Nasi
Kicap Telur Goreng (Bab 1)
Hanya
air mata setia menemani siang dan malam si gadis berambut panjang bermata
bundar dan berbulu mata lentik itu. Kulit yang halus mulus itu seolah-olah
pejal dek menahan sebak. Matanya bengkak dan raut wajahnya sugul. Derita apakah
yang melanda gadis bernama Sharifah Hazrina binti Syed Hamidi? Tiada siapa yang
mengerti selain daripada kawan baiknya sendiri iaitu Norisyahada binti Saim yang merupakan rakan sebilik.
Tiada
yang dapat dibicarakan lagi oleh Sharifah Hazrina yang biasa dipanggil Rin oleh
rakan-rakan sejak mula di kolej. Dia tersedu sedan. Terlalu kecewa meruntun
hati. Lalu datang dekat si gadis kecil molek tidak mahu membiarkan Hazrina terus
menangis. Ada sesuatu yang ingin Noris katakan.
“Boleh
tak kau senyap sikit?” Noris tepuk bahu Rin yang sedang menutup muka dengan
tuala. Belum sempat Rin menjawab, Noris terlebih dahulu menarik tuala tu. Dari
malam sampai subuh begitu sahaja keadaan. Noris mahu tidur pun terasa payah. Rin
bukan sengaja menangis tetapi terpaksa kerana mahu meluahkan rasa geram.
“Kau
kenapa?” Hazrina tunjuk riak wajah tidak berpuas hati. Mata sudah bengkak
mengalahkan biji bola ping pong.
Noris
terus melabuhkan punggung di birai katil Rin lalu dipeluk bahu itu dengan penuh
kasih sayang sebagai seorang sahabat. Suka duka mereka dikongsikan bersama.
Memang mereka bagaikan belangkas tetapi masih juga ada rahsia di antara mereka.
Apa yang pasti Noris mahu mempertahankan sahabatnya itu.
“Aku
tak nak kau menangis lagi, Rin. Apa yang kau dapat kalau terus macam ni? Tak
guna kau kenangkan hal yang lalu. Hidup mesti diteruskan. Kau nak ke pelajaran
kau terganggu gara-gara benda-benda ni semua? Secara tak langsung aku pun terbabit
tahu?” Noris betul-betul rasa terkilan dengan sikap seorang jejaka yang telah
melukakan hati dan perasaan Hazrina sampai ke tahap meroyan seperti sekarang.
Kalaulah ada sesuatu yang boleh dihempuk di atas kepala si jejaka itu, sudah
lama Noris buat lelaki itu pengsan tidak bangun-bangun lagi. Geram sungguh.
Hazrina
seorang yang bersungguh-sungguh dalam memastikan kejayaan cinta tetapi apa
boleh buat sudah tiada jodoh. Untuk apa dikenang? Lagipun sudah berkali-kali
Noris pesan padanya, buang yang keruh ambil yang jernih. Tetapi yang paling
seronok kata Noris, sekali petik,, sepuluh mari.
Hazrina
diam.
“Kau
bukan tak cantik. Lebih cantik dari aku.”
“Kerana
kecantikan juga yang buat aku merana.” Pantas jawab Hazrina.
Noris bangun
sambil tarik tangan Hazrina. Badan Hazrina rasa berat pula mahu bangun. Waktu
begini memang seronok berbungkus selimut. Sudah Subuh hari.
“Sudahlah…
mari kita ke surau. Dah subuh.” Beritahu Noris mengajak Hazrina gadis berusia 22
tahun. Mereka adalah sebaya.
Hazrina
sangat bertuah kerana setiap kali dirinya dirundum hiba, Noris setia
menceriakan suasana meskipun Hazrina tahu Noris sendiri punya masalah sendiri
yang sukar diungkap dengan kata-kata. Hanya air mata menjadi jawapan kepada
duka dan lara.
***
Datang
seorang gadis lagaknya bagaikan herion Korean terus hentak-hentak kaki di
hadapan dua orang kawan baik. Bercekak pinggang lalu menolak tubuh Rin yang
tidak tahu menahu langsung. Keadaan bertukar gamat kerana adegan tolak menolak
berlalu setelah Noris turut masuk campur. Kafeteria yang tadinya tenang kini
kecoh.
