Entri Terkini :

Belajar Menulis Novel cara Hasrudi Jawawi [Bahagian 2]

[Bahagian 2]

Ha.. part 1 yang lalu, saya dah berkongsi cara nak buat sinopsis ringkas sebelum nak memulakan menaip sesebuah novel. Kali ini saya nak ajar cara setting Microsoft Office Word (MOW), sebelum menaik manuskrip anda.

Tatacara penulisan skrip berbeza mengikut syarikat penerbitan. Ada yang nak spacing 1.5 dan font saiz 12. Ada juga yang nak spacing 2.0 font 12. Bagi jenis font, rata-raya syarikat penerbitan inginkan tulisan jenis Times New Roman. Cuma spacing sahaja yang membezakan tatacara yang dikehendaki oleh penerbit yang ada di Malaysia.

Dari pengalaman yang saya dah ada:

Buku Prima: Spacing 1.5 atau 2.0. Font; Times New Roman & Gill Sans. Saiz 13 atau 11.
Fajar Pakeer; Spacing 2.0. Font: Tomes New Roman. Saiz 12.
Kaki Novel: Spacing 1.5. Font: Times New Roman. Saiz 12.
PTS: Spacing 2.0. Font: Times New Roman. Saiz 12.

Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah masuk laman web syarikat penerbitan tersebut. Di sini saya nak tunjuk cara mudah set MOW.

Senaraikan Watak & Perwatakan dan Nama lokasi (kata nama khas)

Tapi sebelum tu anda perlu menyenaraikan nama watak , perwatakan dan detil watak utama, watak sampingan dan watak sekejap. Nama-nama lokasi di dalam novel anda juga perlu disenaraikan supaya anda tidak lupa. Sebab, saya ni buat novel sekali jalan 2 novel. Itu yang perlu senaraikan nama watak dan perwatakann supaya tidak lupa. Pastikan nama lokasi seperti nama syarikat, bangunan dan kata nama khas juga disenaraikan. Biasanya saya buat di Notepad. Seperti di dalam gambar di bawah.


Gambar di atas ini adalah contoh watak dan perwatakkan untuk novel CUCUR BAWANG & KOPI O sebelum saya mula menaip. Setiap watak yang ada tak kiralah watak kecil atau besar saya senaraikan agar tak keliru di kemudian hari.


Setting Microsoft Word

Ha... lepas settle semua tu, baru mula buka MOW untuk setting tatacara mengikut kehendak syarikat penerbitan yang anda pilih. Untuk kali ini saya mengambil contoh untuk tatacara Buku Prima. Mudah sikit.

Mula-mula buka MOW. Pergi ke 'Home' dan pilih 'Line Spacing' dan pilih '1.5'. (Rujuk gambar di bawah):


Dah settle, kita setting pulak spacing selepas perenggan. Ini khas untuk MOW 2007 dan ke atas. Kalau still guna yang 2003 dan ke bawah benda ni tak terjadi secara automatik. Benda ini adalah, 'Spacing After'. MOW dah set secara auto menjadi '10'. Nak ubahnya begini. Pergi ke 'Page Layout'. Tekan pada 'Spacing After'. Tukar 10 kepada 0.5 atau 0 jika anda tidak mahu ada 'spacing after'. (Rujuk gambar di bawah):


Settle! Okey, sebelum nak mula menaip. Saya nak tunjuk satu tips mudah untuk kalian yang kadang2 malas nak tekan button SHIFT bila nak menaip nama watak atau nama khas. Kita boleh setting dengan mudah. Kita taip semua perkataan nama khas itu dengan huruf kecil, bila kita tekan spacing dia akan jadi huruf besar secara automatik. Nak tau caranya? Jom belajar... mula-mula klik pada 'Office Button' dan klik pada 'Word Option' seperti gambar di bawah:


Selepas tekan button 'Word Option' akan keluar window baru. Kilik pada 'Proofing' dan klik pada button 'Auto Correct Option...'. Sila rujuk gambar di bawah.



Selepas window 'Auto Corredt Option' keluar.. kita taiplah perkataan yang kita nak replace/ganti seperti contoh di atas. Di ruang 'Replace:' isikan perkata kesilapan. Bagi perkataan yang perlu diganti, isi di ruang 'With'. Selesai sahaja tekan button 'Add'. 'Add' semua perkataan yang perlu di ganti. Selesai sahaja baru tekab button 'OK'. Selepas ini, segala perkataan yang ada ingin replace/ganti akan terganti secara automatik selepas anda menekan button 'space' semasa anda menyiapkan novel anda. Tidak perlu risau dengan kesalahan huruf besar di permulaan kata nama khas.



Jadi untuk part 2 ni, ini sahajalah yang saya nak kongsi. Selamat mencuba!!!

Sumber

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.