Entri Terkini :

Wahai Ustaz, I Memang Tak Puas Hati Dengan You...


Soalan :

Assalamualaikum ……

Ustaz yang dihormati…..saya dah baca tentang hukum menutup aurat yang ustaz tulis di dalam wall ustaz….. quite interesting…but I still want an explaination…..betul ke cara pemakaian tudung ni…hanya rekaan ulamak mazhab yang empat……dan untuk pengetahuan ustaz kami ni adalah pertubuhan wanita yang berpegang pada pendapat….jika dibandingkan dengan ugama lain…wanita Islam jauh ketinggalan dari segi kemajuan…dan persamaan hak…maka pada kami….hak wanita mestilah sama dengan lelaki….terutama dalam pembahagian harta…dan jangan benarkan suami menggatal nak kahwin lagi..dan janganlah wanita tu terperuk di dapur kerana itu suatu penganiayaan dan penghinaan pada kaum wanita……

He he he jangan marah ustaz….you kena jawab dengan ikhlas dan jujur tanpa prejudis…dan berat sebelah…..


Jawapan :

Wa’alaikumussalam……

Tima kasih kepada yang bertanya…saya tak marah apatah lagi melenting dengan soalan ini…..memanglah…kalau tak kena gayanya I’ll sue you and we’ll meet in mahkamah syariah….”

Ha ha ha ha tak mengapa….

Siapa kata Islam tak menghormati dan menghargai wanita?

Sejak Islam diturunkan kepda Nabi saw lagi… Allah telah mengangkat kembali martabat wanita yang telah dihina dan direndahkan oleh manusia yang tersasar jauh dari ajaran para anbiyak.

Firman Allah

وقال تعالى : (( فاستجاب لهم ربهم أنّي لا أضيع عمل عامل منكم من ذكر أو أنثى ))
سورة آل عمران : 195,

Ertinya ;

Maka diterima akan amalan mereka oleh tuhan mereka..sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal dari golongan manusia baik lelaki mahupun perempuan.

وقال جل ثناؤه :

(( من عمل صالحاً من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فلنحييه حياة طيبة ولنجزينهم أجرهم بأحسن ما كانوا يعملون

Ertinya :

Dan barangsiapa yang melakukan amalan soleh daripada lelaki dan perempuan dan dia beriman maka kami akan kurniakan kepada mereka kehidupan yang baik dan kami akan berikan balasan pahala yang lebih baik dengan apan yang mereka kerjakan.

سورة النحل : 97
,
وقال عز من قائل

ومن يعمل من الصالحات من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فأولئك يدخلون الجنة ولا يظلمون نقيراً ))

Ertinya :

Dan barangsiapa yang melakukan amalan-amalan soleh daripada lelaki dan perempuan dan dia beriman maka mereka itulah yang masuk ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi mereka itu sedikit pun

سورة النساء/124

Islam merupakan agama yang menghormati dan mengiktiraf kedudukan wanita..Islam adalah agama yang meninggikan martabat wanita yang kita dapati tiada pemahaman sebegini di dalam agama lain di dunia ini.

Di dalam Islam taraf wanita adalah sama dari segi amal soleh ..tiada perbezaan…sebagaimana lelaki mendapat pahala..begitu jugalah perempuan mendapat pahala dan ganjaran….

Islam meletakkan wanita di tempat yang mulia…malah adakalanya mereka mendapat pahala yang tiada pada lelaki…seperti pahala mengandungkan anak..melahirkan anak dan menyusukan anak ..yang tidak ada pada lelaki……

Wanita bila bekerja ..Islam meletakkan mereka di tempat kerja yang sesuai dengan fitrah mereka yang lemah lembut bergemalai…….Islam tidak pernah menghalang wanita bekerja..tetapi wanita yang bekerja mestilah di tempat yang aman dari gangguan lelaki yang gila seks…aman dari gangguan tekanan perasaan dek kerana kerja yang berat tidak bersesuaian dengan saiz dan keupayaan wanita….aman dari sebarang bentuk gangguan dan mara bahaya….kerana kaum wanita adalah kurniaan yang paling hebat buat kaum lelaki.

Aurat wanita mesti ditutup..kerana aurat wanita…kecantikan wanita itu mahal harganya …jika ditayangkan maka jadi murahlah nilai diri wanita itu….Di dalam Islam aurat seorang wanita hanyalah untuk suaminya yang sah…..hanya suaminya sahaja yang yang berhak melihatnya…..

Wanita yang membuka auratnya maka dia telah mengkhianati suaminya dengan mendedahkan nikmat kecantikan itu kepada orang lain….jadi di mana keistimewaan yang sepatutnya dinikmati oleh sang suami???? Apabila kecantikan dan keghairahan milik isterinya boleh dikongsi bersama dengan mata orang lain yang ghairah menelanjangi si isteri ?

