Entri Terkini :

Aku Bukan Korea

Lihat di sana, semuanya ikut
lihat di sini, semuanya ditinggalkan
lihat ke dalam diri, siapa kita?
Mengeluh...

Maaf... utusan rindukan pada madah pada cinta ini
hanya dalam dakapan rasa yang diulit keindahan
maaf daku sekali lagi, kerana mimpi kita tidak serupa
kerana lautan sedalam itu mungkin tak terduga
kerana kita penuh nilai
kerana kita penuh tradisi
kerana kita penuh perjuangan
usah terhapus dek air mata dusta
usah diawangan dek hayalan emosi

Maafkanlah aku, aku bukan Korea namun
melayani kisah air mata itu tidak mengapa
tetapi diikut caranya menyelami serakah membelot panji
itulah kegagalan kita

Aku bukan Korea berkaca di matamu
aku juga bukan Korea dialek bicaramu
aku juga bukan Korea anak wayang di dadamu
aku bukan Korea di dalam mindamu...
aku adalah Melayu membawa adat
Aku adalah Islam mahu menjaga perjuangan...

Ternyata jalan kita berbeza, cara kita juga tidak sama
aku menghormati usahamu tetapi usah kau cerca cara pemikiranku
usah kau sinis pada penyampaianku setelah aku membiarkan lalu ucapanmu
maafkanlah aku kerana aku bukan hero Korea yang kau agungkan...

(C) Jumaat 11:05am
18052012
:)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.