Entri Terkini :

Novel : Setia Berdarah - Bab 1

Bab 1

Kisah Cinta Duka

Aku seolah-olah terbang dibawa angin tatkala hembusan bayu menyentuh lembut kulitku. Di saat itu juga aku terpejam mata. Pejamnya mata aku menjemput bayangan lalu. Bayangan di antara kau dan aku. Bercerita tentang hati, ia sangat pedih untuk diingati namun ia menjadi satu tanda sejarah bagaikan buaian derita yang berayun.

Bahagia yang dikecap selama ini seperti bola yang boleh ditendang ke mana-mana arah. Itulah bahagia yang tercipta dari sebuah angan-angan. Sekali lagi, ia satu keperitan yang dahsyat dan sangat menyakitkan apabila bola itu bergolek bukan menuju ke sasaran. Begitu juga hati kala berkata, “Sayangilah daku selamanya," ia seperti rayuan yang bohong. “Jangan tinggalkan aku,” ini juga rayuan sundal. Bahkan begitu juga dengan, “Jangan lepaskan saya,” seolah-olah mempamerkan diri si pengucap itu sendiri. Ucapan yang tiada erti sebenarnya.

Jangan berkata cinta kalau tak pernah belajar untuk setia. Jangan pernah impikan bahagia kalau tak mampu merealisasikannya. Sesiapa sahaja tidak mahu merana kerana cinta. Aku juga begitu. Tidak mahu merana kerananya. Tapi apa boleh aku katakan, cintamu dusta. Cintamu penuh palsu. Sewenang-wenangnya dikau mempermainkan perasaan hatiku yang sanggup berkorban demimu. Bila dikenangi semula, kesilapan adalah dari diriku yang tidak berpegang pada kata-kata, “Sekiranya kamu bersedia untuk bercinta maka bersedia jugalah untuk kecewa,” maka di sini menegaskan bahawa kekecewaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Paling best dalam hubungan cinta, adanya doktor yang tidak bertauliah dalam bab cinta. Kononnya sebagai penyelamat tetapi sebenarnya ia bukan pakar rujuk yang hebat sehinggakan setiap tutur bicara dipercayai oleh sang kekasih lalu membuat kesimpulan bahawa si dia perlu ditinggalkan. Itulah celaka namanya yang membawa sejuta emosi melenyapkan keindahan. Selain itu, ego... ya! Keegoan adalah nombor satu yang diperjuangkan. Itulah tahap kobodohan maksima seringkali berlaku.
“Setialah padaku, jangan ada yang lain.” Manisnya bercinta bagaikan tiada apa-apa lagi yang penting melainkan dia. Tapi apa yang berlaku hari ini, kecurangan di belakang hari. Tidak syak lagi, orang yang lebih dulu berkata "Tidak akan ada yang lain," sebenarnya sudah curang. Percayakah kita pada si dia? Kalau percaya, kenapa diseksa diri kita dengan kerinduan tanpa balasan? Tak kenal maka tak cinta, dah kenal macam celaka. Itulah yang selalu dimainkan oleh perasaan, Bila ditegur maka dituduh memaki hamun. Kerana sebuah rasa sayang, maka nasihat dihulurkan.


“Aman!!!” Ah!!! aku sedang asyik berblogging ni ada sahaja yang menganggu! Detik hatinya. Rahman berasa kurang selesa dengan keadaan ini.
“Siapa tu?” Soal Rahman sambil tercari-cari arah suara berkenaan.
“Aman!!!” Panggilan itu sungguh kuat. Suara siapa ni? Tak pernah pun dia dengar. Namanya dipanggil dengan begitu kuat. Itulah keanehan yang berlaku malah ia sentiasa berlarutan. Kadang kala merimaskan.
Perlahan-lahan dia bangun dan meninggalkan komputer riba. Perhatian dircuri dek panggilan misteri itu. Malam yang dingin ini meremang bulu roma. Rasa apakah ini? Tadi fikirannya terbang saat menulis dan meluahkan rasa. Tapi sekarang ni...
