Entri Terkini :

Mesin Jahit Hati - 8

LANGKAH kaki ini terhenti setelah terlihat ayam golek. Sedap sungguh ayam yang digolek itu berasap-asap dibakar api. Aroma memikat kalbu. Best tu kalau dapat makan. Aku terus tarik tangan Bujet tapi rasa kasar semacam aje. Tangannya penuh bulu. Tangan Bujet tak ada bulu macam ni. Aduhai aku tersalah orang ke? Malu la macam ni.
Aku terus menoleh ke arah induvidu itu. Seorang Mamak terpisat-pisat setelah aku tersalah tarik tangannya. Aku pula dengan muka tak bersalah terus melepaskan pegangan.
“Sorry, tak sengaja.”
It’s, okey.” Jawab lelaki itu kemudian beredar.
Aku terus meliar biji mata mencari kelibat Bujet entah ke mana. Dalam keadaan sekarang ni susah sungguh nak kesan kedudukan. Orang ramai berpusu-pusu membeli belah di pasar malam. Bujet ni pun satu hal. Mana pula dia pergi? Tadi rasanya dia ada di sebelah aku. Takkan dia dah tinggalkan aku kut? Teruknya…
Rasa malu aku bertukar menjadi risau. Risau dan rimas apabila Bujet menghilang dalam keramaian itu. Aku cuba hubungi Bujet tetapi tak dapat. Geramnya aku dia tutup telefon pula. Hurm… okey aku cuba positifkan fikiran aku. Barangkali bateri telefonnya weak kut? Ah! Positif Aya! Aku miminta diriku sendiri untuk berfikiran optimis.
Langkah diteruskan lagi. Hasrat untuk membeli ayam golek aku batalkan. Aku mahu mencari Bujet yang tinggalkan aku terpisat-pisat di sudut itu. Sekilas ku pandang jam di tangan menunjukkan pukul 9.15 malam dan orang pula semakin ramai penuh sesak. Keadaan ini menyulitkan aku untuk langkah dengan laju. Kaki aku pula dah lenguh ni tunggu deretan orang berjalan untuk melepasi ke pintu pagar.
Mungkin dia ada dekat motosikal kut? Duga aku dan keinginan untuk mendapatkan Bujet semakin memuncak. Setelah berasak-asak di laluan itu aku pun memesongkah langkah ke kawasan tempat kami letak motosikal tadi. Aku harap Bujet ada di situ.
“Kenapa tak beli apa-apa?” Terdengar suara Bujet di belakang aku.
“Kau pergi mana?” Tanya aku seraya menoleh ke belakang setelah terdengar suara Bujet. “Puas aku cari kau tadi. Kalau ye pun kau nak tinggalkan aku janganlah dekat sini. Pening tau tak.” Bebel aku.
Bujet hanya menarik nafas sedalam-dalamnya dan memandang aku dengan riak wajah hampa. Apa yang aku melalut ni? Aku salah cakap ke sampai dia buat muka macam tu?
“Dekat belakang kau la tadi.”
“Jangan nak tipu. Tadia ku dah cari keliling tak ada pun.”
“Jadi kau dah puas tawaf satu tempat ni?” Balasnya.
“Tak pun!” Aku berpaling wajah.
Bujet pula terus berdiri di hadapan aku pula. Dia pegang tangan aku tapi aku tepis. Aku tak suka dipegang-pegang. Tak kiralah dia tu suami aku sekalipun.
“Kau ni kenapa?”
“Kau tu, kenapa pegang aku?” Marah aku padanya.
“Tangan kau luka.”
What?” Aku terus tengok pergelangan tangan aku. Bila masa pula kulit tangan aku ni tercedera? Erk! Baru aku perasan. Mamak tu ada beli pisau tadi dan aku tak sangka pulak ia terguris di lengan tangan aku. Mungkin kut, aku buat andaian aje. Tetapi… kenapa ia tak terasa sakit? Lengan aku disuntik bius ke? Haaa! Sekarang baru terasa. Aduh pedihnya!
“Mari sini aku tengok.”
