“Cakap Fika! Beritahu aku siapa yang buat kau macam tu?”
“Cukup Haris! Jangan paksa aku.”
“Aku nak kau terus terang. Aku nak dengar daripada mulut kau sendiri.”
Haris terus mendesak namun Shafika tidak mahu buka mulut. Tuhan sahaja yang tahu derita hidupnya selama ini. Haris mana tahu derita itu. Kalau dapat dirasakan sekalipun mungkin ia sebuah rasa yang terlalu jauh dari landasan sebenar. Tidak tahu dari mana hendak mula.
Tubuh itu digoyang-goyangkan. Tangan Shafika lurus sahaja sambil mata ditebar pada jubin lantai. Hati masih sayang. Hati tetap cinta namun Haris tegar membiarkan diri menjadi buruan polis. Shafika tahu apa lagi yang Haris mampu lakukan selain daripada menjadi pelarian.
“Kau kata kau cintakan aku. Tapi ini ke balasan kau pada aku, Fika?”
“Kau cakap pasal cinta ke Haris? Pernah ke kau pedulikan aku. Aku nak jadi isteri macam orang lain jugak. Tapi hidup dengan kau ni tak beri makna apa-apa selain terus diburu polis. Menyerah la Haris.”
“Untuk apa aku menyerah hah? Apa kesalahan aku? Aku dah pernah kena jail. Berapa juta tahun lagi mereka nak sumbat aku dekat dalam?” Haris melepaskan tangannya daripada terus memegang bahu Shafika. Nafas Haris laju.
“Aku dah penat Haris.”
“Hidup kau dengan aku. Bukan dengan orang lain. Faham?!” Bentak Haris lalu melangkah keluar dari rumah. Shafika mengejar Haris.
“Kau nak pergi mana tu?”
“Pergi jahanam!” Marah Haris.
“Haris!” Pekik Shafika dan dalam masa yang sama Haris masuk ke dalam perut kereta. “Jangan tinggalkan aku, tolong la...” Desisnya pula yang tidak dapat didengar Haris. Pada lidahnya tegar mahu Haris pergi tapi dari dalam hati dia tidak merelakan.
Malam yang pekat diselimuti kabus tebal. Haris menghilang dalam kepekatan malam. Tinggallah Shafika seorang diri di rumah. Di mana sahaja mereka menyewa asalkan tidak dapat ditemui polis. Hidup bagaikan pelarian memang tidak pernah tenang. Jiwa bergelora dan sering dihambat rasa takut.
Haris ingin tahu siapa yang menodai dirinya sehingga dia tidak mampu menuruti kehendak Haris biarpun itu adalah tanggungjawabnya sebagai isteri. Dia sering menolak dan akhirnya bibir itu mengaku dirinya tidak suci lagi namun Haris ingin tahu siapa sebenarnya yang merosakan hidup Shafika. Gara-gara Shafika enggan menceritakan maka Haris naik angin.
Rahsia hidup aku tapi kenapa Haris perlu tahu? Shafika terduduk di muka pintu. Tolong la Haris, jangan buat aku macam ni. Aku mencintai kau. Terlalu dalam cinta aku terhadap kau sehingga luka dalam diri aku seperti terubat apabila aku pandang wajahmu. Shafika melayani perasaannya sendiri. Merayu dan merintih sendirian di muka pintu itu.
Setelah tersebar berita bahawa Haris sebenarnya ketua Geng Tiger maka ramai yang datang buru. Musuh-musuh lama mencari Haris. Ada sahaja yang jejak langkahnya. Itulah yang menjadikan hidup Shafika tidak seindah suria.
Walau ke mana sahaja mereka sembunyi ada sahaja mata yang melihat. Shafika tidak damai. Dia tidak tenteram. Jiwanya benar-benar kacau. Dia mahu jadi isteri yang baik. Dia mahu jadi isteri yang dapat melayani suami tetapi bukan seperti ini. Argh!
“Bos, tu bini dia.” Shafika terkejut mendengar suara yang merejam telinganya. Cepat matanya ditebar pada halaman rumah.
Shafika tidak mengenali mereka seramai lima orang itu. “Korang ni siapa hah?”
“Jemput la kami naik cik adik.” Lelaki berjaket biru menghisap cerut terus melangkah naik tanpa membuka kasut. Shafika terus bangun dan segera masuk mahu mengunci pintu. Mereka mula kasar menghalang.
Shafika cemas. Nafasnya laju. “Haris!!!” Dia memanggil suaminya. Sampai hati Haris tinggalkan dia sendiri. Haris!!! Hatinya teriak.
***
Cakap isteri pun tidak pernah nak dengar. Asyik nak ikut kepala sendiri aje. Macam mana rumah tangga hendak harmoni kalau sering bertengkar namun itulah yang dilalui mereka detik ini. Tapi bagi Haris bukan itu masalahnya. Yang menjadi korban hati adalah lara isterinya. Yang menjadikan tumbuhnya kudis pula adalah dari sejarah silamnya.
Menjadi kesalahan dalam cinta apabila membuka aib. Menjadi derita membuka cerita yang tak mampu diucapkan. Ia menjadi rahsia Shafika yang Haris tak boleh sentuh. Tapi dia isteri aku! Haris mahu dengar dari mulut Shafika sendiri bukan dari orang lain. Cerita-cerita yang lalu menggesel di dalam minda. Tidak cukup dengan marah di mulut diterjemahkan pula dengan tindakan. Setereng kereta dihempuk-hempuknya pula.
Kenapa kau tinggalkan dia dekat rumah? Kata-kata dalam kepala bertanya. Haris terfikir. Kenapa? Kenapa aku tinggalkan dia?