“Siapa tu?” Soal Rahman perlahan-lahan mendekati jendela yang tidak terkatup itu. Langsir bilik diterbangkan angin yang telah menerobos masuk. Dari luar jendela itu terlihat gerombolan asap. Aih? Kabus ke? Fikirnya.
Pertanyaan tadi tidak dijawab.  Malah suata itu lenyap seketika seolah-olah member peluang untuk Rahman lakukan sesuatu. Dia melangkah perlahan-lahan mendekati tingkap itu. Saat tangan mahu menyentuh tirai besi itu...
“Aman.” Namanya dipanggil lagi.
Pantas dia menoleh. Laju nafas terhembus. Baru rasa lega. Ceh! Dia ke yang panggil-panggil aku. Bisik hatinya.
“Terkejut aku!” Ucap Rahman yang agak menggelabah.
“Kau ni kenapa pucat semacam je, Aman?” Tanya Fauzi berkerut dahi memandang pelik pada Rahman.
“Tak ada apa-apa la. Awalnya kau balik dari kedai?” Rahman terus menggosok kepala. Gatal pulak kulit kepala ni.
“Awal apa, dah pukul sembilan pagi ni.” Beritahu Fauzi.
Selepas itu Rahman segera melihat jam di dinding.  Tersentak dia. Biar betul sudah pukul Sembilan. Patutlah mata macam bengkak-bengkak semacam.
“Laa… cepatnya masa berlalu sampai aku pun tak sedar.” Balas Rahman yang memang tidak langsung mengambil berat tentang masa.
“Tu la kau. Bila dah menghadap laptop memang tak pernah nak tengok jam dah pukul berapa. Leka sangat kau dengan benda alah tu. Blog blog blog. Berblogging sampai kenyang.” Ujar Fauzi.
“Blog masa lapang lah!”
“Kau sekarang macam tak ada life tahu tak.  Hari-hari kau lapang dengan berkurung dalam bilik 24 jam. Tu dekat dunia luar tu, kau tak pernah nak ambil tahu langsung.” Ujar Fauzi sambil melabuhkan punggung dibirai katil. Rahman menulis blog dari malam sampai sekarang sudah pukul sembilan pagi.
“Siapa kata aku tak ambil tahu pasal dunia luar? Ni dalam internet ni macam-macam ada. Isu Palestin, Isu Syria, Mesir… semua aku tahu okey. Apa lagi, isu rasuah, haaa banyak benda.” Balas Rahman tetap tidak mahu mengalah.
“Bukan tu maksud aku la.”
“Dah tu?” Rahman gosok biji matanya dengan siku lengan.
“Kau memang tak sedar ke sekarang ni memang dah pukul sembilan pagi.”
“Ya la, sedarlah ni kau dah beritahu aku pun.”
“Memang orang berblogging macam ni ya? Menulis dari malam sampai pagi sampai tak terasa langsung perut lapar ke, mata mengantuk ke? Tapi mata kau tu aku tengok memang tak cukup sihat. Lebam dah tu.” Beritahu Fauzi sambil melihat kelopak mata Rahman sudah lebam-lebam tapi mampu bertahan. “Kau ambil pil tahan mengantuk ke Aman?”
“Ada pulak kau fikir macam tu. Aku tak ambillah pil tu semua.” Rahman sudah pucat. Tanpa berfikir banyak, Rahman menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai tanpa pedulikan Fauzi.
“Laa… tulis blog lagi,” Fauzi merungut. “Kau ni sejak putus cinta, selalu sangat menghadap laptop. Buatlah aktiviti lain. Pelik la kau ni. Selalu berkurung dalam bilik aje. Kau tak nak keluar jalan-jalan ke?” Soal Fauzi yang kehairanan dengan tindakan Rahman dengan dunia blog.
“Malas la.” Jawab Rahman.
Fauzi menggeleng.
“Kalau kau rasa dengan berblogging tu boleh buat kau sampai kenyang, kau berblog la. Tak payah pergi kerja.” Fauzi agak marah pada Rahman.
“Aku malas dah nak pergi kerja.”
