Nasi
Kicap Telur Goreng (Bab 11)
Dia
menghadap televisyen sementara menunggu waktu yang sesuai untuk keluar. Di situ
hadir Badrul lalu menghempas punggung di sebelah Hazwan. Sekilas dipandang
Badrul dan wajah nampak ketat. Bukan tak mahu senyum tetapi rasa susah sikit
sekarang ni kerana otak sedang memikirkan sesuatu yang mungkin berkenaan apa
yang bakal berlaku nanti.
Tambah
pula tadi Maya ada telefon ajak keluar. Memang dia tak nak keluar dengan Maya.
Lagipun buat apa? Maya itu selalu tanya pasal kahwin sahaja. Pening kepala.
Kalau tak sebut mengenai hal perkahwinan tak boleh ke? Hazwan dah naik muak
mendengarnya.
“Kita
jumpa malam, boleh tak?”
“I
banyak hal lain.” Hazwan mengelak.
“You ni
kan, selalu macam ni. Kenapa? Apa yang you tak puas hati sangat dekat I ni, Awan?”
Maya mendesak.
“I tak
suka bercakap dengan murai yang tak sihat.” Hazwan menyindir.
“You!”
“Yes…”
Senyum sambil garu kepala.
Hazwan
bukan sengaja mahu menyakiti hati Maya. Kalau dia tak buat begitu, nanti Maya
semakin mengada-ngada. Hazwan sudah bosan dengan sikap menggeletis perempuan
itu. Tambah lagi, dia rasa kurang cocok untuk bersama Maya. Terlalu banyak
perbezaan yang sangat ketara berbanding dahulu. Ia mengenai perubahan hati.
Perbualan
telefon habis setakat itu. Gara-gara itu juga, Hazwan termenung seketika di
ruang tamu memandang kosong pada kaca televisyen.
“Tak
keluar ke malam ni?” Tidak semena-mena pertanyaan itu terpacul dari mulut
Badrul. Soalan yang tidak perlu diajukan langsung. Malah patut ditukarkan
sahaja pertanyaan tersebut kepada yang lain. Sudah makan ke? Atau apa-apa
sahaja asalkan bukan berkaitan hal bersosial kerana itu bukan hak Badrul untuk
mengambil peduli.
“Kenapa
kau tanya?”
“Yelah
dah pakai smart macam tu takkan taknak
keluar, kan?” Badrul sengaja menguji. Memang gaya dan penampilan Hazwan seperti
orang mahu menghadiri temu janji. Kebiasaan begitulah kalau sudah lengkap
dengan bau-bauan.
“So kau dah tahu jawapannya kenapa
tanya?” Haris mengeluh. Perkara yang sudah dapat diduga pun masih lagi inginkan
kepastian. Sudha terang lagi bersuluh. Kalau pakaian nak tidur bukan macam tu.
Sekarang dia mahu keluar mestilah kelihatan segak. Mahu keluar bertemu puteri
cantik bak bidadari, itu anggapannya.
“Salah
ke aku tanya.” Badrul berkerut dahi. Cara Hazwan tadi seolah-olah berbaur
marah. Takkan masih bengang lagi? Dah lama Badrul minta maaf. Lagipun Hazwan
dah maafkan tetapi itu dari bibirnya sahaja. Kalau dalam hati belum pasti.
Hazwan
mengerling. Kemudian melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah menunjukkan
pukul 7.45 malam. Dia merasakan kelewatan yang ketara. Semuanya kerana
mengelamun memikirkan soal cinta dan kahwin. Nama Maya pun tercatat dalam
masalah hidup. Hendak sahaja dibuang jauh nama itu tapi semakin dibuang semakin
melekit rasanya.
“Aku
dah lambat.” Hazwan malas mahu lama-lama.
“Wait.
Aku nak tanya kau. Kenapa hubungan kita macam retak ni? Tak macam selalu.”
“Apa
maksud kau?”
“Kau
tak pernah baran dengan aku tapi selepas apa yang berlaku sebelum ni, sikap kau
berubah.” Ujar Badrul.
Hazwan
berdiri di hadapan Badrul lalu sepupunya itu juga berdiri. Mereka bertentang
mata demi menyelesaikan masalah yang timbul.
