Entri Terkini :

Novel : Hati Jadi Rindu - Bab 4

BAB 4
TENGKUK digosok laju. Kusut pula fikirannya sekarang. Ini mesti ada kaki repot dalam pejabat ni. Tidak lain dan tidak bukan dia mengesyaki Fazri. Kalau tidak, macam mana papanya tahu apa yang sedang berlaku di pejabat? Dia terus menuju ke meja Fazri dan lelaki itu sedang berkerja. Segera ditarik tangan Fazri ke satu sudut.
“Aku ada benda nak bincang dengan kau. Mari ke pejabat aku kejap.” Ajak Rashid sambil tarik lengan Fazri.
“Rash, ada apa ni?” Fazri terpisat-pisat. “Pejabat ni, malu staff lain tengok.” Tutur Fazri rasa seperti seorang pesalah diheret sedemikian rupa.
“Kau tahu kan Zarina datang sini?” Soal Rashid sambil berjalan.
“Mana aku tahu.” Jawab Fazri seperti tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku.
“Jangan nak bohong aku la. Kalau tak macam mana papa aku boleh tahu apa yang berlaku di sini?” Pintu pejabat dibuka, Fazri masih ditarik masuk ke dalam. Pintu ditutup. Kemudian Rashid melipat lengan bajunya. Kemudian dilonggarkan pula tali leher.
Fazri terkejut dengan lagak itu seperti Rashid mahu ajak bertumbuk. “Relaks Rash, apa kena dengan kau ni?” Fazri menggelabah.
“Sejak bila dalam pejabat ada upah wartawan buat kerja? Aku benci reporter!” Bidas Rashid dengan dengus nafas menahan marah dan geram.
“Ooo jadi kau nak tuduh aku ke?”
“Kau terasa ke?” Rashid mengerling. Fazri mengelak lalu mengalih seketika renungan matanya ke lain arah. Kemudian memandang semula pada Rashid.
“Bukan aku.”
“Kau nak menafikan?!” Bentak Rashid.
“Ni la kau, ni... inilah sebabnya kenapa ramai kawan kita tak berani dekat dengan kau. Sifat panas baran kau tu tak habis-habis. Lain kali bawa bincang elok-elok, boleh tak?” Fazri berhujah.
“Aku tak nak dengar semua tu, aku nak kau mengaku sekarang jugak!” Marah Rashid.
“Ini anak syarikat papa kau. Sudah tentu orang atasan kenal ayah kau. Aku ni pekerja bawahan sahaja, mana ada masa nak ambil peduli. Banyak lagi la kerja lain yang aku nak kena buat daripada ambil tahu hal remeh temeh ni.” Tutur Fazri.
“Remeh kata kau?” Rashid memaut tali leher Fazri.
“Kau nak tumbuk aku? Hah, tumbuklah!” Fazri mencabar Rashid. Genggaman diperkuatkan dan hanya menanti saat dilabuhkan sahaja ke muka Fazri. Namun, Rashid tidak tergamak bertindak sedemikian kerana orang yang hendak ditumbuk itu adalah kawannya. Kawan dari kolej lagi.
“Argh!!!” Rashid terpekik.
“Aku tak faham kenapa dengan kau ni, Rash? Kau naik angin tak tentu pasal. Apa masalah kau sebenarnya?” Soal Fazri meminta kepastian.
Rashid memegang mejanya. Di situ dia terbongkak kesal. Kenapalah aku kahwin dengan Zarina dulu kalau keadaan sekarang serumit ini? Hanya kerana sukakan kemewahan dia sanggup menerima jodoh ini.
Family aku tak bersikap adil pada aku.” Rashid melangkah ke sofa.
Fazri membetulkan tali lehernya dan mendekati Rashid supaya kawannya itu bertenang.
“Kau tak boleh salahkan Dato` dalam soal ni. Dia carikan kau jodoh yang terbaik.”
“Tapi mereka paksa aku.”
“Kenapa kau terima?”
“Hmmm...”
Fazri tahu kenapa Rashid menerima perkahwinan itu hanya kerana diberikan pilihan. Kalau tidak berkahwin dengan Zarina, Rashid akan kehilangan segalanya. Rashid pula cukup sedar bahawa dirinya merupakan pewaris tunggal harta milik papanya. Dia sudah terlalu selesa dengan kesenangan dan kekayaan ini. Dia tidak mampu hidup miskin.
Dia akan malu kalau hidup merempat jadi dia menerima juga jodoh itu walaupun hati dan perasaannya milik orang lain.