“Tapi Encik Zaki dah selalu sebut pasal kau.”
“Biarlah dia. Aku malas nak ambil port.”
“Habis tu kau nak makan apa kalau tak pergi kerja?”
“Kau kata tadi suruh aku berblogging sampai kenyang. So nak makan apa lagi? Makan blog la kan?” Selamba Rahman menjawab sambil matanya masih tertancap pada skrin laptop. Jari jemarinya pula sibuk menaip entri.
“Merajuk ah tu.”
“Dahlah, jangan kacau aku.” Usir Rahman yang tidak mahu diganggu banyak hal.
“Kau beruntung la Aman sebab masih ada orang yang sayangkan kau. Cuma kau je yang tak nampak.”
“Siapa?”
“Aku.”
“Eh?” Jari jemari Rahman terhenti serta merta lalu menoleh pada Fauzi.
“BFF. Jangan salah faham. Bukan aku sahaja sayangkan kau tapi bos kita tu, Encik Zaki pun sayangkan kau. Katanya kau ni pekerja yang berdedikasi tapi kau gagal kawal perasaan marah kau tu. Mana lagi nak dapatkan bos sebaik dia yang sanggup bagi kau cuti rehat panjang, Aman.”
“Siapa lagi yang sayangkan aku selain kau orang berdua.”
“Mak Cik Peah.” Sebut Fauzi mengingatkan Rahman tentang Mak Cik Peah. Sedih Rahman mengenangkan wajah orang tua itu sudah menjadi seperti ibunya sendiri.
“Hurm…” Rahman tunduk.
“Dia dah macam mak kita, Aman. Kau tak rindu dia ke?” Soal Fauzi.
Rahman terus mendiamkan diri.

***

Rahman bertanyakan pada hati, dalam banyak-banyak perkara, apakah yang menyulitkannya? Hati pun menjawab, sebenarnya adalah soal cinta. Lihatlah hati pun selalu menyebut tentang cinta. Cinta mampu merosakan hati! Itupun kalau terlalu memikirkan tentangnya. Lelaki ini menyatakan bahawa ia adalah kejam kerana si pemilik hati itu tidak bertimbang rasa. Pemilik hati yang memberikan cinta adalah zalim. Suriani adalah kekasih yang tidak mengenang budi. Tergamak mempermainkan hati dan perasaan Rahman. Selama ini lelaki ini telah memperjudikan kepercayaan yang diberikan kepada Suriani. Namun, susu yang diberi, tuba yang dibalas.
Diperolokkan oleh cinta memang membinasa jiwa nuraninya sehingga ke hari ini pun Rahman masih tidak dapat melupakan bayangan Suriani. Dia tidak dapat melepaskan diri dari dibeleggu kebuntuan. Dia juga tidak mampu keluar dari lilitan kasih dan sayang Suriani yang pernah membaluti ruang-ruang rasanya. Sebelum Suriani dirampas Nordin, Rahman memang terpaut hati pada gadis itu. Sebelum wujudnya Nordin, apabila raut wajah Suriani yang dilihat maka ia begitu menenteramkan jiwanya. Dari situ Rahman merasakan  bahawa gadis itulah merupakan cinta pertamanya. Sememangnya cinta pertama memang sukar untuk dilupakan. Cinta pandang pertama!
Nah! Nordin kacau daun. Wujud di mata merebut cinta. Katanya Suriani merupakan tunangannya. Memang tidak masuk akal langsung. Mendengar hal sedemikian maka Rahman bertanyakan pada Fauzi, “Betul ke?” Fauzi sendiri pun tidak tahu. Jawab Fauzi, “Mungkin teman biasa saja.” Kata-kata Fauzi menguatkan semangat Rahman untuk menerima hati mesra. Beramah mesra dengan Suriani yang bekerja sebagai seorang kerani. Hanya kerani sahaja. Walaupun kerani biasa, Suriani sangat cantik dengan rambut ikal mayang dan bermata bundar. Susuk tubuh Suriani memang menawan. Dia layak jadi supermodel antarabangsa diusianya kini 25 tahun dan empat tahun lebih berusia daripada Rahman. Suriani sekadar itu walaupun dirinya memiliki pelajaran yang tinggi. Suriani pernah berkata, “Zaman sekarang susah nak dapat kerja bang, semua main kroni.” Itu katanya.
