Entri Terkini :

Marimo punya hal

Salam, serius lama gila aku rindu dekat kau orang. Lama juga aku tak update blog yang sudah bersawang. Al-kisah aku sekarang sedang uruskan perniagaan. Jadi aku baru bermula. Bila benda nak mula ni banyak ambil masa, kan? Oleh itu aku kena beri tumpuan.

Tadi aku menerima satu perkataan, Marimo. Aku terfikir apa benda Marimo ni? AKu rasa ia sangat pelik dan dalam otak aku terjentik perkataan Por to Amor, ha ha ha ala-ala Maxico begitu. Okey la tu asalkan  aku dapat mengenali sesuatu yang sangat berharga. Seorang hamba Allah ni bertanya padaku mana nak cari Marimo tu? Dan aku juga tertanya-tanya sendiri lalu aku pun searching di internet. Rupa-rupanya Marimo tu spesis lumut. Terus otak ni nakal. Ditanya "Mana nak cari Marimo?" soalnya. Pantas aku pun menjawab, "Marimo tu lumut kan? Cari di Lumut, Perak." Ahdoi.... apa kes la aku pi jawab macam tu, si dia terus marah aku ala-ala merajuk. Macam mana pun, aku suka cara dia la.... he he he

Dan ini la dia info mengenai Marimor tu yang aku sedut dari artikel kepunyaan orang lain. hehehe.....


Marimo - Lumut berbentuk bola

Marimo? Pernah tak korang dengar spesis ni? Aku pun baru tahu tentang spesis ni semalam, bila member aku kat ofis ni telah membeli satu spesis tumbuhan alga hijau bernama Marimo. Jom view sikit rupa marimo ni yer...


Inilah rupa marimo nih... berbentuk bulat macam bola

Semalam masa aku dapat tahu pasal marimo ni, aku pun macam blur, apakah spesis ni? And hari ni pagi-pagi lagi aku dah buat searching pasal ni. Dan hasil daripada searching tu aku rumuskan kat sini, untuk info. Jom kenali apa itu marimo?


Marimo atau dikenali juga sebagai Cladophora ball, Lake ball, atau Moss Balls. Marimo ini adalah spesis alga bewarna hijau (Chlorophyta) yang ditemui dalam beberapa tasik di hemisfera utara. 


Marimo adalah satu bentuk tumbuhan yang berkembang menjadi bentuk bola hijau dan rupanya seakan baldu. Marimo ini boleh ditemui di Iceland, Scotland, Jepun dan Estonia. Morimo ini akan membesar sebanyak 5mm dalam masa setahun. 


Bila berlakunya proses fotosintesis, lumut mariomo ini akan mengeluarkan banyak buih-buih halus(oksigen) dan kadangkala ianya akan membuatkan lumut marimo ini terapung. Tapi dalam keadaan biasa lumut marimo ini akan berada di dasar balang atau botol. 
ia akan mengeluarkan buih-buih kesil semasa proses fotosintesis 




Ianya membiak secara replication. Penjagaan morimo ini tidak lah terlalu cerewet, airnya hanya perlu ditukar 2 minggu sekali dan membersihkan sedikit marimo ini setiap kali menukar air. Marimo hanya memerlukan air dan cahaya yang cukup untuk hidup. Kalau suhu air tu sejuk sikit, proses tumbesaran marimo ini akan cepat berlaku dan akan kelihatan seolah-olah bola besar bewarna hijau. Marimo ini akan mati sekiranya terkena direct sunlight dan suhu bilik lebih daripada 35 darjah celcius.


ianya boleh diletak didalam bekas/balang atau botol macam image dibawah. 


All this image from google:


Dan pic dibawah ni adalah marimo yang telah dibeli oleh member aku semalam.
marimo yang bulat-bulat warna hijau, dekat batu tu

pandangan dari sisi

Kat mana boleh beli marimo ni? Member aku beli marimo ni dekat web Groupon. Harga dia lebih kurang Rm40. Atau korang jugak boleh beli kat sini lelong. Just search marimo, nanti akan keluar banyak list macam ni...



SUMBER

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.