~ Kau tak fikir panjang
# Setan!
Haris tekan brek mengejut. Ada kereta melanggarnya dari belakang dengan sengaja. Dia senyum sahaja. Masih mampu tersenyum sinis meskipun ia satu kemalangan yang disengajakan. Pemandu itu keluar dan terus mendapatkan Haris. Badan mereka besar. Kudrat mereka mesti kuat. Bukan seorang tapi tiga orang. Tiba pula sebuah kereta memancung kereta Haris di tengah jalan itu. Kiri dan kanan sunyi bersemak samun. Jalan itu merupakan sebatang jalan yang gelap.
“Kau keluar!”
Haris keluar. Nampaknya identitinya terbongkar. Sia-sia menyamar jadi budak skema berambut belah tepai berkaca mata besar.
“Korang siapa ni?” Haris buat-buat takut.
“Bayar!”
“Bayar apa?”
“Lebam jugak biji mata kau nanti wei. Kau brek mengejut suka hati mak bapak kau.” Itu hanyalah alasan.
“Mak bapak jangan main bang.” Haris berlembut lagi. Dalam pada itu pemandu kereta yang memancung kereta Haris tadi keluar dan mendapatkan Haris yang sedang digertak oleh mereka.
“Man Tiger... lu tak payah nak menyamar dekat sini.” Hujung pisau sengaja diloretkan pada pipi dan kalau ditekan sikit lagi pasti luka pipi Haris tu.
“Siapa Man Tiger. Aku tak kenal.” Jawab Haris kemudian pisau itu dialihkan. Lelaki bertubuh besar berbangsa Cina itu terus mencekik leher Haris. Yang lain sibuk mengunci tubuh Haris supaya tidak mampu bergerak atau melawan.
Cermin mata Haris ditanggalkan. Rambut Haris pula sengaja digosok laju. Kemudian cermin mata itu dilepaskan ke bawah lalu dipijak sampai hancur.
“Wah! Ini baru Man Tiger. Senang-senang lu bunuh mereka, sekarang lu mahu cuci tangan ka? Aiyooo, nanti gua potong lu punya dulu la baru lu boleh cuci tangan ma...”
“Lu cakap apa ni bro?”
“lu buat-buat tatau ma? Jangan ini macam.”
Dush!
Perut Haris ditumbuk.
“Lu kena ikut kita orang kalau mau selamat.” Katanya lagi.
Haris merengus geram setelah ditumbuk tadi. Lantas sedaya upaya dia melepaskan diri. Pegangan tangan akhirnya terlepas menyebabkan Haris membaham mereka bagaikan seekor harimau yang lapar. Diterajang kepala mereka lalu jatuh tergolek. Lelaki berbangsa Cina itu tadi berganjak ke belakang dan membiarkan kunco-kunco berlawan.
Harapkan tubuh aje besar tapi langsung tak kuat! Haris sedikitpun tak gentar. Dia memang pandai berlawan.
“Tony!”
Maka keluar seseorang dari perut kereta yang memancung kereta Haris tadi. Terbeliak biji mata Haris sambil pisau masih terhunus menanti tusukan ke perut lelaki yang bernama Tony itu.
***
Titisan demi titisan air matanya luruh ke lantai. Tubuhnya diratah oleh ramai lelaki secara bergilir-gilir. Korban kasihnya dilaknat oleh mereka yang tidak berhati perut. Shafika tidak mengerti kenapa semua ini patut terjadi ke atas dirinya. Dilayan bagaikan pemuas nafsu semata-mata tanpa relanya. Persetan lelaki dayus! Shafika dipukul semasa mereka menikmatinya. Teriakan dan jeritan tidak terluah kerana ia adalah sia-sia. Kalaulah Haris tidak pergi semua ini tidak akan berlaku. Namun sudah tersurat Shafika menerima nasib seperti itu. Bukan sekali dia kena malah sebelum ini sudah terjadi. Dan sekarang, walaupun mereka tak dapat Haris maka Shafika yang jadi mangsa.
Suaranya hilang. Nafasnya tersekat-sekat menahan sendu. Tangisan itu lahir dari rasa kesal. Kesal kerana tidak berani berhadapan dengan kenyataan. Mujurlah dirinya tidak dibunuh tapi Shafika merasakan lebih baik mati daripada terus terseksa begini. Mereka yang memperkosa Shafika telah lenyap entah ke mana. Merangkak Shafika ke penjuru rumah mendapatkan sebuah rak. Tidak bermaya tubuh itu. Segala kudratnya lesu setelah berlawan mempertahankan haknya namun kalah.
Apalah daya seorang perempuan berlawan dengan kudrat empat lelaki bersifat binatang itu. Sungguh keji! Pakaian Shafika carik rabak. Semuanya menampakkan susuk tubuhnya. Dia berusaha bangun dengan berpaut pada dinding sebagai ponyokong sisa-sisa tenaga yang berbaki. Belum pun sempat dia bertahan, dia rebah lagi.
Dari sudut itu dia menyelak laci. Dia meraba sesuatu dari dalam laci itu. Di situ tempatnya dia simpan Potassium Cyanide (Racun tikus). Dia nekad. Ini sahaja jalan yang dia ada. Haris sudah tidak pedulikan dirinya lagi. Dia kini tiada sesiapa. Kenapa perlu hidup lagi? Dunia ini bukan syurga cintanya. Dia seperti tidak mendapat sebarang manafaat dari setiap helaan nafasnya selama dia hidup. Shafika benar-benar tertekan. Otaknya buntu.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)