Dia dipanggil sebagai abang oleh Suriani. Cair jadinya. Panggilan itu memang menggetarkan sanubarinya. Pada hari pertama dulu waktu mula-mula kali masuk kerja, cara Suriani pandang pun sudah lain semacam. Apalah yang dipandang oleh Suriani pada budak penghantar surat sepertinya. Kerja hantar surat, bukannya kerja hantar cinta. Kalau hantar cinta pun mestilah pandai memilih petinya. Peti surat mana yang perlu diisi dengan surat cinta agar tepat pilihan hati kepada si pemenerimanya nanti.
Walaupun bekerja sebagai penghatar surat, dia merasakan pekerjaan itu lebih mulia dari rembat barang orang dan pergi jual kat kedai barang. Itu kerja mat pet yang tidak ada masa hadapan. Pekerjaan yang halal masih banyak tetapi pekerjaan tidak bermoral itu juga yang dicari. Menjadi orang jalanan tidak salah, tetapi merampas hak orang itulah satu masalah besar pada institusi kehidupan manusia.
Suatu hari Rahman kena bedal. Bedal dengan Nordin. Si Nordin tu budak pejabat. Suka buli Rahman. Dia tahu bahawa dirinya tidak sesuai dan dia bukan lawan si lelaki hebat itu. Sekali dia dihentak lempeng nyiur jadinya si Rahman  ni nanti dan hangus atas kuali. Maklum sahajalah, Nordin berbadan sasa dikatakan lelaki yang mengambil berat tetang fizikal. Selalu ke pusat bina badan. Eleh! Apalah sangat dengan badan ketul-ketul macam tu, bukan boleh lawan dengan malaikat Izrail. Sekuat mana pun manusia, pasti tewas dengan sukaratul maut. Itu Tuhan dah tetapkan.
Dia sedar diri. Badan kecil macam ni mana mampu nak bercakaran dengan Nordin si perampas cinta. Dendam tetap dendam. Memusuhi orang yang dikatakan hebat itu seringkali menimbulkan kemusyilan. Ada sesuatu yang pernah dicurigai tentang lelaki bernama Nordin.
Tapi tak apa. Apa yang penting sekarang ni adalah mencari jalan penyelesaian. Dari membenci sampai mati, baik menulis. Hobi masa lapang Rahman adalah menulis blog. Menjadi seorang bloggers bukanlah satu cita-cita tetapi adalah satu landasan untuk dia meluahkan apa yang terpendam.
Setiaberdarah.blogspot.com adalah laman sesawang blog milinya. Percuma sahaja, mana perlu bayar, kecuali bayar bil internet. Sesiapa sahaja boleh membukanya. Penulisan bersahaja dan banyak menceritakan tentang soal cinta dan peribadi. Di situ dia meluahkan rasa dan berbeza dengan dunia relaitinya. Maksudnya, zahirnya nampak berbeza daripada dalaman.
Fauzi, rakan serumah memang kurang berminat dengan penulisan blog. Rakan sekerja Rahman. Kawan akrab dan tidak pernah cuba untuk cari kerja lain. Selagi ada Rahman, di situ dia tidak kisah. Seorang yang tinggi lampai. Ramai perempuan tergoda kerana wajahnya. Tapi kurang tergoda dengan pekerjaannya. Wajah dan pekerjaan subjektif betul. Rupa kacukan Bugis dan Sepanyol. Hidung mancung bak galah katanya. Berjalan dengan Fauzi begitu merendahkan diri Rahman. Semua gadis pandang kawannya itu. Sudahlah tinggi, murah dengan senyuman pulak tu.
Banyak juga diceritakan tentang Fauzi dalam blog itu walaupun kawannya kadang-kadang mual nak baca. Banyak kisah cinta. Termuntah hijau jadinya kalau baca. Semuanya sekerat-sekerat sahaja. Mahu tunggu penamat pun rasa dah mengantuk. Kisah tentang angan-angan mat jenin. Boleh agak.
