Nasi
Kicap Telur Goreng (Bab 6)
Sudah
dua hari Noris tidak bercakap dengan Hazrina. Mereka saling membisu antara satu
sama lain. Tidakpernah bertegur siapa.
Bukan Hazrina tidak mencuba tetapi Noris enggan memaafkan Hazrina agaknya. Oleh
yang demikian Hazrina berputus asa. Beginilah keadaannya. Seorang pandang ke
barat, seorang pandang ke timur.
Noris
sibuk menaip sesuatu dengan kemputer riba. Hazrina bersandar di kepala katil
sambil meletakkan novel yang dibacanya itu di sisi. Perlahan-lahan dia turunkan
kakinya setelah berada di birai katil. Malam yang dingin mencucuk tubuh. Hujan
yang tadinya lebat, sekarang sudah berhenti kecuali hujan di dalam hati Noris
yang masih terasa dengan tindakan Hazrina yang tegar menampar.
“Pesan
Rasulullah… tak baik kita tidak bertegur sapa selama tiga hari berturut-turut…”
Noris
diam. Ucapan Hazrina seolah-olah tidak melekat di cuping telinga. Hazrina
bangun dari duduknya dan mendekati Noris sambil mengikat rambutnya. Tiba-tiba
Noris bangun.
“Kau
nak ke mana?”
Noris
diam.
Hazrina
sudah berputus asa. Dia menghitung sendiri kiraan. ‘Hurm… baru dua hari…
patutlah…’ bisik hatinya kesal.
Dia
kembali semula duduk di birai katil dan mencapai semula novel paling laris.
Novel yang membuatkan orang menangis
kalau membacanya. Kalau dia jadi seorang penulis, dia mahu berkongsi cerita
gembira sahaja dan yang kelakar agar orang akan terus ketawa tanpa bersedih
seperti dirinya sekarang ini. Tetapi itu mustahil. Pahit, manis, suka dan duka
itu adalah warna-warna kehidupan. Sekiranya dihitungkan kini, lebih banyak
derita yang terpendam berbanding bahagia yang bertandang.
Hazrina
menggeleng perlahan dan tanpa Hazrina sedar, Noris berada disebalik pintu
mengintai Hazrina yang kesedihan. Di situ Noris kembali semula dan duduk di
birai katil Hazrina sambil menghulurkan tisu.
“Dah
la.. ni la yang aku lemah ni. Kau dengan air mata tak dapat dipisahkan ek?”
Noris menguis dagu Hazrina supaya menatap wajah.
Hazrina
terus memeluk Noris.
“Maafkan
aku, Is. Aku betul-betul bersalah kat kau. Aku tak sepatutnya tampar kau.”
“Aku
sentiasa maafkan kau. Kita kan dah janji kita akan berkawan baik sampai
bila-bila. Aku tahu kau tak sengaja tampar aku.” Tanpa sedar, Noris juga
menitis air mata dalam dakapan itu.
“Sekuat
mana pun kita… kita tidak akan mampu melangkah sendirian. Sehebat mana pun
kita, kita takkan mampu merintih keseorangan. Aku perlukan seorang kawan macam
kau, Rin. Kau kuat. Kau dapat lalui semua ni walaupun aku tahu hati kau sangat
pedih dengan segala tohmahan dan penghinaan.” Tutur Noris sebak.
Hazrina
turut terharu mendengarnya. Dia tidaklah sekuat apa yang dikatakan Noris tetapi
dia hanyalah manusia biasa. Seorang remaja normal yang lain yang mahukan
perhatian dan kasih sayang dari seorang yang bergelar lelaki.
“Maafkan
aku Is… maafkan aku…” Berulang kali Hazrina merayu agar benar-benar
memaafkannya dari lubuk hati yang paling dalam.
“Untuk
pengetahuan kau… aku dah pancitkan tayar kereta perempuan tu masa tu jugak.”
“Ah?!”
Hazrina terkejut terus memandang wajah Noris. “Perempuan mana?” Hazrina ingin
tahu.
“Perempuan
berangan cantik dan mengaku tunang Awan.”
“Hah?”
“Aku
tak lari tapi aku patah balik nak tengok apa yang berlaku. Tapi perempuan tu
buat aku geram.” Wajah Noris berubah ceria teringatkan wajah perempuan bernama
Maya setelah mendapati keempat-empat tayar Toyota Camry telah pancit dikerjakan
Noris.
