Entri Terkini :

Johan RL Bikin Era Jadi TipTop No.1?

Pada minggu lalu, stesen radio popular, ERA fm telah dipilih sebagai radio nombor satu paling didengari di negara ini bersandarkan kuputusan rumusan kajiselidik terbaru Pengukuran Pendengar Radio Nielsen Liputan sepanjang tahun ini..

ERA fm yang bernaung di bawah Airtime Management and Programming Sdn Bhd (AMP) kembali merampas takhta dari Sinar FM selepas dua tahun ketinggalan dan kini telah berjaya menarik perhatian seramai 4.8 juta pendengar sepanjang tahun ini.

Apa yang pasti, kebanyakan pihak berpendapat rating radio itu kembali naik selepas kemunculan Johan Raja Lawak sejak Ogos tahun lalu di dalam segmen Johara Pagi Era bersama Ray dan Hanif.

Lebih-lebih lagi rating untuk Johara Pagi Era adalah satu-satunya segmen yang menerima ramai pendengar iaitu 2.56 juta berbanding segmen lain di ERA fm.

Malah juga telah meninggalkan radio SINAR fm untuk segmen Sinar Pagi yang hanya menerima pendengar seramai 2.46 juta sahaja.

Walaubagaimanapun, Johan menepis sangkaan itu sebaliknya berkata kejayaaan yang diterima oleh ERA fm bukan disebabkan dirinya seorang sahaja.

"Saya tidak rasa begitu , kerana bagi saya kejayaan ini adalah hasil titik peluh bersama daripada sekecil-kecil kru Era sehinggalah daripada pihak pengurusannya serta penyampai-penyampai ERA fm yang lain terutama yang bersama saya iaitu Ray dan Hanif.

"Cuma apa yang pasti, saya sudah memberikan yang terbaik dan ikhlas untuk pendengar setia Era selama saya menjalankan tugas.

"Namun sebagai orang yang terlibat menjayakan ERA fm terutama dalam segmen Johara, saya berasa amat berbangga dengan kejayaan ini dan saya terima apa jua penilaian orang terhadap diri saya," katanya yang ditemui selepas majlis penyampaian hadiah ABPBH2011, di Hotel Villa Subang, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai rating tertinggi yang diterima untuk segmen yang dikendalikannya iaitu Johara pagi Era yang keudara dari jam 6 hingga 10 pagi itu Johan berkata semuanya dilakukan dengan hati yang ikhlas dan terbuka.

"Ramai yang tidak tahu, kebanyakan ayat yang keluar spontan dari mulut saya itulah yang dihidangkan kepada pendengar tanpa ada apa-apa edit kerana ia secara tidak langsung akan dekat dengan pendengar dan buat mereka ketawa.

"Kesilapan percakapan antara saya dan Ray serta Hanif terutamanya dalam segmen Johara tidak kami perbetulkan sebaliknya saya jadikannya sebagai bentuk bahan hiburan buat pendengar kami," jelasnya lagi.

Johan bagaimanapun sudah mula bercuti rehat selama dua minggu dari Johara dan sementara ketiadaannya, kumpulan Shiro iaitu Sharol dan Ajak telah mengambil alih tugasnya dan Ray serta Hanif.

Mengenai perkembangan lain, Johan bakal muncul dalam program temubualnya sendiri berjudul Acaner Tu Johan di Astro Warna mulai 7 Jun ini.

Sumber


p/s : Sekian lama tidakku mendengar radio ::: ikikikik :::

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.