
Aku tak pernah tengok lelaki menangis. Ia nampak sangat buruk. Aizat menitiskan air mata di bahuku. Terseksa cerita itu. Aku jadi sebak mengikut rentak cerita suamiku sendiri. Patutlah gambar Aizat tak sama dengan realiti. Dahulu dia memang kurus tampan sekarang gendut kuat makan gara-gara nak hilangkan stress.
"Dah la bang... Saya janji takkan lukakan hati abang." Beritahuku padanya.
Kaseh ingin kembali kepangkuan Aizat tetapi tidak akan aku izinkan kerana aku takut Kaseh akan lukakan hati suamiku itu. Walaupun aku dan Kaseh tak pernah bertemu tetapi cerita daripada suami sendiri begitu pedih. Aku takkan maafkan Kaseh mencemarkan nama baik kaum wanita.
Tubuhku didakap erat oleh Aizat. Embun pagi jadi saksi cintaku padanya. Tanpa sedar air mataku turut bergenang melayani walang hati Aizat.
"Kami pencengahan maksiat!" Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara orang dari belakang. Aizat turut tersentak. Mana boleh cegah maksiat pada status mereka.
"Eh!"
"Kamu berdua ditahan." Kata mereka.
"Tak boleh." Kata Aizat.
"Kenapa tak boleh?"
"Sebenarnya, saya suami dia!" Beritahu Aizat. Aku pula terpisat-pisat di situ.
"Ya encik, saya isteri dia."
"Mana buktinya?"
Aizat terus tunjukkan kad kahwin. Mujurlah dibawa bersama. Lawak pulak bila berdakapan di tempat begitu dituduh khalwat. Ala... aku bukannya sengaja lagipun aku sendiri tak sedar bila waktu kami berdakapan. Dakap suami sendiri la... huhuhu. Abang... Ein berjanji... Ein takkan kecewakan abang, percayalah....
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)