“Kau
dah tahu jawapannya, Bard. Rasanya tak perlu aku jelaskan lagi.” Hazwan
berpaling untuk menjemput Hazrina makan malam bersama. Jika lambat maka peluang
untuk mendapat kemaafan daripada Hazrina akan tertutup.
Dia
tahu, dia telah banyak buat salah kepada Hazrina dan dia tidak patut
meninggalkan Hazrina sendirian semasa makan malam yang lalu. Bukan senang untuk
memujuk Hazrina tambah lagi dia belum mengenali gadis itu sepenuhnya.
Badrul
ikut langkah Hazwan lalu berdiri di hadapan menghalang Hazwan dari meneruskan
niat untuk keluar. Kalau betul semua itu bakal berlaku, maka Badrul rasa
Hazrina mudah ikut cakap lelaki. Mudah sangat menerima pelawaan Hazwan untuk
keluar. Sebenarnya Badrul boleh agak dan ia satu yang tepat dan pasti. Cuma dia
mahu dengar dari mulut Hazwan sendiri iaitu sebuah pengakuan.
“Aku
nak kau jelaskan pada aku malam ni jugak. Apa hubungan kau dengan perempuan
tu?” Sengaja Badrul bertanya. Soalanya agak berbau cemburu. Perasaan bengang
masih wujud tetapi kadangkala timbul juga rasa bersalah, cuma rasa itu tidak
terlalu ketara sekarang.
“Kau stalker aku ke?” Hazwan geram.
“Mama
kau minta aku perhatikan kau.” Jujru Badrul menyatakannya.
“Hah?”
Hazwan
terkejut.
Badrul
sengih.
“Dia
tak sesuai untuk kau. Kau dah ada Maya. Maya tunang kau. Lagipun kau tak tahu
latar belakangnya. Siapa dia dan keturanannya.” Badrul mahu Hazwan sedar. Di
antara mereka banyak beza.
“Dia
keturunan Syed okey, jadi dia ada nama. Dia ada pelajaran.” Ujar Hazwan mahu
menangkan Hazrina di hadapan Badrul. Tidak mahu tewas dalam berhujah. Apa ada
pada nama kalau budi mendatang kecewa? Hazwan tidak mahu semua itu dijadikan
alasan untuk membeza-bezakan sesama manusia.
Badrul
sibuk bertanyakan tentang hal perhubungan orang lain. Kenapa tidak sibuk jaga
peribadi sendiri agar nampak lebih baik? Kelakuan mereka sama tetapi hati tidak
sama. Sekurang-kurangnya Hazwan tergerak hati menerima perubahan yang lebih
baik daripad aterus hidup dalam gelap tanpa panduan.
“Belajar
belum habis lagi dah cuba merampas tunang orang.” Badrul menghina Hazrina
secara belakang. Sememangnya itu dituju pada Hazrina yang tidak sedar diri.
“Sudah
Bard. Dia tak rampas aku dari Maya sebaliknya aku yang mencintainya.” Pengakuan
ajaib daripada Hazwan akhirnya didengari oleh Badrul. Hampir ketawa Badrul
mendengar kegilaan ucapan itu. Senang persoalkan cinta. Mana ada cinta mengajar
untuk tidak setia? Dahulu kata mencintai Maya, sekarang cinta lain pula wujud.
Badrul memang kurang senang.
“Cinta?
Apa yang kau tahu tentang cinta, Awan?” Badrul membidas ayat itu. Ia adalah
satu kesalahan besar yang Hazwan lakukan iaitu menghancurkan harapan orang
lain. Sudah tentu sekali ia harapan Maya mahu bergelar isteri kepada Hazwan.
“Jadi
kau nak sekolahkan aku berkenaan cinta? Kau baca buku dekat atas rak tu. Kau
baca buku tentang bagaimana nak jadi perfect
guy.” Tempelak Hazwan. Kata-kata itu membuatkan Badrul tersentak.
“Wowo! Perfect guy? Apa kau lupa yang kau pun
sama macam aku jugak? Tak payah la nak berlagak bagus depan aku.” Ego Badrul
tercabar.
