Entri Terkini :

Dengan Perasaan Terima Kasih

Kuapan demi kuapan aku nikmati, sungguh letih terasa diseluruh badan. Aku pun tidak tahu mengapa dan kenapa, sehingga semalam nak pergi kerja pun tak larat. Sebenarnya aku masih terkilan hati kut tapi aku malas nak fikir sangat nanti kepala ni pecah pula. Aku tak nak kepala aku ni pecah gara-gara fikirkan masalah orang lain. :: ikikikik ::

Mengantuk pula pagi ni. Menghadap komputer dan buat kerja. Semangat bagaikan hilang namun tangungjawab tetap tanggungjawab. Alahai... Oh ya, maafkan aku kerana dah lama tak update blog. Busy kut. Nak buat macam mana kan, hari demi hari yang dilalui sebenarnya tak pernah sama kecuali dirasakan rutin harian kita tu membuatkan ia nampak sama je.

Bagi aku yang berada di dimensi ini memilih untuk berbicara dengan korang, bagaimana untuk menjadi seorang yang mudah untuk berterima kasih. Cuba kita renungkan, sekiranya dalam dunia ini tiada langsung orang yang pandai menghargai orang lain, apa akan terjadi? Maybe porak peranda? Ya bukan? Atau manusia akan pentingkan diri dan sambil berjalan buat tidak tahu. Apabila diri sendiri dalam kesusahan adakah akan timbul pula rasa nak minta tolong? Atau ada rasa egois dan mengatakan 'lantaklah' ? begitulah agaknya sekarang ni ya?

Persoalannya sampai bila? Sampai bila kita nak hidup tanpa menoleh orang sekeliling? Sebelum kita mengenali orang lain, kita patut kenali diri kita dahulu dan belajar daripada kesilapan serta melihat kebaikan orang lain untuk dipadankan ke dalam diri sendiri. Ini tidak, duk bangga dengan kebaikan yang dicurahkan. Bukan ke itu akan menimbulkan riya'?

Kalau ya pun nak buat baik, tak perlu menjaja sekeliling, cukuplah kita dan Allah sahaja yang tahu. Lagi satu perkara penting, janganlah berat mulut pula untuk ucapkan terima kasih dekat orang yang banyak menolong. Kadang-kadang kita tak terfikir secara rasional, ada juga yang buat kebaikan tanpa batasan itu mengharapkan habuan dengan kekayaan atau pun harta benda daripada anda. Mungkin dia ikhlas, siapa tahu? Bagi aku, ucapan 'Terima Kasih' merupakan harta atau pulangan yang cukup bernilai. Ia tidak hanya pada bibir malah pada hati. Hati yang baik dan bersih secara automatik berpesan pada lidah untuk mengungkapkannya.

Dan... kalau orang dah tak nak ucapkan terima kasih bagaimana? Dekat sinilah kita kena ingat bahawa, tidak semua yang orang pandai mengucapkan perkataan itu. Ada juga yang tahu betapa bernilainya ungkapan itu maka dia akan ucap dan ada pula yang tahu tapi tak ucap dan yang paling malang, ada langsung tak tahu apa-apa. Jadi yang tak tahu apa-apa tu mesti menerima teguran daripada mereka yang tahu. Bagaimana jika dia 'KERAS' kepala? Senang je, abaikan orang macam ni dan ajar orang lain yang mahukan ilmu. (Kejamnya~)

Jadi untuk meringankan lidah kita, maka lihat ke langit, siapa yang menciptakan kita? Ucapan terima kasih yang paling besar adalah untuk ALLAH, maka di situ tanda SYUKUR lebih bermakna. Kita tak perlu hairan pada mereka yang tidak reti menghargai orang lain kerana kita belum mengenalinya lagi, jadi kita kena kenal diri kita dulu adakah kita juga sedemikian rupa?

p:/s Bagi akulah kan, kalau orang tak nak ucapkan 'terima kasih', aku tak rugi apa-apa pun. Yang lebih besar balasan untuk kita adalah di akhirat kelak. Apa yang penting kita kena 'IKHLAS' dalam setiap perbuatan yang baik.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.