Suhaimi
lelaki berbadan besar, memiliki kulit yang cerah bermata galak dan berhidung
mancung. Saiz badan bukan penghalang untuk meraih senyuman. Siapa sangka di
sebalik raut wajah yang ceria dan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada
sesiapa sahaja itu rupa-rupanya tersimpan sejuta kepahitan.
Pahit
dai dalam tidak dizahirkan kerana untuk menjadi seorang yang sangat positif
bukanlah kerja mudah. Kadangkala rebah, kadangkala tersangkut dan itulah lumrah
kehidupan bagaikan putaran roda. Seketika di atas, seketika pula berada di
bawah.
Jejaka
berusia 32 tahun itu masih belum berumah tangga. Tiada sesiapa di sisinya
menemani siang dan malamnya. Hanya zikir dan munajat kepada Sang Pencipta
sering diagungkan. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyalahkan
takdir Tuhan tentang kenapa dia hidup bersendirian. Hidup tiada peneman setia.
Mungkin belum tiba jodohnya.
Suatu
hari dia ke sebuah tempat, di situ segala-galanya diperhatikan. Setiap sudut
dan tempat diintai bagi menelaah bagaimana semua itu bermula. Jadi, dia
melangkah ke tempat duduknya si kecil yang menangis. Tangisan si kecil itu
seolah-olah menjentik hatinya untuk mendekati dan bertanyakan kisah.
“Adik…
kenapa menangis?” Suhaimi duduk di sebelah budak lelaki itu.
Air
mata yang membasahi pipi budak lelaki itu disekanya sampai tiada bersisa.
Diperhatikan seraut wajah duka itu supaya tersenyum. Tidak sanggup rasanya dia
perhatikan lama-lama wajah yang muram.
Pada
mulanya budka itu diam. Dia tiada bicara tetapi masih teresak-esak dan tersedu
sedan menangis kembali. Suhaimi memujuk supaya tangisan itu terhenti.
“Beritahu
abang, kenapa adik menangis, sedangkan kawan-kawan adik yang lain sedang
berseronok dekat sana tu.” Suhaimi menarik nafas.
Budak
lelaki itu pun bangun dari duduknya. Bangun dengan bantuan tongkat. Adik itu
tiada kaki kanan. Kanak-kanak itu telah kehilangan kaki kanan semenjak
dilahirkan. Maka dirasakan tiada nikmat berjalan dan di ketika sudah mahu
memulakan persekolah, adik itu jadi sedih.
“Adik…
kenapa ni?” Puas Suhaimi memujuk.
“Abang,
adik tak ada kaki. Adik jalan pakai tongkat. Orang lain boleh berlari tapi
adik?” Sebak terasa di dada setelah mendengar luahan itu.
“Siapa
nama adik?”
“Lutfi.”
Tunduk.
Suhaimi
bangun dan dipeluk budak itu seerat-eratnya.
“Apa
adik rasa bila abang peluk adik?”
“Takut.”
“Adik
takut pada siapa?”
“Takut…”
“Adik
sendiri tak tahu takut dekat siapa, kan? Sebenarnya adik takut pada diri adik
sendiri. Adik tak yakin terhadap diri adik. Kalau adik tak ada kaki, adik tak
boleh berjaya macam orang lain?” Suhaimi tidak mahu Lutfi patah hati dengan
ketiadaan kaki.
“Mana
mak dan ayah saya? Kenapa mereka tinggalkan saya dekat sini?” Rupa-rupanya
Lutfi terkilan setelah mengetahui hal sebenarnya. Lutfi anak buangan. Ia satu
cerita yang menyayat hati sungguh Lutfi berkecil hati. Sudahlah hidup serba
kekurangan selama lapan tahun, sekarang otaknya menghadam erti kekesalan. Kesal
kerana orang yang melahirkan dirinya entah ke mana. Si ayah? Mana Ayah? Si ibu…
mana ibu? Kini dia berada di rumah yang menempatkan kanak-kanak yang tidak
beribu dan tidak berbapa.
“Tiada
dosa adik untuk dikenang. Hidup mesti diteruskan.”
“Saya
takkan maafkan mereka!” Bentak Lufti lalu mengatur langkah dengan tongkat itu.
