Entri Terkini :

Belajar Menulis Novel cara Hasrudi Jawawi [Bahagian 1]

[Bahagian 1]

Membuat Sinopsis cerita sebelum mengarang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung laman ini yang sentiasa sunyi tiada update. Hehehe.. rumah ini agak sunyi berbanding di Diari Rudi. Hehehe...

Post kali ini saya ingin berkongsi cara saya menulis sesebuah novel. Ini cara sayalah. Cara orang lain saya tak nak ulas. Nanti ada juga yang komplen. Mungkin cara saya ni agak merumitkan. Tetapi, ini mendatangkan kebaikan kepada saya. Kepada yang boleh ikut silakan. Mana yang tak boleh ikut tak apa. Mana yang nak ambil sediki2 ilmu yang saya nak kongsi di sini silakan ambil. Ilmu, tidak elok diperam sendiri. Mana yang boleh dikongsikan. Kita kongsikan bersama.

Untuk langkah pertama untuk part 1 ni, sebelum mahu menulis apa-apa pun cerita. Kita perlu buat satu sinopsis pendek mengenai novel yang bakal kita buat itu sebelum isinya kita kembangkan dengan pelbagai konflik dan suspens. Tapi bagi saya sendiri, biasanya sinopsis macam ni saya rangka dalam minda je. Sebab cerita yang kita nak buat ni buakannya akan sama aje setiap hari. Minda kita pasti akan mencetus pelbagai variasi jalan cerita. Sebab itu saya jarang buat sinopsis macam ini. Di sini saya ingin berkongsi sinopsis pendek yang saya pernah buat sebelum ini untuk membuat sesuatu novel itu.

Contoh:

Siapa sangka, Qimiel punya kembar. Perginya Qimiel menemui Tuhannya, satu rahsia besar terbongkar. Kebenaran yang terkuak membuatkan Datin Sri Dalila hilang kewarasan. Manusia yang dikecam dan cuba dizalimi selama ini rupa-rupanya anaknya sendiri. Kebenaran itu benar-benar membuatkan dia sukar menerima kenyataan sehingga membebankan akal warasnya. Namun, dalam rasa terkejut itu, satu kebenaran lain turut terbongkar. Mulut Datin Sri Dalila sendiri memaklumkan Qimiel mempunya abang dan telah diserahkan kepada kawannya untuk dijaga. Namun, belum sempat rahsia itu terkorek lebih dalam, dia sudah hilang akaln dan tidak siuman.Dalam mencari kembar Qimiel itu tercetus pelbagai konflik, suspens dan pertanyaan yang bertindan-tindan demi memperolehi jawapannya. Namun, selepas bersusah payah mencari, akhirnya kembar Qimiel berjaya ditemui. Siapa sangka, lelaki yang sering muncul itu adalah kembar Qimeil ~ petikan sinopsis novel DIA BUKAN NABI yang berada di pasaran.

Dari sinopsis seringkas-ringkasnya itulah kita kembangkan kita punya cerita sehingga menjadi sebuah cerita panjang yang penuh konflik. Sinopsis ni sekadar draf awal je. Tak kiralah anda nak taip kat notepad, kertas kajang atau MOW. Janji ia boleh dibaca bila anda memerlukannya asalkan cerita anda tidak lari dari konsep yang anda ingin terapkan. Part 2 nanti saya akan berkongsi apa yang perlu anda buat sebelum mula menaip bab 1 atau pun prolog. InsyaAllah...



Sumber

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.