Entri Terkini :

Setia Untuknya - 23

SELAGI kuntuman rindu masih mekar, tiada yang mampu melayukannya bahkan tiada yang dapat memetiknya dari dahan mawar berduri. Begitulah yang diibaratkan untuk sekeping hati yang menanti perubahan dalam hidupnya. Ayu merangkak dalam menagih kesetiaan Aqil Akasyah yang kini menjadi suami kepada seorang anak ahli korporat terkemuka. Biarpun ruang rindu itu disajikan dengan belaian perasaan oleh Amran namun tidak sedikit pun dia berganjak dari tempat mana duduknya cinta pertama. Hatinya telah lama dicuri oleh lelaki yang penakut itu walaupun dia juga bergelar isteri orang kini. Isteri kepada sepupunya sendiri.
“Misalnya kita berdua bercinta dan bercerita tentang hati untuk kita memahami adakah kau menerima takdir tu?”
“Apa yang kau merepek ni Ayu… tak mungkinlah kau ada hati dekat aku kut?”
“Aku cuma cakap je sebab kau selalu ganggu aku. Mana tahu kut-kut kau pendam perasaan ke?” Ayu sengaja membuat telahan.
“Ada ke patut perempuan cakap macam tu dekat lelaki?” Chad tersengih-sengih menahan malu tatkala mendengar kata-kata Ayu.
“Erm…” Ayu menarik nafas dan cuba mempamerkan ketenangan.
Chad  menghulurkan kerepek untuk mempelawa Ayu makan. Ayu mengetap bibir dan hanya menggeleng sahaja sebagai isyarat dia tidak mahu makan.
“Tak nak?”
“Tak mau la.” Balas Ayu.
“Terasa hati aku bila kau tak nak makan walaupun sedikit.” Beria-ia Chad buat muka merajuk. Ayu pula tak nak fikir panjang mengenai perasaan Chad. Lagipun Chad juga buat tak kisah tentang apa yang ditanya Ayu.
“Ada bakteria tak? Tadi aku nampak kau pegang pegang kucing dekat kafe. Jangan nak kelentong.” Ayu ragu-ragu.
“Kata nak memahami.” Selamba Chad menjawab sambil kunyah kerepek pisang yang dibeli dekat kafe.
“Erm… betul-betul la, memahami tu boleh je tapi kau tu macam tak beria-ria.”
“Kita kan kawan.”
“Kau kena janji yang kau tak akan usik aku lagi.”
“Eh, selama ni aku ada usik kau ke?” Pantas Chad bertanya dan sekali lagi disuapkan kerepek pisang ke mulutnya. Usai itu diambil lagi di dalam plastik itu lantas dihadapkan pula ke mulut Ayu. Ayu mengelak.
“Apa ni chad?”
“Makanan… tak baik tepis-tepis, dowh.”
“Orang kata tak nak tak nak la.” Ayu terus bangun. Chad kejar langkah Ayu. Masa tu Ayu tak akan lupa sampai bila-bila. Waktu Ayu melangkah laju entah macam mana dia boleh terjatuh dalam longkang. Malu sungguh rasanya. Chad pula tak sempat nak sambut Ayu malah ketawa terbahak-bahak. Kerepek pisang yang dikunyah Chad tersembur keluar dari mulut.
Apabila melihat wajah Chad pasti kenangan lama terimbas. Dari tadi lagi menyendiri di taman yang berada dalam kawasan hospital itu. Sengaja dia mengambil angin luar di saat Chad bertembung dengan Amran di wad. Ayu serta merta meninggalkan bilik di mana Abey ditempatkan. Sesungguhnya itulah keputusan yang diambil. Maafkan aku Chad… Ayu bermonolog sendiri. Fikirannya juga memikirkan entah apa yang sedang berlaku di antara mereka sekarang?
Senyuman yang bersisa tadi terus berubah riak tatkala memikirkan hal yang sedang terjadi. Pertembungan di antara empat pasang mata telah terjadi. Ayu mengeluh resah. Apa yang mungkin Amran akan cakap nanti? Ayu memikirkan hal yang bakal berlaku. Dia menelaah di setiap ruang namun dia cuba positifkan fikiran.
"Dengan aku pun dia tak pernah sembang, tiba-tiba aje tuduh aku ni sombong. Buang tabiat ke apa dia tu?" Tiba-tiba ingatannya tertumpu pada hal di kolej dahulu. Eisya, kawan satu kelas dengannya merungut.