“Tak payah!” Sehelai tisu dikeluarkan dari tas tanganku. Aku lap kesan darah yang sikit tu. Kalau diikutkan ia tidaklah parah cuma rasa pedih tu sahaja membuatkan aku sedikit terseringai.
“Tengok pun tak boleh.” Kata Bujet lalu mencapai topi keledar.
“Nak pergi mana?”
“Balik.”
“Malam ni kita nak makan apa?” Tanya aku.
“Kau tak beli apa-apa, jadi aku ikat perut je la.”
“Amboi sedapnya mulut kau bercakap. Habis tu kau ada beli barang-barang dapur ke? Kerja pun tak ada. Pemalas!” Aku malaser Bujet dengan perkataan malas.
“Mulut tu jaga elok-elok sikit, kan aku sumbat dengan anak kunci ni baru tau rasa.” Dia ugut aku pula. Melawan nampaknya. Isy!
“Dah! Bawak sini duit, aku pergi beli. Aku nak makan ayam golek ni.”
“Selera mengalahkan jin. Nak makan ayam golek tapi badan kurus kering dah macam cicak nak mati. Kau pergola beli.”
“Wei, hutang aku pun kau belum bayar lagi.”
“Jangan nak mengungkit. Ada duit nanti aku bayar la balik. Tak payahlah nak ingatkan aku.”
“Dihitungkan semua berjumlah RM2500! Ada Faham, nilai tu bukan sedikit tapi banyak.” Aku cuba ingatkan Bujet berkali-kali.
“Memang banyak, cukup untuk beli alat make up kau aje kan.” Balasnya membuatkan hati aku semakin membara. Geram sungguh aku dengan Bujet ni. Menyesal aku bersuamikan dia.
“Sudah! Kau janji nak bayar jadi kena bayar. Sekarang jugak!” Aku meninggikan sedikit nada suara aku. Ramai orang memandang pelik kea rah kami. Mereka tu macam tak pernah tengok orang bergaduh kea pa? Sibuk je nak ambil tahu hal orang.
Bujet terus naik atas motosikal tanpa mempedulikan bebelan aku. Dia memaki topi keledar kemudian enjin dihidupkan. Dia buat aku macam tak wujud aje depan mata dia. Apa kena dia ni hah? Atau aku yang sebenarnya tidak rasional? Ah! Peduli!
“Kau nak ke mana?”
“Balik.” Katanya dan motosikal mula bergerak.
“Aku macam mana?”
“Pandai-pandailah kau balik sendiri.” Jawabnya. Geramnya aku dengan jawapan dia. Aku terus halang motosikal dia dari terus beredar.
“Apa ni halang orang nak balik?” Dia memuncungkan mulutnya. Aku terus matikan enjin dan tarik anak kunci itu. Biar dua-dua balik jalan kaki aje.
“Bak sini kunci tu.”
“Tak nak!”
“Cepat! Nak balik ke tak nak ni?”
“Beli ayam golek dulu.” Suruh aku padanya.
“Pergi la beli sendiri.”
“Kedekut!” Aku terus meneruskan langkah pergi cari ayam golek tadi. Memang Bujet ni nak kena dengan aku. Dia tu buat aku betul-betul menyampah.
“Kunci!”
“Tunggu je situ.” Aku segera mendapatkan ayam golek idaman.


PERUT langsung tak kenyang, Bujet habiskan semua ayam golek dan hanya tinggal tulang sahaja. Ini tidak adil! Dia dah buat aku naik angin. Macam ni ke perangai suami aku? Tak macam suami pun. Tapi apa itu erti suami dalam hidup aku? Dan apa pula erti aku sebagai seorang isteri dalam hidup Bujet? Aku dengan dia dah dua minggu diijab Kabul tu pun tercampak di rumah arwah nenek jauh dari Kampung Sora. Ibu suruh aku bersama Bujet tinggal dekat rumah ni selepas berkahwin. Aku bagaikan terbuang. Sampai hati ibu buat aku macam ni. Bila mengenangkan kisah itu, betapa hancur dan rumitnya peristiwa hitam mencengkam kalbuku.