***



OLO olo olo, darling...” Baby memujuk Rashid supaya tidak buat muka monyok. Malas betul nak tengok muka orang yang dicintai itu tidak gembira. Tangan Baby ditepis sebaik sahaja mahu menyentuh pipi. Rashid sedang tidak ada mood terfikirkan apa yang berlaku pada hari ini.
“Boleh tak you duduk sana sikit. I rimaslah.” Rashid mengarahkan Baby supaya duduk di sofa, tak perlu nak bermanja di katil lagi.
“You tak enjoy ke dengan I?”
“I dah cukup enjoy dengan you. Selama ni pun I bahagia dengan you. But, I rasa buat masa sekarang kita kena kurangkan berjumpa.” Beritahu Rashid.
But why, darling? Apa salah I?” Baby tidak mampu menunggu lama. Tidak dapat jumpa sehari pun rasa dunia ni gelap. Inikan jarang berjumpa. Mana boleh tahan.
“You tak salah apa-apa. Yang salah adalah I sebab terpaksa berbohong pada my wife.”
“Lagi-lagi dia. Siapa bila you nak simpan I?” Baby tidak berpuas hati. Rashid bangun dan terus membelai rambut Baby.
“Sayang... dengarlah I explain dulu.” Rashid menahan bibir Baby dari berbicara. Dia meletakkan jadi telunjuk pada bibir itu. “Family mahukan I jaga my wife tu baik-baik. Kalau tidak, hidup I nanti akan susah. You nak ke I hidup susah? You tak nak kan?” Soal Rashid kemudian mencium tangan Baby.
Geram pula rasanya apabila terpaksa berkongsi kasih. Sampai bila harus hidup begini bergelumang dengan dosa dan noda? Sungguh tertekan menjadi kekasih gelap. Tiada apa keuntungan langsung. Hendak bertemu juga terpaksa sembunyi-sembunyi malah terpaksa mereka alasan.
Telefon berbunyi, Rashid boleh duga siapa yang menghubunginya. Baby pandang semacam sahaja sambil menjeling seraya berpeluk tubuh.
“Pasti isteri kesayangan you la tu.” Geram Baby mengenangkan situasi ini.
“Kejap lagi abang balik, sayang?”
“Errr...” Suara di hujung talian. Kemudian telefon di matikan Rashid.
“What? Why you call dia ‘sayang’? Habis bagaimana dengan I?” Baby merajuk tarik muka ketat-ketat sambil menyental rambut sendiri. Dia berpaling dari Rashid.
Please, jangan merajuk, cinta. I call you cinta, because you kekasih awal dan akhir I.” Jawab Rashid memujuk Baby sambil mendakap dari belakang.
Really?” Baby menoleh sambil meletakkan kedua belah tangan di atas bahu Rashid. Kemudian didakap erat kekasih hati.
Sure.” Rashid memberikan Baby harapan dan membalas dakapan itu.



***


GUGUR jantungnya mendengar perkataan sayang yang diucapkan Rashid di dalam telefon tadi. Dia terfikir-fikir adakah itu benar dari lubuk hati yang paling dalam? Atau sekadar ungkapan di hujung bibir semata-mata?
“Sayang? Dia panggil aku sayang?” Tuturnya perlahan. Tak sangka dia sayang aku rupanya. Zarina berbahagia dan tersengih-sengih di hadapan cermin. Malam ni aku nak dia rasa bahagia ada isteri macam aku. Aku harap nak dia nampak aku seorang sahaja. Tak ada perempuan lain lagi, detik hatinya.
Zarina memerhatikan wajahnya. Dia buka laci dan diambil alat solek. Dia mahu nampak cantik di mata Rashid. Tapi, macam mana nak pakai? Alat solek itu dibeli tetapi tidak reti pula cara menggunakanya dengan betul. Memang dari dahulu lagi Zarina tidak suka bersolek. Kecantikannya adalah asli. Namun, dia tetap digelar kolot oleh Rashid.
“Awak pernah cakap saya kolot eh?” Dia bercakap sendiri lagi. “Tak apa, malam ni kita tengok, siapa sebenarnya yang kolot.” Zarina memberikan semangat pada dirinya sendiri.
Dia mengambil masa terlalu lama untuk mencantikan wajah dengan bantuan alat solek. Dia tetap mencubanya sendiri. Semua itu dilakukan demi suami. Tidak semena-mena dia dapat merasakan Rashid sudah balik, cepat-cepat dia keluar dari bilik. Memang benar, Rashid sedang membuka pintu bilik.
“Awak.” Panggil Zarina. Rashid menoleh dengan penuh keletihan tetapi rasa macam hendak pitam. Siapakah yang berdiri di hadapannya itu?
“Eh? Alien mana pulak ni?” Tegur Rashid menahan gelak.
Alien dia kata aku? Ceh!
“Apa awak ni? Ni Ina la. Ada ke cakap orang alien pulak.” Nada Zarina merajuk.
Rashid tersengih. Baru hari ini Zarina nampak Rashid senyum, kalau tidak susah dia nak lihat suaminya itu macam ni sejak mereka kahwin.
“Okey, malam ni tidur dengan aku.”
“Apa?!” Zarina terkejut. Jadi tidak perlu tidur berasingan lagi ke? Seolah-olah sukar untuk dipercayai apa yang dia dengar.

Rashid terus mengangkat Zarina. Biar betul ni? Zarina pula kebingungan melihat perubahan sikap suaminya yang tiba-tiba itu.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.