Entri Terkini :

Lagi Produk Video Sampah? - Peminat Kecewa Terhadap Johan Raja Lawak


Bercerita perihal yang hangat diperkatakan mengenai agenda politik tanah air ketika ini, satu fenomena yang tercetus kini adalah sindiran atau lebih dikenali sarkastik mengenai motif perjuangan sesebuah parti politi melalui berbikinan filem pendek. Kini genre yang dipilih adalah jenaka. Maka para pelawak telah dibabitkan untuk menjenakakan politik dan perjuangan sesebuah parti. Ini bermakna secara tidak langsung pelawak yang seringkali membodohkan diri sendiri untuk membuatkan penonton ketawa akan terus mengekalkan sifat bodoh mereka menjadi benar-benar bodoh apabila melibatkan diri mereka dalam hal tersebut.

Mungkin juga pelawak tersebut lupa bahawa peminatnya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan fahaman politik. Secara tidak langsung pelawak itu sendiri yang telah mengasingkan peminat-peminatnya. Ada yang suka dan ada yang tidak suka. Ada yang meminati mereka sebelum tercetusnya penghasilan video yang kemungkinan besar menjengkelkan sesetengah orang menjadi tidak berminat lagi untuk mengetahui perkembangan mereka. Bukankah itu suatu perkara yang merugikan mereka sendiri? Atau terdapat agenda lain yang mereka usahakan? Ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk pihak yang berkepentingan yang mahukan khidmat mereka kerana pihak yang berkepentingan sedia mengetahui bahawa mereka adalah 'boneka' yang boleh diperbodohkan selama mana mereka diperlukan dalam industri.

Sukar untuk ditakrifkan kenapa permainan yang dipertontonkan membuatkan para penonton berasa mual dan hendak termuntah kerana kondisi video tersebut mendapat dislike yang banyak berbanding mereka yang menekan butang like pada video tersebut yang dipaparkan di Youtube. MAOB tidak mahu menyentuh aspek politik terlalu banyak kerana para pembaca memiliki akal yang waras untuk berfikir secara rasionalnya. Mungkin pendapat kita berbeza namun kita mungkin meminati lawak mereka sebelum tercetusnya kontroversi tersebut. Peminat tegar mereka berbalah sesama sendiri gara-gara video tersebut. Jadi apakah kebaikan dan keburukannya yang berlaku? Kalian boleh fikirkan sendiri :-)

Untuk menyaksikan video tersebut sila klik link di bawah.

ESOK NAK DEMO NI -=>http://www.youtube.com/watch?v=l30OxfFuR54&feature=youtu.be

Dan ada beberapa video lagi dari Bangkang Dari Longkang dan pada kalian yang rasa nak boikot mereka ni terserah kerana itu hak kalian. Kalian yang memiliki hati dan perasaan bahkan kalian juga yang merasai apa yang diperkatakan mereka. Jadi jika kalian sudah berubah hati maka boleh lawat ke fanpage Sorry. Afdlin, Harun, Johan. kami sudah tidak minat anda & http://www.facebook.com/pages/Kami-Boikot-Johan-Raja-Lawak/147347305313613 untuk mengetahui info selanjutnya. (Peace)

p/s : aku dah bingung hadap perkara yang membosankan... Apa nak jadi la pada Negara ni nanti ya. Rimas... rimas... rimas...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.