Tergesa-gesa Lutfi meninggalkan Suhaimi.
Pada
malamnya Suhaimi bertemu lagi dengan kanak-kanak tersebut. Dia mendekati Lutfi
yang tidak jemu termenung. Untuk apa mengenangkan apa yang berlalu sedangkan
hari esok mungkin ada sinar.
“Adik
beruntung masih nampak bintang di langit.” Suhaimi berdiri di sebelah Lutfi
yang senang termenung sambil menatap bintang itu.
Lutfi
menoleh.
“Erm…”
Keluh Lutfi.
“Ada di
antara kita yang langsung tak nampak. Tapi kenapa mereka terus berjuang?”
“Abang
jangan tanya adik. Abang tanya kenapa saya dibuang!”
“Adik…
jangan mudah mengalah. Adik patut tahu bahawa Allah sayangkan adik. Tanpa kasih
sayang dari Dia, adik takkan bernafas hari ini.”
Lutfi
terdiam dan Suahimi hulurkan sesuatu untuk Lutfi. Pada mulanya Lutfi enggan
sambut tetapi Suhaimi memberikannya juga.
“Tak
salah kita menghiburkan orang lain. Tak salah kita buat orang tersenyum di
saat-saat kita menderita. Kita mintalah apa sahaja dari Allah, dan Insya-Allah,
Dia akan makbulkan. Jika tidak hari ini, mungkin esok, jika tidak esok, mungkin
di akhirat. Tetapi Allah tak beri apa yang kita harapkan tetapi Allah beri apa yang
kita perlukan.” Suhaimi membongkokkan tubuhnya separa Lutfi lalu dipegang
kedua-dua belah bahu Lutfi yang bermuram wajah.
Lutif
tunduk tiada bicara. Apa yang telah diberikan oleh Suahimi dipegang kemas.
Kemudian dia pulangkan semula kepada Suhaimi.
“Adik
simpan tanda kenang-kenangan.” Suhaimi mengukir senyuman.
“Abang
dah nak pergi dari sini? Abang datang tiba-tiba dan abang nak pergi tiba-tiba?”
Lutfi seolah-olah tidak merelakan keberangkatan Suhaimi.
“Selagi
kita berpeluang baiki diri, baikilah adik kerana tiada apa yang lebih bererti
daripada hidup dalam pelukan kasih sayang Allah. Jangan sesekali kita salah apa
yang tiada kerana apa yang tiada itu sebenarnya kekuatan.”
Lutfi
tidak mengerti. Mana ada yang tiada itu adalah kekuatan. Lutfi berkertu dahi.
“Tanpa
kaki pun kita kuat?”
“Ya.
Kuat.”
“Mustahil!”
Marah Lutfi terasa Suhaimi memperbodohkan dirinya.
“Kuat…
kuat semangat dan kuat keimanan dan ketaqwaan. Jika kita susah, biasanya kita
ingat Tuhan. Seandainya kita senang dan kita tenggelam dalam kesenangan lalu
kita tak bersyukur maka tak ada apa-apa erti pun dik.” Beritahu Suhaimi
kemudian berdiri tegak semula.
Lama
Lutfi perhartikan wajah Suhaimi. Wajah yang tadi siang ditancap dengan alat
solek dan berhidung merah, malam ini seperti biasa. Namun terdapat garis-garis
risau di dahi. Lutfi nampak.
“Abang
nampak sakit.”
“Tak.”
“Tipu!”
Lutfi lihat wajah Suhaimi pucat.
“Alat
solek.” Suhaimi terus menguntumkan senyuman agar Lutfi terbatas meneka.
Keesokkan
harinya pula Suhaimi pergi dari situ meninggalkan gelak dan tawa mereka.
Menemani pula tiap tangisan mereka yang menghuni Teratak Kasih yang menjadi
medan perjuangan anak-anak kecil untuk meneruskan kehidupan walaupun tanpa ibu
dan bapa.
Suhaimi
tidak kembali lagi ke situ untuk menceriakan hari-hari duka kanak-kanak itu.
Selama pemergian Suhimi, Lutfi sentiasa ingat pesan dan menatap hidung badut
yang ditinggalkan.