Entri Terkini :

Semusim Menanti Rindu

Assalamualaikum...

Alamak! Sudah bersawang blog ni. Lama sangat aku tak update seolah-olah menghilangkan diri tanpa khabar berita. Memang tidak ada apa-apa berita pun yang hendak dikhabarkan melainkan rasa letih. Letih melewati hari-hari yang merumitkan termasuklah isu politik tanah air. He he he... macam YB pula tahap busy aku ni kan?

Sebenarnya tidak ada apa pun yang seronok untuk aku kongsikan kali ini melainkan kerinduan aku terhadap pembaca setia di sini. Itu pun sudah beberapa kali aku cuba menaip untuk post entri tapi tidak kesampaian gara-gara otak tepu.

Beginilah menjadi seorang penulis yang kekurangan idea. Apa tidaknya, pelbagai halangan yang mendatang sehinggakan tidak sempat segalanya disiapkan tepat pada waktunya. Lagi satu, aku masih belajar dan terus belajar tentang bagaimana untuk menyampaikan sesuatu perkara dalam artikel dengan lebih mudah dan difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Aku tidak mahulah dilabelkan sebagai penulis over syok sendiri sehingga menjengkelkan orang lain. Lagi pula aku ni bukan sesiapa untuk menonjolkan diri. Maklumlah, hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong. Oleh sebab itu aku telah jadi seorang yang suka tenggelam timbul. he he he...

Beberapa bulan lalu, aku lihat banyak buku keluar dipasaran. Dilihat dari sudut dekat dan diteliti, bukanlah ramai sangat penulis baru kecuali penulis lama yang menggunakan nama pena yang baru. (Mahu tak ramai) Haish!!! sebenarnya terlalu ramai sehinggakan pesaingan terlalu hebat. Penerbit jadi rambang mata memilih manuskrip terbaik tetapi harus diingat, jika nama atau sambutan kurang, tipis sangat penerbit mahu menerima karya anda. Itu adalah hakikat bukan rekaan. Penerbit baru juga begitu lebih gemar memilih penulis yang ada nama bagi memastikan kedudukan mereka terjamin di dunia penerbitan.

Namun begitu, semua ini merupakan pesaingan secara sihat. Jika karya berkualiti maka semua itu diambil kira. Lagi satu faktor, penulis lelaki yang adakalanya ruang terasa sempit namun itu bukan bermakna tiada peluang untuk berkarya. Harus diingati, pembaca novel majoritinya dikalangan wanita dan mereka kadangkala lebih suka penulisnya adalah dari wanita. Jarang sangat yang suka penulis lelaki. Itu adalah hakikat bukan rekaan. Oleh itu, penulis lelaki kena banyak belajar berjiwa wanita untuk berkarya, he he he...

Alahai tak payah ambil serius tentang apa yang berlaku sekarang kerana semua ini resam dunia penulisan. Tidak ada apa-apa kerugian pun sebenarnya kerana kelebihan ada dalam diri masing-masing. Penulis lelaki berkebolehan dalam mereka cerita fantasi, begitu juga wanita yang gemar berirama dan menari dalam karya rasanya sendiri yang lebih memahami. Apa yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan melalui karya. Jika sampai kepada pembaca maka berjayalah ia menggondol anugerah di akhirat kelak kerana ia adalah warisan amal.

Aku pun tak nak mengomel panjang-panjang kerana manuskrip aku pun belum siap-siap lagi, he he he, jangan marah naa... saja lepaskan kerinduan pada anda yang baca ni. huhuhu... tata....

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.