“Siapa yang kau maksudkan?” Tanya Ayu sambil membelek buku di dalam perpustakaan.
“Hero pujaan Malaya la kononnya. Geram aku tahu tak?”
“Kenapa ni marah-marah semacam ni? Ni perpustakaan Sya… Perlahankan sedikit suara kau tu.” Ayu cuba menenteramkan kemarahan Eisya secara tiba-tiba itu.
“Memang ni ni perpustakaan, bukannya workshop tapi semua tu tak penting yang penting sekarang ni aku tengah geram.” Ujar Eisya lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Datang dengan tiba-tiba dan terus melenting tak tentu fasal. Ayu pandang Eisya. Eisya pula mengeluh berat.
“Siapa yang buat kau geram ni?”
“Siapa lagi kalau bukan Aqil Akasyah. Senior kurang asam tu dah buat aku marah. Ada ke patut dia tampal belakang baju aku dengan kertas ni!” Eisya terus menghulurkan sekeping kertas. Di kertas itu ada pelekat.
Ayu membelek-belek kertas itu. Dia terus ketawa di dalam perpustakaan itu. Amboi, lucu benar nampaknya. Ayu terlupa bahawa dia sebenar berada di dalam perpustakaan sehingga pelajar lain meminta dia diam. Dia mengawal tawanya dengan menutup mulut. Eisya memuncungkan mulutnya.
Saya sombong orangnya. Pinanglah saya. – Ayu membaca apa yang tertulis pada kertas itu dalam hatinya. Sekali lagi Ayu menahan gelak besar. Jika dilepaskan maka huru-hara jadinya. Cuma ketawa kecil sahaja dilepaskan bagi mengelakan sesuatu yang tidak dingini.
“Kenapa kau ketawa?” Tanya Eisya sambil keningnya terangkat. Ayu tak tahan gelak. Rasa nak terburai isi perut setelah membaca perkataan yang tertulis pada kertas yang digumpal Eisya.
 “Saja.” Lalu melipat segala buku yang ada di atas mejanya. Tesisnya sudah siap sekarang dia perlu berehat. Bibir Ayu masih setia mengukir senyuman. Senyum mengejek agaknya. Muncung Eisya pula bertambah panjang.
Gara-gara kisah itu beredar dalam benaknya maka dengan jelas Ayu teringatkan Eisya. Nama Eisya meniti di bibirnya. Entah di mana Eisya berada sekarang? Tanya Ayu sendiri.  Jika Eisya ada di sebelahnya mahu sahaja dia meminta pendapat daripada gadis itu. Ayu tiada siapa lagi untuk dia mengadu. Pada Amran mungkin tidak. Kepada Abey pula jauh sekali kerana gadis berpewatakan lasak itu masih koma.
Sesekali terdengar Ayu mengeluh. Keluhan itu sangat berat nadanya. Sejuta rasa menembeling dirinya supaya bersabar. Mungkin ini dugaan hidupnya. Siapa tahu dikemudian hari dia akan meniti kebahagiaan disebalik penderitaan ini.
“Cinta ni macam telur, kalau masak separuh dan ditambah kicap maka sedaplah jadinya.” Pandai pula Eisya membuat perumpaan yang langsung tak releven. Mana datangnya anologi macam tu Ayu pun tak tahu.
“Ada ke patut sama cinta dengan telur. Apa kena mengena?” Ayu angkat kening sebelah.
“Aku tak habis geram lagi ni. Chad nak ajak aku jadi kekasih dia.”
Tersentap Ayu dengan ungkapan Eisya kononnya Chad ajak berkasih. Mana boleh jadi. Ayu dah makan hati. Ayu pun tak sangka bahawa Chad ada hati pada Eisya. Tapi betul ke? Ayu tertanya sendiri.
Pada ketika itu bermula cemburu. Bukan Ayu jual mahal tapi Chad tak pernah faham apa yang dirasakan Ayu. Berkali-kali Ayu cuba luahkan tetapi payah. Walaupun kawan baik sendiri seringkali merungut tentang kisah Chad, sedikit sebanyak mengunggat hati dan perasaan Ayu ketika itu. Maklum sahajalah, Chad sangat nakal dan Chad mampu membuatkan gadis jatuh hati padanya. Itulah yang Ayu gerun. Setelah Chad membuatkan hatinya terpaut dan mencuri hatinya, senang-senang Chad mencari gadis lain. Ini tidak adil! Bentak Ayu ketika itu.