Fauzi ni suka gelakkan Rahman setiap kali Rahman sikat belah tepi rambutnya. “Kau kenapa?” Marah Rahman.
“Tak ada style lain ke?”
“Eh… suka hati akulah…”
Memang itu cara Rahman sisih rambutnya. Belah tepi. Memang nampak skema sangat. Bukan itu sahaja malahan ada lagi yang pelik.
“Kau dengan cermin mata gergasi kau tu memang tak pernah lengang ek?” Usik Fauzi sambil kerling mata.
“Mula hari ini aku dah tak nak pakai cermin mata ni lagi.”
Prap! Rahman patahkan. Fauzi ternganga.
Rahman tidak lagi suka pakai cermin mata gergasi tu. Biarkan ia rabun bersama cinta. Maklum sahajalah, sekarang ni dia sudah tiada sesiapa melainkan Fauzi seorang sahaja kawan karibnya.
“Kau pakai lawa-lawa ni nak pergi mana?”
“Aku tak nak ke mana-mana. Lepak dalam bilik sahaja.” Jawab Rahman sambil belek-belek kening selepas meletakkan bingai cermin mata yang dipatahkannya tadi.
“La… pakai macam ni, dengan bau minyak wangi lagi, duduk lepak dalam bilik aje ke?” Fauzi merapati Rahman yang sedang memeperagakan pakaian di hadapan cermin besar.
“Kalau aku ceria salah, tak ceria pun salah.” Rahman mengeluh di hujung ayatnya kemudian duduk dibirai katil.
“Tak ada la, bukan ada salah apa-apa pun. Aku nak keluar pergi kedai. Kau nak kirim apa-apa tak?” Soal Fauzi rakan serumah juga rakan sebayanya.
“Ada.”
“Apa dia?”
“Kirim salam kat tuan kedai tu.”
“Hek eleh, buat lawak pula dia ni. Tak kelakar la.” Balas Fauzi sambil berkerut kening. Rahman terus bangun dan pergi menghadap laptopnya. Itulah rutin hariannya selepas lama tidak pergi kerja.
Fauzi mahu melangkah keluar tiba-tiba Rahman tarik tangannya lalu bawa duduk dibirai katil. Wajah Rahman berkerut dan cuba dia tanyakan sesuatu. Melihat keadaan itu segera Fauzi berucap.
“Kau ni kenapa? Aku nak pergi kedai ni.” Fauzi tertanya-tanya.
“Duduklah kejap. Aku ada soalan nak Tanya.”
“Kaunter pertanyaan dibuka pukul sepuluh pagi esok.” Fauzi melawak.
Rahman debik lengan Fauzi. “Aku tengah risau ni kau boleh main-main pulak. Sekali aku bagi baru kau tahu.”
“Kau dah debik aku kot. Nak bagi apa lagi. Nak bagi ni?” Fauzi tunjukkan penumbuknya pula. Sekali bagi kat muka Rahman, lebam biji mata tu barulah padan muka.
“Oh tak tak tak!” Laju Rahman menolah pelawaan itu. “Aku cuma nak tahu pasal Nordin tu je.”
“Kenapa dengan dia?”
“Dia tu sebenarnya kerja apa ya? Bagi barang mewah-mewah kat Suraini? Bukan satu sahaja malah banyak benda dia dah bagi. Cincin, gelang, jam tangan, belanja makan kat tempat best-best.”
“La… dia kan ofis boy. Bukannya kau tak tahu… tapi apasal eh kau tahu banyak benda pasal tu? Kau stalker dia orang ke?” Nada Fauzi meleret.
“Yelah… sejak cinta aku tak berbalas… aku cemburu juga la melihat mereka bahagia. Aku ni Suri tak pandang. Dulu ya la pandang tapi sekarang. Aku rasa Nordin tu main minyak dagu la.” Rahman menduga.
