Nasi
Kicap Telur Goreng (Bab 10)
Panggilan
daripada Hazwan tidak dilayan. Dibiarkan sahaja telefon itu menjerit di atas
katil sementara dia menebar penglihatan ke luar tingkap. Sakit pula hati ini
apabila seorang lelaki sanggup tinggalkan majlis makan malam begitu sahaja.
Sudah tiga hari Hazrina tidak bercakap dengan Hazwan.
Sekali
lagi telefon itu berbunyi. Selepas Subuh tadi sehinggalah sekarang, nombor
milik Hazwan sahaja yang naik dalam telefonnya. Bayangkanlah sudah
berpuluh-puluh panggilan tidak berjawab.
Tak nak jawab call pun tolong reply SMS – Awan
Kenapa dengan awak ni? - Awan
Dia boleh tanya aku kenapa? Dia sepatutnya
dah taku kenapa! Marah betul Hazrina dengan keadaan ini. Dalam
hatinya sangat pedih seperti kena hiris sahaja. Nak tak nak kena sabar juga.
Kalau tak sabar nanti ada yang tak boleh tidur.
Saya minta maaf, saya ada hal penting – Awan
Apa aku peduli kalau dia ada hal penting
sekalipun. Hurm… Hazrina masih mengumam geram setelah membaca
pesanan demi pesanan yang dihantar oleh Hazwan tanpa henti itu. Sekejap-sekejap
masuk.
Saya tahu awak memang baca SMS ni – Awan
Hazrina
terus edit sesuatu.
Tolonglah jangan buat macam ni – Awan
Nanar!
Dan
lagi sekali telefon bimbit Hazrina menjerit. Tertera nama yang baru, untuk
Hazwan. Awan Nanar! Memang nanar hati Hazrina jadinya disebabkan sikap Hazwan.
Tak nak
angkat jugak. Erm, sebenarnya saya terpaksa balik – Awan
Hazwan
memberitahu sebabnya kenapa Hazrina ditinggalkan. Tapi memang tak patut
langsung ditinggalkan tanpa khabar berita. Ingat Hazrina ni apa? Perempuan
sarkas yang boleh dibuat lawak? Boleh jadi emosional tahu tak dalam memikirkan
hal lelaki tak sedar diri macam Hazwan tu. Hazrina gumam geram yang tak terluah
dengan kata-kata.
Bunyi telefon terus menerus menganggu. Dia
berikira-kira dengan rajuknya sendiri. Mahu jawab atau pun tidak. Kalau dijawab
nampak sangat dia mudha mengalah. Kalau Hazwan mahu pujuk, teruskan berusaha.
Usaha tangga kejayaan.
“Rin…
boleh tak kau off-kan telefon kau tu.
Aku nak tidur ni… masa nilah aku nak tidur lama sikit sebab dah dua hari aku
tak boleh tidur nak siapkan assignment
Encik Zul Adha tu tahu. Dahlah aku tengah geram dengan dia ni.” Noris merungut
sambil tarik selimut.
Hazrina
menoleh lalu dia melangkah ke katilnya lantas mematikan telefon bimbitnya itu.
Selepas itu dia duduk dibirai katil sambil memeluk tubuhnya sendiri. Pagi ini
nafas rasa sesak pula. Tidak tahu kenapa hal ini terjadi. Gara-gara pedih di
hati agaknya.
Krohhh krohhh krohhh!
Hazrina
menggeleng. Begitulah hari-hari Hazrina di kolej sering dihadapkan dengan bunyi
dengkuran Noris yang sangat kuat. Kemudian dia mengukir senyuman. Noris… Noris…
***
“Kenapa
dengan muka you ni? Macam tak ada mood
je?” Maya bertanya sambil bersilang tangan melangkah di dalam sebuah pusat
membeli belah.
Hazwan
seolah-olah terpaksa menemani Maya membeli belah di Pavillion, Kuala Lumpur.
Kebetulan pula Hazwan memang ada client di sana jadi Maya pula sibuk-sibuk curi
peluang.
“Nothing…” Balas Hazwan lalu meleraikan
pautan tangan Maya pada lengannya.
Maya
hentak kaki setelah diperlakukan seperti itu.
“You…”
Panggil Maya setelah Hazwan melangkah cepat-cepat untuk duduk dibangku. Baju
lengan panjangnya dilipat hampir ke siku. Usai sebelah kanan, dia lipat pula di
sebelah kiri. Maya berdiri di hadapannya dengan muncung bibir.
Plastik
bag yang dipegang Maya terus diletakkan di sebelah Hazwan. Maya duduk di
sebelah kiri pula sambil menarik lengan baju Hazwan.
“Pandang
I.” Suruh Maya.
Berat
pula untuk tatap wajah perempuan yang memang cerewet. Kenapalah aku boleh
bertunang dengan dia? Hazwan begitu menyesal dengan tindakan sendiri tetapi
semua itu dilakukan demi memenuhi permintaan mama.
“Awan!”
“Boleh
tak you jangan nak tengking-tengking I dekat sini?”
“Bila
masa I tengking you?” Wajah Maya berkerut bila Hazwan tinggikan suara. Tahu pun
takut.
“Sakit
telinga I ni tahu tak? Yang you sekarang ni selalu sangat ajak I keluar ni
kenapa? You tahu tak yang I sekarang sangat sibuk?”
“Sibuk
dengan perempuan lain?”
“Kalau
I ada perempuan lain pun kenapa? I bertunang dengan you pun disebabkan mama I.
Kalau tidak, jangan harap you jadi tunang I. Mulut bising mengalahkan murai
cirit birit!”
