Entri Terkini :

Novel : Aku Bukan Korea (Prolog)



Cerita sembilan belas tahun lalu…

DARI jauh terlihat Mustafa terkejar-kejar mendapatkan Mariah. Oh Mariah kenapa kau begini? Mustafa lelaki muda berkaca mata besar melihat Mariah rebah terkulai. Mustafa jadi panik tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
“Jangan kau pergi.” Mustafa ketara menggeletar melihat Mariah tercungap-cungap seperti kekurangan oksigen. Merayu-rayu Mustafa ketika itu. Sungguh sebak menikam jiwa. Sungguh pilu tidak terkata. Hanya bibir digerak-gerakkan memacu hati yang terluka.
Mariah rebah semasa mengayuh basikal tua. Sebentar tadi mahu ke kedai beli beras. Beras sudah habis. Hidup mereka melarat makan nasi ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan kadangkala apa yang dicari pada waktu pagi, malam baru dapat makan.
“Oh! Mariah… Akhirnya kau tinggalkan aku juga.” Teringat lagi mulut Mariah berbuih seperti terkena sawan babi. Mariah pergi meninggalkan seorang cahaya mata yang mesti dijaga oleh Mustafa dengan penuh kasih sayang. Norisya berada di dalam buaian tidak menangis walhal sudah ketiadaan ibu. Bayi kecil berusia lima bulan itu tidak akan mengerti apa-apa. Tapi mungkin parah setelah bayi itu perlukan kasih seorang ibu. Tangisan yang terjadi mungkin lebih dahsyat.
Dari jarak kurang seratus meter, berdirinya seorang wanita di anjung sedang mencempung bayi yang berusia dua bulan. Perbezaan bayi itu dengan bayi bernama Norisya hanyalah dua bulan sahaja.
“Kasihan kau  Mustafa. Terpaksa menjaga Norisya seorang diri.” Bisik Rosnah sendirian sambil menggeleng. Wanita yang berambut kerinting bermata sepet kacukan Jepun dan Melayu itu terus masuk ke dalam rumah.
Sudah sebulan Mustafa kehilangan Mariah. Selama sebulan dia menjaga Norisya bayi comel sebagai bukti cintanya terhadap Mariah. Seteguh karang dilautan yang tidak bisa lagi dilambung ombak.
Malik, suami Rosnah sedang termenung. Usai termenung dia keluar dari bilik terasing itu yang terletaknya  jauh sedikit dari rumah. Orang zaman dahulu tiada tandas di dalam rumah. Rata-rata terletaknya jauh daripada rumah. Jauh jarak sahaja. Tidak jauh dari mata. Itu kalau waktu malam budak-budak memang takut. Kalau ingin termenung pasti berteman satu atau lebih. Kalau sudah ganjil pasti dibilang lagi mana tahu ada lebihan.
“Malik!” Malik dipanggil Mustafa tidak jauh daripada rumahnya. Mustafa amat memerlukan bantuan diharapkan Malik jirannya itu sedia membantu. Apalah gunanya hidup berjiran seandainya tidak dapat menghulurkan bantuan disaat ia diperlukan. Dalam pada itu Mustafa melangkah turun lalu mendapatkan Malik yang masih kurang selesa. Wajah Malik beriak sakit. Terseringai menahan senak. Oh! Barangkali ia masih belum kesudahan. Ternyata ada yang tidak beres.
“Sebentar!” Malik kembali masuk ke dalam bilik termenung itu. Sudah lama ditunggu maka lambat jadinya namun masih bersabar kerana mahu meminta bantuan amat memerlukan kesabaran kerana manusia memilik sifat pelbagai karenah. Berhadapan dengan keadaan itu Mustafa tega bertahan selagi mana ia mampu untuk melangkah.
Mustafa dihambat resah kerana selama ini tidak pernah dia berhadapan dengan perkara genting ini. Membesarkan anak sangat payah. Semua itu memerlukan kecekalan dan ketabahan. Oleh kerana sayangnya pada Mariah, maka dia sanggup memikul tanggungjawab itu. Pedihnya dirasakan hidup tanpa isteri namun nilai kesetiaan mengatasi segalanya.