Sungguhpun begitu, cinta Ayu tak pernah terucap sehinggalah Eisya berpisah daripada Chad. Perpisahan itu bukan bermakna berakhirnya ikatan persahabatan, ini adalah kerana Eisya tidak lagi mampu meneruskan hubungan dengan Chad. Chad terlalu genius dalam mengenakan orang. Eisya selalu menjadi bahan ketawa. Itulah yang membuatkan Eisya tidak tahan lagi dengan lelaki yang kacak itu. Ya, kategori kacak dan tampan gara-gara ramai gadis kolej tergila-gilakannya. Ah, rupa kacak ingat dia boleh buat senang-senang ke? Ayu merengus.
Come on Ayu! Kau sekarang bukan hidup di zaman kolej lagi! Kata-kata dalam kepala mengingatkan Ayu lantas dia kembali semula berpijak di bumi yang nyata.


BERHADAPAN dengan lelaki yang dikategorikan sebagai perampas. Boleh juga dikatakan macam tu gara-gara cinta lama tidak berbalas. Itu anggapan Chad sedangkan segalanya sudah pun terjadi. Amran, beradap di sebelah Elya. Chad pula berada di birai katil di sebelah sana. Memerhati pasangan itu memang secocok tetapi kenapa Elya sibuk ada dekat sebelah Amran? Tanya Chad dalam hati. Aku tahu dia masih sayangkan Amran. Detik hati Chad.
Dari tadi mereka hanya membisu sahaja. Ayu pula beredar sehingga langsung tidak muncul. Chad menghantar pesanan ringkas namun tidak berbalas. Tapi kenapa aku pulak yang sibuk-sibuk hantar pesanan? Tanya Chad pula. Aku bukan suami dia. Detik hatinya lagi.
Sepatutnya Amran yang perlu risau kerana isterinya tidak muncul lagi. Dari tadi kebisuan menjengah sehingga sepatah pun tidak terkeluar dari mulur masing-masing. Maka Chad meminta diri. Memang langsung tidak terduga bahawa Amran akan wujud di hadapan mata bersama Ayu.
“Aku nak keluar.” Beritahu Chad kepada Amran dan seterusnya memandang wajah Elya. Elya nampak statik di situ. Mungkin tergamam atau bagaimana? Chad sendiri tidak pasti. “Awak tak ikut ke? Atau awak nak balik dengan orang lain?”
“Sorry?” Tiba-tiba Amran terasa.
“Oh Encik Amran, maaf… saya nak bawa isteri saya balik.” Ujar Chad langsung menarik tangan Elya. Barangkali cemburu sudah bersarang gara-gara terlihat Ayu bersama Amran sewaktu mereka berdua mula tiba. Ternyata perasaan yang cuba dihakiskan itu semakin membukit. Susah untuk dipadamkan nama Ayu dalam ingatan. Semua ini gara-gara membaca Setia Untuknya sehingga dia lewat masuk tidur. Dia berjaya menghabiskan bacaan sehingga noktah akhir selama dua jam. Sungguh laju bacaan itu dan dia seolah-olah bernyawa di dalam cerita itu.
“So?” Amran seolah-olah memendamkan perasaan amarahnya. “Apa kena mengena dengan aku?” Dari nada Amran seperti bengang. Apa yang membuat Amran bengang pula tidak diketahui.
“Okey, Elya mari balik.” Dengan pantas Chad menarik tangan Elya. Elya pula tidak tahu mana jalan keluar. Dia terpaksa mengikut Chad. Sesuatu yang sukar diramalkan.
“Kenapa tarik tangan I?” Tanya Elya selepas beradar di luar bilik Abey ditempatkan.
“Awak masih cintakan lelaki tu? Anak dalam perut awak tu anak dia kan?” Chad masih bertanyakan tentang itu. Elya teragak-agak untuk menjawabnya sedangkan semua itu sudah diterangkan.  Chad cuma nak tahu cerita sebenar dari mulut Elya kerana dia tidak mahu mendengar dari sebelah pihak sahaja.
“Dia takkan jadi suami I.”