“You
kata mulut I ni mulut murai cirit birit? Habis you tu apa? Mulut buaya lidah
bercabang! Janji macam-macam tapi ada you tunaikan?” Maya tidak mahu mengaku
kalah.
Hazwan
bangun dan terus melangkah meninggalkan Maya begitu sahaja sebelum Maya habis
cakap lagi Hazwan sudah angkat tangan tanda ‘full
stop’ malas mahu layan.
“Awan!!!
Grrr….” Maya mengumam geram. Ni semua sebab perempuan tu, kan?! Fine! Maya
bercakap sendiri menahan bengang. Huh!
Disebabkan
Maya, aku terpaksa tinggalkan Hazrina malam tadi. Kalau tak, memang aku berpuas
hati dapat date. Kacau daun minah ni!
Hazwan
terpaksa tinggalkan Hazrina dan itu dia cuba jelaskan pada Hazrina tetapi gadis
itu enggan menjawab telefon. Mungkin Hazwan mesti bagi masa padanya agar dapat
berfikir dan merehatkan minda. Kalau terus menerus dipaksa pun tak guna juga.
Lama-lama naik bosan.
***
Pintu
bilik Hazrina diketuk. Noris memandang Hazrina dan Hazrina juga memandang
Noris. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Baru sahaja mahu menjamu
selera makan roti sapu jam nanas, sudah terbantut. Ada pula yang datang mengganggu.
Pada
petang begini mereka senang menjamah roti. Berjimat cermat makan apa yang patut
sahaja tetapi bagi Noris, dia tidak mahu makan nasi kicap telur goreng. Banyak
kolestrol nanti makan telur goreng.
“Siapa
la tu?”
“Yana
kut?” Noris meneka.
“Tak
mungkin dia datang nak serang aku lagi?”
“Bukan
ke masa kelas tadi Am datang jumpa kau? Dah tentu berita tu sampai dekat dia.
Sekarang tibalah masanya dia datang serang kau.” Noris menakut-nakutkan
Hazrina.
“Am
datang jumpa aku pun sebab nak minta maaf bagi pihak Yana yang nak tampar aku
tu.”
“Cemburu
sangat.”
“Kalau
kau pun akan buat benda yang sama untuk mempertahankan orang yang kau sayang
dari dirampas orang lain.”
“Jadi…
maksudnya kau ni seorang perampas la ya?” Noris tersengih.
Hazrina
terus cubit lengan Noris.
“Auch!
Sakitlah.”
Pintu
diketuk lagi.
“Pergilah
buka pintu tu cepat.” Pinta Hazrina.
“Baiklah…”
Noris akur.
Lamba
Noris berdiri di hadapan pintu setelah dibuka. Terkejut agaknya.
“Siapa
tu, Is?”
“Kau
pasti takkan percaya apa yang aku nampak ni, Rin.” Ketara suara Noris seperti
tersentak dengan sesuatu yang diluar jangkaan. Mungkin sesuatu yang tidak masuk
akal.
Cepat-cepat
Hazrina bangun dari bangku kemudian meluru ke muka pintu. Eh! Biar betul?
Hazrina turut tersentak sebagaimana Noris tadi. Mereka berdua tercengang.
“Besarnya
Rin…”
“Ha`ah
besar… tak pernah aku nampak benda ni besar macam ni ada depan pintu bilik
kita.” Hazrina terkesima.
“Dan
aku pun tak pernah jumpa lelaki yang gila macam ni.” Ujar Noris.
‘I’am so sorry, what I did last night’
Hazrina
terdiam lalu menarik tangan Noris untuk cepat-cepat masuk lalu pintu dikunci.
Dia tidak terpujuk langsung. Hazrina cuba jadi seorang yang degil.
“Rin…”
“Tak
naklah.”
“Dia
pujuk kau tu…”
“Pujuk
aku dengan buat banner besar macam
tu? Tu betul-betul kerja gila.”
“Tu
tandanya yang dia dah mula sayang pada kau.”
“Kau
sendiri pun tahu yang dia tu tunang orang.”
“Baru
tunang aje, Rin… tunang belum tentu confirm
jadi isterinya lagi, tahu?” Noris senyum bangga. Bangga dan penuh yakin bahawa
Hazrina akan berjuang demi cinta.
Pon! Pon! Pon!
Tiba-tiba kedengaran bunyi hon yang sangat kuat di tengah padang hadapan kolej.
Bunyi itu menarik perhatian pelajar lain termasuk pengawal keselamatan.
Hazrina
segera melangkah ke tingkap biliknya. Dan dia terkejut melihat seorang lelaki
berpakaian t-shirt tidak berkolar dan berseluar jeans biru sedang berdiri di
atas sebuah lori satu tan sambil memegang healer.
“Sharifah
Hazrina binti Syed Hamidi, saya nak ajak awak keluar dinner. Awak tidak ada pilihan lain. Awak mesti keluar dengan saya
juga. Jikalau awak enggan maka rahsia awak akan terbongkar!” Jerit lelaki itu
melalui heller yang dipegangnya
“Hah?
Rahsia apa?” Wajah Hazrina berona merah.
“Mungkin
rahsia masakan?”
“Serius
sikit, Is.” Pinta Hazrina menahan debaran. Jantungnya berdetak laju sekarang.
Rasa mahu pitam sekarang juga tetapi dia mesti bertahan dan berfikir. Rahsia
apa yang ada di tangan Hazwan?
Noris
pula berasa kagum.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Lica Shah · 635 weeks ago
yun yun · 635 weeks ago
diyana · 635 weeks ago
seroja · 635 weeks ago
mohor · 635 weeks ago