“Kau ni
tak baik.” Hazrina cubit lengan Noris.
“Auh,
sakit la.”
“Kita
jangan aniaya orang lain, Is. Berdosa.”
“Wah,
kalau hati disakiti tak apa pulak? Aku kan dah janji, aku takkan biarkan orang
lelaki ataupun sesiapa sahaja menyakiti hati kau. Ini janji aku yang pernah aku
lafazkan sewaktu semester satu dulu.” Beritahu Noris.
“Erm…”
“Baiklah…”
Noris bangun dan mendekati tingkap. Angin malam yang dingin setia menerobos
masuk dan terus menjarum tubuh mereka. “Aku nak kau cerita perkara sebenar,
itupun kalau kau rasa kau sahabat aku la…” Noris memberi pilihan.
“Aku
tahu kau jadi macam ni sebab aku dah tampar kau, kan?” Hazrina bangun dan
melangkah ke arah Noris. Dipegang tangan itu dan ditarik sampai ke pipi. “Kau
boleh lempang aku balik. Kau boleh balas.” Tokok Hazrina lagi meminta Noris
terus menampar pipinya supaya Noris tidak menyimpan sembarang dendam.
Noris
jadi serba salah. Disentap tangan.
“Rin!
Dah la tu.” Bantah Noris. “Aku dah maafkan kau. Tolonglah jangan macam ni. Kau
dah jauh berubah. Mana Rin yang penyabar? Aku suka Hazrina yang dulu seorang
yang tabah.”
“Aku
cuba tabah tapi kalau kau macam ni macam mana aku nak terus kuat?”
“Rin…”
“Is…
kau jangan terlalu protect aku.”
“Rin…”
Sebut Noris lagi perlahan.
“A…aku…”
“Kau
dah tak sayang aku?”
“Aku
sayang sangat-sangat.” Hazrina terus memeluk sahabat baiknya. Dia tidak mahu
kehilangan Noris dalam hidupnya tetapi jika Noris terlalu emosi dalam
melindungi peribadinya maka hidup ini seolah-olah rasa terkongkong.
Noris
menolak perlahan tubuh Hazrina. Ketara nafas Noris tidak teratur gara-gara
sikap Hazrina yang sekarang ni sukar diramal bahkan melalut entah ke mana.
Noris tahu emosi Hazrina kurang stabil dan banyak dugaan yang terpaksa ditempuh
tetapi janganlah sampai hilang kewarasan.
“Ni
berapa?” Noris pamerkan jarinya.
“Kau
ingat aku ni mental ke?”
“Jawab!”
“Dua…”
“Huh!
Aku nak pastikan bahawa kau tak meroyan, itu aje.” Noris angkat kening.
Hazrina
julingkan mata.
Wajah
kembali kendur. Mata mula layu. Mud selalu berubah-ubah mengikut perasaan.
“Is,
aku tak faham apa kena dengan aku ni?”
“Kau sebenarnya
jatuh cinta dan tak tahu nak pilih antara persahabatan dan percintaan, kan?”
Noris membuat telahan.
“Cinta?”
Hazrina ragu-ragu.
Noris
terus mengangguk pasti.
“C-I-N-T-A.
Cinta Ilahi Nikmat Tiada Akhirnya. Itulah sepatutnya yang kau cari.”
“Kau tak
serius, Is.” Hazrina tarik muka dan kembali duduk di birai katil sambil peluk
tubuh. Terasa dipermainkan oleh Noris sebentar tadi. Tetapi jika difikirkan
balik memang itu yang utama tetapi cinta yang dicari Hazrina berupa kasih
sayang.
“Siapa
cakap aku tak serius? Cuba kau fikir, kalau kita tak tahu apa yang kita cari
sebenarnya, macam mana kau nak faham? Kau jatuh cinta pada Awan, kan?” Noris
meneka.
Hendak
cakap salah, tidak cakap pun salah. Noris banyak memberikan bebanan berfikir.
Waktu begini bukan masanya sesuai untuk membuat pilihan. Sekarang Hazrina mahu
kepastian. Ia tentang cinta.
“Hurm…”
Mengeluh. Hazrina mengetap bibir.
“Mengaku
atau tak?”
“Ya.”
“Kalau
kau tak mengaku sekalipun, ini buktinya.” Noris menghulurkan sapu tangan.
Hazrina
memerhatikannya.
“Apa?”
Hazrina tersentak. “Kau?”
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
miami · 637 weeks ago