Hazwan
senyum menyindir pula kepada Badrul. Tidak perlu bercakap soal semalam atau
kisah silam kerana hari ini adalah hari untuk berubah. Salahkah untuk nejadi
orang baru? Setiap langkah yang ada adalah untuk menuju ke arah kebaikann
tetapi Badrul tidak faham. Selama ini memanglkah hidup penuh dengan sorakan dan
kegembiraan tanpa ada batasan. Tetapi jika difikirkan, Hazwan rasa semua itu
tiada gunanya. Bukan tidak perlu langsung untuk bergembira tetapi gembira tanpa
bahagia memang tiada erti apa-apa melainkan ia adalah sebuah kisah yang kosong.
Badrul
pula merasai perubahan Hazwan sedikit demi sedikit. Dia sebenarnya tidak peduli
langsung mengenai Hazrina tetapi dia rasa pelik dengan sikap Hazwan yang
seolah-olah sentiasa mengelak dari berseronok. Kebiasaan malam begini mereka
akan ke kelab malam atau ke pusat karaoke untuk relakskan minda tetapi sekarang
ia jauh berbeza.
Setapak
Badrul ke hadapan. Bahu Hazwan dipegang. Direnung dalam-dalam mata Hazwan yang
bersinar penuh keyakinan. Mata yang bersemangat.
“Apa
yang buat kau nampak lain?”
“Bard.
Aku sebenarnya malas nak buang masa bercakap dengan kau.”
“Okey,
tapi aku cuma nak tahu saja.”
“Kau
nak tahu apa?”
Badrul
terus paut bahu Hazwan dan membawanya mengiring langkah untuk duduk di sofa
semula. Hazwan ikut sahaja kemahuan Badrul itu kerana mahu memberi sepupunya
peluang untuk berbicara soal hubungan.
Sebaik
sahaja Hazwan duduk, Badrul terus membuka bicara tentang isu yang sepatutnya
diketengahkan, iaitu isu hubungan kekeluargaan.
“Sekarang
ni aku nak tahu, kau nak kahwin dengan
Maya ke tak?”
“Dah
tentulah tak.”
“Jadi
kau nak kahwin dengan siapa?”
Hazwan
terus diam. Malas betul mahu fikir soal kahwin tetapi kalau tidak difikirkan
sekarang nanti mamanya juga akan bising. Mahu sangat dia kahwin dengan Maya.
Kahwin dengan Maya bagaikan sebuah mimpi ngeri. Apalah yang dipandang sangat
pada Maya oleh mamanya pun Hazwan sendiri tidak tahu. Tetapi apa yang nyata
kata mama, Maya seorang wanita yang bertanggungjawab dan baik hati.
“Dengan
perempuan lain selain Maya.”
“Kau
fikir mama kau akan setuju?”
“Erm…”
Hazwan tidak tahu apa yang hendak dibicarakan lagi dan sekali lagi dia menjengah
jam di tangan. Alahai, sudah lambat. Entah macam mana dia boleh melekat sembang
dengan Badrul pula ni? Hazwan bangun.
“Kau
nak ke mana?”
“Aku
dah lambat.”
“Jumpa
Hazrina?”
“Erm…
ya. Untuk pengetahuan kau… Hazrina tu sangat baik.” Puji Hazwan lalu segera pergi.
Baik? Bisik hati Badrul.
Boleh ke Hazrina dikatakan baik seperti apa yang dimaksudkan Hazwan? Kalau
baik, Hazrina tak mungkin mudah termakan pujuk rayu. Itu anggapan Badrul pula.
Sebenarnya ada perkara yang Badrul tidak faham mengenai Hazrina. Jika dia
mengenali Hazrina sepenuhnya, barulah dia tahu apa yang dipandang Hazrina
terhadap sebuah perkenalan.
***
Hazrina
menunggu terlalu lama. Dia seolah-olah rasa telah dipermainkan oleh Hazwan.
Sudah satu jam dia menunggu. Kenapa aku rasa tidak sedap hati aje ni? Hazrina
mengeluh. Walaupun sudah satu jam menunggu dia masih memberikan peluang untuk 5
minit lagi dan kalau Hazwan tidak datang juga, maka dia akan angkat kaki
meninggalkan premis Secret Recipe itu.