Inilah islam….wanita yang duduk di ceruk dapur bukanlah suatu penghinaan di dalam Islam…cumanya musuh Islam telah cuba mengelirukan kita…..kononnya wanita yang duduk di ceruk dapur itu hina kedudukannya semacam hamba abdi….!!!

Ya Allah…Nauzubillahil…Azim….Islam menetapkan tempat wanita yang mulia ialah di sisi suami…melayan suami….dekat dengan suami…menjaga kebajikan suami…..menyediakan makan untuk suami……

Alangkah indahnya apabila suami pulang dari kerja…isteri sambut…..ambilkan beg kerja suami….iringi suami masuk ke dalam rumah….menyediakan segelas minuman untuk suami…. bagi menghilangkan dahaga dan menyegarkan badan serta .menenangkan suami yang sedang kepenatan….menyendukkan nasi dan makan bersama suami……bukan ini semua menyebabkan suami semakin sayangkan isteri? Beerbual mesra dengan suami sambil bertanyakan khabar kerja dan apa yang dialami oleh suami pada hari itu…bersama berkongsi kisah…dan masalah sambil isteri memberikan pandangannya?

Bukankah yang terbaik itu ialah apabila seorang isteri bertindak…sebagai seorang ibu..yang menjaga kebajikan anak-anaknya…melayan dan mendidik mereka di rumah…mengajar mereka tentang disiplin dan akhlak sebagaimana ibu kita dahulu….memberikan kasih sayang..balaian..pelukan manja…ciuman yang mengubat kesedihan kita……memasakkan makanan dari air tangannya yang membasuh beras menggaul tepung….meramas santan….menyapu kunyiot pada ikan untuk digoreng supaya kita dapat mengalas perut…? Enaknya air tangan ibu…menyebabkan kita sentiasa teringatkan masakannya tanda kasih sayangnya kepada kita? bukankah mulia tugas seorang ibu?

Benarlah sebagaimana yang dikatakan oleh Dr .Sa’aduddin Said Soleh ulamak pemikiran yang terkenal di university Al-Azhar di dalam kitabnya “Ihzaru asalibul Hadisah Fi Muwajihatil Islam” Berhati-hati dengan cara serangan terbaru musuh islam di dalam menghadapi Islam “ bahawa musuh islam daripada zionis dan kapitalis…mereka merancang merosakkan keluarga Islam degan cara merosakkan wanita Islam yang berpotensi menjadi ibu yang baik…..

Para wanita yang solehah di negara umat Islam mesti dirosakkan pemikiran mereka dengan seruan kemodenan yang pada dasarnya merupakan seruan ke arah jahiliyah moden…yang bakal menyaksikan wanita islam akan dirosakkan akhlak mereka dengan pendedahan aurat melalui fesyen-fesyen ciptaan zionis yang membuka ruang kepada seks bebas…pergaulan lelaki dan wanita yang tidak terbatas dan wanita berenggang dari suami dan anak- anak dengan alasan kesibukan bekerja….tiada masa untuk suami dan anak…akibatnya suami curang kerana kurang mendapat layanan isteri….anak-anak berterabur terlibat dgn dadah dan pelbagai masalah kerosakan akhlak dengan alasan tiada siapa di rumah yang ambil tahu.

BENARKAH AGAMA ISLAM MENINDAS MANUSIA?

Kebanyakkan masyarakat kita hari ini kurang membaca dan mengkaji ….maka jadilah mereka orang yang jahil…dan bercakap dengan kejahilan mereka sehingga Nampak sangat kebodohan mereka.

Mari kita kaji beberapa kerajaan tamadun dan agama yang berkembang dan tersebar luas namun…pegangan mereka ..pandangan mereka terhadap wanita amat berbeza daripada ajaran Islam

WANITA DI ZAMAN KERAJAAN ROM

Di zaman kegemilangan Rom yang terkenal dengan tamadunnya yang maju…..mereka menganggap wanita hanyalah sebagai hamba lelaki yang tidak ada hak untuk bersuara…apatah hak untuk mewarisi harta malah apa jua hak yang dinikmati lelaki tiada pada kaum wanita.

Menurut kajian sejarah tamadun lama…di Negara Rom..wanita hanyalah makhluk tiada roh…maka wanita di anggap tiada kehidupan di akhirat….mereka menganggap wanita sebagai najis…sial….malah di kota Asina Rom wanita dianggap hanya sebagai alat memuaskan nafsu…..mereka dijual dan dibeli….mereka juga dianggap racun dan alat kesyaitanan.