“Rumah arwah nenek kau dekat Kampung Lepah tu kosong, kau tinggal dekat sana aje dengan Bujet. Mak mertua kau pun dah setuju. Kau jangan balik ke sini kalau kau tak boleh bina hidup kau sendiri. Kau nak jadi apa kau jadilah. Mak dah tak kisah dah.” Kata ibu aku sewaktu aku dihalau keluar. Istilah ‘halau’ agak kasar bunyinya tetapi itulah maksud sebenar ibu.
“Kenapa kau menangis? Ayam golek dah habis ke?” Suara Bujet mengejutkan lamunan aku. Perasaan sedih aku bertukar menjadi geram. Aku juga tak perasan air mata aku merembes keluar. Cepat-cepat aku menyekanya.
“Kau jangan sakitkan hati aku boleh tak?” Marah aku sambil cuci tangan.
“Bila masa aku sakitkan hati kau? Bukan ke hati kau sedia sakit sekarang ni?” Kata-kata itu kian menyakitkan hati aku.
“Semuanya sebab kau! Faham tak sebab kau!” Bentak aku sambil bangun dari meja makan. Rumah kayu yang buruk ni tak ada apa yang istimewa. Yang ada hanyalah kami berdua sering bertelagah.
“Jadi kau nak salahkan aku ke?”
“Ya!” Aku nampak Bujet terus menyeluk tangannya ke dalam mangkuk berisi air. Dia cuci tangan dna kemudian mendekati aku. “Jangan cuba-cuba nak pegang aku.” Ujarku lagi.
“Oh, aku ke?”
“Ya!”
“Kalau betul aku menjadi penyababnya… kau fikir orang tua kau nak percayakan kita ke?”
“Sebab kau memang liar!”
“Aku pulak. Eh Aya, kau dengar sini. Aku ni tak ada hati langsung dekat aku tau. Kau ingat aku nak kahwin sangat ke dengan kau yang kuat membebel ni? Aku terpaksa.” Ujar Bujet ketika aku merengus geram.
“Kalau terpaksa kenapa kahwin jugak?”
“Sebab aku tak nak ayah kau pukul kau sampai mati! Ayah kau tu panas baran.”
“Kalau aku mati lagi baiklah.”
“Okey, kau mati sekarang, aku nak tengok cara macam mana kau pilih untuk kematian kau tu. Adakah kau memilih untuk minum racun atau pun kau pilih nak gantungkan diri? Kau ni nampak aje macam perempuan yang lengkap dengan ilmu agama tapi otak letak dekat kepala lutut.” Sinis Bujet. Kata-kata itu menusuk ke jantung aku. Benar-benar mengguriskan hati.
“Kurang ajar!” Aku terus angkat tangan tapi Bujet dengan tangkas mengenggam pergelangan tangan aku.
“Kau nak tampar aku? Tak puas lagi ke kau tampar aku? Dulu mudah-mudah kau tampar aku tuduh aku sembunyikan selipar kau. Tapi aku tak buat macam tu, Mamut yang buat. Kemudian kau tendang aku jatuh dalam paya, ada ke aku balas balik dan tendang kau masuk dalam paya tu juga? Ada?! Aku buat semua ni sebab aku tak nak orang anggap kau tu perempuan murahan! Perempuan yang nampak baik dari zahirnya tapi mudah disentuh lelaki lain.”
“Aku bukan macam tu!” Aku menyentap tangan aku tetapi tenaga Bujet lagi kuat. Aku tidak berjaya melepaskan genggaman itu.
“Aku tahu. Tapi kesilapan aku adalah pergi ke rumah kau dengan cara macam tu. Aku tak jangka semua tu akan berlaku dan kalau aku tak setuju kahwin dengan kau, kau ingat paklong nak lepaskan aku macam tu je ke? Jangan-jangan kau pun disembelihnya nanti.”
“Kau jangan nak tuduh ayah aku zalim!”
“Tak ada siapa yang zalim Aya. Tak ada siapa pun yang mahu musibah ni melanda. Kau kena ingat kau tu dah jadi isteri aku.”
“Tapi kita ada perjanjian.” Balas aku. Sungguh aku bencikan perjanjian tetapi akhirnya aku sendiri terjebak ke dalam dunia kahwin kontrak ini.
