Menjadi seorang guru adalah terlalu istimewa kerana kebanyakkannya dianugerahkan sifat penyayang dan kesabaran yang terlalu tinggi. Sungguh bertuah insan yang bergelar guru meskipun dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam mendidik pelajarnya menjadi insan yang berguna. Guru tidak mengharapkan jasanya dikenang tetapi cukup sekadar doa untuk menenangkan diri dan hatinya. Guru juga tidak mengharapkan apa-apa balasan tetapi cukup dengan memberikan mereka sebuah erti bergelar kejayaan. Di situ hati seorang guru bertambah bahagia menatap kejayaan pelajarnya biarpun saban hari usia dimamah usang.
Air mata seorang guru yang terguris hatinya angkara sikap kurang ajar dan biadap seseorang pelajar bagaikan jarum yang bakal menusuk ke lembah hidup pelajar itu selagi mana pelajar itu tidak memohon maaf. Ilmu yang disuntik ke mindanya akan kering bahkan akan menghantui diri pelajar tersebut apabila tiba ke usia matang.
Sungguh malang apabila terdapat seseorang pelajar yang langsung tidak menghormati gurunya sendiri. Tidak mengertikah mereka bahawa guru itu umpama lilin? Tidak beranikah mereka mempertahankan hati dan jiwa guru daripada terus terguris dan tercalar luka. Darahnya tiada henti, nafasnya sesak sampai situ, maka tidak akan rela seorang guru itu tatkala tersinggung parah namun itulah yang terjadi jika kesabaran guru tercabar. Percayalah, guru itu bersikap pemaaf.
Mereka bergelar guru bagaikan ibu dan ayah kita yang kedua. Mengasuh dan mendidik merupakan tugas yang terlalu berat yang sanggup dipikul oleh mereka. Tekad dan keazaman mereka tidak ternilai walaupun dibandingkan dengan emas dan permata. Walau siapapun mereka, mereka tetap sayangkan kalian sebagai pewaris generasi akan datang untuk menjadi seorang yang berintelektual dan berdedikasi menerjah gelora kehidupan yang serba mencabar.
Marahnya demi kebaikan kita. Tegasnya seorang guru demi mengajar kita supaya hidup berdisplin. Mereka memiliki sekeping hati yang jernih. Jika kita keruhkan hatinya maka kekeruhan yang kita dapat. Apabila madu kita serahkan maka kemanisan bicaranya itu yang kita dengar. Bicara tentang hidup di masa hadapan. Kalau tidak percayalah lihatlah alam. Alam adalah apa yang dilihat. Berfikir pula pada apa yang tersirat.
Sempena hari guru yang bakal tiba nanti, aku kalungkan sejuta harapan dan ucapan terima kasih kepada mereka atas jasa dan pengorbanan itu membuat aku kenal siapa diri aku yang sebenarnya. Sungguh, tunjuk ajar cikgu adalah peluang untuk kita mengubah haluan hidup. Kita berfikir secara waras dan total kerana akal bertindak mengikut aturan yang kita kehendaki. SELAMAT HARI GURU.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)