Entri Terkini :

Golongan Gay, Lesbian Perlu Kahwin


Bagi menghilangkan penyakit suka kepada seks sesama jenis, individu yang terjebak amalan gay dan lesbian perlu berkahwin. Felo Yang Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istact), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady berkata, keluarga perlu membantu mengatur perkahwinan dengan pasangan yang sesuai supaya tabiat seks songsang dapat dihilangkan. “Keluarga perlu memahami keadaan sebenar dan bantu golongan ini meninggalkan tabiat itu,” katanya.

Selain perkahwinan, Muhammad Uthman berkata, golongan LGBT boleh disembuhkan dengan kaunseling supaya mereka lebih menghargai diri dan jantina yang sebenar. “Mereka juga perlu menambah kesedaran keagamaan dan amalan rohaniah termasuk zikir dan doa yang munasabah, di samping bantuan pakar psikologi dalam bidang kerohanian Islam,” katanya. Pada masa sama beliau tidak menafikan, agak sukar hendak menyembuhkan gaya seks ganjil seperti itu yang hadir bersama kemodenan dunia, namun usaha berterusan perlu dibuat.

“Falsafah pascamodernisme menyebut LGBT bukan satu masalah, padahal ia memusnahkan keluarga, baka manusia, nilai agama dan matlamat kejadian manusia. Sementara itu katanya, penyembuhan secara menyeluruh juga perlu kepada individu yang keliru dengan jantinanya. “Jika individu itu memang lelaki tetapi berperwatakan lembut, mereka perlu diberikan kaunseling dari segi kesedaran agama, supaya akhirnya timbul keinsafan dan kesyukuran terhadap jantina sebenar sebagai lelaki. “Kalau perlu, rawatan hormon juga boleh diberikan untuk menguatkan dan mengembalikan kelelakian individu tersebut,” ujarnya.

Muhammad Uthman menyebut, individu boleh mengalami kekeliruan jantina kerana terpengaruh dengan imaginasi dalam masyarakat seperti sastera, perjuangan hak oleh golongan tertentu atau pengaruh kawan mahupun keadaan hidup keluarga. Beliau berkata, jika individu itu mempunyai dua alat kelamin, perlu disahkan oleh pakar alat kelamin mana yang berfungsi. Muhammad Uthman menegaskan, keadaan tidak normal puak LGBT hendaklah dikembalikan kepada fitrah manusia dan bukan diperkuatkan oleh khayalan atau tuntutan minoriti terhadap hak yang ternyata merosakkan masyarakat.

Sumber

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.