Ini dapat difahami daripada kenyataan di bawah :

Roman women lived under many restrictions that did not apply to Roman men. Roman women knew that men were treating them unfairly, and they did not like living under special rules. We can see that from this speech that Livy saysCato made in the Senate in 195 BC: "This is the smallest of the injunctions laid on them by usage or the laws, all which women bear with impatience: they long for liberty; or rather, to speak the truth, for unbounded freedom in every particular." (Livy 34.2.13-14).

Roman women didn't get equal rights with men. Roman law continued to insist that women could not be emperors, or be in the Roman Senate, or govern a province, or join the army. Men could beat or rape their wives, just as they beat and raped their slaves. A Roman woman could divorce her husband, but generally he kept the children. Women who were slaves were frequently physically and sexually abused, and often saw their children killed or sold away from them

WANITA DI ZAMAN KERAJAAN INDIA

Begitu juga yang berlaku di Negara India…pada masa kegemilangan tamadun kerajaan besar dan empayar yang hebat…..wanita di negara itu tetap dilayan sebagai kelas bawahan.Wanita di ketika itu dianggap lebih teruk jika dibandingkan dengan wabak penyakit dan kematian….dan neraka itu lebih baik daripada wanita..apabila suami mereka mati..maka wanita yang bergelar isteri si mati akan dibakar sama…..jika tidak si isteri akan dilaknat.

Buktinya kita fahami daripada kenyataan di bawah ini:

Female infanticide — The father of daughter was supposed to give huge dowries to the boy’s family and this system was also recommended by the Vedas. Hence a girl was seen as a burden. The woman who gave birth to a daughter was ashamed. Husbands were not supposed to have intercourse with a wife who bore only daughters. Hence infanticide arose as a convenient way of getting rid of the burden called daughter.

Holy Aryan texts say:

“Tasmat striyam jatam parasyanti ut pumamsam haranti“
It means, Hence they reject a female child when born, and take up a male.”
Child marriage was common in ancient India due to the custom of dowry and to avoid scandals. Old Hindu mythology books including vedas prescribe that the best partner for a man in one-third his age.

” A man, aged thirty years, shall marry a maiden of twelve who pleases him, or a man of twenty-four a girl of eight years of age; if (the performance of) his duties would otherwise be impeded, he must marry sooner.” [Manu Smriti]

Wife-Burning — An Aryan husband could at any time accuse his wife of infidelity. In case the wife protests her innocence, the council of village elders would then order an ordeal by fire. The accused wife would be required to pass through a blazing flame. Not just death, but any signs of burns would be taken as a sign of guilt and the wife would then have to undergo the penalty for infidelity. Adultery carries the death sentence in Aryan law, so either way she would have to pay with her life for her husband’s or elders’ mere suspicions. The ideal role model for this custom was Sita, Ram’s wife. She was required by her spouse, the `ideal husband’ of the `Hindus’, to pass through the fire ordeal after her return from Sri Lanka.

Jauhar – It refers to the practice of the mass burning of all the wives and daughters in an entire town/district to prevent them from falling into the hands of the enemies. Often the husbands forced their unwilling spouses, sometimes the women practiced it themselves, encouraged by the elders. It is merely a variant of sati, since it occurredin anticipation of the women’s widowhood.

Sati — The Aryans, upon their invasion of India ca. 1500 B.C. introduced the horrificcustom of sati, ie. the burning of a woman after the death of her husband. When performed singly it is referred to as sati, when performed en masse by all the women and daughters of a town in anticipation of their widowhood (eg. when the men were to fight a battle against all odds), it is known as jauhar. It is sanctioned by their most sacred texts, and was practiced from the fall of the Semito-Dravidian Indus Valley civilization to the modern age.

Old Texts and quotes supporting Sati ::

“Let these women, whose husbands are worthy and are living, enter the house with ghee (applied) as corrylium ( to their eyes). Let these wives first step into the pyre, tearless without any affliction and well adorned.” [Rig Veda]
“It is proper for a woman, after her husband’s death to burn herself in the fire with his copse; every woman who thus burns herself shall remain in paradise with her husband 35,000,000 years by destiny.”

On her husband’s death, the widow should observe celibacy or should ascend the funeral pyre after him. [Vishnu Puran]

” The 8 queens of Krishna, who have been named, with Rukmini at their head, embraced the body of Hari, and entered the funeral fire. Revati also embracing the corpse of Ram, entered the blazing pile, which was cool to her, happy in contact with her lord. Hearing these events, Ugrasena and Anakadundubhi, with Devaki and Rohini, committed themselves to the flames.” [Vishnu Puran

By English Pravda association.

WANITA DI KALANGAN MASYARAKAT YAHUDI DAN KRISTIAN

Wanita di kalangan bangsa Yahudi pula…wanita itu lambang segala kebodohan dan kejahilan serta dikaitkan dengan segala masalah kegilaan..wanita adalah bekas kekotoran…oleh kerana itu apabila wanita di datangi haid maka komuniti Yahudi akan menjauhi isterinya..tidak boleh duduk bersama mereka kerana mereka dianggap sebagai bekas penyakit dan najis.

