Entri Terkini :

Sebutir Pasir Cinta

Melangkah sepi di tepian pantai
tunduk hiba manatap senja
meraung hati tatkala rindu
menangis sendu tidak bertemu

Mengulitkan sayang pada dedaunan kering
reput jua diterjah masa menjadi usang
biarpun kasih, biarpun puja, pergi tetap pergi
walaupun tersisih, walaupun masih cinta tetap cinta
namun pergi tetap pergi...

Lontaran wibawa semangat kian perlahan
bergelombang menjadi ombak yang sepi
bergelora kala teriakan hati perit dan pedih
pergi tetap pergi... tidak sanggup dikenang lagi

Sungguh... rindu itu kekal begini
benar... cinta itu umpama sebutir pasir
digengam lucut, dilempar lenyap
ditiup golek, dipijak tenggelam
sayu hati mengenangkan semalam
pilu jiwa masih terpasung tekad
kau pergi tetap pergi...
itulah namanya hakikat...

(C) 10:23 am.
jumaat 18052012

***

Puisi ini menceritakan seorang yang telah kehilangan kekasih hatinya. Dia membawa diri namun diterjah memori lampau. Segala apa yang dilakukannya, ingatan tetap pada si dia. Cuba dilenyapkan tetapi ternyata payah. 

Mengulitkan sayang pada dedaunan kering
reput jua diterjah masa menjadi usang

Cinta yang terbina dahulu begitu kukuh tetapi hilang dan sepi apabila si dia sudah kembali, kalau dingatkan lagipun si dia tidak akan kembali. Dia tahu akan hakikat itu tetapi masih dalam keadaan yang terkejut serta hampa. Masih belajar menerima erti sebuah ketiadaan.

digengam lucut, dilempar lenyap
ditiup golek, dipijak tenggelam

Cinta dalam keadaan serba salah akan membuatkan hati tidak tenang. Dia seolah-olah tidak tahu  arah hendak mengadu sedangkan dia patut tahu bahawa suara alam adalah hak Pencipta walau apa keadaan bentuk sekalipun.

Sebenarnya kehilangan adalah satu keperitan. Namun tetap tersirat hikmah. Menerima ketiadaa adalah satu cabaran untuk terus hidup. Belajar menerima hakikat dan belajar menerima sesuatu perubahan demi memperbaiki kesilapan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.