Dia
mengeluh dan mengeluh. Kekecewaan terus bersarang dalam hatinya. Pakai
cantik-cantik tetapi kelibat Hazwan pun tidak kelihatah. Dia sengaja tidak
menelefon Hazwan kerana hanya berpegang pada janji.
Mana
dia ni? 5 minit telah berlalu. Mahu atau pun tidak dia terpaksa beredar dan
berangkat pergi dari situ dengan perasaan hampa.
Setibanya
di kolej dia terus merebahkan tubuh di atas katil. Noris terkejut melihat
Hazrina balik terlalu awal. Noris baru sahaja memakai bedak sejuk itu mendekati
Hazrina.
“Nah
kunci kereta kau.” Hazrina menghulurkan anak kunci kereta milik Noris yang
dipijamnya tadi. Sepatutnya Hazrina dijemput Hazwan tetapi Hazrina memilih
untuk pergi sendiri. Pergi sendiri dan balik sendiri. Tunggu lama-lama makan
hati kerana Hazwan tidak kunjung ke mari.
“Awalnya
kau balik? Macam mana dating tadi?”
“Hurm…”
Hazrina mengeluh.
“Lain
macam je.” Noris duduk di birai katil Hazrina.
Hazrina
pula bangun dan bersandar pada kepala katil sambil memeluk bantal. Dia
memandang Noris hambar. Perasaannya memang tidak menentu akibat tindakan Hazwan
yang mementingkan diri sendiri.
“Dia
tak datang pun.”
“Hah?
Aku nak call dia.”
“Tak
payah, Is.” Hazrina halang.
“Dia call kau tak?”
Hazrina
menggeleng.
Noris
rasa Hazwan tidak patut buat Hazrina begitu. Kalau ada masalah sepatutnya terus
hubungi Hazrina dan jangan buat Hazrina ternanti-nanti.
“Kalau
aku jumpa si Awan tu, memang aku nak tarik tali leher dia sampai tercekik biar
kejung!” Marah betul Noris.
“Janganlah…”
“Eh…
dia dah buat kawan baik aku sampai macam ni pun kau boleh kata, janganlah…
janganlah…eee sakit pulak hati ini.”
“Mungkin
dia ada hal kut.”
“Kau
tak payah nak baik sangka sangatlah. Sampai macam ni pun kau anggap dia tu
bagus sangat? Kau ni dah kena mandrem dengan si
Awan tu ke? Hebat gila dia punya Mak Esah. Aku nak jumpalah Mak Esah
macam tu. Aku nak mandrem Encik Zul Adha.”
“Isy,
kau ni… mengucaplah sikit. Tak adanya aku ni kena mandrem dengan si Awan tu.”
“Hello… orang gila pun tak mengaku dia
gila, tahu? Samalah macam kau sekarang ni. Kau dapat rasa ke yang kau tu dah
kena mandrem, Rin?” Soal Noris yang sudah salah sangka.
Hazrina
tidak merasakan apa yang dibicarakan Noris itu adalah betul dan dia tahu Noris
juga tidak memaksudkannya. Benda sebegitu tidak elok dan ia salah di sisi Agama
Islam.
“Tak
baiklah kau cakap macam tu.”
“Ye
memang nampak macam tak baik tapi ada yang tak baik lagi.”
“Tadi
Ya..”
Pintu
bilik mereka terbuka tiba-tiba kerana tidak berkunci. Tercegat Farhana bercekak
pinggang dan seterusnya meluru ke arah Hazrina dan Noris.
“Aku
nak selesaikan masalah kita malam ni jugak!” Tiba-tiba suara Farhana memetir.
“Masalah
apa lagi ni Yana?” Hazrina bangun dam berdiri di hadapan Farhana yang sudah
mengecilkan biji mata merenung tajam ke dalam matanya.
Sungguh
dia tidak menduga Farhana akan datang menyerangnya lagi walaupun Noris cuba
katakan padanya sebentar tadi namun tepat pada masanya Farhana muncul.
Noris
menghalang dan duduk di tengah-tengah antara mereka. Sebagai seorang kawan,
Noris tidak mahu jadi batu api dan sebaliknya mahu membantu. Sampai bila mereka
harus bertengkar mengenai hal lelaki? Sudah besar, bukannya budak kecil lagi.
