Nasi
Kicap Telur Goreng (Bab 3)
Hazrina
ditemani Noris. Kalau hendak ke mana-mana pun pasti Noris setia menjadi supirwomen untuk Hazrina. Senyum melebar
Noris kerana abahnya belikan kereta untuknya agar mudah hendak ke mana-mana.
Nasib baik punya abah yang sangat penyayang. Hazrina pula tidak memiliki kereta
sendiri. Noris bernasib baik kerana berada dalam keluarga yang agak senang
berbanding dirinya tetapi bagi Noris pula itu tidak menjadi masalah. Kerjasama
dan sikap saling tolong menolong selalu diambil berat.
Sungguhpun
begitu, Hazrina tetap bersyukur kerana dia dapat sambung belajar dan berusaha
mengubah nasib keluarga suatu masa nanti. Pesan ibu, walaupun hidup susah
asalkan kita tidak meminjam wang dengan sesiapa. Hidup di atas kaki dan usaha
sendiri. Pesan ayahnya juga begitu. Jadi ayah dan ibu adalah oorang kuat yang
berdiri di belakangnya.
Dari
tadi sunyi sahaja Hazrina tidak bersuara. Noris asyik bersilih pandang. Sekejap
menghala di hadapan, kemudian menoleh ke sisi memerhati Hazrina yang termenung.
“Kenapa
dengan kau ni, Rin?” Pertanyaan Noris memecahkan tembok sepi yang dari tadi
tiada bersuara. Siaran radio pun tidak dipasang Noris.
Hazrina
menoleh.
“Teringatkan
mak aku dekat kampung.”
“Aik…
cuti semester baru ni kan dah balik, nak rindu lagi? Kalau rindu nak ke aku
terus berpatah balik ke Temerloh sekarang?”
“Ehhh…
kau jangan buat hal, esok kita kena submit
assignment.” Hazrina melepaskan keluhan berat sahaja. Noris sengaja buat
jantungnya berdebar-debar. Dia tahu Noris ni kalau hak memandu memang tidak
kisah. Sanggup sahaja. Tidak kisahlah kalau ke mana. Dibuat seolah-olah tiada
perkara lain untuk dilakukan esok hari.
“Kelas
Encik Ehsan membosankan…” Beritahu Noris.
“Memang
pun…” Memang sejak dari awal lagi Hazrina merasakan sedemikian. Oleh sebab itu
kadangkala malas sangat mahu melayan pensyarahnya itu. Entahlah… semenjak
akhir-akhirnya dirasakan pensyarah itu semakin miang. Isteri sudah hamil
menanti hari pun masih sibuk usyar pelajar. Geram betul Hazrina terhadap lelaki
mata keranjang seperti itu.
“Okey,
mana warung tu? Warung yang kau nak makan nasi kicap telur goreng tu?”
“Cari
parking dulu la, Is.”
“Banyak
parking dekat sini, sekarang pun aku boleh parking.” Noris membelok ke kiri
untuk masuk ke kawasan parkir kereta. Di hadapan sana tidak jauh dari tempat
mereka berada terdapat sebuah warung biasa tetapi kelihatan ramai pelanggan.
Barangkali di situ tempat masakan yang enak.
Mereka
berdua keluar. Noris masih kehairanan dan memang Hazrina tidak menjawabnya maka
Noris mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat sahaja.
Perlahan-lahan
mereka melangkah dan keadaan lalu lintas pada tengah hari begini agak sibuk.
Oleh yang demikian, langkah mesti diatur dengan berhati-hati tambah pula malang
tidak berbau dan tidak pernah berkata nanti dulu atau tunggu dulu kerana waktu
sentiasa berlalu. Mereka mahu memenuhi waktu dengan apa yang dirancang.
Hazrina
tidak berniat untuk memaksa Noris mengikuti segala kehendaknya tetapi tanpa
Noris, Hazrina seolah-olah kehilangan satu kaki untuk melangkah. Begitu juga
sebaliknya.
Hazrina
meluru ke kaunter dan membuat pesanan. Menu tengah hari, Nasi kicap telur
goreng. Hah? Noris mendengarnya dan ternyata Hazrina membuat pesanan itu.
“Satu
atau dua?”
“Errr…
dua.” Hazrina memesannya.
‘Dua?’
Noris membulatkan biji mata. “Aku mahu makan lauk ayam…” Noris merungut setelah
melihat lauk pauk yang enak di dalam hidangan. Kalau makan lauk telur sahaja
mana selera. Hazrina tarik tangan Noris untuk duduk. Di situ di sudut tercorok
sedikit mereka duduk bersama.
“Nasi
kicap telur goreng,” beritahu pelayan itu lalu meletakkan dua pinggan nasi
tersebut. Noris dan Hazrina menatapnya.
“Kau
nak makan ke?” Noris seolah-olah telah kehilangan selera makan. Waktu tengah
hari menu paksaan. Ini tidak adil. Hazrina juga mahu merasainya.
“Cepatlah,
makan.”
“Err…”
“Baca
doa makan dulu.” Hazrina mengingatkan Noris.
Mereka
berdua menadah tangan kemudian mengaminkannya bersama-sama. Noris yang tolong
bacakan doa makan itu.
Nasi
hanya digaul Noris. Hazrina pula telah mula menelahnya. Tetapi setelah
dirasainya, air matanya menitis lalu jatuh ke dalam pinggan itu. Noris tersentak
melihat reaksi tersebut.
“Rin…
dekat sini pun kau boleh menangis ke?”
“Kau
tak rasa pedas ke nasi ni?”
“Mengarut
betul. Mana ada cili?”
Hazrina
tunjuk bekas sambal cili yang tersedia dia atas meja. Dia telah masukan sambal
cili ke dalam nasi tadi. Ia sesuatu yang berbeza. Terlalu pedas. Menyesal!
Noris melihatnya.
“Cari
pasal sangat.” Ujar Noris.
Sebenarnya
bukan itu punncanya. Hazrina sengaja mencari alasan. Realistik dan dia memang
menangis. Dia tidak mahu mengaku. Tanpa berlengah dia terus menyeka air matanya
dengan tisu dari kotak atas meja itu.
“Orang
lain kau boleh tipu tapi bukan pada aku. Sebenarnya kau memang menangis.” Nasi
terus disuap ke dalam mulut lalu dikunyah perlahan. ‘Sedap juga nasi ni…’ Noris
sempat memuji dalam hati.
Dunia
sekeliling bagaikan terhenti dan hanya mereka fokus pada nasi itu. Tiada apa
istimewa pada Noris tetapi tidak pada Hazrina. Nasi itu lain daripada yang lain
dan warung itu juga lain dari yang lain. Memang tidak ramai yang pesan makanan
seperti apa yang mereka pesan cuma sekarang timbul tanda tanya pada hati
sahabatnya itu. Kenapa?
“Aku
tak tahu kenapa aku rasa nak makan.” Beritahu Hazrina.
“Apa
motif kau sedih sangat makan nasi macam ni?”
“Macam
mana kalau orang yang langsung tak dapat makan makanan macam ni?” Terus persoalan
itu menghentak tempurung kepala Noris.
“Tapi
masih banyak pilihan kan?”
“Sebenarnya
tiada apa-apa pilihan melainkan berusaha mencari duit untuk beli makanan. Tiada
benda percuma dalam dunia ni.” Beritahu Hazrina.
“Tapi
apa maksud kau sebenarnya.”
“Di
sinilah aku dihina oleh Awan.”
“Awan?
Siapa Awan?” Mulut Noris tercengang seperti mengalami kekejangan otot.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
meja laboratorium · 511 weeks ago