“Jadi awak memang sukakan dia, right? Mengaku je lagipun saya tak marah. Kalau boleh saya memang nak awak disatukan dengan dia. Bila awak bersama dia maka semua ini akan berakhir.” Ujar Chad sambil melangkah. Elya masih menurut langkah Chad.
“You nak perempuan tu jadi isteri you kan? I tak akan benarkan.” Balas Elya pula.
Chad terus mematikan langkah dan memandang Elya lama.
“Awak nak cakap apa pun cakaplah. Apa yang pasti sampai bila-bila pun saya tak akan cintakan dekat awak. Faham?”
“Okey, kalau you tak jatuh cinta dengan I sekalipun, I juga akan pastikan yang you takkan bersama dengan perempuan tu!” Balas Elya pula dengan memlemparkan ugutan yang sama.
Chad sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan terhadap Elya. Dia sudah berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Apa yang menjadi masalahnya adalah Elya yang keras kepala.
“Kepala awak ni lebih keras dari konkrit, tahu tak?”
“You pun sama dan jangan ingat you je yang betul. Ingat perjanjian kita.” Tutur Elya marah.
“Lagi-lagi soal tu. Rimas tahu tak!” Bentak Chad lalu menyambung langkah.
Tanpa mereka sedar pertelingkahan mereka berdua itu telah disaksikan oleh sepasang mata yang berada tidak berapa jauh dan mendengar segala tutur bicara itu.


LANGKAH si gadis yang kecewa dengan musibah hidupnya itu kelihatan sungguh lemah sekali. Sepatutnya itu dianggap satu cabaran. Berbekalkan semangat hidup meneruskan nadi-nadi nyawa terus bergetar dalam jiwa, maka dia meniup semangat baru dalam dirinya agar liku-liku hidup ini diharungi dengan penuh istiqamah.
Dia mahu kembali semula ke bilik Abey ditempatkan. Dia sudah fikir sedalam-dalamnya tadi maka dia tekad untuk menepis nalurinya sendir agar tidak lagi dihambat rasa sangsi, curiga, takut serta cemburu. Tetapi… boleh ke dia menangkis rasa itu daripada menapak dalam hatinya sendiri? Sukar untuk dipadamkan nama Aqil Akasyah dalam hidupnya meskipun kewujudan Amran sebagai suaminya kini seolah-olah menjadi batu penghalang.
Dia melangkah sambil tundukkan sedikit kepalanya menghadap ke jubin lantai hospital itu. Ayu belum menyedari bahawa Chad dan Elya sudah tiada lagi di dalam bilik itu. Hanya Amran sahaja setia menunggu Ayu tiba semula. Telefon bimbitnya pula sengaja dibiarkan berada dalam ‘silent mode’. Bukan dia tidak mahu mengangkat panggilan daripada suaminya tetapi dia mahu mendapat sedikit ketenangan dengan mengasingkan diri. Apa yang membuatkan jantung Ayu berdetak kencang tadi adalah disebabkan menerima terlalu banyak panggilan tidak berjawab daripada Chad.
Apa yang dia nak lagi daripada aku? Ayu tertanya di dalam hatinya. Ayu mungkin sukar menelaah situasi sekarang gara-gara dirinya sendiri umpama terperangkap di dalam sebuah kebakaran. Mana arah yang perlu dipilih untuk menyelamatkan dirinya daripada hangus terbakar? Ayu tidak tahu maka dia terpaksa menerima apa sahaja yang dikatakan baik untuknya meskipun disebalik kebaikan itu merupakan jalan derita.
“Tak ada pilihan lain lagi ke?” Cepat pertanyaan itu tersusun semula di dalam kepala. Soalan yang pernah ditanya Abey.
“Tak ada lagi. Aku kena balik kampung jugak. Chad seorang yang penakut! Dia senang lenang dengan Nora.”
“Nora bukan pilihan hati dia.” Balas Abey berkerut dahi.
“Tapi kenapa dia berpelukkan di dalam lif kalau betul Nora tu bukan cintanya? Tak pelik ke? Berdua-dua dalam lif lepas tu buat benda tak senonoh. Lelaki macam apa tu? Kau pulak, takkan tak rasa apa-apa? Dia kan adik Abang Key?” Tanya Ayu semula yang masih bengang terhadap apa yang dilihatnya.