“Dah kau tak dapat dia, sekarang ni kau cuba nak fitnah dia pulak?” Fauzi tidak bersetuju dengan cara Rahman berfikir.
Rahman bangun dan melangkah ke jendela. Di situ dia termenung sekejap menikmati panorama malam seawal jam sembilan malam. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan dilepaskan serentak. Dia pandang Fauzi semula.
“Aku tak fitnah dia, Aji. Tapi kenapa Suriani pilih dia? Kenapa tak aku? Orang miskin macam aku ni tak layak ke untuk dia?” Rahman sudah mula berbicara tentang kekecewaan. Fauzi pula tidak sanggup nak dengar. Sebentar lagi pasti menangis. Asyik-asyik menangis.
“Kau jangan nak menangis. Malu ar lelaki menangis. Buruk kau tahu tak?” Fauzi cuba tenangkan Rahman.
“Kau tak faham aku, Aji...”
“Sudahlah… aku ni sebenarnya sudah terlebih faham kau la ni sampai aku pun confuse kenapa kau banyak berubah sekarang?” Fauzi dakap Rahman lalu digosok-gosok belakang Rahman supaya bertenang. Tiada gunanya bersedih lagi. Nasi sudah jadi bubur. Walau bagaimanapun kehidupan mesti diteruskan.
“Ya la, aku tak sangka yang Suri pandang besi dari pandang setia di hati. Dia lebih memilih Nordin tu. Nordin tu sanggup buat kerja tak senonoh untuk pancing Suri. Tak adil langsung. Kalau anak jantan kenapa dia tak main cara elok dengan aku? Kita boleh fight untuk dapatkan hati Suri tu.”
“Sudah la tu, tak guna kau ingat lagi.”
“Ya la, mahu aku tak sedih. Orang berduit boleh ar belanja macam-macam. Aku ingat perempuan tu tak akan tinggalkan aku. Dulu kenapa dia tawan hati aku sekarang dia tinggalkan aku pulak?” Rahman mencebik. Air mata mula meleleh. Inilah yang Fauzi tak mahu tengok. Geram pula hatinya.
“Berapa kali aku dah pesan. Kau jangan menangis sebab cinta. Adoyai kau ni. Macamlah dah tak ada perempuan lain kat dalam dunia ni. Ramai lagi yang cantik la…” Ucap Fauzi meyakinkan Rahman tentang perempuan lain.
Apabila ditegur begitu, Rahman mengesat air matanya. “Terima kasih Aji. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Err… kau pergilah kedai, kalau lambat-lambat nanti tutup pulak kedai tu.”
“Kau dah okey ni?”
“Ya aku okey. Kau pergilah.” Jawab Rahman lalu Fauzi pun berlalu meninggalkan Rahman sendirian menyelami kesedihan bersama malam yang kecundang.
Dia tiada sesiapa untuk dia mengadu kecuali kepada Fauzi. Mak dengan ayah dan kakaknya sudah lama menghilang. Dia pun dah lama tak jumpa dengan keluarganya. Sudah macam anak buangan jadinya. Bukan tak tahu rupa mereka kerana dia ada foto lama. Walaupun dibesarkan di rumah anak-anak yatim, dia tetap simpan gambar tu. Dari kecil lagi dia di besarkan di Teratak Embun Pagi. Memang indah suasana di tempat itu. Pada waktu pagi, kabus akan muncul. Suasana dingin menjarum tubuh.
Bila sudah remaja, dia tekad untuk berhijrah. Ketika itu Mak Cik Peah bersedih di atas pemergiaanya untuk bekerja di Syarikat Indah Bumiputera Sdn. Bhd sebagai penghantar surat. Fauzi yang aturkan kerja tu. Maklumlah Rahman hendak sangat ikut kerja tu bersama Fauzi. Hantar surat pun tak apa. Encik Zaki baik dengan Fauzi, jadi Fauzi tolong rekemankan pada pengurus syarikat berkenaan. Setelah meneliti dokumen pengenalan, Rahman diambil bekerja. Walaupun gaji tak besar tetapi itulah permulaan. Dari situlah bermula cinta pandang pertama dengan Suriani. Berlanggar-langgar tu adatlah masa nak kenal. Cerita biasa didengar. Semuanya telah diaturkan oleh Tuhan.