“Aku tahu, jadi tak boleh ke kau bersabar sikit dan aku janji aku takkan sentuh aku.”
“Sekarang ni apa?” Tanya aku sambil menjeling ke arah pergelangan tanganku yang digenggam kemas oleh Bujet.
Cepat-cepat Bujet melepaskan genggaman itu. Aku membetulkan urat tanganku sendiri yang terasa sengal. Aku memandang Bujet dengan pandangan kebencian.  Bujet pula menghempas punggungnya ke atas kerusi.
“Aya, aku pun nak kejar cita-cita aku. Aku nak jadi usahawan dan aku tahu akan cita-cita kau nak jadi tukang jahit yang berjaya.”
What? Siapa kata aku nak jadi tukang jahit?”
“Habis tu apa?”
“Aku nak jadi lawyer.”
lawyer apa? Loyar buruk!” Bidas Bujet lalu berpeluk tubuh memandang ke tempat lain. Dengan selamba mencemik bibirnya lantas meluru masuk ke dalam bilik. Eee… geramnya!
“Stop!!!” Aku menyuruh dia berhenti. Bujet terus mematikan langkah setelah suara aku yang bagaikan menyinga itu mula membedil cuping telinganya. Akhirnya dia memandang ke arah aku semula sambil menggarukan cuping telinga seolah-olah suara aku tadi hampir memekakkan halwa pendengarannya. Sempat dia menyelak langsir pintu bilik itu sebelum merenung tajam.
“Apa?”
No no no…” Aku goyang-goyangkan jari telunjuk.
“Malam ni tak boleh ke?”
“Aku kata tak boleh. Kau tidur luar je.”
“Sama-sama tidur luar?”
“Kita ada perjanjian.”
“Tidur je pun bukannya buat apa-apa.” Bujet buat muka comel. Ingat comel sangat la muka dia tu? Aku terus teringat kata-kata Ecah, wajah Bujet kalau tersenyum seolah-olah sang penyu sedang menangis. Huh! Tragis sungguh untuk aku mengamati wajah itu.
“Okey, boleh.”
“Betul ke?”
“Boleh blah.”
“Nak blah ke mana? Sini dah jadi rumah aku jugak.” Jawab Bujet. Ya tak ya juga, sini pun dah jadi rumah dia. Erm, macam mana ni ek? Ah! Tak ada acinya lagi. Dia kena tidur dekat luar. Aku tak ingin nak tidur dengan dia.
“Blah la mana-mana.”
“Blah dalam bilik ye.” Dia senyum sinis. Dengan selamba dia masuk juga ke dalam bilik. Aku ikut langkah Bujet yang keras kepala tu. Dari lagaknya seolah-olah mahu mencabuli perjanjian. Ini tidak adil!
Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, aku tercari-cari kelibat Bujet. Eh! Mana pulak dia menghilang? Ada ilmu ghaib ke? Apa aku merepek ni?
Aku ke hadapan beberapa langkah dan tanpa aku duga aku dipeluk dari belakang. Kurang asam! Cepat-cepat aku meronta agar dilepaskan.
“Wei apa kau nak buat ni?” Berderau darah aku setelah terperanjat dengan tindakan yang tidak bermoral oleh Bujet main sorot-sorot di belakang pintu.
“Sebagai seorang isteri, aku berhak dapat apa yang patut aku dapat.” Bisik suara di cuping telingaku. Tolonglah, dia tak boleh buat aku macam ni. Sudah termantut dalam perjanjian bahawa dia tidak boleh mengauli aku. Dia tak berhak! Dia berhak Aya… dia suami kau yang sah… kata-kata dalam kepala cuba perangkap aku.
Jantung aku berdetak laju. Nafas Bujet jelas terasa di cuping telinga aku. Dagunya mendarat pada bahu aku. Aku tidak senang dengan tindakan Bujet seperti itu. Bujet bukan lelaki yang romantik! Tidak! Bujet bukan lelaki yang akan mengenalkan aku pada cinta. Bukan dia! Teriak hati aku seolah-olah tidak merelakan apa yang cuba dilakukan Bujet.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.