“Perempuan
jalang!” Farhana menuduh Hazrina dan mahu menampar pipi gadis cantik di situ
juga.
Noris
tidak mahu Hazrina diapa-apakan. Kalau Farhana berani tampar Hazrina, tahulah
nasib. Noris memang tidak suka kalau Hazrina disakiti.
“Wei! Korang
berdua ni tak malu ke?” Akram berdiri di tengah-tengah mereka. Noris pula
cepat-cepat sambar tangan Hazrina menjarakkan diri.
“Boleh
tak kau bawa perempuan ni blah dari sini, Am! Aku tak nak tengok dia sakiti
kawan aku ni. Kalau tak aku lapor pada dekan!” Noris memberikan amaran.
Akram
yang berbadan tinggi bentuk tubuh seorang supermodel dan pernah terpampang
wajah itu di dalam beberapa buah majalah memperagakan pakaian. Akram menjadi
kegilaan ramai gadis kolej tetapi dalam hal sekarang, ia melibatkan cemburu
buta di Farhana. Ia menjejaskan nama baik Hazrina yang langsung tidak ada
kaitan dengan Akram.
“Ana,
mari sini!”
Farhana
terus ditarik oleh Akram walaupun cuba melepaskan diri. Hazrina terus sebak
menjadi mangsa gosip liar. Dari mana pula datangnya cerita pelik itu? Kenapa Farhana
datang menyerang tiba-tiba? Hazrina sendiri tidak mengerti.
“Kau
jangan layan sangat si Ana tu.” Noris tarik tangan Hazrina.
“Aku
tak faham kenapa dia tuduh aku perempuan jalang?” Tanpa disuruh air mata Hazrina
terus menitis.
Susah
untuk meredakan gelora di hati. Saban waktu Hazrina dipanah dengan gosip-gosip
liar. Apa salah dirinya sehingga begitu? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Berada
di tahun akhir di kolej ini, begitu banyak dugaan yang terpaksa di hadapi Hazrina.
Sepatutnya di tahun akhir inilah yang paling aman tetapi ternyata sangkaannya
meleset sama sekali. Ini adalah tahun yang malang dalam hidup remajanya.
“Kau
janganlah menangis dekat sini. Malu orang tengok.”
“Aku
nak menangis dekat mana lagi?”
“Mangkuk
tandas.”
“Arghhh!”
Rin teriak serta merta lalu Noris cepat-cepat pekup mulut Hazrina yang memang
tidak terkawal. Sudah tahu Hazrina sedang bersedih, sengaja Noris menguji.
Memang Noris sengaja mahu Hazrina lepaskan rasa hati. Biar satu dunia ni
bergegar bahawa hati Hazrina benar-benar terluka.
Suasana
kembali sunyi. Pelajar lain sudah beransur langkah dan hilang dari kafe
sehinggalah saki baki yang terakhir adalah mereka berdua.
“Sekarang
ni kelas Encik Ehsan, Rin.”
“Ek?”
“Ya…
kau tak nak masuk ke?”
“Biarlah…”
“Rin …
kita di tahun akhir ni…” Noris mengingatkan Hazrina.
“Ek?”
“Ya Rin
…”
Mereka
berdua bertongkat dagu sambil mengembungkan pipi.
“Kau
tahu tak apa yang aku tengah fikir sekarang?”
“Macam
mana aku nak tahu, kau tak cakap? Mata aku tak dapat scan kau punya otak.”
Noris menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Sekilas memandang
jam di lengan. Pukul 11 pagi. Hazrina masih selamba sahaja bertongkat dagu.
“Sebenarnya
aku tengah fikirkan cara, bagaimana aku nak ajar si Farhana tu.”
“Eh…
kau biar betul?” Noris terkejut. Setahu Noris, Hazrina bukan seorang yang suka balas dendam tetapi
kenapa sekarang lain jadinya? Noris menggeleng.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)