Ayu teringakkan tragedi yang menyakitkan hatinya ketika dahulu. Perasaan itu kuat mengheretnya ke ruang kebencian. Benci dan ras amenyampah di atas apa yang berlaku. Oleh sebab itu jiwanya tertekan. Dia merasakan perangai lama Chad berulang kembali selepas berjanji tidak akan mengulangi perangai buruk itu.
“Janji konon!” Bentak Ayu sendiri dan membuatkan tukang cuci yang berada di sebelahnya memandang pelik. Imbasan itu benar-benar menyakitkan. Ayu memandang sekilas pada tukang cuci do hospital itu lantas mempercepatkan langkahnya. Dia jadi malu sendiri apabila terlalu mengikut perasaan. Dah tak betul ke aku ni? Ayu menutup mulutnya sendiri.
Pintu bilik wad Abey dikuak perlahan. Dia melihat ke dalam bilik itu namun tiada kelibat sesiapa melainkan Abey yang masih terbaring kaku. Rasa sayu mula bertandang setelah melihat wajah itu dan diselang-seli pula dengan rasa geram terhadap Elya. Gara-gara bertengkar dengan Elya, Abey pula menerima meusibah. Abey hadir membantu tetapi tidak sangka begini jadinya. Ayu benar-benar marah tetapi di hadapan Chad dan Amran, maka Ayu menyimpan perasaan itu. Dia tidak mahu dikatakan perempuan yang tidak beradab.
Ayu duduk dikerusi yang berada di birai katil Abey. Di situ jari jemari Abey digenggam perlahan lantas tanpa sedar air mata Ayu menitis. Perasaan sedih meruntun hiba. Ayu terkilan mengenangkan nasib itu.
“Bey… bangunlah… bukalah mata tu.” Ayu merayu lalu menangis teresak-esak. “Aku janji dengan kau, kalau kau sedar nanti aku nak bawa kau ke tempat yang kau paling suka. Ke taman bunga. Dekat situ kau boleh ceritakan kisah cinta kau. Aku suka dengar kau bercerita tentang kisah cinta. Aku dah banyak salah dengan kau Bey… tolonglah Bey bukalah mata tu.” Ayu berkata-kata sebak.
Tiba-tiba terasa tangan berlabuh di bahunya. Tangan siapa tu? Ayu terkejut lantas menoleh. Cepat-cepat dia mengesat air matanya sendiri namun matanya yang merah tidak mampu menyembunyikan rasa sedih yang bersarang di hati.
Amran menggosok lembut bahu Ayu. Entah dari mana lelaki itu muncul semula. Tadi, ketika dipandang sekeliling, tiad apula kelibat Amran. Ayu terus menundukkan kepala. Saat ini tiada langsung bicara yang dikeluarkan daripada mulut Amran. Hanya tangan sahaja yang berbicara mengenai hati.
Tiba-tiba Amran membongkokkan sedikit badannya lalu memeluk Ayu serta melabuhkan bawah tengkuknya ke atas kepala Ayu. Ketika itu Ayu sedang duduk di atas kerusi. Belakang Ayu digosok perlahan bagi menenteramkan perasaan yang sedih.
“Syhhh… jangan nangis, Insya-Allah… Abey akan selamat.” Amran berucap lembut. Tidak berapa lama selepas itu Amran melepaskan dakapan itu lalu melutut di sisi Ayu sambil meramas tangan Ayu. Entah kenapa Ayu membiarkan sahaja perbuatan Amran. Dirasakan seolah-olah dia dibelai dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah dia rasakan seblum ini. Pandangan mereka bertaut lalu Amran dengan pantas menyeka air mata yang bersisa di tubir mata Ayu dengan jarinya. Mata Ayu yang bersinar dengan air mata itu terus berkelip perlahan.
Betul ke Amran seorang yang romantic? Pertanyaan itu muncul dalam kepalanya. Apa yang aku buat ni? Tanyanya lagi di hati. Akhirnya dia tersedar semula lalu menepis tangan Amran. Ayu bangun dari duduknya.
“Duduk jauh-jauh.” Suruh Ayu. Amran jadi terkejut lalu bangun serta merta dan berganjak selangkah ke belakan.
“Awak nak pujuk saya ya? Jangan lupa, awak pun bersalah pada Abey. Awak selalu bergaduh dengan dia. Awak mesti minta maaf.” Wajah Ayu berubah riak. Tadinya sedih kini menjadi geram.