Cerita mereka bercinta manis dan romantis. Tidak pernah Mustafa memarahi Mariah bahkan mencintai Mariah sepenuh hati. Cerita itu terukir indah dalam hati meskipun Mustafa tahu ada insan lain yang mencintainya sebelum Mariah namun hati tidak boleh dipaksa. Akan tiba suatau hari nanti seandainya hati dibuka tuhan untuk menerima pengganti. Tetapi itupun jika ada jodoh dari-Nya.
Biarlah semua itu berlalu perit. Tidak mahu diungkit lagi dan sekarang Mustafa harus fikir bagaimana untuk membesarkan Norisya supaya kasih sayang cukup untuk anaknya itu. Makan dan pakai serta segala-galanya pula harus dijaga dengan baik meskipun hidup ini terlalu sukar. Itu bukan halangan kerana kasih sayang dan cinta tidak ada sempadannya.
Langkah Mustafa pula terhenti. Norisya sekarang tidak henti-henti menangis. Kalau Mustafa tidak keluar bekerja juga, dia dan anaknya mahu makan apa? Apa perlu dia menukang rumah mesti dibawa Norisya sekali? Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan Mustafa bekerja sambil mencempung anak? Atau dibiarkan sendiri di buaian sementara dia berkerja? Oh! Terlalu ngeri.
“Sayang… jangan menangis anakku…” Mustafa memujuk namun Norisya tetap menangis. Teriakan itu kuat kerana terikaan kerinduan pada ibu mahu susu. Bayi itu kehausan.
Malik masih lambat lagi. Belum puas agaknya. Namun Rosnah yang mendengar tangisan bayi itu terus meluru keluar. “Kenapa dengan anak kau?”
“Tidak tahu kenapa, inilah yang aku khuatirkan. Dari tadi asyik menangis saja.” Beritahu Mustafa yang berdiri di bawah anjung. “Pagi ini aku mahu ke tempat kerja. Tidak tahu aku mahu berikan pada siapa anak ini minta tolong jagakan anakku ini.” Sambung Mustafa lagi yang masih kebingungan.
“Biar aku tolong jaga anak kau sementara kau pergi kerja dahulu, ya. Bila kau sudah pulang nanti kau ambil kembali anak kau ini.” Rosnah sanggup menjaga bayi itu agar Mustafa dapat mencari nafkah. Bukan mudah menguruskan keluarga seorang diri seperti itu. Menjaga bayi yang masih kecil begitu sukar dan Mustafa perlu banyak belajar bagaimana untuk menguruskan bayi.
Mustafa terlalu gembira mendengar jawapan Rosnah itu. Walaupun ada rahsia di antara mereka namun Mustafa masih mengharapkan bantuan Rosnah. Biarlah Rosnah membantu kerana Norisya memerlukan Rosnah sekarang.
Norisya dibaringkan sebelah bayi kecil Rosnah. Kedua-dua bayi itu sangat comel. Rosnah tersenyum memandang mereka berdua. Anugerah yang sangat istimewa. Kasihan Rosnah melihat Norisya yang tadinya teresak-esak dan setelah berada dalam cempungan Rosnah, Norisya terus diam. Sekarang Norisya dicempung semula kemudian dia memberikan Norisya susu dadanya. Kasihan, rupa-rupanya Norisya rindukan kasih sayang dan belaian manja daripada seorang ibu.
‘Tidak mengapalah Mustafa, aku pelihara anak kau ini seperti anak aku sendiri tetapi kau harus ingat Mustafa, selagi kau tidak tunaikan janji kau maka aku akan tuntut sampai mati sehingga kau menunaikannya. Aku tunggu.’ Detik hati Rosnah melayani fikirannya sambil membelai lembut kulit bayi itu.
Masa yang berlalu sangat pantas. Si kecil yang sebelum ini tidak boleh merangkak kini sudah merangkak. Dari tidak boleh berjalan kepada boleh berjalan. Ini melambangkan bahawa bayi itu bergelar kanak-kanak. Tumbesaran yang sangat menyihatkan.  [Klik untuk ke bab seterusnya...]


Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.