Entri Terkini :

Tolong jangan pukul saya, ibu...

Hari ini aku rasa sebak, dalam facebook pun rata-rata share video ni dan mempunyai reaksi yang berbeza-beza namun yang pastinya majoritinya sangat marah dan geram terhadap si pelaku. Mood aku dah sedih bertambah sedih dan geram tatkala menonton video tersebut. Aku pun tak pasti sama ada yang pukul budak sekecil itu adalah ibunya atau pun pengasuh tapi yang paling menjengkelkan aku adalah yang merakam video tu. Apa motifnya? Kenapa tak halang? Keliru seketika. Hanya halang dengan mulut je tapi tak halang dengan tangan ataupun mengambil tindakan lain supaya si pelaku tu jangan terus memukul budak kecil itu. Walau apapun kesalahan budak itu si pelaku tidak boleh bertindak diluar batas norma seperti itu. Budak kecil tu, bukannya reti meluahkan apa-apa melainkan tangisan semata-mata.


Apa yang mengharukan aku ketika anak itu melukut mahu ke pangkuan si pelaku itu tiba-tiba ditolak dan diterajang tanpa belas kasihan. Manusia apakah ini? Realitinya aku tak tahu apa perasaan si pelaku itu ketika dia sedang menyakiti anak itu. Marah? Benci? Geram? Atau apa sahaja? Apa dosa budak itu?

Hurm... aku yakin ramai yang membencikan akan tindakan itu. Tindakan yang langsung tidak bertanggungjawab. Sungguh hina anak itu diperlaku seperti binatang. Dihempuk-hempuk dengan bantal, dengan segala objek yang dapat dicapai. Kalau wanita itu seorang pesakit jiwa rasanya si perakam video tu lebih arif apa yang patut dilakukannya, bukan sekadar rakam dan upload dekat internet. Isy isy isy...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.