“Kau
jangan buat-buat tak tahu. Ini mengenai Am.” Farhana menyebut nama Akram. Orang
yang begitu disayangi dan dicintai.
“Ya
Allah Yana… tolonglah. Aku dengan Am tak ada apa-apa. Kau tak payahlah fikir
bukan-bukan sampai perlu jadi macam ni.” Dengan lembut Hazrina bersuara
menerangkan hal sebenarnya.
“Tak
ada apa-apa kata kau? Ni apa?” Farhan terus menunjukkan sekeping foto. Di situ
terlihat Akram terpegang tangan Hazrina. Noris pula cepat merampasnya.
“Aku
ada sekali pada masa tu. Am hanya bantu Rin yang tergelincir.” Noris
memberitahu perkara sebenar. “Tapi siapa yang agak kurang ajar tangkap gambar
ni? Memang sengaja nak buat onar.” Tokok Noris. Sakit pula hati ini. Noris
mengumam geram.
Farhana
pandang Noris.
“Aku
tanya dia ni bukannya kau.” Bantah Farhana yang tidak suka ada orang lain
menyampuk. Noris pula pandang semacam rasa macam nak hantuk sahaja kepala
Farhana dekat lututnya. Kalau boleh nak sahaja dikarate leher tu sekali. Baru
padan muka.
“Aku
tolong jawab untuk dia. Kalau kau tak percaya, kau pergilah tanya Am sendiri.”
Noris menjeling. Menyampah pula tengok muka Farhana lama-lama. Lagi lama
dipandang lagi geram. Kecil besar sahaja jadinya. Eee…!
“Kau
orang memang sengaja nak menipu aku, kan?” Farhana menuduh yang bukan-bukan
setelah merasakan Hazrina dan Noris mengelak.
“Fikirlah
sikit Yana. Yang kau emosi sangat keran gambar tu kenapa? Wei Yana… Rin dah ada
pakwe la. Pakwe dia anak Dato`. Tak payahlah kau nak jealous sangat pasal Am. Mereka hanya kawan kut.” Noris terpaksa
buat cerita.
Farhana
diam.
Hazrina
pula yang mendengar ucapan Noris terbuntang biji mata. Kelam kabut jadinya
sehinggakan Noris tersasul sebut mengenai pakwe.
Noris
dudukan Hazrina di birai katil.
“Kau
duk sini eh, biar aku settlekan masalah kau dengan si Yana ni.” Noris pandang
Farhana semula. Dibawanya Farhana ke muka pintu. “Semuanya dah selesaikan? Kau
pun dengar sendiri pengakuan Rin jadi aku rasa eloklah kau jangan
panjang-panjangkan lagi hal ni. Kalau kau sayangkan Akram tu, kau jagalah dia
baik-baik. Kalau terlepas ke tangan orang lain, itu maknanya kau memang tak
reti jaga boyfriend sendiri. Tata…”
Noris melambai tangan selepas Farhana berada diluar bilik. Noris terus menutup
pintu dan menoleh kepada Hazrina.
Gedegang!
Bunyi pintu diketuk kuat. Terkejut Noris dan Hazrina.
“Erh!!!”
Bentak Farhana di luar.
Noris
tersenyum sahaja sambil menggeleng.
“Kasihan
Yana percaya sangat dengan gosip murahan macam tu. Yang aku pelik, manusia mana
yang boleh shoot gambar tu? Padahal
tak ada apa-apa kut. Mungkin… erm sengaja nak timbulkan kontroversi. Isy!”
Noris hempas punggung di birai katil Hazrina.
Hazrina
dipandang Noris. Lain pula yang berlaku. Hazrina menangis. Noris tidak mampu
melihat Hazrina selalu menangis.
“Please la Rin. Kalau kau asyik memangis
je, naik risau aku dengan kau ni la.” Noris mengeluh. “Kau masih fikirkan Awan ke?”
Tokok Noris lagi sambil menyeka air mata itu.
Hazrina
mengeluh halus.
mohor · 635 weeks ago
mayat · 635 weeks ago
min · 635 weeks ago