Entri Terkini :

[Ulasan] : Ngeri - Novel Fixi

Salam bahagia. Buat pertama kalinya aku beli sendiri buku Fixi ini. Sebelum ini aku cuma pinjam sahaja tetapi ia tidak sepuas dengan beli sendiri. Ternyata ia sangat berbaloi dan membuatkan aku ketagih mahu membacanya lagi. Terima kasih buat Fixi kerana buku ini yang diterbitkan telah membuatkan jantung aku berdebar-debar ketika membacanya. Ini adalah ulasan pertama aku dalam blog ni mengenai buku Fixi ini.


Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis. 

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka. 

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?

***

NGERI adalah hasil karya Gina Yap Lai Yoong yang digarap dengan baik. Kisah dalam buku ini membawa kita ke satu dunia di mana ia sebuah alam pelajar dengan pensyarahnya. Situasi yang digambarkan begitu jelas sehingga terbayang-bayang di dalam minda betapa ngeri di setiap pembunuhan itu. Ia berlaku setelah skrip-skrip mereka ditolak. Ia diterjemahkan dengan bahasa yang menggetarkan jantung.

Kisah Ngeri ini membuatkan aku tertanya-tanya, bagaimana kalau ia adalah benar-benar terjadi? Pembunuhan sekejam itu hanya dilakukan bersahaja dan santai tetapi memerlukan ketelitian. Bagaimana pula sekiranya ia diadaptasikan ke dalam bentuk filem? Sudah tentu ia sangat menarik. Sukar untuk dibayangkan betapa ia sebuah kisah yang penuh debaran.

Penjenayah bersiri di dalam Ngeri merupakan satu episod pembunuhan yang dilakukan dengan cara yang menggerunkan seperti anak penjual burger dibekukan di dalam peti sejuk, mat rempit juga dibunuh ala Pinochio, mayat dikerat-kerat dan diletakkan di merata-rata tempat untuk dijadikan sebagai pencarian harta karun. Pembunuhan terakhir adalah profesor mereka sendiri menjadi mangsa.

Memang ada debaran dan bagi peminat cerita misteri, novel ini sarat dengan tanda tanya sehingga membawa kita untuk mengetahui kesudahannya. Ia satu teka-teki yang mesti dijawab. Pembunuhan terancang ini dilakukan penuh misteri. Silakan membaca buku ini untuk mengetahui siapakah pembunuh sebenar yang begitu bijak mengatur gerak?

P/s : Rasa nak berkenalan dengan Gina ni... nak beritahu dia ada satu struktur ayat yang sangat menggerunkan kala aku membacanya iaitu di muka surat 205, baris ke 12. he he he... (Jangan marah)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.