“Kalau dah kerja dekat Kuala Lumpur tu, jangan lupa kirim surat kat mak.” Ucap Mak Cik Peah yang serasi dengan panggilan mak oleh anak-anak di Teratak Embun Pagi itu.
“Mak janganlah bersedih. Sekarang ni kan zaman IT, tak perlulah bersurat bagai mak. Mak boleh guna internet. Aman send je email kat mak, ya?” Jawab Rahman sambil tersenyum menyembunyikan rasa sedih.
“Mak mana tahu guna.”
“Adik-adik kan ada,”
“Biar Faiz yang tolong bacakan email Abang Aman.” Faiz penghuni teratak itu mencelah. Rahman terus menggosok ubun-ubun Faiz budak berumur sembilan tahun. Di atas tangga itu Mak Cik Peah menahan dari gugurnya air mata pilu. Dia bakal kehilangan anak kesayangan. Sebelum ini Fauzi, sekarang Rahman pula. Tapi tidak mengapalah, asalkan mereka bahagia dan memulakan perjalanan hidup seperti orang lain. Doa Mak Cik Peah, semoga mereka sentiasa dilindungi. Dia masak benar dengan perangai mereka berdua.
“Faiz jaga mak baik-baik, jangan nakal-nakal tahu?”
“Faiz takkan nakal, Abang Aman.” Jawab Faiz sambil angkat tangan tanda ikrar.
Rahman memandang Mak Cik Peah dengan pandangan yang sayu. Suasana pagi hambar rasanya. Bakal bertambah hambar setelah ketiadaan Rahman di situ. Maka hilanglah satu suara yang suka menyanyi di buaian bawah pohon ketapang dengan adik-adik yang lain.
“Aman pergi dulu mak.” Rahman terus menggalas beg sandang dan juga beg laptop “Assalamualaikum.” Sambung Rahman lagi sambil melangkah. Teksi sudah menunggu di halaman.
“Abang Aman! Abang Aman!”
Langkah Rahman terhenti dan menoleh semula.
“Ain… Ada apa Ain panggil abang?”
“Nak salam.” Ain hulurkan tangan.
Rahman terus menghulurkan tangan pada budak kecil itu. Setiap malam budak perempuan itu susah hendak tidur kalau bukan Rahman yang dodoikan. Sekarang semua itu ditinggalkan. Tanpa Rahman sedari, Mak Cik Peah sudah mengalirkan air mata. Kemudian dia pandang Mak Cik Peah semula. Dia nampak Mak Cik Peah benar-benar bersedih.
“Mak janganlah menangis. Man tak rela ke Aman pergi?”
“Kalau itu yang terbaik, mak redha.”
“Mak ni… janganlah fikir Aman tak balik sini lagi. Ada masa nanti Aman balik sini ya.”
“Pergilah, kirim salam pada Aji ya Aman. Sudah lama di tak balik. Kau jangan jadi macam dia pulak sampai lupa mak dekat sini.”
“Dia sibuk tu mak. Baiklah mak, Aman gerak dulu. Kan tak jadi pergi susahlah janji dengan orang.”
“Lagi bagus kalau tak jadi.” Mak Cik Peah bersuara perlahan.
“Apa dia mak?” Rahman kurang dengar.
“Tak ada apa-apa. Haa pergilah. Elok-elok jalan tu.” Mak Cik Peah menafikan.
“Baik mak.” Ucap Rahman sambil diperhatikan budak-budak lain.

 “Eee!!! Malasnya aku nak ingat masa lalu!” Bentak Rahman lalu dia lenyapkan ingatannya pada masa lalu. Dia terus menghadap laptop setelah bersedih sebentar tadi. Tapi, kalau cuba bercerita, mindanya akan terjerumus ke lubang hitam. Dia akan menulis mengikut rasa dan apa yang dilalui sangat memedihkan sanubari. Dia meluahkan isi hati pada blog.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.