Entri Terkini :

Sekali Tahun Lepas Punya Cerita

Semalam heboh pasal video penderaan kanak-kanak dan dan hari ini surat khabar paparkan berita tersebut pada muka depan untuk memberitahu orang ramai bahawa kes tersebut dilaporkan berlaku pada tahun lepas bertarikh 29 Mei 2011. Jika kes tu benar-benar berlaku pada tahun lepas kenapa sekarang ni dihebohkan pula? (Untuk kesedaran sangat aku setuju) Sepatutnya surat khabar kena alert dengan tragedi seperti itu untuk menghebahkannya kepada orang ramai. Kes itu tiba-tiba popular gara-gara adanya klip video. Jika tiada maka kes tersebut langsung tidak diambil iktibar dan tidak pula dihebahkan sekitar tahun 2011 kan? Oh mungkin ia hanya menjadi rekod polis sahaja.

Tanpa video maka tiada pula bukti untuk menyatakan kes itu sangat tragis untuk dihebahkan. Kiranya kes pukul bayi pada tahun lepas tu agaknya biasa sahaja kut? Atau aku yang tersilap dan mungkin berita tu dah gempak pada tahun lepas atau surat khabar hanya sibuk paparkan hal politik menjadi topik utama semata-mata. Betapa rakyat sungguh prihatin terhadap perkata seperti itu. Jika berita itu dah tersebar rasanya tak ramai yang terkejut sekarang ni. (Baru sekarang tersebar) Walau bagaimanapun dikatakan kes itu telah pun selesai maka anak-anak bolehlah bermain dengan sesuka hati. Negara ada undang-undang. Ibu tak boleh sewenang-wenangnya mendera anak-anak mereka. Alahai muaknya aku dengan tragedi seperti ini.

Nampak sangat berita itu tidak menarik untuk disiarkan pada tahun lepas. Atau mungkin juga pihak pemberita tidak dimaklumkan akan kes tersebut. Biasanya kalau berlaku apa-apa pasti wartawan dah tercegat depan pintu siap dengan perakam dan kamera. Tapi sekarang mereka diarahkan untuk lebih cenderung pada hal politik hentam sana hentam sini. Sekali keluarkan sesuatu isu itu maka berminggu-minggu berlarutan. Muak sungguh. Isu keluarga dan keperihatinan sangat kurang. Kesedaran mula pudar dan rakyat disorong untuk memikirkan hal politik yang sememangnya sekarang ni langsung tak stabil.

Bagi aku, rakyat Malaysia tetap alert dengan semua ini maka agenda utama adalah melariskan berita. Berita sahih dan tidak sahih banyak diputarbelitkan. Oleh sebab itu aku lebih cenderung pada media alternatif ini supaya aku boleh menilai sendiri. Aku baca semua media online tidak kira kiri atau kanan. Atas atau bawah. Aku kena tahu untuk menilainya sendiri dan berfikir sejenak dan tidak menerima sesuatu berita itu bulat-bulat. Pembaca seriang sahaja disajikan dengan bahan lucah. Lama-lama otak pun ngek. Bila dah ngek macam-macam hal berlaku. Gersang sana gersang sini... aiyoo... alahai, media alternatif pun apa kurangnya cuma terpulang pada pembaca/pelayar sendiri. hiks ::: katakan tidak pada PORNOGRAFI  namun itulah yang ramai cari :-p

p/s : wartawan... jangan marah aku, korang tak salah... yang salah si tukang suruh je :p

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.