Mereka adalah pemuda istimewa....
Teringat saya kisah lama semasa belajar di Ireland kira-kira 20 tahun dahulu, beberapa orang sahabat lama di kalangan pelajar-pelajar Melayu (Malaysia) yang istiqamah bersolat subuh berjamaah di masjid miski pun terpaksa meredah kesejukan 'winter' yang bersalji dengan kesejukan mencecah -4 atau -5'C.
Saya sendiri lebih gemar dan merasa gembira untuk bersahabat
dengan anak-anak muda yang hebat seumpama mereka di samping bergaul bersama sahabat-sahabat dari negara-negara yang lain.
Apabila saya ikuti perkembangan terkini, ternyata mereka adalah tokoh-tokoh yang hebat dan berjaya, bukan sahaja di dalam kerjaya mereka bahkan mereka kini istiqamah mendokong perjuangan Islam di medan di mana mereka berada.
Pengajaran entri kali ini :
Subuh berjamaah adalah salah satu indikator kekuatan seorang lelaki Muslim.
Foto kenangan daripada sahabat di UK
SUMBER