Amran kehilangan kata-kata.
Ayu berpaling wajah dan memandang kosong pada dinding sambil menyilang tangan ke dada. Memang Amran bersalah. Sampai bila-bila pun Ayu anggap Amran lelaki kasanova. Apa yang penting, Amran memang lelaki tidak pandai menghargai perempuan.
“Kenapa dengan awak ni? Dekat sini pun awak nak bergaduh dengan saya ke?” Seperti biasa tangan Amran akan berada di tengkuknya setiap kali berhadapan dengan perubahan Ayu. Mungkin itu adalah caranya untuk melepaskan diri daripada dibelenggu kecewa.
“Jangan tak ingat. Setiap kali awak cari saya dekat sini, awak pantang nampak Abey mesti mulut puaka awak tu sibuk laser dia.” Ujar Ayu sambil menoleh semula. Tangannya terus dijatuhnya.
“Semakin awak marah, semakin comel.” Balas Amran yang tiada kena mengena dengan ucapan Ayu tadi.
“Tak ada maknyanya. Tu, awak tengok Abey, mesti awak suka sangat kan bila dia berkeadaan macam ni?” Ayu mengeheret matanya ke arah Abey untuk Amran menilai.
“Jadi awak fikir saya ni lelaki yang tak ada hati perut? Tak ada perasaan kasihan?”
“Sejak bila awak berubah nampak macam baik sangat ni?”
“Sejak saya kahwin dengan awak.” Selamba Amran menjawab.
Ayu terdiam sejenak.
Amran pula terus bergerak menghampir pintu. Ayu melihat Amran mahu keluar setelah tangan berada pada tombol. Mulut Ayu terkunci rapat.
“Saya tunggu awak dekat kereta.”
“Saya balik naik teksi je.” Dengan berat hati Ayu mengatakan keinginannya.
“Okey. Awak layanlah perasaan buruk sangka awak tu. Apa-apa hal pun kita jumpa nanti.” Ujar Amran lalu menarik tombol itu dan melangkah keluar.
Ayu memandang kelibat Amran sampai lelaki itu lenyap dari penglihatan. Ayu merengus geram. Hampir sahaja dia terkulai dalam dakapan Amran sebentar tadi. Telefon bimbitnya bergetar tanpa nada. Cepat-cepat dia sambut panggilan itu.
“Aku dah tunggu kau. Jangan tak datang.” Elya mengingatkan Ayu supaya datang bertemu. Tempat sudah dijanjikan tetapi Ayu seolah-olah berat hati untuk bertemu dengan Elya. Elya gemar bertindak sesuka hati. Walau bagaimanapun dia mesti juga bertemu bagi menyelesaikan konflik ini. Konflik hati dan perasaan.
“Nanti aku datang.” Jawab Ayu.
“Kalau kau tak datang, aku sendiri akan cari kau. Tadi kau lari kenapa? Cemburu?”
Hello? Perlu ke aku cemburu kau bersama dengan Chad? Kau tu muka tak tahu malu datang melawat Abey sedangkan kau dah menyusahkan dia.” Bidas Ayu semula geram dengan cara Elya berucap.
“Kawan kau tu penyibuk, memang padanlah dia kena macam tu.”
Tersentap Ayu mendengar jawapan Elya. Chad sudah memilih perempuan yang salah dalam hidup. Kenapa kau boleh kahwin dengan dia? Ayu tertanya-tanya sendiri dalam hati. Ayu masih tidak mengerti.
“Jadi kau nak giliran aku pulak ke yang sepak muka kau?” Ayu dah hilang sabar apabila Abey dikaitkan.
“Tak puas hati lagi?”
“Memang.” Ayu menjawab laju.
“Okey, datang jumpa sekarang. Kita settle!” Elya terus mematikan talian.
Ayu pula merengus geram. Perempuan macam Elya tu memang tak sedari diri betul! Geram sungguh dibuatnya. Apa lagi yang Elya mahukan daripadanya? Tak cukup lagi ke dah bersuamikan Chad lelaki kegilaan ramai tu? Atau mahu mendapatkan Amran? Kalau itu benar aku tak peduli pun. Tetapi Amran mahu ke dekat perempuan macam tu? Ayu berfikir.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.