Entri Terkini :

Bukan Sengkek Kasih Sayang

... Salam.

Ini satu masalah bagi aku. Ia berkenaan kasih sayang. Intro entri aku kali ni. Aku memang suka berkasih sayang tapi janganlah terlalu menggantung harap bulan akan jatuh ke riba. Bila sudah bercinta bagai tunggu kucing bertanduk. Haish sampai aku pun sudah naik pening. Gara-gara cinta, blog aku bersawang. Bercintalah kononnya. Sebenarnya bercinta tu tak salah yang salah perbuatan dalam cinta itu, adakah ia halal atau pun sebaliknya yang berlaku? hu hu hu.

Aku akui bahawa aku sudah lama berhenti menulis. Berhenti bukan kerana tidak minat tapi kerana kekangan waktu. Tapi aku cubalah siapkan mana yang sempat. Sebelum ini karya aku terbabas banyak dah masuk longkang. Ada yang terjun dalam bakul kecewa. Ada pula yang dipijak dengan kekesalan. Jadi aku biarkan ia hanyut di bawa arus kebencian.

Aku tak minta pun karya aku dipuji atau dicaci. Aku hanya nak berkongsi aje. Maaflah kepada rakan-rakan yang tanya bila nak terbitkan karya baru? Buat masa ni aku sendiri tak dapat jawapannya jadi sukar untuk aku beritahu nasib manuskrip aku tu. Maklumlah aku penulis picisan entah siapa-siapa dilakangan mereka yang tersohor. Kali ini aku ubati kerinduan korang dengan cerita thriller, nasiblah aku tak reti nak menulis cerita sedemikian tapi aku cuba juga menulis genre tersebut. Setia Berdarah judulnya.

Kenapa Setia tu boleh berdarah? Menurut pendapat akulah kan, kalau seseorang tu terlampau setia tapi kesetiaannya dibalas dengan kecurangan mahupun ketidaktulusan atau juga ketidakjujuran maka hati macam dijangkiti wabak benci. Walaupun aku tahu ada orang ala-ala pasrah tapi hati tetap juga sakit. Bohonglah kalau mata tu dapat tengok insan yang disayangi itu sedang berbahagia dengan insan lain, kan? Mesti darah menyirap semacam sahaja atau memang tak sanggup menonton wayang percuma itu.

Kalau boleh mahu lari ke hujung dunia tetapi lari daripada masalah memang tiada kesudahan. Jadi, mahu atau pun tidak mesti diharungi. Untuk apa bersedih terlalu lama? Mesti ada penggantinya. Jadi, Setia Berdarah ini berkisarkan kehidupan benci dan dendam. huhuhu. Nak baca, klik je la gambar sebelah tepi tu. Terima kasih. Doakan aku berjaya siapkan cerita ni dan jangan ada halangan cinta lagi buat hatiku. Hatiku dah berdarah ni dipermainkan oleh cinta, ha ha ha ha. Tapi sekarang dah reda. Aku kaya dengan kasih sayang, marilah bercinta denganku, hiks :-)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.