Manakala dikalangan masyarakat Kristian terutamanya pada tahun 586 masihi..wanita hanya dianggap golongan kelas kedua….Di Negara Perancis pada masa yang sama… apabila diadakan suatu persidangan bagi membincangkan tentang hak wanita…dan timbul satu persoalan adakah wanita itu manusia atau bukan manusia …? maka keputusan yang disepakati ialah wanita itu manusia tetapi manusia yang menjadi alat kepuasan kepada lelaki.

Di zaman itu juga wanita dilarang daripada mewarisi harta…mendapat pendidikan yang sempurna…hak bersuara….kerana segalanya yang berkaitan dengan hak wanita hanya ditentukan oleh raja mereka dan juga pihak gereja.

Amat menggelikan hati kita apabila ada diantara wanita Islam dari kalangan kita yang menyatakan syariat yang diturunkan oleh Allah kepada wanita yang disampaikan oleh Nabi saw sebagai menganiayai wanita…..?

Amat jahilnya mereka apabila mereka menganggap menutup aurat itu sebagai perbuatan yang menyekat kecantikan wanita? Tahukah mereka bahawa berapa banyak wanita di Negara Eropah yang mengamalkan seks bebas…yang pada asalnya berpunca daripada krisis pakaian yang mendedahkan aurat atau bertelanjang…? Betapa ramai wanita di sana yang dijadikan alat pemuas nafsu….dijadikan alat eksploitasi…bagi melakukan iklan-iklan perniagaan dengan dijadikan mereka alat untuk menarik pembeli dengan menayangkan aurat mereka?

Betapa banyak pula wanita di sana yang dirogol…dicabul kehormatannya..kerana tidak menjaga aurat…? Mungkin mereka akan menjawab begitulah cara hidup di Eropah…seks tanda kemodenan dan evolusi kasih sayang…yang lebih jujur….

Jujurkah kita jika wanita hanya dijadikan tempat untuk melampiaskan nafsu syahwat tanpa ada rasa tanggungjawab suami isteri sebagaimana perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam?

Jujurkah manusia itu jika mereka bertukar-tukar pasangan dan wanita itu bertukar tangan…..diterjah digunakan…digomol….dicium…oleh pelbagai jenis bangsa manusia? Apa bezanya mereka dengan haiwan?

Tahukah kita betapa ramai wanita di Eropah yang mengalami sakit jiwa kerana hidup keseorangan….apabila usia sudah sampai ke peringkat tua….tiada siapa yang selera melihatnya….berkedut….maka matilah mereka keseorangan di rumah orang-orang tua.

Mereka mengatakan Islam tidak adil dari segi pembahagian harta pusaka…..lelaki dapat lebih dan wanita pula dapat sedikit……

Ha ha ha ha ha….wahai makhluk yang jahil…..janganlah kamu tuduh Islam begitu sedangkan kamu tidak mendalaminya….Islam menetapkan lelaki mendapat bahagian yang lebih kerana lelaki ketua keluarga..dan wajib baginya mencari rezeki menampung keluarga sedangkan wanita tidak wajib dan harta yang dia dapat adalah miliknya..berbeza dengan lelaki harta yang dia dapat mesti dibelanjakan untuk anak dan isteri….

Suami tidak boleh memaksa isterinya mengeluarkan harta isteri untuk menampung keluarga….tetapi isteri boleh mengambil wang suaminya..untuk membeli keperluan rumahtangga.

Inilah islam…adilnya Islam di dalam melayan wanita….menjaga kehormatan wanita…..wanita bukan barang jualan langsung…wanita bukanlah semurah perempuan lacur..yang menggadai maruahnya…..wanita ada harga dan nilai yang tinggi….kalau kamu inginkan seorang wanita kamu mesti minta..pinang…lafaz akad nikah…sebagai tanda ada tamggungjawab kita menjaga isteri dan anak… susah senang bersama..sehidup semati…….

KEPADA KAUM WANITA DAN PERSATUAN WANITA MODERN DI LUAR SANA…SEDARLAH….JANGANLAH KAMU DIJUAL MARUAH DAN HARGA DIRI TANPA KAMU SEDAR……

KEMBALILAH KEPADA ISLAM…KERANA ISLAM ADALAH AGAMA YANG MEMARTABATKAN WANITA SEBAGAI MAKHLUK YANG DISAYANGI ALLAH…KERANA NABI SAW PERNAH BERSABDA YANG BERMAKSUD :

“Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

(Al Hadis)

Sumber daripada 
USTAZ AHMAD MUNAWIR B SALEHUDDIN
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.